Khamis, 13 Disember 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Futsal TaHa, NSTP <b>di</b> Galaxy <b>Bangi</b> | The New Straits Times Press <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 10:54 PM PST

November 26th, 2012

Kuala Lumpur – Kejohanan Futsal Antara Sekolah Menengah dan Antara Universiti 2012, anjuran Kelab TaHa dan TaHa@U, Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BH akan berlangsung di Galaxy Futsal Bangi, pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali, berkata pelajar dan penuntut universiti yang berminat menyertai pertandingan itu masih boleh berbuat demikian dengan mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa atau TaHa@U melalui kaunter yang akan dibuka pada Sabtu ini di lokasi pertandingan.

Selepas menjadi ahli kelab, barulah mereka boleh mendaftar untuk menyertai pertandingan kerana syarat utama ialah peserta perlu menjadi ahli Kelab TaHa atau TaHa@U.

Setakat ini, sebanyak 50 pasukan sudah mengesahkan penyertaan bagi kategori sekolah menengah manakala 30 pasukan bagi kategori universiti.

Kelainan pertandingan futsal anjuran Tabung Haji yang sudah masuk tahun kedua ini mewajibkan peserta memakai pakaian yang menutup aurat serta menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di dalam gelanggang, katanya.

Juara bagi kategori universiti akan membawa pulang hadiah RM3,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000 manakala bagi kategori sekolah menengah juara mendapat RM1,500, naib juara (RM1,000) dan tempat ketiga (RM500). Lima pasukan akan dipilih sebagai penerima hadiah sagu hati bagi setiap kategori dan berpeluang membawa pulang wang tunai RM300.

Source: Berita Harian

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Nota Bertaip Brader P.E.T v4-mobi: AES Beroperasi <b>di Ulu Yam</b> <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 12:52 AM PST

Teman harap kepada sesiapa yang membaca entri ni dapat la kiranya membuat pencerahan tentang apa yang teman jumpa di pekan Ulu Yam Bharu petang ni. Agak mengejutkan juga sebab ikut kepada pemahaman teman, operasi AES kan dah diharamkan di negeri Selangor.


Err... Ulu Yam Bharu dalam negeri Selangor kan? Teman tak buat silap kan? Hehehe. Kalau salah, buat malu jeee. Betul la kan? Tak salah la kot...

Hmmm. Mungkin ramai juga yang tak percaya, dan katakan teman suka-suka aje taip apa yang teman nak tulis. Kalau tak percaya, tengok la sendiri gambar kat bawah ni. Terang-terang dah, AES ni beroperasi di lokasi yang teman sebut tadi tu kan?

Haaa. Kan betui teman kata tadi. Memang AES ada beroperasi kat Ulu Yam Bharu kan? Teman tak tipu la kan? Hehehe.
Selamat bersantai di hujung minggu. Sekian untuk kali ini. Wassalam...

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Selayang</b> (MPS) - Nov 2012

Posted: 28 Nov 2012 09:42 AM PST

JAWATAN:
1. ARKITEK LANDSKAP
2. PEGAWAI TADBIR
3. PEGAWAI VETERINAR
4. PENOLONG JURU UKUR BAHAN
5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
6. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
7. PEMBANTU PENILAIAN W17

IKLAN JAWATAN:
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=91c1fbc8-4183-4f09-b198-2a5a3e20d412&groupId=320862

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=22214&folderId=176044&name=DLFE-4201.pdf

Tarikh Tutup : 7 Disember 2012

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


halal fest <b>di meru</b> mendapat sambutan baik - khidmat meru

Posted: 13 Nov 2012 02:47 AM PST







Bermula dengan khutbah Jumaat yang dikhutbahkan oleh YB Dr Rani sendiri hinggalah berakhirnya Halal Fest yang diadakan di Masjid As Syariff Pekan Meru memang mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun pada hari hujan.
Program Halal Fest yang dianjurkan oleh pihak JAIS dengan kerjasama pihak Masjid Assyariff Meru dan JKKK Kg Meru itu dirasmikan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Ibubapa Gembira Anak Terpilih Jom Shopping TAWAS « PKM <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 10:47 PM PST

3 12 2012

Tanjong Karang, 2 Dis    :     Seramai 168 orang anak-anak daripada 331 orang yang telah didaftar melalui Tabung 921_396827087060311_578790909_nWarisan Anak Selangor (TAWAS) telah menyertai program Jom Shopping TAWAS di pasaraya Billion Tanjong Karang dan melibatkan empat Dewan Negeri (DUN) iaitu Sungai Burong, Sekinchan, Permatang dan Malawati.

Seorang ibu, Azura Misri, ketika ditemui berkata, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah menganjurkan program ini dan mengharapkan supaya program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Manakala bagi Mohd Azman Abd Azis, juga turut melahirkan rasa gembira dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah merupakan penghargaan kepada anak-anak yang lahir di negeri ini, selain itu hasil kekayaan negeri ini dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad68494_396830417059978_1578156657_n Judi Sarjo, berkata, pihak TAWAS masih membuka pendaftaran bagi anak-anak kelahiran tahun 2008 sehingga tahun 2011 sehingga akhir Disember 2012. Oleh yang demikian ibubapa yang masih belum mendaftarkan anak mereka kedalam program TAWAS ini diminta mendaftar dengan segera di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong ataupun melalui Ketua-ketua Kampong Masing-masing.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pegawai Penyelaras DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, yang juga Ketua PKR Cabang Tanjong Karang.

Program TAWAS telah diwujudkan sejak tahun 2008 oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, yang bertujuan untuk member manfaat kepada semua anak kelahiran Selangor dengan perlindungan insuran sehingga berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun, semua penerima sijil TAWAS ini berpeluang menerima RM1,500 hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana tersebut.

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Siapa Yang Lulus Projek Condo <b>Di Batu Caves</b>? « Demi Rakyat

Posted: 29 Oct 2012 07:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]2005 - 2012. Tahun 2005 · Tahun 2006 · Tahun 2007 · Tahun 2008 · Tahun 2009 · Tahun 2010 · Tahun 2011 · Tahun 2012 · Langgan Newsletter. Siapa Yang Lulus Projek Condo Di Batu Caves? 30 October 2012. Pendapat. Pendapat Anda?

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Kakcik Seroja: Ke majlis perkahwinan Azrul Hisham <b>di Rawang</b>...

Posted: 08 Dec 2012 04:45 AM PST

Guna iPad ni masih banyak yang perlu kakcik pelajari. Sementara itu, kakcik letak dulu gambar-gambar sewaktu kakcik bersama suami, Azieazah dan Acu Sayang memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan Azrul dan isterinya...

(Alamak!!!... gambar-gambar yang lain ada dalam kamera. Macam mana nak pindahkan ke iPad?? Nanti kakcik kena kemaskini semula catatan ini menggunakan komputer riba atau komputer meja...)

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Prevé R3 <b>di Sepang</b>

Posted: 19 Oct 2012 03:18 AM PDT

Prevé R3 di Sepang ! Hari tu masa ipaq aku ajak pi aku tak mau, bukannya duduk kat grandstand atau K1 atau C2/3. Tapi duduk kat Pit Stop...ada aircond, makan free....Alih-alih bila aku tengok ada gambar Prevé R3 ni kat laman2 web, rasa menyesal la pulak...ha3x!!! padan muka hang......

Aku tak tau la nak kata cun atau idaknya keta nih, tapi bagi peminat Proton Prevé R3, aku rasa kira okey la kot. Nampak garang, tapi still masih ada kureng lagi sikit. Bak kata orang tua, kurang umphhh laa.

Satu lagi yang aku rasa kureng ialah design kaler dia...kalau bagi kaler yang lebih garang baru la nampak ngam sikit. Prevé R3, ni depa buat show masa geng2 universiti buat race kereta eletrik kat Sepang. 
Aku memang malas nak pergi, rasanya sekarang dah kurang sikit kot dengan race2 nih...kecuali motogp jek.


Btw, layan je la gambar2 yang ada nih. Nak citer lebih2 pun aku bukan pakar dalam bidang motorsport nih. Tapi aku nak tengok juga Prevé R3 ni masuk race satu hari nanti.

Rasanya bukan aku je yang nak tengok, orang lain pun nak tengok juga kemampuan Prevé R3 dalam kelasnya nanti. Harap2 memberangsangkan laa....



12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Yunus Badawi: <b>Sijangkang</b>, Selangor

Posted: 02 Dec 2012 06:03 PM PST

Pada Rabu lepas aku ada urusan untuk projek yg syarikat kami tolong uruskan di Sijangkang. Pagi itu aku telah ke Shah Alam dan seterusnya ke Banting atas urusan berkaitan projek tersebut. Di dalam perjalanan pulang dari Banting, aku singgah melihat tapak projek di Sijangkang. Mungkin bagi sebahagian pembaca nama Sijangkang itu agak pelik.
Sijangkang ini terletak di dalam daerah Kuala Langat. Ininya bersempadan dgn daerah Klang. Kebanyakan penduduk di situ orang keturunan Jawa. Ada beberapa buah kampung di situ dinamakan mengikut jarak dari bandar Klang: Kg Batu 7, Kg Batu 8, Kg Batu 9 (juga dikenali dgn nama Kg Medan) dan Kg Batu 10 (Kg Kebun Baru). Sekarang ini dah ada beberapa taman perumahan di sana.
Masa aku kecil dulu aku sering dibawa oleh abah aku ke rumah saudara kami di Kg Medan. Bila musim buah, kami akan tidur di sana utk menikmati buah-buahan seperti durian dan rambutan.
Projek aku sekarang ni di Batu 8. Aku tak biasa di kawasan itu terutama kampung yg di sebelah dalam dari jalan besar. Jadi setelah melihat tapak projek aku mengambil keputusan untuk singgah solat di situ. Masjid Kg Batu 8 ini agak jauh. Jadi aku singgah di surau yg terletak tak berapa jauh dari jalan besar. Dikenali sebagai Surau Hj Hassan, ianya indah dan bersih. 


Ini dia Surau Hj Hassan. Berbentuk macam rumah kampung dan di dalamnya siap langsir mcm langsir rumah

Semasa aku singgah solat tu ada seorang lelaki bersama isterinya juga singgah solat di situ. Dapatlah kami berjemaah Zohor masa tu sebab masa aku singgah tu dah pukul 1:40 tengahari.
Semalam sekali lagi aku ke Sijangkang. Kali ni bersama emak Adam dan Adam kerana menghadiri majlis berkhatan anak kembar sepupu emak Adam. Ini kali pertama kami ke rumah mereka dan kali pertama emak Adam masuk ke Kg Batu 8 tu. Banyak majlis kahwin sepanjang perjalanan dari jalan besar sehinggalah ke rumah sepupu emak Adam. Nasib baik alamat dan pelan yg disediakan jelas. Senanglah nak cari rumahnya.
Di kampung masih ramai orang yg mengadakan kenduri besar-besaran semasa mengkhatankan anak mereka. Majlis sama macam majlis kahwin.

Rumah sepupu emak Adam agak ke dalam tapi khemah itu menunjukkan kat situlah tempat majlis tu
Kesimpulan lawatan kami ke Sijangkang: Banyak rumah2 batu yg cantik2 di sana sekarang menandakan orang di sana ramai yg kaya .... ngeeee

Rabu, 12 Disember 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Video Kebanggaan PAS Ala K-POP....<b>Di Kuala Kubu</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 06:30 PM PST


Dlm ceramah pakatan rakyat di kuala kubu bharu. Hadirin telah disaji dgn tarian kpop,Ini ker yang PAS sanjungi Pada PKR dan DAP...Masyallah PAS Sanggup bersekedudukan lagi dengan Pakatan Rakyat?

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Rumah Sundal <b>Di Cheras</b>, Mengapa Jadi Begitu?

Posted: 15 Sep 2012 07:01 PM PDT


TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit.
TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit. 
Wanita melayan seorang pelanggan yang datang di ruang tamu rumah. 

KL 16 Sept 12: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat 'tiga dalam satu' urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga.

Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa. Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.

Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.


Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, 'bapa ayam' atau lebih dikenali sebagai 'kapten' pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.(myMetro)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Kenapa boleh jadi begitu? Kerana kepala bapa-bapa ayam itu sudah dinajisi atau dibasuh oleh pemikiraan 'asal dapat wang tidak kira halal haram'. Tidak kira apa agama sekalipun, kerana semua agama pentingkan moral dan kemanusiaan.

Pemikiran ini telah dicanai sejak merdeka lagi. Parti utama orang Melayu (UMNO) yang memimpin negara menggunakan pemikiran begini dalam mentarbiah rakyatnya. Bagaimana acuan begitulah kuehnya. Inilah hasil kueh-kueh pemikiran pemimpin nasionalis warisan penjajah terdahulu!

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Family Gathering <b>Di Kuala Selangor</b>, Kita Makan Lagi & Lagi! - My Life

Posted: 05 Nov 2012 08:14 PM PST

Assalamu'alaikum,

Minggu ni lambat sket update blog..Semalam seharian berehat di rumah..Hehe Ingat orang keje je ke ada Monday Blues..surirumah eh silap Home Manager pon sama tau:P Agaknya penat mendobi & kemas rumah, habis kudrat kat situ je..So hari ni kita recharge balik & bolehlah update aktiviti weekend yang lepas!

Aktiviti kami minggu lepas adalah ke Kuala Selangor..Ada family gathering belah keluarga en suami..Yerlah kan, famili en suami besar, pastu ramai adik beradik yang ada sekitar KL & Selangor sebab tu selalu aje ada pertemuan..Belah aku memang tak ramai pastu semua bertaburan merata Malaysia..susah nak jumpa kalau bukan time cuti sekolah:P

Of course yang paling happy adalah anak-anak..Sebab boleh jumpa sepupu sepapat diorang..Mak bapak happy juga sebab dapat makan & makan..Family gathering ni saja-saja je buat rentetan dari hai raya korban haritu. Abang Sir & keluarga tak balik ke kampung haritu so ada banyak sangat dapat daging korban..So kesemua adik beradik bersetuju untuk berkampung di Baiti Al Manar Kuala Selangor untuk berkumpul adik beradik bagi mengeratkan silaturrahim..cewah!


Inilah Baiti Al Manar, rumah Abang Sir (abang ke 2 en suami)..Amboi siap ada banner Ahlan Wasahlan lagi tuuuu

Kami sampai petang Sabtu, sebelum tu abang sulung dari Kajang, Kak Ni (kakak ke 4) dari Karak, abang Yi (abang ke 5) dari Kinrara & adik ipar aku sudahpon check in & sudahpon bergotong royong siapkan menu pada hari tersebut..Macam-macam ada; gulai daging, sup daging, daging goreng..masak lemak siput sedut & macam-macam lagi..Semuanya hasil tangan kakak-kakak ipar aku yang gorjes tu (you know who you are)


nak kata gulai kawah tak boleh sebab masak dalam periuk tapi memang terbaekkkkkk!!
Tapi menu yang super duper terbaik adalah ketupat sotong!! Nasib baik mak buyong sempat merasa tau..Kalau tak #kempunansss


Aku tak tahu yang ketupat ni kena catu, sekor sotong untuk sorang..Seb baik aku ambil 4 sahaja so untuk famili Mdae, habis bini dia kebas sorang-sorang..HAHAHA *buruk perangai*
Memang tak puas makan ketupat sotong..Kalau nak makan banyak-banyak silalah buat sendiri yaaaaa

Malam tu ada acara bbq pulaa..Tak tahulah berapa banyak kepak & peha ayam yang tuan rumah perap tapi memang marbeles..Kami ni tukang makan sajork..Errrr naseb baik en suami & Haziq jadi tukang peringat api & tukang kipas..hehehe


kibah jange dok kibah..bersungguh!


all the foodss..nyum..nyum..sempatlah merasa sikit-sikit sorang!


sebahagian dari famili yang berkumpul di luar rumah..prinsipnya; siapa cepat dia dapat..kalau anak-anak yang mak bapak diorang tak ambil makanan *akulah tewww* maka berputih matalah anak-anak korang..HAHAHA takderlah, dapatlah budak-budak ni makan sikit-sikit sorang..
Ashraf tukang tunggu..sekejap main kat luar sekejap masuk dalam rumah..penat nak mengejor dio sorang T__T
Haziq kalau dah berjumpa dengan geng, dah boleh bawa diri dah..nak-nak kalau dapat henset Mokra dia..leka main game je..
hak dewasa pula berniaga sesama sendiri..HAHAHA Malam tu ada jualan jubah murah-murah..eh bukan aku yaaa..adik ipar aku yang suatu ketika dulu pemalu nak berniaga sekarang sudah menjadi peniaga tegar merangkap pengedar AS Beauty di area Cheras..Siapa nak, calling-calling yaaaaa
Bila dah makan banyak, haruslah buang segala kalori mori dengan bersenam di atas mesin treadmill ni tapi aku tengok anak-anak je yang dok konker..mak bapak dok sibuk tambah kalori jek..HAHAHA


malam tu hujan turun sekejap..tapi aktiviti makan-makan berjalan macam biasa..

habis kepak ayam sambung bakar udang, keropok lekor pon bakar juga...idea sapelah tu yaa??

Lepas kekenyangan, ada yang pulang ke rumah masing-masing & ada yang bermalam..Kami memang bawa baju siap-siap & bermalam di sana..Tidur bilik pon berair-cond, parking free, penginapan terbaik di Kuala Selangor..mana nak cari:P

Bangun keesokan paginya..tuan rumah hidang nasi ambeng makanan orang Jawa pula..Merasalah pertama kali makan nasi ambeng..Rasanya agak manis & bolehlah kami telan..tapi kalau makan ngan sambal belacan/budu baru kena dengan selera oghe Klate..HAHAHA


Lepas tu tuan rumah..errr anak dara tuan rumah to be exact..buat pula mushroom soup untuk dicicah dengan roti..Pandai anak dara Abang Sir masak..Sampai licin satu periuk budak-budak ni makan
ni aku yang buat, bakar roti dengan bawang putih..jadilah garlic bread..first batch hangit sedikit..2nd batch baru ok tapi semua licin kena ngapppsss
dapat resepi mushroom soup dari Kak Mar..bolehlah pasni cuba buat di rumah pula..anak-anak memang sukakan mushroom soup ni

Lepas dah kenyang masing-masing buat hal sendiri..Ashraf leka dengan dunia dia sendiri;-


mamat ni pantang kalau orang nak ambil gambar mesti buat muka macam ni...kurang hensem tu nak oi:P

Pastu suka sangat main dengan kucing..semua anak-anak aku & anak-anak buah jenis sukakan kucing..Aiiii menurun perangai saperlah tu kan?? :P


Kami bertolak balik ke Shah Alam dalam pukul 3 petang..Sebelum tu singgah di pasar Kuala Selangor beli bekalan ikan-ikan segar..Memang geram-geram dengan segala binatang laut yang ada..Lain kali kalau datang sini konpem kena singgah pasar beli stok makanan mentah!

Oklah..itu sahaja laporan aktiviti hari minggu kami..Pasni gathering di Janda Baik pula..seronok berkumpul adik beradik ni..paling seronok bila dapat makan-makan..HAHAHA

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Perkhidmatan Catering <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2012 09:25 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kami dari Syarikat Akma Ali Catering bersedia memberi perkhidmatan catering kepada warga Salak Tinggi yang berminat pada harga yang sangat berpatutan dan dijamin memuaskan. Kami menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai majlis antaranya kenduri kahwin(wedding), annual dinner, open house, parti sambutan harijadi(birthday), pelancaran produk(product launching), seminar2 atau kursus, vip/royal banquet dan lain lain lagi.

Kepada yang berminat boleh menghubungi : -

Akma Ali - 012 2357460
Saedah Ali - 012 3510463
@
forum : Akma Ali Catering and Service

Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Mencari Perumahan Baru <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 12:00 AM PDT

admin wrote:Projek kawasan sekitar :

Tmn Seroja (sedang ratakan tanah)
Tmn Mawar 2 & 2 setengah tingkat..launcing 16 & 17 (info dr salah sorang forumer)

Latest info:

Tmn Mawar (dah launch)
- Teres 2 Tingkat 22x65 = 360k
- Teres 2 Setengah Tingkat 22x65 = 390k

Tmn Seroja (belum final)
- Teres 2 Tingkat 22x80 (buildup 2200kps)= 344k

Admin akan upload gambo nanti..(belum ada masa nk transfer dr camera huhu..)

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Hadirmu Satu Kurnia...: <b>Tanjung Karang</b>- Kawan Kahwin

Posted: 14 Nov 2012 12:07 AM PST

Ahad baru2 ni sebelum cuti Deepavali kita sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan kawan umi di Tanjung Karang. Dah lama umi tak hala kesana...dulu selalu lah sbb kerja di sana sekolah di sana eheheheh...so dikesempatan yg ada umi ajak abah pergi hadir ke majlis perkahwinan kawan umi tu. Tapi x sempat snap pun gbr kawan umi bersanding ...maklumlah bz hehehe ntah apa yg bz ku pun x tau...so sblm balik menikmati keindahan sawah padi yg hampir nak masak dah.
Si kecik sorg ni sangat susah nak bergambar...mahal benor kekdahnya kalau amik gbr dia. Panggil lah 10x pun hehehe

Kakak plak mmg suka bergambar pantangggg


3 beranak...nak amik gbr berempat ssh skit...takkan nak panggil org2 kat situ semata nak bergambar hahaha...hilang akal apa...org sibuk nak g makan2 ko sibuk nak panggil suh amikkan gbr

Ni umi dan anak2 kesayangan...umi dah gumuks weyyyy uuuwaaaa...nak turunkan sangap...nak naikkan sekelip mata je

Kemain kakak ty padi tu apa

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Cendol Borhan...sedapppp laksa dia pun walaaahhhh
Dulu beliau penerima asnaf zakat tau..now bisnesman u

Last skali gbr kakak. Balik tu penatnya singgah plak umah MIL jengah dia....balik dr shah alam plak singgah lagi TESCO phewww penat makkk

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


melayuangkat: Cerita Wak Sg. <b>Tenggi</b>

Posted: 23 Apr 2010 08:11 PM PDT

Wak adalah kenalan keluarga kami sejak 20 tahun lalu. Wak dan isterinya adalah pioneer peneroka Felda Sg. Tenggi. Anak Wak mengajar mengaji kedua anak-anak kami. Lama kelamaan kami akrab bagaikan ada talian persaudaraan.

Wak selalu ceritakan pada kami mengenai pengalamannya sebagai peneroka FELDA pada zaman Tun Razak dulu. Berbekalkan cangkul, mereka diberikan tanah untuk diusahakan. Tanah rumah suku ekar dan tanah sawit 10 ekar. Turut dibekalkan pada mereka saban waktu adalah 'susu' dan 'sardin'. Sebab itu hinggalah sekarang, Wak dah tak lalu minum susu atau makan 'sardin'. Jika Wak berkunjung ke rumah kami, kami pasti tak hidangkan lagi minuman bersusu atau sardin, walaupun sardin masak kari, kicap atau sambal sardin.

Kami gemar ke Sungai Tenggi untuk 'menghijaukan' mata sekali sekala. Rumah Wak pun telah dibaikpulih dan begitu besar dan selesa untuk anak-anak dan cucu. Di tepi rumah Wak ada kolam ikan, baru-baru ini dapat juga kami rasa ikan keli ternak hasil sampingan anak-anak Wak dan juga tanaman terung yang dibekalkan kerajaan untuk setiap rumah di situ. Jika musim buah dapat juga kami rasa rambutan dan manggis dari Sg. Tenggi.

Dalam perbualan telefon malam tadi, Wak amat berharap Barisan Nasional akan menang dalam pilihanraya InsyaAllah esok, 25-4-2010. Wak mahu kesinambungan warisan FELDA tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Bagi Wak, telah terbukti segala-galanya dari Kerajaan Barisan Nasional. Wak tidak mudah digoda, digula-gulakan, diperbodohkan atau boleh makan fitnah dan dakyah pihak yang berniat jahat terhadap ada sedang dikecapi oleh mereka sekarang. Wak akur tidak ada yang sempurna seratus peratus dalam hidup ini, tapi katanya omong kosong berbeza dengan kenyataan dan sejarah yang telah membuktikan.

Cucu sulung Wak telah mendapat 10A dalam SPM baru-baru ini dan sedang menunggu keputusan permohonan biasiswa dari Kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan atau Mesir.  Bagi Wak, secara peribadi mengakui tidak mungkin ada sebuah Kerajaan yang begitu prihatin terhadap hidup rakyatnya dalam apa bentuk sekali pun.  Wak amat bersyukur..

InsyaAllah swt, semoga Allah swt akan makbulkan doa Wak sekeluarga...InsyaAllah swt.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Kurakura.My » Berbogel <b>Di</b> Lebuh Raya Duta-<b>Ulu Klang</b> (Duke)

Posted: 17 Mar 2012 10:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang 'wanita' berambut panjang tanpa seurat benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki," kata Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini, semalam.

Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.

"Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.

"Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta," katanya.

Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.

"Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.

"Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan," katanya.

Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.

"Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.

"Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda," katanya.

Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.

-Hmetro-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Tanah 3 suku ekar <b>di</b> Kg Batu Laut, <b>Tanjung Sepat</b> – Land for sale <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 07:05 AM PST

Area:Tanjong Sepat Property Type:Agricultural Price:RM150 000 Size:0.75Acres Title type:Leasehold Other info:Bumi Lot
Kepada yang betul-betul berminat sahaja:-

Tanah 3/4 ekar di lot 2769, Kg Batu Laut, Tanjung
Sepat, Selangor.

Harga Jualan dari 150K

Status Tanah : Pertanian (kelapa sawit usia pokok
8 tahun )

Tanah sebelah jalan kampung, 300 meter dari
jalanraya utama.

admin

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


PROMOSI <b>DI</b> GOLD COAST <b>MORIB</b> TELAH TAMAT | SyamSGold <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2012 06:49 AM PST

PROMOSI YANG DIWAR-WARKAN OLEH SYAMS-GOLD 
DI GOLD COAST MORIB RESORT
TELAH TAMAT SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.
PROMOSI TAHUN 2011 - TAMAT.
PROMOSI TAHUN 2012 - TAMAT.
PROMOSI TAHUN 2013 - AKAN  DIBERITAHU.
# Jangan rujuk Entry yang lama.

ads