12 di kajang - Google Blog Search |
.: Sah, Dr Wan Azizah calon PKR <b>di Kajang</b> - MSO - Blogger Posted: 08 Mar 2014 10:48 PM PST BARU SAKNI Petang semalam saya menyusupkan catatan kemungkinan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail akan dicalonkan sebagai calon pilihan raya kecil Kajang sebagai menggantikan Anwar Ibrahim yang ternafi haknya untuk bertanding selepas dijatuhi hukuman lima tahun penjara. Catatan saya itu berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehi semasa menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat petang semalam. Dan tengah hari ini ramalan itu menjadi kenyataan apabila Anwar Ibrahim mengumumkan isterinya itu sebagai calon di Kajang.Pengumuman itu dikira tepat untuk memastikan PKR meraih kemenangan besar dalam pilihan raya berkenaan. Dr Wan Azizah dikira dapat menarik sokongan undi kaum wanita dan pengundi atas pagar yang bersimpati dengan nasib diterima oleh suaminya. Sukar untuk diramalkan, apakah Dr Wan Azizah akan memenuhi pelan transisi sebagai MB Selangor seperti dirancangkan melalui Kajang Move? |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan