Khamis, 6 Mac 2014

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Punca Kes Polis Maut Dibunuh Warga Asing <b>Di Klang</b> - Melvister.com

Posted: 03 Mar 2014 10:51 PM PST

Punca kes polis Koperal Raja Aizam Bin Raja Mohd maut diserang lelaki warga asing di Klang. Insiden bermula apabila anggota polis berkenaan sedang melakukan rondaan sebelum terserempak sekumpulan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah lorang di Taman Sentosa.

koperal

Laporan Kes Polis Maut Diserang Warga Asing

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi , dua anggota polis dipercayai sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa. Ketika dalam rondaan, anggota berkenaan terserempak dengan sekumpulan lelaki warga indonesai yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, selepas cuba menjalankan pemeriksaan kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum merampas senjata api milik seorang anggota polis. Selepas merampas penjenayah cuba melepaskan tembakan namun gagal sebelum senjata berkenaan berjaya dirampas semula.

Pada masa sama, seorang lagi anggota polis sempat melepaskan tembakan yang menyebabkan dua penjenayah terbunuh sebelum sepasukan anggota polis yang tiba untuk membantu mendapati seorang anggota peronda parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. Angggota polis yang meninggal adalah Koperal Raja Aizam Raja Mohd.

kes 1kes 2kes 3

Anggota polis maut diserang warga asing <b>di Klang</b> - Harakah Daily

Posted: 03 Mar 2014 08:47 PM PST

KLANG: Seorang anggota polis peronda maut manakala rakan setugasnya cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing dalam satu kejadian di Taman Sentosa di sini awal hari ini.
    
Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, masih menerima rawatan di hospital sama.
    
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, kedua-dua mereka daripada unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan diserang hendap ketika meronda di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa.
    
"Dalam pergelutan itu, seorang anggota polis ditikam dan meninggal dunia kemudiannya manakala seorang lagi ditetak di muka," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi jenazah Raja Aizam di HTAR.
    
Difahamkan dalam pergelutan yang berlaku, pistol milik Raja Aizam telah dirampas suspek yang cuba menembak Mohd Aidil tetapi senjata itu gagal berfungsi sebelum ia dirampas Mohd Aidil dan kemudian menembak dua suspek.
    
Khalid berkata dua suspek ditembak mati dalam kejadian itu dan sebilah pisau ditemui berhampiran Raja Aizam.
    
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menyifatkan serangan terhadap anggota polis oleh warga asing sebagai tindakan melampau dan keterlaluan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads