Selasa, 25 Mac 2014

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BNBBC :: Portal Majlis Ahli Parlimen BN - Apa fokus Wan Azizah jika <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2014 02:33 AM PDT

Kategori Berita Utama

Apa fokus Wan Azizah jika menang, penduduk Kajang atau Anwar?

Oleh QURNISHA HAMKA

22 MAC: Semua orang tahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bukan sehari dua dalam politik.

Amat mustahil apabila dipilih bertanding di DUN Kajang, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak tahu apa perancangannya selepas 23 Mac jika menang PRK tersebut.

Memang sejak berkempen, Wan Azizah cakap macam-macam soal pembangunan dan janji-janjinya untuk memenangi hati pengundi-pengundi Kajang.

Malang, menjelang hari mengundi, Ahad, Presiden PKR itu gagal menjawab secara jujur apakah keutamannya jika dipilih menggantikan bekas wakil rakyat lalu, Lee Chin Cheh.

posterkakwanSoalan cepumas, mudah sahaja.

Apakah fokus  Wan Azizah atau dipanggil Kak Wan selepas PRK Kajang sekiranya beliau menang?

Maklumlah. tentu ramai tahu reformasi untuk membela suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menunggu rayuan selepas disabitkan kesalahan meliwat oleh mahkamah, baru-baru ini sudah bermula malam tadi.

Persoalannya, apakah yang akan jadi tumpuan beliau.

"Menang dahululah di Kajang..lepas itu baru kita cakap.," katanya menjawab soalan bnbbc.my pada sidang media di bilik gerakan PKR di Kajang, Sabtu.

Sepatutnya, soalan semudah itu amat mudah dijawab Wan Azizah.

Sudah tentu ramai pengundi-pengundi mahu jaminan jika memilihnya sama ada beliau akan fokus kepada masalah kakwanmeifunpenduduk di Kajang seperti disebut dalam kempen atau fokus kepada penyelesaian masalah peribadi Anwar.

Tambahan pula. banyak poster dan sepanduk kempen Wan Azizah memaparkan 'keadilan; untuk Anwar.

Justeru itu, tentu ada penduduk Kajang mahu tahu kerana semasa jadi wakil rakyat di Permatang, Wan Azizah banyak tertumpu kepada isu suaminya.

Harap Wan Azizah masih ada ruang untuk menjawab soalan ini.

Dalam sidang media sama, beliau juga menyatakan bahawa tidak maklum mengenai pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor seperti yang hangat diperkatakan melalui Kajang Move. 

Tegasnya, Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal selaku MB Selangor. 

"Khalid masih lagi menteri besar … tak, saya tidak tahu (akan berlaku pertukaran menteri besar," katanya menunjukkan sikap dolak dalik kepimpinan PKR dan percanggahan yang wujud di dalam parti itu sendiri. 

Padahal Kajang Move tidak pernah lekang daripada mulut Anwar dan pemimpin KHR lain termasuk timbalan presiden Azmin Ali serta Pengarah Strategi Rafizi Ramli.

Lebih menghairankan, kenyataan Wan Azizah itu turut disokong oleh Exco Kerajaan Negeri,  Elizabeth Wong yang menafikan adanya perbincangan berhubung pertukaran jawatan nombor satu negeri itu. 

"Tidak ada perbincangan berkenaan perkara itu..fokus kita adalah untuk menang dengan majoriti besar di Kajang," kata ADUN Bukit Lanjan itu. 

Wajar sangatlah pengundi-pengundi Kajang menilai kenyataan  Wan Azizah ini sebelum memangkah di kertas undi esok.

Presiden PKR itu menggantikan  Anwar yang hilang kelayakan sebagai calon selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya pada 2008. 

Wan Azizah akan menentang calon Barisan Nasional Datin Paduka Chiew Mei Fun pada pengundi esok. -bnbbc.my

Berita Bertarikh Pada 5:33 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads