Selasa, 25 Mac 2014

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah <b>DI Hulu Selangor</b> Ditutup | Fuh <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2014 02:06 AM PST

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup | Fuh!! Ramai tu, 43 orang kena histeria serentak. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Hulu Selangor. Ikuti berita penuh yang dipetik dari Sinar Harian.

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup

HULU SELANGOR – Sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa ditutup serta-merta setelah seramai 43 pelajarnya diserang histeria, pagi semalam.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, kejadian itu berlaku ketika perhimpunan pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

"Disebabkan gangguan itu gagal dikawal, pihak sekolah memutuskan untuk merehatkan pelajar dan sekolah ditutup serta merta," katanya.

Katanya, hanya seorang pelajar lelaki yang terlibat dan selebihnya perempuan.

"Ini adalah kejadian terburuk yang pernah berlaku di sekolah itu dan melibatkan ramai pelajar.

"Dua bulan lalu ada berlaku histeria tetapi tidak melibatkan ramai pelajar dan sekolah tak ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azlina Mokhtar berkata, beliau turut menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, langkah penutupan sekolah diambil kerana bimbang kejadian sama berulang dan berlarutan.

"Difahamkan esok (hari ini) sekolah ganti tapi disebabkan insiden itu sekolah ditutup.

"Berdasarkan laporan diterima, kejadian tersebut berlaku pagi semalam dan seramai 43 pelajar terlibat," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tempoh penutupan sekolah dilakukan. – Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads