12 di kapar - Google Blog Search |
Persatuan Penduduk Fasa Gemilang,Harmoni dan Impian,Taman <b>...</b> Posted: 27 Jan 2014 11:11 PM PST Tarikh : 21hb Januari 2014 Penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian Taman Sungai Kapar Indah42200 Kapar Klang ADUAN, MASALAH ATAU CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MEMELIHARA KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN BAGI PENDUDUK DI FASA GEMILANG, HARMONI DAN IMPIAN, TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH , KLANG SELANGOR Adalah dengan ini pihak persatuan ingin memaklumkan bahawa Pihak Persatuan Penduduk Fasa Gemilang, Harmoni dan Impian, Taman Sungai Kapar Indah akan bekerjasama dengan persatuan perduduk di sekitar Taman Sungai Kapar Indah bagi mengadakan Sesi Dialog Bersama dengan YB Dr Daroyah Binti Alwi serta Badan-badan kerajaan yang berkaitan. Majlis ini dijangka akan di adakan pada pertengahan bulan Febuari 2014 ini. Maklumat lanjut akan di beritahu dari masa ke semasa melalui facebook dan blogs persatuan. Oleh yang demikian, pihak persatuan ingin memohon kerjasama semua penduduk yang mempunyai sebarang aduan atau pun cadangan yang bernas bagi mempertingkatkan lagi keselamatan, keharmonian dan keindahan kawasan kita. Contoh aduannya adalah seperti aduan anjing liar, sampah tidak dikutip, peralatan taman rosak, jalan rosak, aduan/cadangan mengenai keselamatan dan sebagainya yang di fikirkan perlu dan sesuai. Borang aduan/cadangan ini hendaklah di hantar kepada pihak persatuan selewat-lewatnya pada 5hb Febuari 2014. Selepas itu pihak persatuan akan mengumpulkan semua aduan tersebut dan akan diserahkan kepada pihak yang berkenaan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga memperolehi borang aduan ini daripada:- 1. Facebook persatuan - gemilangharmoniimpian/facebook 2. Blogs Persatuan - gemilangharmoniimpian.blogspot.com Setiap aduan hendaklah disertakan dengan gambar dengan lokasi aduan agar senang untuk di ambil tindakan yang sewajarnya. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah berhubung dengan timbalan persatuan disetiap fasa iaitu: 1. En Zakaria Bin Ismail ( Pengerusi Persatuan ) - 0163864459 2. Mokhtarudin Bin Mohamad Nor ( Setiausaha ) - 0192002556 3. En Jefrie Bin Abdul Manaf ( Fasa Impian ) - 0162923484 4. En Azmi Bin Mohd Yusof ( Fasa Gemilang ) - 0122564494 5. En Hero Salleh Bin Yeop Khalid ( Fasa Harmoni ) – 0193322186 Keperihatinan tuan/puan bagi memelihara keharmonian, kesejahteraan dan keindahan kawasan taman kita amatlah di hargai. |
You are subscribed to email updates from di kapar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan