Selasa, 18 Februari 2014

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Bekalan Air <b>Di Hulu Selangor</b>, Kuala Langat, Kuala Selangor Pulih <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2013 09:07 PM PDT

water queue

KUALA LUMPUR: Semua kawasan yang terlibat dengan gangguan air di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akibat pencemaran Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya pada petang Ahad.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Selangor (Syabas) Priscilla Alfred berkata hanya beberapa kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak masih mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan air rendah.

"Pencapaian ini hasil usaha berterusan dari pihak Syabas di dalam memantau dan mengendali urus program pemulihan bekalan air termasuk mendapatkan kerjasama dari operator loji rawatan air bagi menentukan rawatan air ke tahap maksimum," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Berikutan itu, jumlah akaun pengguna yang terjejas telah menurun kepada 194,949 iaitu 13 peratus daripada 880,00 akaun.

Bagi membantu kesulitan yang dihadapi pengguna Syabas, Priscilla berkata Syabas menggerakkan kesemua sumber yang ada bagi menghantar bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik.

"Setakat ini, sebanyak 316 penghantaran lori tangki telah digerakkan, manakala sejumlah 176 tangki air statik pula diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik di empat buah wilayah yang terganggu," katanya.

Namun, katanya Syabas tidak dapat menyediakan sumber yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua pengguna terlibat kerana jumlah pengguna yang sangat ramai.

Bantuan bekalan air lebih ditumpukan kepada premis-premis dan keperluan seperti hospital dan pusat perubatan, pusat-pusat dialisis, masjid-masjid dan majlis kematian untuk pemandian jenazah.

-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads