Khamis, 5 September 2013

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Himpunan <b>di Petaling Jaya</b> tetap diteruskan, Sabtu ini <b>...</b>

Posted: 23 May 2013 05:31 AM PDT

PETALING JAYA 23 Mei: Perhimpunan bagi membantah penipuan pilihan raya anjuran Gabungan "Suara Rakyat 505″ akan tetap diteruskan Sabtu ini, kata penggerak utamanya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pemimpin SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO itu bertekad memastikan himpunan itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan.

"Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut mengutuk keras tindakan tidak bertamadun pihak berkuasa menangkap Ahli Parlimen batu, Tian Chua, peguam aktivis, Haris Ibrahim dan pemimpin veteran, Thamrin Ghaffar hari ini.

Katanya, penangkapan yang bermula dengan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli minggu lalu itu dijangka berterusan dengan beberapa lagi siri tangkapan.

"Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan.

"Peristiwa hari ini mengingatkan kita bagaimana penceroboh Sulu diberi layanan dan masa yang selesa, tetapi rakyat sendiri dilayan umpama penjenayah besar. Inilah Malaysia, rakyat perlu bangkit membetulkan negara ini!," Seru beliau.

Semalam, Gabungan Suara Rakyat 505 yang terdiri daripada lebih 50 NGO dalam kenyataan berkata, ia akan tetap meneruskan Himpunan itu yang diadakan di Padang Timur, berdekatan Amcorp Mall, Petaling Jaya bermula jam 5 petang, Sabtu ini.

Himpunan bertema warna hitam sebagai simbolik kepada kematian demokrasi itu, merupakan rentetan daripada siri-siri himpunan Black 505 yang diadakan di seluruh negara, sejak 8 Mei lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52431

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads