12 di morib - Google Blog Search |
Sweet Like Chocolate: 2D1N <b>di</b> Gold Coast <b>Morib</b> Posted: 22 Apr 2014 08:43 PM PDT Selepas berpantang inilah percutian kali pertama . Pilih tempat yang dekat dekat aje. Lagipun booking pun last minute. Tujuan utama nak bagi Farhan gembira. Lagipun dia yang banyak tolong Tifa masa pantang. Ambil itu ini. Nasib baik boleh diharap. Kami ambil package promotion 2 pax dinner + 2 pax breakfast + 2 pax waterpark . Untuk Farhan Tifa bayar tambahan for dinner dan waterpark. Lebih kurang tiga petang kami bertolak dari rumah. Tak jauh mana, satu jam perjalanan dari Shah Alam kami pun sampai. Tapi sebelum tu kami singgah makan di warung berdekatan dengan hotel. Kebetulan ada buaian kat situ, apa lagi letak Umar dalam tu maknya pun melantak makan soto. Hubby makan nasi and tifa order goreng pisang. Dah kenyang barulah check in. Cepat jugak proses dia . Tak ramai orang masa kami sampai. Farhan yang tak sabar sabar nak masuk dalam air terus tukar pakaian . Tifa tukang ambil gambar jer. Bilik dia boleh tahan. Ada jakuzi lagi. Tifa yang tak mandi dok berendam dalam tu je la. Tapi view bilik Tifa pemandangan dia tak best. So lepas rehat rehat TIfa pun join turun. Dari memerap dalam bilik kan tak best. Lagipun channel tv tak banyak. Dah purpose nak main air, main air je la sila abaikan yang lain. Mula mula Farhan takut takut lepas tu ok jer. Selain tu kami sempat juga jalan jalan pantai. Malam kami dinner di hotel. Ambil pakej ,senang untuk orang yang ada anak kecil macam kami. Kalau nak rate makanan, Tifa boleh kata food variety just fine. Nak komen banyak banyak pun tak boleh sebab kami bukan jenis yang suka makan buffet. Kami cuma makan shabu shabu, nasi goreng, dan kek. So tak boleh komen banyak. Aktiviti malam cuma duduk di bilik since semua dah kepenatan. Hubby dan Farhan plan nak main air keesokan harinya. Tifa cuma bermalasan di bilik dan have me time dengan Umar. Just nak bagi tips kalau nak main air lagi keesokan harinya jangan tanggalkan tag tu. So boleh main semula dan tak payah beli tiket yang lain. Itu yang bagus bila pergi hotel ni. Farhan main sampai puas. Kami check out tengah hari. Walaupun aktiviti kami tak banyak tapi penat boleh tahan juga. Pulang ke rumah sambung tidur berjamaah satu family sampai petang. |
You are subscribed to email updates from di morib - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan