Khamis, 13 Februari 2014

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Pengajian Fardhu Ain <b>Di</b> Rumah Imam Masjid <b>Padang Jawa</b> <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 04:16 AM PST

Di rumah Imam Masjid Padang Jawa di Jalan Berangan 2 Allahyarham Tn Hj Ismail b Hj Hassan telah membuat kelas Fardhu Ain untuk mengajar anak anak, cucu cucunya, saudara mara beliau serta jiran tetangganya. Saya masih ingat kata kata beliau "Aku telah mengajar kepada penduduk kariah di Masjid Padang Jawa' bagaimana pula anak,cucu, saudara serta jiran tetanggaku. Aku buat rumah ini bukan sahaja untuk kediaman tetapi aku ingin menyampaikan ilmu agama yang ada pada ku." 
Kepada pembaca blog ini khususnya warga Kampung Padang Jawa yang ingin bersama dalam majlis kuliah fardhu ain adalah di jemput hadir di Lot 603 Jalan Berangan pada setiap hari Ahad malam Isnin selepas solat maghrib. 

Sekarang Era New Mellinium
Mulai Disember 2013 setelah lebih 10 tahun Tn Hj Ismail b Hj Hassan meninggal dunia waris dan kaum keluarganya telah bermufakat untuk menghidupkan semula suasana belajar agama yang diasaskan oleh Allahyarham Tn Hj Ismail. Oleh kerana keturunannya tidak mempunyai kelayakkan dalam bidang agama maka kami amat berbangga dengan generasi muda anak anak kelahiran Kampung Padang Jawa sekarang yang mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut.

Gambar diatas adalah sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads