Selasa, 14 Januari 2014

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Elya bising bising: Pesawat Hilang <b>Di Hulu Selangor</b>?!

Posted: 10 Jan 2014 02:26 PM PST

Sebuah pesawat ringan jenis Cessna dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada di ruang udara Hulu Selangor, kira-kira 5.15 petang semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi pada 4.43 petang. 
Menurutnya, pesawat berkenaan dinaiki seorang juruterbang, pembantunya dan seorang penumpang. 
"Ketika terputus hubungan pesawat dilaporkan terbang rendah dan hilang ketika berada di ruang udara Hulu Selangor," katanya.
"Polis dan bomba sudah dimaklumkan dan operasi mengesan pesawat dijalankan di kawasan yang dilaporkan hilang bermula 9 malam tadi sebelum dihentikan pada 12 tengah malam dan akan disambung 7.30 pagi," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan pesawat milik Royal Selangor Flying Club itu sedang menjalankan latihan penerbangan di kawasan Rawang dan Batu Caves. - HM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads