12 di balakong - Google Blog Search |
DUNIA ITU: Lagi banjir kilat <b>di Balakong</b> Posted: 21 Apr 2014 11:47 PM PDT Kolam renang yang dibanjiri air lumpur dari tapak projek berhampiran. - Gambar Ihsan Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Juara Suria,AINUL HISYAM INUL JALAL BALAKONG - Dalam masa 15 minit sahaja, hujan lebat yang turun akan menenggelamkan hampir semua jalan di sekitar bandar Balakong dan The Mines sedalam kira-kira 0.3 meter. Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Juara Suria, Ainul Hisyam Inul Jalal, ini adalah banjir kilat yang keenam dalam masa dua bulan dan ianya berpunca dari sistem perparitan yang tidak efisien. Pihaknya telah berjumpa dengan pihak pemaju sekitar dua minggu lalu dan membuat aduan rasmi berhubung masalah yang dihadapi namun masih gagal ditangani. "Saya sudah berjumpa dengan pihak pemaju untuk mengadukan masalah ini, setakat ini pihak pemaju hanya datang untuk membersihkan kesan banjir di lor parkir kereta dan kolam renang, namun masalah yang sama sering berulang kerana pihak pemaju tidak mengambil langkah wajar bagi menyelesaikan isu ini. "Kejadian banjir kilat ini telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda awam berlaku seperti sistem perparitan tersumbat, pagar rosak, ruang pos pengawal dan beberapa buah motor mengalami kerosakan teruk kerana ditenggelami air," katanya. Menurutnya lagi, projek pembinaan kondominium mewah berhampiran apartmentnya turut menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada bencana banjir kilat yang berlaku sejak dua bulan kebelakangan ini. "Setiap kali hujan, air berlumpur yang datang dari tapak pembinaan akan memenuhi ruang parkir kereta dan mula menenggelamkan kolam renang apartment, taman permainan dan ruang bawah apartmen. "Jika keadaan ini berterusan, mungkin banjir kilat yang sering berlaku akan bertukar menjadi tragedi tanah runtuh," katanya kepada Sinar Harian Online. Sehubungan dengan itu, beliau berharap mana-mana pihak berwajib melakukan siasatan segera dan pemantauan terhadap pembinaan yang sedang berjalan di kawasan berhampiran bagi mengelakkan bencana lebih buruk berlaku pada masa akan datang. Sinar Harian 21 Apr 2014 |
You are subscribed to email updates from di balakong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan