Rabu, 5 Disember 2012

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


barajiwa: Jelajah Budaya bersama masjid <b>di Rawang</b>

Posted: 29 Nov 2012 10:26 AM PST



Dinsman (Artikel 356, 26/11)
Jelajah Budaya bersama masjid di Rawang
Setelah berjaya di Klang pada 10 dan 11 November, Seniman Paksi Rakyat terus bergerak ke Rawang membawa program Jelajah Budaya Selangor (JBS), bagi memeriahkan lagi acara "Jom P Masjid" musim ke-3 di Masjid Nurul Iman Rawang, dengan pelbagai program seni dan budaya yang kemuncaknya mengangkat seorang tokoh tempatan untuk menerima Anugerah Tokoh Budaya Selangor Daerah Gombak.
10 November lalu Rominah Sidek telah diangkat menjadi Tokoh Budaya Selangor Daerah Klang. Siapakah pula yang akan diangkat menjadi Tokoh Budaya Selangor Daerah Gombak dalam program Jelajah Budaya Selangor 2 (JBS-2) yang akan diadakan di Rawang pada 1-2 Disember ini? Sama-samalah kita tunggu.
Menariknya program JBS-2 di Rawang ialah ia dianjurkan bersama dengan masjid. Masjid Nurul Iman Rawang sudah dua tahun menganjurkan "Karnival Jom P Masjid" – suatu karnival atau program keramaian untuk orang awam berkunjung beramai-ramai ke masjid sebagai satu usaha bagi mengimarahkan lagi masjid sebagai pusat tumpuan penduduk setempat.
Kali ini karnivalnya yang ketiga, dibuat selama tiga hari dan terbuka kepada orang ramai, daripada pagi hingga ke malam. Ada berbagai-bagai acara – pameran, jualan pelbagai barangan termasuk makan-minum, ceramah, forum, hiburan, sukaneka rakyat, pertandingan memasak dan sebagainya. Ditambah pula dengan program-program seni-budaya yang dibawa oleh Seniman Paksi Rakyat (Paksi), maka diharapkan bertambahlah kemeriahannya dan bertambahlah juga manfaatnya kepada masyarakat setempat.
Program "jelajah budaya" selain menjadi acara pertemuan budayawan-seniman-ilmuwan bersama rakyat melalui aktiviti persembahan seni-budaya, ceramah dan kuliah ilmu serta dialog budaya, juga berusaha menemukan semula tokoh-tokoh seni-budaya yang pernah aktif, dan juga badan-badan kesenian tempatan.
Ramai seniman-budayawan telah mengesahkan akan hadir di Masjid Rawang pada 2 Disember, untuk acara Dialog Budaya dan Malam Jelajah Budaya 2. Antaranya ialah Sasterawan Negara A Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais, kartunis Zunar, Pyanhabib, Nur Hanim Khairuddin, Sutung Umar Rs, Sani Sudin, Amni Jagat dan aktivis Paksi sendiri termasuk Razali Endun, A Shukur Harun, Hasni Abas, Kassim Muhamad, Dr Alinor, Shazly Abdullah dan penulis sendiri.
Percubaan Shazly Abdullah sebagai pengacara pada Malam JBS di Sekolah Rendah Agama Sg Udang di Klang itu telah menarik perhatian ramai kawan-kawan, maka dia terus dikekalkan sebagai pengacara untuk program JBS di Rawang juga. Sebagai seorang penyanyi nasyid, pengendali motivasi dan mantan imam masjid (KLCC), Shazly memiliki beberapa kepandaian yang dapat membina personalitinya sebagai pengacara. Insya Allah kita mengharapkan yang terbaik darinya nanti di Malam JBS-2.  
Sementara itu seorang penulis veteran yang namanya pernah terkenal pada tahun-tahun 60an-70an dulu melalui cerpen-cerpennya, tetapi sudah lama berehat dari menulis, kini menjadi teruja dengan peristiwa Jelajah Budaya ini hadir ke daerahnya, lalu beliau berjanji akan turut sama membaca puisi bersama dengan kawan-kawan pada 2 Disember nanti. Beliau ialah Othman Rasul, seorang ahli qariah masjid Nurul Iman.
Kesediaan Masjid Nurul Iman Rawang bekerjasama bagi menjayakan program seni-budaya ini adalah sesuatu yang sangat menggembirakan pihak budayawan. Dan ini bukanlah kali pertama masjid ini terlibat dengan aktiviti seni-budaya. Bersama dengan Paksi sahaja pun mereka telah beberapa kali berganding bahu. Antaranya ialah mengadakan bengkel penulisan dan bicara buku.
Sekarang pun selain program JBS ini, Masjid Nurul Iman Rawang juga sedang mengadakan latihan teater kanak-kanak "Ibnu Sina" dengan kumpulan Bingkas Kebayan dan Kaab Enterprise, di bawah arahan Ladin Nuawi. Mengikut Ladin, inilah kali pertama dia bekerja membuat teater kanak-kanak bersama dengan masjid; walaupun sudah lama dia berimpian demikian.
Sempena dengan Jelajah Budaya ini juga kita mementaskan teater Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT). Tetapi oleh kerana kedua-dua pelakon MKDT tidak berkelapangan pada tarikh-tarikh Karnival pada 30 November – 2 Disember itu, maka teater ini dibuat agak lewat sedikit, iaitu pada 6 Disember. Ia akan dibuat di dalam masjid berkenaan, dengan Bob Lokman membawa watak Kaab bin Malik. (11 November lalu di masjid Sg Udang, Klang, watak itu dibawa oleh Sabri Yunus).
Program JBS ini dirancangkan untuk dibuat di sembilan daerah di Selangor. Sekarang, memasuki persiapan untuk progranm kedua ini dan ketiga di Tanjung Karang pada 14-15 Disember, pihak Paksi telah menemui pelbagai hal dan pengalaman yang menarik dan bermanfaat untuk perkembangan dan kamajuan seni-budaya. Paling berfaedah, rasanya, ialah hal-hal yang berhubungan dengan pengurusan, pentadbiran dan perancangan seni-budaya itu sendiri.
Tapi tak mengapalah. Itu cerita lain, yang lebih tertumpu kepada kerja-kerja yang akan dilakukan oleh Paksi seterusnya nanti. Buat masa ini kita tumpukan dulu perhatian kepada kerjasama kita dengan pihak masjid bagi menganjurkan pelbagai aktiviti seni-budaya bersama dan serentak dengan program-program masjid sendiri yang lebih bersifat keagamaan dan ibadah itu.
Tiga hari program keagamaan dan seni-budaya berganding bahu, berkolaborasi dan bersolidariti – kita mengharapkan yang baik-baik sahaja, insya Allah. Walaupun kita ada beberapa acara muzik di dalam program tiga hari ini. Dan ini adalah perhentian kita yang kedua dalam Jelajah Budaya. Bermakna perjalanan kita masih jauh. Semoga Allah memberkati jua usaha ini. Amiin!
(Tolong tukar nombor SMS saya kepada 019-7172408)

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


VALUES OF LIFE: Wedding <b>Di Kajang</b> Pula

Posted: 04 Dec 2012 09:01 PM PST


Dari Majlis Jemputan Perkahwinan yg pertama
menuju pula jemputan kedua

Dalam perjalanan hujan punya lah lebat,
sepanjang perjalanan dari KL ke Kajang
tapi sampai jer ke kawasan perumahan
cuaca cantik, kering...tak ada hujan setitik pun
Huishhhhh...betul2 rezeki tuan rumah
kalau tidak haru lah sikit..basah2 sana sini..
pengantin berarak dan berkompang semua kena berpayung
Alhamdulillahhhh...

Sampai di rumah Majlis Perkahwinan dah pukul 4 lebih
masih sempat  lagi sebab  jemputan sampai pukul 5 ptg
Bukan auntie ajer yg datang time macam gitu
ada lagi tetamu sampai selepas auntie
mungkin juga macam auntie dari kenduri yang lain

Jemputan Majlis kenduri ni dari ex opismate auntie
since way back in early 90's..lama dah kenal dia
dari dia bujang sampai lah sekarang dah anak 7 orang,  hik3
Walaupun dah lama kenal, tiada hubungan darah
dia masih berhubung rapat dengan keluarga auntie
hampir setiap bulan dia datang visit auntie kat rumah
Auntie terasa amat terharu, berkali2 dia ajak kerumah
dia, kerana dia tahu auntie suka makan masakkan Negri9
lemak cili api..huhuhuhu
tapi auntie tak pernah sampai rumah dia..

Majlis kawin ni, anak lelaki nya yang sulung..
Muhammad Qayyum baru berumur 22 tahun
Auntie dan uncle mesti pergi  utk jemputan ini..
dengan izinNya, auntie sampai juga..
Alhamdulillah..

Parking dekat dengan khemah
dah tak banyak kereta..
Alhamdulillah..


Auntie dipimpin oleh Ayol untuk berjumpa  tuan rumah

Kuih muih yang dah 'kelisin' (habis)

Ayol tolong ambilkan utk Papa dan Mamanya


Auntie adap kuih dan jeruk2, 
konon2 dah kenyang tak nak makan nasi lagi
Terfikir..rugi kalau tak makan, 
tadi masa lalu kat depan buffet, ada nampak lauk yg berkenan..hik3x
Huishhhh...lauk pauk semua best2 yang dimasak sendiri
 oleh kaum keluarganya dari kampung
Lemak cili api nangka + ikan kering
Sambal tumis sotong kering
Menantu seorang peguam - Norharyati binti Pawanteh



Motip ambil gambar nih? difahamkan pelamin dalam rumah
Uncle tak mau bukak kasut lah tu..tak mau masuk
Tak perlah..bukan auntie bayar pun uncle utk jadi photog..hahahaaha
Hahhhh...tu dia Ayah Pengantin jengah sebelah auntie..hik3x
Lepas jengah auntie, ayah pengantin heret tangan ibu pengantin
dapatlah bergambar dengan uncle sekali..
Kepada Ayah dan Ibu Pengantin
Encik Jeffri bin Ab. Jalil dan Puan Nor Azlian binti Abu Hassan
auntie ucapkan tahniah dapat menantu
Alhamdulillah sampai rumah pukul 6 ++ sempat bersolat Asar

Ole2 dari Majlis Perkahwinan
Halwa Maskat dan bekas air
Moga pasangan pengantin bahagia menempuh alam perkahwinan..Aamiin

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Prevé R3 <b>di Sepang</b>

Posted: 19 Oct 2012 03:18 AM PDT

Prevé R3 di Sepang ! Hari tu masa ipaq aku ajak pi aku tak mau, bukannya duduk kat grandstand atau K1 atau C2/3. Tapi duduk kat Pit Stop...ada aircond, makan free....Alih-alih bila aku tengok ada gambar Prevé R3 ni kat laman2 web, rasa menyesal la pulak...ha3x!!! padan muka hang......

Aku tak tau la nak kata cun atau idaknya keta nih, tapi bagi peminat Proton Prevé R3, aku rasa kira okey la kot. Nampak garang, tapi still masih ada kureng lagi sikit. Bak kata orang tua, kurang umphhh laa.

Satu lagi yang aku rasa kureng ialah design kaler dia...kalau bagi kaler yang lebih garang baru la nampak ngam sikit. Prevé R3, ni depa buat show masa geng2 universiti buat race kereta eletrik kat Sepang. 
Aku memang malas nak pergi, rasanya sekarang dah kurang sikit kot dengan race2 nih...kecuali motogp jek.


Btw, layan je la gambar2 yang ada nih. Nak citer lebih2 pun aku bukan pakar dalam bidang motorsport nih. Tapi aku nak tengok juga Prevé R3 ni masuk race satu hari nanti.

Rasanya bukan aku je yang nak tengok, orang lain pun nak tengok juga kemampuan Prevé R3 dalam kelasnya nanti. Harap2 memberangsangkan laa....



12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Roketkini.com >> <b>Subang Jaya</b> cemerlang <b>di</b> mata Ketua Audit Negara

Posted: 29 Oct 2012 09:05 PM PDT

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah berjaya menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering menerima pujian daripada Jabatan Audit Negara. Bersama wartawan Roketkini, Iza Suraiya yang telah menemubual dua ahli majlis, Saudara Rajiv a/l Rishyakaran dan Saudara Ken Chia bersama-sama dengan Saudari Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, untuk mendalami cara kerja MPSJ yang begitu cemerlang.

Apakah yang dilakukan MPSJ untuk mengekalkan pencapaian terbaik berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara?

RAJIV: Belanjawan kita merupakan 'belanjawan terbuka', begitu juga dengan laporan kewangan bemakna rakyat boleh mengakses dan memeriksa sendirin aktiviti majlis inilah yang dilakukan oleh MPSJ.

KEN: Di MPSJ, kita juga ada sepasukan pengaudit yang bertindak memastikan amalan  akauntabiliti dan ketelusan dijaga oleh pihak majlis. Penduduk juga boleh menyemak sama ada wujud sebarang penyelewengan pada masa yang sama  MPSJ juga sering menjalankan mesyuarat untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

HANNAH: Mengenai belanjawan selepas tahun 2008, kita telah memastikan agar
ahli-ahli majlis tidak membazir dengan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit kepada perkara yang tidak perlu yang tidak dikehendaki penduduk juga.  Tidak ada penyelewengan dan lebihan belanja kepada perkara-perkara yang tidak perlu terutama yang menguntungkan kroni semata-mata. Saya rasa inilah antara sebab kerajaan Barisan Nasional tumbang.

Saya memang berpuas hati dengan pencapaian ini kerana sejak tahun 2008 kita tidak mendengar sebarang kes penyelewengan PBT dan sebagainya. Ini salah satu bukti Selangor telah berjaya mencapai pentadbiran yang bersih.

Pada pendapat saya, kita perlu meneruskan lagi sebarang penambahbaikan bagi beberapa perkara terutamanya berkaitan penyelarasan belanjawan untuk menyalurkan lebih wang dalam menambahbaik infrastruktur seperti penurapan jalan, penyelenggaraan padang, penyelenggaraan pokok. Ini yang penduduk mahukan.

Bagaimana pihak MPSJ sendiri menyelesaikan masalah berbangkit yang timbul daripada penduduk setempat?

KEN: Seperti saya ahli majlis bagi Bandar Sunway, kita dapati penduduk mahukan pembangunan dan G&G (Gated and Garden). Bagi isu pembangunan, penduduk hanya mahu semuanya dikekalkan. Kita tahu Bandar Sunway dikelilingi oleh tiga lebuhraya iaitu Lebuhraya NPE, KESAS dan LDP. Sebarang pembangunan baru yang ingin di lakukan perlulah melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk meminta kebenaran. Apapun, pihak MPSJ juga mendengar dan bertanggungjawab terhadap penduduk.

Apabila kita melihat isu berkaiyan G&G, kita juga berhadapan dengan cabaran. Disini, ada kumpulan penduduk yang mahukan perlaksanaannya dan ada sebuah lagi kumpulan kecil yang menolak dan ingkar untuk membayar skim G&G walaupun kita telah menyediakan garis panduannya.

Bagaimana pihak MPSJ membantu menyelesaikan setiap aduan yang diajukan oleh penduduk?

HANNAH: MPSJ mempunyai kumpulan bertindak yang dipanggil 'Response Team' dimana mereka akan berkhidmat pada 24 jam untuk sebarang masalah yang diadu  oleh penduduk. Sehingga kini, kita dapati masih wujud beberapa masalah yang belum selesai terutamanya masalah pengutipan sampah. Kita memang sedang mengusahakan jalan penyelesaian yang lebih efektif.

Selain itu keduanya, kita perlu mempunyai lebih banyak peruntukan untuk infrastruktur bagi penyelenggaraan padang dan penambahbaikan bagi taman permainan kanak-kanak. Mengikut kaedah Yang Di Pertua Majlis Perbandaran yang dahulu, beliau memberi lebih fokus kepada "back to the basis" dan bila ada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran yang baru, beliau mempunyai fokus penyelesaian dengan kaedah yang berbeza.

DUN Subang Jaya adalah kawasan bandar. Kebanyakan aduan dari penduduk adalah mengenai sistem yang ada sebelum ini dan bukan kerana mereka menentang MPSJ. Mereka juga mengharapkan kita memberikan respon yang awal  dan ada juga yang memerlukan respon balas melalui email. Jadi, pegawai PBT sendiri perlu komited untuk menjawab email kerana pihak MPSJ mempunyai tempoh selama 14 hari untuk bertindak terhadap aduan-aduan yang dibuat kerana ada juga aduan yang yang memerlukan tindakan segera.

Saya juga berharap dan percaya kakitangan di MPSJ perlu bersikap lebih pro-aktif. Selain daripada menunggu aduan seperti lampu rosak, jika mereka mempunyai pasukan yang lebih efisyen, mereka boleh melakukan rondaan dan mencari masalah di kawasan-kawasan dibawah kelolaan MPSJ. Pada pandangan saya, itu lebih baik.

RAJIV: Tidak dinafikan perkhidmatan MPSJ bagus dan mempunyai PBT yang cekap, jika dilihat kepada isu kutipan sampah semasa pertukaran Alam Flora kepada persendirian, memang kita mengalami sedikit masalah. Tetapi selepas itu dan sehingga hari ini penduduk berpuas hati kepada perkhidmatan yang diselenggarakan oleh syarikat persendirian kerana mereka akan mengambil sampah 3 kali setiap minggu.

Hal ini, hampir tiada aduan mengenai masalah kutipan sampah di kawasan mereka. Jika ada pun aduan, ini kerana penduduk mahukan pengutipan sampah ini dilakukan 5 kali seminggu. Buat masa ini saya lihat semua kawasan dibawah selian MPSJ adalah baik di samping 24 ahli majlis yang efisyen menjalankan tugas mereka. Ahli majlis juga sentiasa memaklumkan masalah ataupun aduan yang diterima terus kepada pihak MPSJ untuk menjalankan tindakan yang selanjutnya. Tidak ada tempat yang dikatakan ahli majlis tidak menjaga kawasan mereka. Isu sebegitu tidak akan timbul.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara menyatakan indeks jenayah menurun dengan adanya CCTV di Subang Jaya, adakah MPSJ ada menyediakan pasukan untuk mengawal selia CCTV ini

RAJIV: MPSJ ada tiga jenis CCTV. Satu CCTV milik MPSJ sendiri, kemudian kita ada lebih kurang 50 unit CCTV daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan satu lagi yang terbaru adalah kontrak daripada kerajaan negeri. Kesemua CCTV ini akan dikawal selia oleh satu bilik gerakan yang sama dimana pegawai MPSJ sendiri akan pantau.

Jika ada masalah kepada terhadap CCTV berkenaan, kita akan memaklumkan secara bertulis kepada syarikat yang yang bertanggungjawab. Cuma jika syarikat itu tidak mengambil tindakan mungkin disebabkan masalah melibatkan perjanjian, inilah kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk masa yang akan datang.

Sebagai ADUN DAP bagaimana penerimaan orang Melayu terhadap parti?

HANNAH: Sebenarnya, penduduk hanya mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat untuk mereka, di Subang Jaya, kita tidak punya masalah dengan masyarakat Melayu khususnya pada masa yang sama kita menjalinkan hubungan yang baik dengan surau dan kariah-kariah masjid dikawasan sekitar.

Bila bercakap soal pembangunan, ia semestinya melibatkan semua orang, begitu juga dengan keselamatan. Jadi, kita tidak pernah dan tidak boleh mengadakan program untuk satu-satu kaum sahaja. Disini kami adakan program yang melibatkan semua kaum seperti gotong-royong untuk menghapuskan denggi, forum bersama pihak polis dan banyak lagi.

Selain itu, kita juga memastikan peruntukan sebanyak RM600 ribu setahun diagih mengikut program dan kesesuaian di sesebuah kawasan tersebut.

Bagi penduduk Melayu di sini, kita jaga kebajikan mereka. Sebagai contohnya pada bulan Ramadhan, kita memperuntukan setiap masjid sebanyak RM2000 dan surau sebanyak RM1000 setiap tahun sejak tahun 2008. Jumlah ini tinggi berbanding ketika pemerintahan BN.

Saya mahu orang Melayu yakin terhadap perkhidmatan yang diberikan DAP dan bukan hanya orang BN sahaja yang pandai menjaga kebajikan orang Melayu.

Bagi saya, pilihan raya yang akan datang adalah ujian terhadap sokongan rakyat kepada PR, ia juga bergantung kepada kawasan. Yang penting sekarang kita patut memberikan tumpuan kepada kawasan luar bandar untuk menambahkan lagi sokongan di situ.

Saya tahu Selangor menjadi perhatian kepada kedua-dua parti. PR mahu mengekalkan kemenangan dan BN pula mahu mengambil balik tampuk pemerintahan.

Kalau kita lihat dewasa ini, BN banyak memainkan isu agama dan kaum. Ini sangat tidak sihat. Sepatutnya, mereka perlu lebih memberi lebih tumpuan kepada masalah utama rakyat iaitu ekonomi dan menghapuskan rasuah. Jadi, PR harus lebih terus berusaha dan bekerja kuat dan tidak mengambil mudah walaupun sokongan rakyat itu ada.

Bagaimana saudari melihat sokongan wanita muda terhadap PR khususnya terhadap DAP melalui program-program yang dianjurkan

HANNAH: Di Subang Jaya kita, mana-mana program dianjurkan tidak tertumpu kepada isu wanita sahaja. Ia juga melibatkan soal keselamatan dan sebagainya. Hal ini sering kali dibahas di parlimen oleh ahli-ahli parlimen DAP kepada Kementerian Dalam Negeri. Saya percaya kita akan memperoleh sokongan daripada wanita jika masalah atau isu keselamatan mereka terutamanya dijaga.

Saya rasa ketika ini wanita cuma risau mereka tidak ada lagi juru cakap bagi golongan wanita  kerana jika dilihat sekarang ini senarionya, menteri yang menjaga hal ehwal wanita juga dipegang oleh Perdana Menteri sendiri.

Selain itu, baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri juga ada menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol orang bukan Islam. Semua ini sebenarnya tuduhan bersifat fitnah dan kerana kurangnya 'gender sensitive'. Kenyataan berniat jahat ini sememangnya memalukan dan menumbulkan kekeliruan.

Fokus saya lebih kepada wanita luar bandar kerana mereka kurang pendedahan maklumat yang tepat. Jadi, saya berharap kerajaan Selangor dapat menyediakan perkhidmatan WiFi percuma agar semua rakyat boleh mendapatkan informasi yang diperlukan.

Saya juga melihat caranya ialah apabila bila tiba musim perayaan, kita akan mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya yang menggunakan lebuhraya di kaunter-kaunter kutipan tol.

Pandangan saudara pula mengenai kurangnya  penglibatan orang muda dengan politik

RAJIV: Memang ramai anak muda yang menyokong tetapi mereka masih tidak menonjolkan diri kerana mereka sedar kemungkinan kehadiran mereka akan memberikan impak kepada kumpulan masyarakat. Selain itu, saya rasa mereka merasakan DAP di Subang Jaya dan Petaling Jaya sudah cukup kuat. Ini mungkin juga salah satu faktor.

Keduanya saya rasa keterbatasan masa menjadikan mereka kurang terlibat secara fizikalnya dalam politik.

Saya harap mereka akan lebih melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan selain menjadi sukarelawan kerana pilihanraya kali ini adalah penentu untuk masa depan anak cucu kita. – Roketkini.com

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


A Mama&#39;s Secret Whisper: Klinik Kanak-kanak <b>di Kelana Jaya</b> dan <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 12:56 AM PDT

Salam semua...

Memang agak susah untuk ibu bapa jika anak-anak sakit demam ni kan. pening memikirkan klinik mana nak bawak..doctor mana yang ok...mana yang tak ok.bukan apa, takut salah bagi ubat jer.

Dari pengalaman sendiri, memang susah hati bila anak-anak tak sihat. kita pula yang rasa nak menangis kesian tengok anak-anak tak sihat.

Melalui pembacaan, kanak-kanak bawah 2 tahun kalau demam or sakit lagi bagus dihantar ke klinik kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan. ini kerana, kanak-kanak bawah 2 tahun ni memerlukan ubatan khas utk mereka. bukan senang-senang je nak bagi ubat untuk anak-anak ni tau...hanya serahkan pada yang pakar..

Jadi di sini wawa ada 2 klinik yang memang wawa recommended. yang pertama dia berhampiran dengan rumah wawa iaitu  klinik kanak-kanak cheng di kelana jaya dan yang kedua adalah klinik kanak-kanak chan di taman selayang jaya. both klinik sangat bagus. tapi klinik kanak-kanak chan di taman selayang jaya memang ramai patient jadi kalau ke sana...kena byk bersabar menunggu giliran. mostly bawak baby kecil. tapi dont worry untuk kakak-kakak atau abang-abang ada 'taman maianan' untuk mereka.

Untuk klinik kanak kanak cheng di kelana jaya lokasinya adalah bersebelahan dengan kjmc serta dekat dengan paradigm mall dan dulunya pun doctor cheng adalah salah sorang paed di kjmc and skrg buka klinik sendiri. dia soft spoken and pandai juga make a joke.hehee..so nice.

Kalau datang klinik ni rasanya takkan ambil masa yang lama untuk jumpa dengan doctor cheng mungkin paling lama 1hour and don't forget to bring your wallet also bila jumpa dengan doctor sbb doctor cheng sendiri akan bagi ubat pada patient dan do payment also. so lepas keluar dari bilik doctor boleh terus balik.hehee..tak perlu nak tunggu turn ambil ubat pula. senangkan? mostly cost untuk sekali rawatan adalah rm65-rm80. sangat berpatutan!!

Klinik Kanak-Kanak Cheng 

SS7 Petaling Jaya (Lebuhraya Damansara Puchong), Kelana Jaya, Selangor 47301, Malaysia 

03-7880 8711


Ok.mengenai klinik kanak-kanak chan di taman selayang jaya pula kalau pergi jam 830am mungkin giliran anda akan dipanggil dlm jam 1030am..wahh??! why so lambat?! sebab memang ramai sgt patient and mungkin sbb dekat sgt dengan kawasan perumahan so ramai yg senang nak hantar anak mereka ke situ. mostly cost untuk sekali rawatan adalah rm80-rm100. kalau untuk imunisasi dalam rm140 kalau tak silap.

Klinik Kanak-Kanak Chan

7, Jalan SJ 17, Taman Selayang Jaya, Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor
Tel & Fax
03-6136 2237

Conclusionnya, both klinik bagus..kalau dari rumah wawa akan ke klinik cheng dan kalau dari office wawa akan ke klinik chan je...senang kan?! Semoga anak-anakku cepat semboh..amin :)

@--supermomma


Selasa, 4 Disember 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


<b>Telok</b> Bakong Online: Terbaru...! Ceramah Dato Seri Nizar <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 09:44 PM PST


Ceramah Dato Seri Nizar Jamaludin Di Kg Durian Kudung

                     Tarikh : 5 Disember 2012

                     Tempat : Kg Durian Kudung Bota Kanan Perak

                     Masa    :  9.00 malam

Penceramah : Ustaz Zulkifli Ibrahim
                      Dato Seri Nizar Jamaluddin

Dijangkakan Dato Seri Nizar akan mengadakan tayangan video ngetop "Yeop Pashior" dan video sensasi Rosmah Mansor "Aku Anak Kampong Yang Tiada Apa Apa"....nantikan kome...mesti ngekik..ngulin gulin kome nengok video ni..ha..ha..

Semua dijemput hadir untuk mendengar sendiri amanat pemimpin semperna PRU 13 yang bakal berlangsung pada bila bila masa sahaja sekarang.Ikuti ulasan isu isu terkini hasil dari Persidangan Agung Umno.

Kepada semua AMK Cabang Parit,Anda diharap dapat menghadirkan diri untuk gotong royong dipetang hari berkenaan-Pesanan daripada Husin Ketua AMK Cabang Parit.


msinc-menunggu anda disane..sanee..saneeee....

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Review Unit Apartment <b>Di</b> Bandar <b>Bukit Raja</b> | Abang Ensem&#39;s Blog

Posted: 04 Dec 2012 05:00 PM PST

Teruja tak korang tengok harga unit apartment yang aku letakkan dalam Wordless Wednesday aku sebelum ini?

Aku rasa ramai yang berminat tetapi suka untuk aku ingatkan yang unit ini hanya boleh dibeli oleh mereka yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah :

  1. Tidak mempunyai hartanah lagi.
  2. Mempunyai jumlah pendapatan tidak melebihi RM3K sebulan.
  3. Mempunyai upfront deposit (10%) untuk dibayar kepada owner.

Butiran mengenai unit ini :

  • Ianya pernah dibeli sebelum ini pada harga RM55K (below market) tetapi disebabkan pembeli tersebut tidak memnuhi kriteria no (1), maka transaksi jual beli tersebut telah terbatal. Sila rujuk LINK INI.
  • Market value yang diberikan oleh pihak bank sebelum ini adalah dalam anggaran RM65K – RM70K (Mac 2011). 
  • Ketika ini, unit ini telah pun mempunyai penyewa pada kadar RM400 sebulan.
  • Owner bakal berpindah tugas ke luar negara awal tahun hadapan dan unit ini perlu dijual dengan kadar segera.

Tanya kalkulator :

Return on Investment => RM400 x 12 bulan x 100%

                                                     RM53,000

                                        =>  RM4,800       x 100%

                                              RM53,000

                                 ROI =  9.06%

Monthly Cashflow => Sewa (minus) Instalment

                                  => RM400 – RM310 (RM58.5K x 4.9% x 30 tahun)

                                  = RM90 setiap bulan + (RM5.5K extra amount after mark-up loan)

                        

AE : Berminat? E-mel aku @ abangensem98@gmail.com. Ingat, 1st come 1st serve since owner dah bagi kepercayaan kat aku untuk uruskan.

Related posts:

  1. Kelebihan Skim Pengeluaran KWSP Untuk Pelaburan Unit Amanah
  2. Apartment Untuk Disewa
  3. Strategi Pelaburan Hartanah di Luar Bandar
  4. Review Seminar Hartanah – Terra Nusa
  5. Sebab Musabab

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


khalid ibrahim <b>di batang kali</b> - ceramah jelajah <b>...</b> - Pakdoe Allan

Posted: 02 Nov 2012 09:17 AM PDT


P/S: TAN SERI KHALID IBRAHIM TIDAK SELEWENG DUIT RAKYAT....BUKAN MACAM KHIR TOYO...

PAKDOE ALLAN

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


3 Kedai <b>Di Puchong</b> Musnah Dalam Kebakaran | MyNewsHub

Posted: 18 Nov 2012 05:11 PM PST

KUALA LUMPUR – Tiga kedai di Batu 11, Puchong dekat sini musnah dalam kebakaran Ahad.

Kebakaran di deretan kedai papan itu, antaranya memusnahkan kedai makan dan kedai runcit.

Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Haswan Mohd Wasir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 9.55 malam.

Tiga jentera dengan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya dan Seksyen 7 Petaling Jaya mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat, katanya ketika dihubungi di sini. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Majoriti Pemimpin UMNO Akan Bersidang <b>Di Sungai Buloh</b> Tahun <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 08:01 PM PST

PAU 2012 hanya seperti pesta Glee.

Najib jerit lah awak sekuat mana kamu mahu. Bersembur air liur pun mengenai timbalan dan naib presiden parti UMNO pun tak kisah kerana ianya tidak sedikit pun mengobah nekad dan tekad rakyat mahu menyingkirkan UMNO dari Putrajaya.

Nak berperang macam Churchill pun tak mengapa- dalam longkang, celah kankang, dalam bilik, dalam stadium pun tak kisah. Tapi jangan lupa tentera bersekutu lawan parti Nazi yang macam UMNO sekarang ini.

yang menjerit perang sana sini ialah KJ seoarang sahaja- majority pemuda dan senior UMNO buat tak tahu sahaja.

Mampuih lah KJ kali ini.

Yang matlaon UMNO tahu, hendak kekal jadi ADUN atau MP. Rosnah Sherlin nak berperang apa- angkat badan sendiri pun tak boleh. Wanita UMNO- hendak tunjuk muka dikampung pun, rakyat lembukan mereka. Macam mana kita nak percayakan Shahrizat, orang yang tidor dengan dia pun, dia tak tahu apa kerja nya. Orang berkualiti macam inilah yang Najib cakap besar hendak mengurus Malaysia.

Bila saya lihat perwakilan UMNO mengibar ngibarkan placards dengan tulisan dan lakaran, kita sayangkan PM- saya ingatkan ini adalah projek Meng-Glee-kan UMNO. Glee ada lah suatu rancangan hiburan TV yang menjadi kegilaan anak2 muda diseluruh dunia.

Mungkin projek Gleekan UMNO adalah hasil pemikiran budak2 muda disekeliling Najib. Setelah 55 tahun kita merdeka dan umur UMNO 66 tahun, meremajakan UMNO yang difikirkan oleh pemimpn UMNO ialah mengGleekan UMNO.

Hidup UMNO! Parti pilihan Allah. Seperti yang saya sebut dan tulis, orang UMNO menyifatkan Allah pun ahli UMNO!

Tahun hadapan Dato Najib tidak perlu bimbang. PAU akan berjalan dimana ahli nya akan mengundi untuk menggantikan Najib. Najib akan disalahkan sebagai penyebab utama UMNO kalah PRU13. Majority pemimpin pula akan bersidang di Sungai Buloh.

Sebaik sahaja tamat ucapan memekik dan melolong, rakan saya dari UMNO talipon saya bertanyakan apa sudah jadi dengan presiden UMNO. Saya kata entah sebab saya tidak mendengar ucapan. Seperti yang lazim, saya lebih suka membaca yang bertulis. Pembacaan bahan yang bertulis mengelak kita daripada terpengaruh dengan penggayaan pengucapan Najib.

Saya bertanya- awak bekalkan sapu tangan atau tidak? Kertas tissue? Nanti presiden UMNO nak sapu mulut, takde apa2 bahan. Jaga2 kamu- kalau dia sapu mulut dengan tangan, kalau bersalam dengan dia, segeralah basuh dengan Dettol atau disinfectant. Air lir pembawa penyakit tahu.

Apa yang baru yang dibawa oleh Najib? Ini semua wine dalam botol baru. Bertahun tahun lama UMNO membantai pihak parti lawan. Dalam PAU mau bantai lagi? Muktamar PAS tidak ada masa pun membicarakan mengenai UMNO. PAU- semua sessi perhimpunan berkisar kepada pembantaian parti lawan. Itu maknanya, UMNO sudah kehilangan punca seperti juga Presiden nya yang tidak tahu bagaimana melepaskan UMNO dari jeratan tali disekeliling leher yang makin mengetat.

Apa yang kita harap dari seorang PM dan menteri kewangan yang tidak berani mempertahankan bajet yang dia sendiri bentangkan? Rakan2 dalam UMNO pun ramai yang menyampah dan meluat bila Najib sekian hari bunyi lebih dari seorang ustaz sedangkan memberi contoh najis mughallazah pun dia tidak tahu? Apa lah yang diharapkan daripada presiden UMNO oleh orang Melayu untuk membela Islam bila Islam dipermainkan dan dipersendakan, dia hanya tersenyum dan beri lagi upah RM30juta kepada Soi Lek?

Mari kita beritahu Najib al wasatiyah bahawa kebenaran bukan diukur dengan kuat jeritan kamu. Ucapan presiden UMNO tidak ada kesan kerana ianya pengucapan yang diperdengarkan kepada geng sendiri yang terdiri dari penyamun perompak, dan penyundal.

80% penduduk dari 29 juta rakyat Malaysia adalah dibawah umur 45 tahun, yang memandang masa depan yang gelap jika UMNO terus memerintah. Najib janganlah cakap besar seolah olah pemajuan negara ini hanya boleh dilakukan oleh UMNO. Cerdik mana sangatlah pimpinan UMNO? kecuali ahli UMNO sememangnya pekak, buta dan bisu- rakyat sudah melihat prestasi dan pencapaian negeri2 yang ditabir oleh Pakatan jauh lebih baik dari bagaimana pemimpin UMNO mentadir negeri masing2.

Semenjak dia ambl alih pentadbiran negara dari Paklah, hutang kerajaan federal meningkat dari RM230bn kepada RM502bn yakni, 2 kali ganda lebih!. Najib akan diingati sebagai PM yang paling boros. Dari 2008-2011, ubahsuai, penyelenggaraan rumah rasmi PM ialah RM7juta. Bil letrik sahaja RM10juta. Bil air sebanyak RM1.9juta. Najib bergentayangan seantero dunia dengan jet milik kerajaan menelan belanja RM17 juta. Inilah dia transformasi yang selalu disebut oleh Najib.

Setelah 55 tahun, 40% rakyat negara ini mempunyai pendapatan RM1500 sebulan yakni tahap miskin. Tahap kelayakan untuk dapat BR1M pun sudah RM3000. Dari 40% itu, 70% atau 8.5 juta adalah orang Melayu yang Najib omong kosong mahu memajukan.

Jika RM3000 dianggap tahap kurang pendapatan dan layak dapat BR1M, maka RM 1500 apa dia? 70% daripada 40% yang miskin ini ialah orang Melayu. Setelah 55 tahun merdeka, dan 66 tahun usia UMNO, jurang kekayaan paling terbesar ialah dikalangan orang Melayu. Apa yang Najib cakapkan?

Apa yang dilakukan oleh UMNO selama 55 tahun memerintah? Kamu parti Melayu tapi jurang kekayaan dikalangan orang Melayu paling besar? Ini bermakna, kepentingan yang kamu perjuangkan terutama semenjak 1981, ialah kepentingan penindas dan kepentingan tuan tanah kedawong.

Kita akan sambung membahas pengucapan yang penuh dengan kelentong, takabbur dan sombong. Tapi itulah UMNO. Parti penyamun, lanun dan penyundal. -sakmongkol

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Kaji bina hospital <b>di Kapar</b>

Posted: 11 Nov 2012 08:46 PM PST

KLANG: Kerajaan akan mengkaji cadangan membina hospital di Kapar bagi menampung kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini..

Source : Harian Metro Online

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Banjir <b>Di Klang</b> : Sikap Ronnie Liu Salahkan Orang Lain Dikritik | AIDC

Posted: 03 Dec 2012 08:42 PM PST

AIDCNews – 04/12/12 – Bekas aktivis DAP Tan Tuan Tat menyelar sikap Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu yang menyalahkan orang ramai membuang sampah merata-rata sebagai punca banjir di Klang.

Menurutnya, jika faktor sampah sarap, maka kesalahan itu harus dipersalahkan Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) yang gagal mengutip sampah-sarap tersebut.

Ronnie Liu yang bertanggungjawab menjaga kerajaan tempatan sebaliknya menepis dengan mendakwa tugas MP Klang mencabar kerana di Klang terdapat ramai buruh asing.

"Tetapi ia adalah tugas yang sangat mencabar, kerana terdapat banyak buruh asing di Klang, itulah sebab mengapa notis kami kini semua ditulis dalam bahasa Bangladesh atau Burma," katanya.

Selain itu, Ronnie Liu turut menuduh kritikan yang berpanjangn terhadap isu banjir di Klang bermotif politik yang didakwanya mendapat dana dari Kerajan Persekutuan.

Ahli Jawatankuasa Tindakan Banjir Klang, Teh Teong Guan berkata alasan terbaru Ronnie Liu berbeza dengan alasan awal yng menyalahkan pemaju sebagai punca banjir.

Ronnie Liu Salahkan Sikap Buruk Orang Ramai Faktor Banjir Di Klang

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


<b>Sungai</b> terpanjang <b>di</b> Dunia

Posted: 01 Dec 2012 11:00 AM PST

Sungai terpanjang di Dunia
Alam Memang Menyimpan berbagai keajaiban yang tidak semuanya kita ketahui Berikut ini adalah salah satu Keajaiban alam Yaitu Sungai - sungai yang memiliki jarak terpanjang di dunia.
Ini adalah  Sungai terpanjang di Dunia, Sungai yang menjadi simbol kemakmuran rakyat mesir ini berhulu di Danau Victorial dan terus mengalir sampai Laut Mediteranian dengan panjang keseluruhan sungai mencapai 4180 mil.
Berawal dari aliran glazer danau Fed di negara peru kemudian melintasi beberapa negara Amerika latin dan berakhir di Samudera Atlantik dengan panjang keseluruhan mencapai 3912 mil.
 
Sungai Mississippi adalah sungai terpanjang kedua di benua Amerika. Alirannya dimulai dari daerah pegunungan Red Rock di Montana dan berakhir di Teluk Meksiko dengan panjang keseluruhan mencapai 3713 mil.

4. Sungai Yangtse 

Inilah sungai terpanjang di daratan China, Sungai Yangtse atau sungai Chang Jiang, mengalir dari dataran tinggi Tibetan hingga bermuara di laut China. Panjang keseluruhannya mencapai 3602mil.

5. Sungai Ob 

Sungai ini adalah batas berakhirnya aliran sungai Irtish. Aliranya dimulai dari gunung Altai Rusia dan bermuara di teluk Ob dengan panjang keseluruhan mencapai 3459 mil.

6. Sungai Huang He 

Sungai Huang He atau sungai kuning, Aliranya dimulai dari sisi timur gunung Kuanlan dan terus mengalir hingga Teluk Vhihli di China bagian barat, panjang keseluruhan sungai ini adalah 2900 mil.

7. Sungai Yenise

Sungai ini merupakan salah satu sungi terpanjang di daerah Rusia. berhilir di Gunung Tannu-Ola di daerah Tuva barat, Rusia, dan bermuara di samudera Arktik, dengan panjang keseluruhan mencapai 2800 mil.

8. Sungai Parana 

Sungai terletak di paraguai, alirannya berawal dari pertemuan antara sungai paranaiba dan sungai grande, dan berakhir di daerah Rio de La Plata dengan panjang keseluruhan mencapai 2795 mil.

9. Sungai Irtish 

Sungai ini besumber di daerah pegunungan altai di rusia, dan berakhir di pertemuan sungai Ob dengan panjang keseluruhan mencapai 2758 mil

10. Sungai Zaire 

Sungai Zaire atau sungai kongo ini alirannya berawal dari jalur pertemuan sungai Lualap dan Sungai Luapula dan mengalir sampai samudera atlantik. Panjang keseluruhan sungai ini mencapai 2716 mil.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Jawatan Kosong Warehouse Clerk <b>di Balakong</b>, Selangor

Posted: 01 Dec 2012 01:16 AM PST


Oversea Lighting & Electric (M) Sdn Bhd
We are an established Lighting Solution Company which manufactures exquisite and customized luminaries. We are also the exclusive distributors for several of the world's leading lighting manufacturers.

On the verge of our expansion, we are offering exciting and challenging careers within a dynamic environment where your ideas and skills are valued. We invite dedicated and suitably qualified individuals to join our team

Warehouse Clerk
Jawatan kosong di Selangor – Balakong

Responsibilities:
Ensure work order is manageable for Warehouse and delivery
Ensure, examine & maintain incoming and outgoing stocks accuracy
Tracking inventory movement
Ensure 100% fulfillment of all deliveries, issuing and receiving activities
Ensure proper documentations are done for future traceability
Oversee planned maintenance of vehicles and housekeeping
Any other duties assigned by the company as and when deemed necessary

Requirements:
Candidate must possess at least a SPM, Certificate & Diploma and credit in maths
Proficiency in spoken and written Bahasa Malaysia & English with effective communication skills
At least 1-2 years of working experience in the related field is required for this position
Ability to work independently with minimum supervision
2 Full-Time positions available
Applicants must be Malaysian citizens
Interested candidates who meet the above criteria are invited to email / fax their applications together attached with a detailed resume, stating current and expected salary :

Oversea Lighting & Electric (M) Sdn Bhd
Lot 6595, Kawasan Industri, Kg. Baru Balakong,
43300 Balakong, Selangor.

Email : Please Login or Register to apply this job online.

Maklumat Jawatan Kosong Terkini 2012:

ads