12 di subang jaya - Google Blog Search |
Kes Rompakan dan Pembunuhan <b>di</b> Ambank <b>Subang Jaya</b> Posted: 24 Oct 2013 09:12 PM PDT INFO SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK DI SUBANG JAYA TELAH DITANGKAP DALAM PERJALANAN KE SABAH DI LCCT ADALAH PALSU Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu. Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999. dari sibuk2 share gambar Arwah Puan Noazita bt Abu Talib tu, baik kita semua share gambar ni banyak2. PDRM ingatkan kepada kita agar berhati2 kerana beliau bersenjata. Seorang pengawal keselamatan yang bertugas bersebelahan bank Ambank USJ Sentral di Subang Jaya menyifatkan wajah suspek seperti bermasalah ketika mereka bertugas bersama sehari sebelum kejadian. Menurut pengawal itu, pada hari Selasa mereka bersama-sama bertugas mengawal di sebuah lagi bank di Bank Affin, di Taipan 10, Subang Jaya. "Dulu semalam, saya sama dengan dia bertugas di Affin Bank di Taipan 10 dan saya ada tanya dia kenapa kerana muka dia lain macam je, tetapi dia tak nak cakap apa-apa," katanya Menurut pengawal itu, ketika di Affin Bank suspek dilihat bersikap pelik seperti mahu melakukan sesuatu berunsur jenayah tetapi tidak meneruskan niatnya di Affin Bank. Sebaliknya dia melakukan jenayah berkenaan ketiga bertugas di Ambank. Menurutnya, suspek juga dilihat mukanya seperti sedang mengalami masalah besar. "Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian," kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi AMBANK, Norazita Abu Talib, 37. Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan. "Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab. "Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pe ngurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan. "Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian," katanya. Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central2, Subang Jaya semalam. Dalam mesej melalui Twitter hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis; "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini." "Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api. "Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan. "Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya. Harian Metro/mynewshub/Bernama |
You are subscribed to email updates from di subang jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan