Isnin, 2 Jun 2014

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Malaysia Metal Detector: ekspedisi sekitar <b>sungai</b> panchor kota <b>tinggi</b>

Posted: 14 May 2014 01:25 AM PDT

Pada cuti hari wesak, saya dan beberapa org ahli md telah bercadang untuk menjalankan satu ekspedisi tempat yang besejarah di sungai panchor kota tinggi. Tempat pukul pukul 12 tengahari kami berkumpul di kota tinggi. Sebelum aktiviti penjelajahan bermula, kami serta rakan-rakan pergi isi perut dulu di simpang sungai renggit (kalu tak silap namanya).
Masakan yang popular disini adalah masakan asam pedas pari dan belangkas(lupa nak ambik gambar..ramai sangat manusia). Pada masa  kami tiba , semua lauk sudah habis hanya tinggal asam pedas pari sahaja. Masakan asam pedasnya memang kaw-kaw....boleh la datang lagi

Setelah selesai makan tengahari, kami bertolak ke sungai panchor. Ini kali kedua saya pergi ke sungai panchor untuk md (dulu memamng lain). Sebelum anda masuk kawasan sungai panchor lebih baik minta kebenaran jika ingin melakukan aktiviti md ekspedisi ini. Aktiviti ini dijalankan atas tanah persendirian org kampung dipanchor.

Setelah sampai di bukit /kubu yang terletak kubur makam, terkejut saya akan melihat semua hutan-hutan ditebas. Mungkin ada rancangan untuk membina apa-apa bangunan ditempat tersebut. Kami rasa bertapa ruginya jika pembangunan akan berlaku ditapak besejarah ini, kerana banyak barang-barang lama tersimpan atau barang bersejarah.(rupanya hutan ditebas untuk penanaman semula kelapa sawit kekeeee)

kami mula ekspedisi di bukit yang terletak kubu makam. Disini merupakan tempat startegik untuk menjadi kubu atau pertahanan kerana berbukit tinggi dan boleh melihat sekitar kawasan laut. Menurut orang-orang kampung, dahulu kala disini terdapat dua meriam besar jantan dan betina yang digunakan sebagai senjata pertahanan. Kami md diatas bukit tersebut dan banyak biji peluru lama dijumpai. ini membuktikan pada zaman dulu, bukit ini adalah medan-medan perang.
Pada mulanya kami ingat berjaya menemui meriam, rupa-rupanya batu sempadan..kekekkekekekekek
Disebabkan cuaca agak panas, kami beralih ke kawasan pantai iaitu turun bukit. Disini kami md , tanahnya agak berselut. Apa yang kami dapati banyak tembikar dan pinggang lama pecah. Bak perpatah md, jika ada tembikar meti ada duit lama. Ini adalah satu pinggang yang menarik minat saya, terdapat lukisan ketam. Cukup cantik sekali jika tidak pecah...
setelah 1 jam ber md, kami hanya jumpa duit timah johor sahaja banyak di tepi sungai. Akibat cuaca hendak hujan kami ambik keputusan berhenti md. Berikut adalah hasil yang diperolehi
gambar sekitar sungai panchor
kami berharap pihak tertentu dapat menjalankan ekspedisi seperti ini supaya warisan dan sejarah yang tertanam dapat dijaga.
Sampai sini berita MD.Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami talian toll percuma malaysiametaldetector@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads