Khamis, 6 Mac 2014

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Review Kes Bapa Sembelih Tiga Anak <b>Di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2014 12:42 PM PST

Ku kenali keluarga mereka :cry:

Berita terkini kes bapa sembelih tiga anak di perumahan Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Insiden dipercayai berlaku pada khamis 30 Januari 2014. Dalam insiden tersebut, seorang bapa telah mengelar hingga mati seorang anak berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuanya menggunakan sebilah parang. Dalam kejadian amuk kira-kira pukul 3 petang, ketiga-tiga mangsa berada di rumah tersebut, manakala isterinya keluar bekerja. Suspek kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan atas maklumat jiran. Hasil siasatan pihak mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental.

Fakta Kes Sembelih Tiga Anak Di Bandar Baru Bangi

  • Hanya seorang anak terbunuh manakala dua lagi cedera
  • Mangsa yang terbunuh adalah anak perempuan yang berusia 7 Tahun akibat pendarahan serius dibahagian leher
  • Dua anak perempuan suspek cedera berusia 10 dan 12 tahun. Seorang hampir putus jari
  • Suspek dipercayai menggunakan sebilah parang untuk menetak anaknya
  • Suspek tidak mempunyai rekod jenayag dan turut dipercayai mengalami masalah mental

Gambar Keluarga Kak Umi

kes-bangi

>

Gambar Kes Insiden Sembelih Tiga Anak Di Bandar Baru Bangi

<

Masa tu Jumaat malam sebelum Tahun Baru Cina. Bertalu2 wassap berbunyi tentang berita ini. Terkejut! Sedih dan kelu berkata-kata! Saya baru sahaja bersembang dengan Kak Umi sehari sebelumnya. Mana taknya, kami bekerja di Makmal yang sama. Malah report pada Ketua yang sama. Kami pergi meeting juga bersama-sama! Kak Umi, seorang yang sangat lemah lembut. Sungguh keibuan. Terngiang-ngiang selalu nasihat keibuan beliau.

>

"Farha, solatlah awal waktu", kata Kak Umi. Daku senyum sengih-sengih macam kerang busuk.  :mrgreen:

>

Kak Umi merangkap juga AJK surau kami. Semua aktiviti surau juga memang tak pernah beliau miss. Ya Allah. Beliau sangat baik orangnya. Malah beliau hadir ke kenduri kahwin saya dan suami pada tahun 2009 (7 tahun lepas) sambil bawak anak-anak kecil beliau.

<

"Farha, akak bawak semua anak-anak akak tau. Nak merasa cupcake Farha buat", kata Kak Umi.

<

Masa tu memang saya sediakan 1000 biji cupcake saya bakar sendiri sempena kenduri saya. Arwah anaknya yang meninggal tu baru lahir rasanya.

Di kawasan peruhaman beliau di Bangi tu, memang ramai sangat rakan sepejabat duduk di sana. Malah Kak Umi pon dah 11 tahun di sana. Mereka sekeluarga memang orang baik-baik. Malah above average tau. Mereka sekeluarga kaki surau. Aktiviti Surau mesti tak tinggal. Almost kebanyakan waktu solat memang mereka ke surau. Sebab itu lah saya berasa sangat-sangat jengkel dan sakit hati melihat komen-komen negative di FB bila ada yang lantang bersuara menyatakan itu ini tanpa mengetahui kisah sebenar keluarga mereka.

Sedih, bagaimana keadaan Kak Umi sekarang. Tamparan yang sangat hebat. Bagaimana pulak dengan keluarga beliau.

Yang pasti, mungkin kami akan berbulan-bulan tak jumpa beliau. Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini. :cry:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads