Isnin, 28 Oktober 2013

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Syazwani Mazlan Official Blog: Santai petang <b>di</b> Pantai <b>Morib</b>

Posted: 29 Sep 2013 04:03 AM PDT

Assalammualaikum...
Sebenarnya dah lama tak jumpa kawan aku yang seorang ni (izzati), sebab dia dah kahwin, so ikut suami dia di Kelantan. Alang-alang dah ada kat sini, aku pun ajaklah jumpa walaupun sekejap je kan...  kitaorang plan nak pergi Pantai Morib dan Bukit Jugra di Banting. Tapi apakan daya kuuuu, terpaksa tunda masa sekejap. Uwaaa. Dekat petang jugaklah baru nak pergi.. dengan jammed nya lagi... Pukul 5 gerak dari rumah Izzati my BFF masa sekolah menengah dulu tp still la aku anggap dia BFF aku lagi. hikhokhik.  Kitaorang tak dapatlah nak singgah Bukit Jugra walaupun aku nampak je signboard Bukit Jugra tengah jejoget tepi jalan. wakakakak.
Gambar kiri bawah, Dila , Izzati & aku

Jangan tak sangka uols, dulu Pantai Morib ni sunyi sepi je. Sekarang dah macam PD dah. muahahaha. Banyak jugaklah perubahan yang ado dekat sini. Jualan mcm-mcm, of coz la budak-budak kecil yang suka membelikan. jejaga.. hahahaha. Yang paling aku tak sangka, rupanya sini boleh mandi yek.. bukan pantai morib ni tak boleh mandi ke? sebab laut berlumpur?? setahu aku la... Tapi memang aku nampak lah ada orang mandi di pantai ni. Kalau nak mandi, kena pergi sebelah kanan Morib. Kalau nampak orang tengah mandi, ha, situlah port sesuai sebab boleh pijak pasir. kikiki.


Banyak jugakla perubahan kat sini.. ada taman permainan, info , main layang-layang pun best kat sini. kedai makan pun banyak. Cerita pasal kedai makan, ada satu kedai ni memang jual kerang je. Janganlah beli kerang situ. Memang tak best. Kerang tak fresh, busuk. Sampai lalat-lalat datang. Harga pun tak berbaloi dengan persekitaran yang dekat dengan pantai ni. Harga sepinggan RM5, tapi kerangnya macam harga RM3 je... :(




Nak ke Morib ni, ambil masa sejam je dari Klang ke sini. Kalau nak pergi PD ikut jalan lama ni pun boleh... Tapi jauh sikit la... P/S: Semoga persahabatan kitaorang berkekalan sepanjang hayat. Walaupun akan datang dah ada yang kahwin ke, still boleh keluar sesama. InsyaAllah. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads