12 di kuala selangor - Google Blog Search |
Selesai Outstation <b>Di Kuala Selangor</b> - I Z W A N Y U S O F Posted: 11 Oct 2013 05:36 AM PDT Baru je balik rumah malam semalam. Dah seminggu saya berada di sekitar UIAM, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor. Alhamdulillah banyak kerja yang dapat saya selesaikan. Tujuan utama ke KL minggu lepas sebab ada urusan kerja untuk shoot majlis perkahwinan rakan di UIAM kat Kuala Selangor. Dah alang-alang tu saya singgah UIA untuk uruskan clearance konvokesyen, dokumen-dokumen berkaitan dan beli barang-barang tambahan untuk fotografi. Majlis hari tu agak besar. Ada 12 khemah tetamu termasuk khemah penyambut tetamu, ada satu balai buat bakar kambing 3 ekor, ada booth untuk candy,chocolate dan photobooth, guest book dan lain-lain. Mujurlah datang 2 orang photographer takdelah lepak sangat. Pasangan ni dua-dua belajar kat UIAM jadi ramai rakan-rakan dari UIAM datang masa majlis tu. Most of them working as engineer now. Oh ya berbalik kepada cerita kambing bakar tu, disebabkan saya jadi photographer biasanya makan memang lambat dalam jam 3.30 petang lepas solat semua jadi memang la kambing dah tinggal balai je. habis! owhh kempunan betul rasa. Okey, got to go nak buat kerja lain plak. Selamat pengantin baru untuk rakan-rakan yang sudah,sedang dan akan melangsungkan perkahwinan tahun ni. Like & Share Artsflava Photography |
Semalaman <b>di Kuala Selangor</b> - firdaus zali - Blogger Posted: 29 Sep 2013 06:06 PM PDT assalamualaikum, yup semalaman di kuala selangor :) jln hujung minggu.. sabtu petang bergerak, kemudian singgah umah sewa adik di kota puteri sebelum pekan ijok jalan ke bandar tasik puteri, solat maghrib sume siap jalan ke kuala selangor cari hotel bajet hahaha alhamdulillah dapat jugak, tidur di zande motel RM60 semalaman so far nice laa ni gambar biliknya ini lah katilnya agak besar lengkap dengan tv, bilik air, air-cond, tandas dan meja solek kedudukkannya betul2 berhadapan menara putih, bersebelahan dengan masjid pekan kuala selangor dan berhadapan dengan simpang ke taman alam, taman ikan air tawar dan bukit malawati. sampai lebih kurang pukul 9 mlm lebih, perut agak lapar tp sayangnya semua kedai disekeliling hotel tutup !!! kecuali 7Eleven, pekan mati.. huhhhh cari punya cari ada gak kedai mamak, mamak pun mamak laa janji kedai makan dan owner dia islam. ayah, dia mkn capati ngan kari daging sepiring, sy mkm megi goreng jer.. dan adik dia makan megi sup.. ni kedainya, bersih pun bersih malam tu jenjalan biasa2 jer x ke mana pun bandar dah gelap.. nengok jpj buat roadblock jer mlm tu, kemudian esoknya berjalan di taman alam, bukit malawati, taman ikan air tawar, kampung nelayan, pasar pasir penimbang... honestly gambar takde bateri kamera lupa nak dicas ahahaaa dan sekeping dua jer.. ini gate nak melawat taman kunang-kunang atau kelip-kelip di kampung kuantan, malam tu kami x jumpa simpangnya, siang baru jumpa lain kali pulak laa satu bot RM 50, 4 orang, buka 7:30 mlm hingga 12:30 mlm ini gambar di taman ikan,. ini tak tau ler nama melayu ikan apa yang pasti memang mengerikan hahaha mulut macam buaya, klu nengok dalam tv, alligator gar namanya.. itu sahaja nak kongsi cerita terima kasih, firdaus zali |
You are subscribed to email updates from di kuala selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan