Khamis, 22 Ogos 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai</b> tenggi - Google Blog Search

Posted: 26 Jul 2013 03:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tiga Maut Dalam Kemalangan Babit Lima Kenderaan <b>Di</b> Kilometer <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2012 05:08 PM PST

- 2012-12-17 09:08:25'.

Nahas di Kilometer 44 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi 1

MAUT: (dari kiri) Mohd Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau meninggal dunia di tempat kejadian manakala Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang meninggal dunia semasa dalam perjalangan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sementara mangsa ketiga Siti Noraizah Abdul Wahab, 21 dari Felda Sungai Mas meninggal dunia selepas lima jam diberi rawatan di HKT.

KOTA TINGGI – Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata mereka ialah Mohd Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau, Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang dan Siti Noraizah Abdul Wahab, 21 dari Felda Sungai Mas.

Beliau berkata Mohd Ali meninggal dunia di tempat kejadian, Abdul Samah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala Siti Noraizah pula selepas lima jam menerima rawatan di HKT.

"Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila lori treler yang dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Siti Noraizah, yang datang dari arah bertentangan.

"Kejadian itu menyebabkan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu oleh Mohd Ali.

Nahas di Kilometer 44 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi 3

Keadaan kereta yang remuk apabila tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 44 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi

Nahas di Kilometer 44 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi 2

Short URL: http://din.huluselangor.net/?p=23540

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads