Ahad, 25 Ogos 2013

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Hannah Yeoh sumbang bantuan kepada masjid, surau <b>di Subang</b> <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 08:05 PM PDT

KELANA JAYA, 20 JULAI:  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan menyampaikan bantuan kepada enam masjid dan 17 surau di sekitar Subang Jaya sempena Ramadhan tahun ini.

Menurut beliau, sumbangan PR itu adalah atas inisiatif untuk mempermudahkan kegiatan ibadah mereka pada bulan yang mulia ini.

"Setiap tahun sempena Ramadhan, saya akan memberi sumbangan kepada masjid dan surau sebagai menghormati hubungan sesama manusia dan membantu memudahkan urusan umat Islam.

"Saya juga berharap ia dapat dimanfaatkan bersama penduduk berhampiran supaya dapat memeriahkan lagi program keagamaan di surau dan masjid  sempena Ramadhan," kata Hannah Yeoh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor selepas menyerahkan sumbangan itu di Pejabatnya, semalam.

Setiap masjid menerima sumbangan bernilai RM2,000 dan surau pula menerima RM1,000 daripada Pejabat Adun DAP Subang Jaya itu.

Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan itu ialah Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen.-Roketkini.com

Adun DAP sumbang cek untuk masjid, surau <b>di Subang Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2012 02:53 AM PDT

PETALING JAYA, 22 JULAI: Enam masjid dan 16 surau di Subang Jaya dan kawasan di sekitarnya menerima sumbangan RM28,000 sempena bulan Ramadan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh, di Dewan Muslimat Masjid Darul Ehsan Subang Jaya semalam.

Majlis ini telah dihadiri oleh nazir-nazir dan wakil-wakil masjid serta surau untuk menerima cek sumbangan melalui peruntukan ADUN kepada semua masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor di kawasan DUN Subang Jaya.

Setiap masjid menerima sumbangan RM2,000 manakala setiap surau masing-masing RM1,000.

Menurut Hannah Yeoh, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan kos masjid dan surau dalam bulan Ramadhan.

"Ini adalah kali keempat majlis ini dilakukan dan bagi DUN Subang Jaya, sumbangan kepada masjid dan surau merupakan paling tinggi di Selangor," katanya di majlis itu.

Sementara itu, selepas majlis tersebut, Yeoh dalam satu sidang akhbar mendedahkan mengenai bahaya yang dihadapi oleh penduduk sekitar Jalan 5/46  Bukit Gasing akibat pembangunan oleh pemaju Gasing Meridian Sdn.Bhd. berdekatan kawasan tersebut.

"Masalah utama projek ini ialah mengenai jalan masuk ke kawasan yang dibangunkan tersebut. Lori-lori besar keluar masuk hanya  menggunakan satu laluan sahaja iaitu Jalan 5/46.

"Pihak Pusat Khidmat DUN telah pun melakukan tinjauan jalan tersebut bersama unit penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Datuk Bandar MBPJ pada Jumaat lalu memohon MBPJ bekerjasama dengan DBKL menghalang lori-lori tersebut dari menggunakan jalan tersebut.

"Kita mahu agar satu laluan keluar masuk yang lain disediakan dan tindakan tegas dari pihak DBKL dan MBPJ sendiri," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya juga telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur agar bertindak segera untuk menangani masalah ini untuk mengelak kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads