Ahad, 25 Ogos 2013

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di kuala langat</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Aug 2013 01:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lagi Berita: Jerebu: 203 Sekolah <b>Di Kuala Langat</b>, Subang Jaya <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 02:33 AM PDT

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan pada Selasa menarik balik keputusan untuk membuka semula sebahagian sekolah di Selangor apabila sebanyak 203 sekolah di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan terpaksa ditutup semula ekoran jerebu yang masih teruk.


Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi Selasa di kawasan berkenaan mencatatkan tahap yang "tidak sihat" dan "sangat tidak sihat".

"Bacaan IPU di Kuala Langat setakat pukul 7 pagi ialah 292 manakala bagi kawasan di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana (PPDPP) yang meliputi Shah Alam, Subang Jaya dan Seri Kembangan pula mencatatkan bacaan IPU 289.

"Sehubungan itu, kesemua 203 sekolah di kawasan tersebut diarahkan tutup bermula pagi ini. Pihak sekolah telah pun memaklumkan kepada ibu bapa supaya mengambil anak-anak mereka bagi pelajar yang bersekolah pada sesi pagi.

"Bagi persekolahan sesi petang ini, ia juga diarahkan tutup. Buat masa ini, kesemua sekolah ditutup pada hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Mohd Salleh berkata, arahan itu adalah berkuat kuasa untuk sesi persekolahan pada Selasa dan sebarang perkembangan sama ada keputusan untuk meneruskan penutupan atau pembukaan semula sesi persekolahan esok akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Bacaan IPU sentiasa berubah-ubah. Kita tak dapat nak jangkakan. Apa sahaja keputusan akan dimaklumkan kelak," katanya.
Beliau menambah, 203 sekolah itu meliputi 71 sekolah di Kuala Langat dengan 17 sekolah menengah dan 54 sekolah rendah, manakala 132 sekolah di Petaling Perdana pula ialah 47 sekolah menengah dan 85 sekolah rendah.

Bacaan IPU antara 51 dan 100 dikategorikan "Sederhana", 101 sehingga 200 sebagai "Tidak sihat" dan 201 sehingga 300 "Sangat tidak sihat".
Sebarang bacaan melebihi 300 adalah "Berbahaya" manakala bacaan melebihi 500 dikategorikan sebagai "Darurat".

Menurut Mohd Salleh, arahan penutupan sekolah turut kekal di kawasan Pelabuhan Klang berikutan bacaan IPU setakat pukul 7 pagi Selasa ialah 487 - tahap yang sangat tidak sihat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pelajar agar menjaga kesihatan berikutan kualiti udara yang tidak baik.

"Mereka (pelajar) dinasihatkan supaya memakai topeng muka apabila berada di luar, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti di luar. Ibu bapa diminta untuk menasihati anak-anak mereka sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin pada Isnin berkata, semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup pada Isnin berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula pada Selasa kecuali di Pelabuhan Klang.- Mstar

Lambat buat pengumuman. Menyusahkan murid, ibu bapa dan guru. Sepatutnya tutup sehingga udara benar-benar selamat.

LAPORAN PROGRAM BERSAMA DR DANIAL <b>DI KUALA LANGAT</b>

Posted: 02 Jul 2013 07:33 PM PDT

Kunjungan Dr Danial ke Kuala Langat pada minggu lepas, kami telah susun dengan program yang agak padat. Bermula dengan ceramah SEMARAK RAMADAN di SM Sains Banting pada 29 Jun diikuti Kuliah subuh keesokannya di Masjid At-Taqwa Banting. Alhamdulillah sambutan kuliah subuh sungguh menggalakkan dimana jemaah yang hadir seramai program Kuliah umum yang biasanya diadakan selepas maghrib.  Jemaah masjid mohon kepada kami agar membawa lagi Dr Danial pada masa depan untuk siri ceramah umum yang lebih panjang masanya. Ceramah seterusnya ialah bersama-sama pelajar Kolej matrikulasi selangor dengan kehadirannya melebihi 2000 orang yang memenuhi surau kolej berkenaan. Dalam siri ceramah Dr Danial ini, isu Palestine dan Syria turut disentuh. Kami memeriahkan program di Sekolah menegah sains Banting dan Kolej Matrikulasi Selangor ini dengan booth Pameran Palestien dan Ikram for Syria. Kami berjaya mengutip derma keseluruhan untuk kedua-dua tabung ini sebanyak RM4619.25.

BLOG SELANGOR: 12 <b>di kuala langat</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jul 2013 01:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aku Budak Telok: Telok, <b>Kuala Langat</b> dan Klang Semasa Darurat <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 09:05 AM PDT

Salam ukhuwah. Selepas berbicara pasal kehidupan atok nenek kita masa Jepun dulu, ada baiknya sembang-sembang itu kita panjangkan  dengan menyelit kisah-kisah tragis dan menyedihkan kehidupan rakyat terutamanya orang-orang kampung masa itu.

Kejadian demi kejadian Allah uji umat Melayu Islam dalam mempertahankan maruah agama dan bangsanya. Apa tidaknya! Mula-mula kita terpaksa berjihad menentang Inggeris kafir selama hampir 150 tahun. Kemudian datang pulak Jepun bagero menguji keimanan kita kepada Allah dengan kesukaran kehidupan masa perang. Alhamdulillah, kita berjaya dalam ujian tersebut.Tak lama selepas itu, kita diuji lagi dengan kebangkitan Cina  kafir komunis yang menentang agama dan ingin menjadikan bumi ini hak milik mereka. Kekentalan iman dan semangat jihad menjanjikan kemenangan hakiki sebelum kita dikurniakan Allah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Apapun kritikan orang tentang kemerdekaan kita, selayaknya milik kita!

Banyak peristiwa ketika zaman darurat dahulu  (1948-1960)  yang mewarnai kehidupan leluhur kita di sekitar Kuala Langat dan Klang, walaupun tidak sehebat dan setragis tempat-tempat lain. Cuba lihat urutan peristiwa secara kronologi  kezaliman komunis dan kecekalan kita menentang mereka:

Semasa zaman pemerintahan Jepun, penduduk-penduduk telah hidup dalam keadaan huru-hara. Pada masa itu, orang-orang Cina telah dipindahkan oleh Jepun dari Banting ke kawasan Telok Panglima Garang dan Jenjarom. Masih aku ingat lagi cerita arwah ayahku tentang kawasan kebun kami di Telok Mengkuang yang dijadikan padang sasar pengganas Bintang Tiga (komunis) ini berlatih menembak. Buktinya, ketika kerja-kerja membersihkan kebun dijalankan, banyak terdapat serpihan botol-botol pecah. Kemungkinan botol-botol itu dijadikan target practice.Lebih menguatkan syak wasangka aku apabila ada orang kampung yang sebaya atuk aku bercerita dia pernah diberi upah oleh seorang towkay Cina untuk menghantar muatan beras dalam sampan pada waktu malam ke Telok Mengkuang yang terletak kira-kira 5 km dari pekan Telok Panglima Garang, sememangnya sunyi dan jauh dari petempatan Melayu. Setibanya dia di tempat itu, dia dapati ada kem latihan komunis di situ. Aku tak pulak bertanya sama ada dia melaporkan hal itu kepada polis atau tidak.
Namun ketika awal darurat bermula,(tak dapat dikenal pasti tarikh dan tahunnya), konco-konco komunis telah menembak dan menyerang Pusat Kawalan Polis dan askar. Penentangan ini telah mengakibatkan seorang anggota polis telah terbunuh di Balai Polis(mungkin balai polis Jenjarom atau Telok Datok)) manakala 2 orang komunis pun telah ditembak mati oleh anggota polis. Mangsa-mangsa tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Telok Panglima Garang.(butiran mangsa-mangsa tidak diperoleh)

Menurut akhbar Tamil Nesan, 14 November 1948, dalam tajuk "Keganasan komunis di Klang", menyatakan bahawa 2 pengganas, keturunan Banjar memasuki rumah seorang Melayu, Haji Mansor bin Dorasa dan isterinya Hajah Lahara sewaktu tidur di dalam rumah di batu 4, lalan Kapar, Klang. Kejadian itu

berlaku pada 13 November, pukul 3.20 pagi. Mereka menetak mati kedua-dua suami isteri tersebut dan seterusnya merompak $10,000 dan barang kemas bernilai $6000.

Pada 21 Disember 1948, akhbar ini, melaporkan perkembangan seterusnya pada 16 Disember, pukul 3.30 petang dimana sekumpulan komunis memukul dan menyeksa seorang buruh India di Estet Kampung Kuantan, berhampiran Klang, Selangor

Pada tahun 1949, Regimen Worcestershire tentera British berpindah masuk pada  1 September. Markas induk batalion pertama terletak di antara Klang dan Pelabuhan Swettenham,,bersetentang jalan besar dan landasan terbang yang tidak digunakan. Kem kompeni "A" di Telok Datok, 20 batu ke selatan, kompeni "B" berhampiran Batang Berjuntai, 24 batu ke utara dan kompeni "D"di Klang.   Pada awal Disember tahun yang sama, kompeni "A" dipindahkan dari Sungei Siput ke Telok Panglima Garang. Battalion tersebut terus berada di sana sehingga akhir 1951. Kompeni "A"kini diletakkan di bawah kawalan Battalion Pertama Regimen Suffolk untuk membasmi pengganas dalam hutan tebal sekitar situ. Pasukan itu tinggal di  Telok Panglima Garang sehingga Februari 1952, dan ketika yang sama Battalion Pertama Regimen Suffolk diganti oleh Battalion Pertama Somerset Light Infantry. Ketika di Klang, kompeni "A"merupakan pasukan pertama diangkut menggunakan helikopter ketika menjalankan operasi.


Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.worcestershireregiment.com/wr.php?main=inc/h_malaya1

Orang India juga tidak terlepas daripada kekejaman komunis di Selangor. Antara kejadian yang dilaporkan dalam Tamil Nesan, 19 Mac 1949, dalam tajuk "Pembunuhan di Selangor",adalah perkembangan pada 18 Mac, dimana 3 orang komunis menembak mati seorang penoreh getah India dari Estet Klang, di batu 31, Jalan besar Batu Laut-Banting, Kuala Langat, Selangor kerana dia tidak membantu komunis. Dua orang Cina bersenjata dan seorang India tidak bersenjata memanggil keluar penoreh getah India tersebut. Kedua-dua tangan mangsa diikat sebelum disembelih. Seterusnya, mereka menampal sebuah risalah komunis berbahasa Tamil di sebatang pokok kelapa berhampiran mayat. Pada hari yang sarna, komunis membunuh 3 orang penoreh getah berbangsa India dari Estet Chi Liung, di belakang pekan Kanchung Laut, Selangor. Mereka dibunuh kerana enggan bekerjasama dengan komunis.


Gangguan komunis memuncak di Malaya dengan pembunuhan Sir Henry Gurney seorang pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pada pada 7 Oktober  1951. Di Kg .Delek, Kg.Darat Batu dan Kg.Kanchung Tengah dan sekitarnya, komunis merampas 24 laras senapang patah " home guard " penduduk dan  berlaku pembunuhan 4 orang penduduk Kancong Laut termasuk ketua kampung (Tuan Hj.Siraj bin Mustafa) yang enggan berkerjasama dengan komunis.
Tamil Nesan, 12 Januari 1951, dalam tajuk "Orang Eropah masih menjadi sasaran komunis di Malaya", meyatakan bahawa pada 10 Januari, komunis menyerang W.J. Shaw, pengurus estet Brooklands, Banting, Kuala Langat, Selangor dan pembantunya, A.N. Symons. Dalam serangan ini, Shaw terbunuh manakala Symons mengalami kecederaan.

Tamil Nesan, 27 Februari 1953, dalam tajuk "Pencuri mencerobohi rumah", menyatakan bahawa 3 orang komunis bersenjata dan bertopeng memasuki sebuah rumah orang tua di Jalan 1 Y2, di Klang, Selangor pada 24 Februari. Seorang daripada kumpulan itu berdiri di luar rumah dan 2 orang lagi memasuki ke dalam rumah itu. Sewaktu kejadian itu berlangsung, pemilik rumah berada di belakang rumah, dan terjun melalui tingkap dengan menjerit "Mata-mata", Sebuah kereta peronda melalui kawasan itu dan melihat orang yang
menjerit itu serta melihat 2 orang komunis menaiki sebuah kereta di hadapan rumah itu.

Kerajaan Selangor turut mengumumkan kawasan putih di beberapa kawasan di Selangor dengan adanya kerjasama penduduk. Antaranya Tamil Nesan, 6 Disember 1954, dalam tajuk "Pengumuman kawasan putih di Selangor: Ini adalah kali pertama dan 140,000 penduduk dibebaskan dari perintah berkurung", melaporkan bahawa kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat sebagai kawasan putih mulai 5 Disember, pukul 4 petang. Ini bermaksud 140,000 rakyat di kawasan itu boleh bergerak dengan bebas tapi masih berhati-hati. Ini adalah kali pertama dimana kawasan Selangor diisytiharkan sebagai kawasan putih. Langkah ini diambil oleh kerajaan kerana kegiatan dan keganasan komunis berkurangan di kawasan tersebut.

Tamil Nesan, 10 Januari 1955, dalam tajuk "Sultan Selangor mengucapkan tahniah kepada penduduk
kawasan putih", menyatakan bahawa Sultan Selangor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penduduk yang membantu kerajaan dalam membanteraskan komunis dengan menghentikan semua bantuan yang diberi kepada komunis sebelum ini. Pada hari ini dalam tahun 1955, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni-Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah telah mengisytiharkan Kuala Langat di negeri Selangor sebagai kawasan putih. Upacara perisytiharan ini telah diadakan di Padang Teluk Datok.
Perisytiharan Kuala Langat sebagai kawasan putih yang ke 3 di negeri Selangor dan yang ke 29 di Persekutuan Tanah Melayu adalah hasil dari usaha Jawatankuasa Kerja Perang Daerah yang nmnjalankan operasi NASSAU bagi menghapuskan kegiatan komunis di negeri Selangor. Operasi yang dimulakan pada Disember 1954 dan berakhir pada tahun 1955 ini, telah berjaya menyekat bekalan makanan untuk 3 platoon ahli Parti Komunis Malaya di kawasan Kuala Langat. Pengawalan yang ketat serta serangan-serangan ke atas kubu-kubu komunis oleh Battalion Pertama The Royal Hampshire Regiment, Battalion ke 7 Regiment Askar Melayu dan Battalion Pertama The Fiji Infantry Regiment telah membawa kejayaan kepada operasi "NASSAU".   Dengan pemusnahan sepenuhnya kubu-kubu komunis dan juga penyerahan diri ahli parti komunis di Daerah Kuala Langat ini, maka Kuala Langat telah dapat diisytiharkan sebagai  kawasan putih.   Dengan itu juga bermakna penduduk Kuala Langat adalah bebas daripada kuatkuasa undang-undang darurat.

Tamil Nesan, 14 Februari 1957, dalam tajuk "Kebakaran di rumah penolong pengurus Estet", menyatakan bahawa sekumpulan komunis membakar rumah seorang penolong pengurus iaitu V Palaniandy (36 tahun), di Estet Brown, Klang, pada 13 Februari. Mereka turut menghiris dia dengan pisau di kepala, perut dan dada. Isteri beliau dan 3 orang anaknya yang menghampiri untuk membantu suaminya turut dihiris 4 kali di leher. Kebakaran ini membawa kerugian $15000 dan hampir seluruh rumah telah musnah dan semua orang dalam rumahnya selamat keluar melalui pintu belakang rumah.

Tamil Nesan, 8 Mac 1957, dalam tajuk "Pembunuhan seorang wanita Uresh",menyatakan bahawa sekumpulan komunis memasuki rumah seorang Uresh di Kuala Klang, Selangor pada 7 Mac dan membunuh seorang ibu dengan teruk, Mereka menghiris dia dengan parang.

T

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads