Khamis, 22 Ogos 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Suasana Islamik Iftar <b>Di</b> De Palma Hotel, <b>Shah Alam</b> - Bro Framestone

Posted: 20 Jul 2013 02:14 AM PDT

berbuka puasa de palma hotel shah alamBaru-baru ini Bro berkesempatan untuk berbuka puasa "iftar" di De Palma Hotel, Shah Alam bersama isteri.

Terasa teruja bila pertama kali memasuki The Grand Ballroom dimana mereka menyediakan ruang buffet berbuka puasa yang mampu menempatkan lebih kurang 1250 tetamu pada satu ketika.

Yang menariknya, suasana islamik diterapkan sebagai tema pilihan De Palma Hotel dalam memberi kelainan dan satu pengalaman berbeza kepada tetamunya. Ada tetamu yang bukan beragama islam juga turut serta berbuka puasa di sini.
alunan zikir dari pelajar tahfiz
Pengunjung boleh datang ke sini seawal pukul 5 petang (selepas tamat bekerja) untuk berehat sebentar atau solat Asar dimana surau disediakan.

Pada pukul 6.30 petang, anda akan disajikan oleh nasyid dan alunan-alunan zikir dari pelajar tahfiz yang mampu memberikan ketenangan jiwa kepada anda sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Selepas itu anda disajikan pula dengan montaj pada paparan layar putih disekiling Grand Ballroom yang mengandungi mesej dan nasihat berguna bagi kita yang menjalani ibadah puasa.
bacaan alquran iftar de palma hotel shah alam
Selepas berbuka,

Kami disajikan pula dengan alunan ayat suci Al-Quran dari Sheikh Hassan Abdel Ghany Mohamed Abouseta yang didatangkan khas dari Mesir. Beliau juga akan mengimamkan solat Tarawikh berjemaah yang turut diadakan di hotel ini.

Dalam masa menunggu Isyak, terdapat slot ceramah agama yang dibawah khas oleh ustaz jemputan.

Berkenaan dengan Konsep Buffet Ramadan yang diperkenalkan di De Palma Hotel iaitu "Juadah Sentuhan Ibunda".20130722-231233.jpg

Mari Bro perkenalkan dengan juadah yang disediakan disini.

Kebanyakan juadah disediakan oleh beberapa orang chef secara terbuka. Contohnya, ada chef berpakaian ala gadis kampung sedang menyediakan cucur dan digoreng panas di depan anda.20130722-234315.jpg

Bagitu juga dengan gerai disebelahnya iaitu gerai ikan keli dimana anda dapat melihat chef sedang mengoreng ikan keli.

Amat menyelerakan ikan kelinya termasuk senyuman manis chefnya. 2-3 kali juga Bro lalu depan gerainya. Malangnya bahagian kepala sahaja yang ada, ekor orang lain dah sapu dulu.20130722-232117.jpg

Hidangan tidak akan lengkap tanpa menu utamanya iaitu kambing.

Bro hanya amik sikit je, sebab kesihatan Bro tidak melayakkan Bro untuk perkena kambing bebanyak. Salah satu nikmat telah ditarik T-T

"Juadah Sentuhan Ibunda" ini hasil masakan daripada Eksekutif Chef dan Senior Chef De Palma Hotel Shah Alam. Harga bagi Buffet Ramadan ini ialah RM 75 nett / Dewasa dan RM 35 nett bagi kanak-kanak 6-12 tahun.

Untuk Tempahan & Pertanyaan

De Palma Hotel Shah Alam,
Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19,
P.O Box 7511, 40718 Shah Alam,
Selangor D.E

No Phone – +603-5542 8080

iftar blogger de palma hotel shah alam

Dapat juga Bro berbuka dengan rakan blogger dari sekitar Shah Alam.

Untunglah ada sorang blogger tue ada peminat dari kalangan waitress. Patutlah waktu dia serve kami, dia asik jeling-jeling. Malu nak tegur ek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads