Sabtu, 24 Mei 2014

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


11 gerai haram warga asing disita, atasi masalah kesesakan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 09:00 PM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 11 buah gerai milik warga asing dalam operasi pembersihan premis haram di Pasar Pagi Jalan Papan, Pandamaran, di sini, baru-baru ini.

Operasi selama dua hari itu dilancarkan berikutan aduan serta rungutan orang ramai terhadap aktiviti gerai terbabit sehingga mewujudkan kesesakan serta mencacatkan pemandangan khususnya pada hari cuti.

mpkDalam operasi yang dijalankan itu, semua gerai milik warga asing disita kerana tidak mempunyai lesen penjaja.

Ada di kalangan peniaga berkenaan sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan dalam operasi yang diselaraskan oleh Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasa itu.

Yang DiPertua MPK, Dato Mohammad Yacob, berkata tindakan itu dibuat sebagai salah satu usaha MPK untuk membersihkan bandar itu daripada aktiviti yang menyalahi peraturan di bawah kerajaan tempatan terutama membabitkan peniaga asing dan operasi sama akan diteruskan.

photo"Kita tidak menghalang peniaga tempatan untuk menjaja tetapi mereka perlu dapat lesen yang sah, manakala warga asing tidak layak untuk memohon lesen menjaja.

"Jika didapati warga asing yang menjalankan aktiviti ini, MPK akan terus menyita gerai mereka tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu. Mereka perlu maklum dengan peraturan yang kita kuatkuasakan ini," katanya.

-NFN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads