12 di sekinchan - Google Blog Search |
ADUN <b>Sekinchan</b> pertahan air lombong sebagai selamat <b>...</b> - KL Today Posted: 27 Apr 2014 08:27 PM PDT Rakyat tidak perlu gusar dengan usaha Kerajaan Negeri menggunakan air lombong sebagai sumber tambahan air dalam berhadapan situasi empangan di Selangor yang mengalami kekurangan air.ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata pelbagai usaha dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kapasiti air diempangan melalui projek Horas dan pengambilan air daripada bawah tanah akan membantu masalah kekurangan air akibat cuaca kering dan panas. "Selangor mempunyai banyak lombong, tetapi kita ambil air itu yang sudah dijalankan ujian ke atasnya oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan jabatan berkaitan. "Kita jamin keselamatan untuk semua pengguna air di Selangor dan baru kita pam masuk ke dalam Sungai Selangor dan kemudian dialihkan air itu ke loji rawatan untuk proses rawatan sebelum disalurkan kepada pengguna," kat Suee Lim. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Penyampaian Penyata Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di Dewan Seri Sekinchan, di sini. Dalam program itu kira-kira 250 orang menerima penyata yang diserahkan daripada TAWAS untuk DUN Sekinchan dan DUN Sungai Panjang. Suee Lim berkata, melalui pelbagai cara untuk menambah kapasiti air diharapkan catuan air akan berakhir dalam masa terdekat. Beliau berkata kekurangan air yang berlaku pada masa kini bukan disebabkan oleh kelewatan Projek Langat 2 sepertimana yang didakwa sesetengah pihak. "Isu Langat 2 tiada kaitan dengan catuan air dan ia memerlukan sehingga lima tahun untuk disiapkan," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from di sekinchan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan