12 di shah alam - Google Blog Search |
[terkini] berita gembira untuk penduduk <b>di</b> shah <b>...</b> - <b>shah alam</b> rebels Posted: 12 Feb 2014 06:00 PM PST Saudara Azhari Shaari, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam. Masalah kesesakan jalan raya dan kos tinggi tol serta petrol yang terpaksa ditanggung warga bandar raya ini untuk ke tempat kerja di sekitar Lembah Klang dapat diatasi sekiranya kerajaan mewujudkan laluan transit aliran ringan (LRT). Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari berkata, bagi merealisasikannya, kerajaan boleh memanfaatkan stesen projek transit aliran massa (MRT) di Glenmarie di sini yang sedang dalam pembinaan untuk berintegrasi dengan laluan LRT tersebut. Menurutnya, langkah berkenaan adalah lebih sesuai memandangkan jarak di antara stesen MRT di Glenmarie dengan bandar raya ini hanya kira-kira dua kilometer. "Inilah masa yang sesuai dalam usaha kerajaan Pusat mahu membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. "Lagipun, inilah isu yang diperjuangkan oleh penduduk Shah Alam selama ini," katanya dalam sidang akhbar, di sini semalam. Azhari menambah, dengan adanya sistem LRT nanti, penduduk Shah Alam dapat berulang-alik ke bandar-bandar lain dengan lebih mudah, cepat dan murah. "Dengan wujudnya jaringan LRT, projek pembangunan berasaskan pengangkutan bagi perumahan mampu milik boleh dilaksana. Katanya, satu memorandum mengenai cadangan pembinaan LRT itu akan diserahkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad pada 18 Februari ini. Pada perkembangan berkaitan, UMNO bahagian itu sekali lagi mendesak kerajaan menghapuskan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan yang telah beroperasi hampir 20 tahun. Azhari memberitahu, tidak mungkin syarikat konsesi yang mengendalikan lebuh raya berkenaan tidak meraih keuntungan memandangkan peningkatan bilangan kenderaan yang melaluinya bertambah. "Yang amat mengecewakan, setelah sekian lama menjalankan operasi kutipan tol, syarikat konsesi terbabit hanya memberi diskaun 10 peratus bermula selepas pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi," ujarnya. Jelasnya, perjanjian konsesi yang akan tamat pada 2018 dicadangkan ditamatkan lebih awal dan tiada pembaharuan diberikan kepada mana-mana syarikat baharu atau sedia ada. Bagi meringankan beban penduduk Shah Alam sebelum tol-tol tersebut dihapuskan, beliau mencadangkan supaya tiada bayaran dikenakan ke atas kenderaan yang melalui Lebuh Raya Persekutuan di antara 6 hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 8 malam. "Bayaran tol juga dicadangkan diberi setengah harga kepada kenderaan yang melaluinya setiap hari," katanya. |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan