12 di morib - Google Blog Search |
Ke Gold Coast <b>Morib</b> | Lemprica.Com Posted: 29 Aug 2013 05:09 PM PDT Ini kira nya cuti-cuti sekejap selepas ber hari raya hari tu. Rasa nya dalam 7 syawal kami dah berjalan-jalan cuti . Mulanya plan nak ke arah Johor. Tapi memang tak nak pergi ke Legoland dan seangkatan. Sebab nya, tunggu Harith besar sikit baru syok . And ingat nak ke area Desaru ke apa, tapi bila dah fikir ( and of course kena buat budget, bukan main redah je ) , aku pun dok usha Gold Coast Morib ( GCM ) . Yang penting anak-anak enjoy . So , bila dah decide untuk ke GCM ni , mula lah cari bilik . And macam biasa kita book online je. Tapi bila ke website GCM, tarikh yang aku nak , fully booked. And the package mmg berbaloi. Termasuk tax RM168.Package termasuk – 2 adults wristband untuk ke water theme park , 2 adults breakfast . Berbaloi. So, bila usha segala semua online web, semua package lebih mahal..sampai lah aku teringat Asiarooms.Com . Tap tup , ada bilik and same package . Yeehaaa.Mari kita booking. So , waktu dah sampai GCM tu , check in was smooth . Manusia? Pergh..ramai . Dah macam waktu kitaorg nak check in bilik kat First World Hotel Genting gayanya. Seramai itu and line panjang. Tapi bahagian receptionist bukak 3 kaunter, so mana yang lambat tu selalunya booking banyak gila bilik . Dah dapat kunci bilik , bukan terus2 leh lepak atas katil. Sebab bilik lom lagi housekeeping kemas and bersihkan. Padahal time tu dah jam 3pm . Tapi sebab kami gi peak time – cuti panjang dek Hari Raya dan cuti sekolah , so memang takyah lah nak bising-bising sangat. Bebudak housekeeping tu pun aku ngk bertungkus lumus kemas. Walaupun dah lambat kemas, diorang tetap mop sental bilik. Terima kasih . Dalam jam 4pm tu , bilik kami belum lagi di kemas , tapi bebudak dah meresah . Laki ku pun suruh tukarkan baju bebudak ni , biar dia bawak bebudak ni turun ke water theme park . tap tup diorang turun ber empat, aku jaga bilik . Tapi memandangkan till 5.30 pm pun bilik lom siap ( bebudak housekeeping ada mengemas kat level aku tu dari jam 4pm ) so..aku decide to turun join laki ku + anak2 and tinggalkan barang dalam bilik . Mana yang berharga kita masuk safety box . Dekat jam 7pm , baru kami naik. Anak-anak dah kecut segalanya. Tu pun masih lagi nak berendam . Heheheheh..Walaupun orang ramai , tetapi keadaan sekitar waterpark memang bersih . Terjaga sungguh . Memang rasa berbaloi . Oh , di sini , hanya Hanum di kenakan bayaran ( kanak-kanak) untuk masuk ke Water Theme Park dan untuk breakfast . For breakfast dia dikenakan RM18 dan untukwater theme park RM20. Di bawah senarai harga tiket. Overall memang puas hati di sini. Breakfast spread memang berbaloi banyak . Tapi sila lah turun awal. Luckily kami anak beranak jenis bgn awal , takde masalah nak kejutkan diorang . And bila turun di cafe , orang masih belum ramai. Lepas makan breakfast , jalan- jalan di sekitar situ . Dapat lah bebudak ni main pasir . Anyway , untuk pengetahuan , wristband tu kena pakai sentiasa till check out . Tidur pun pakai tak leh tanggalkan. Sebab ianya valid till the day kita check out . So merasa lah tido pun ada wristband.lol. Kepada sesiapa yang teringin nak ke sini , rajin-rajin lah usha Streetdeal.com , Groupon.com , LivingSocial.com for good promo or boleh je booking kat web Gold Coast Morib je sebab diorang pun selalu buat promo . Good luck! |
You are subscribed to email updates from di morib - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan