Rabu, 26 Mac 2014

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Gambar 8 Remaja Mati Lemas <b>di Sungai Buloh</b> Kasap, Segamat Johor

Posted: 21 Feb 2014 06:27 PM PST

Gambar Sungai Buloh Kasap

Gambar 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor : Entahlah……tiba-tiba saat menulis laporan berita ini, kalangan kami daripada Berita Semasa terpaksa mengesatkan air mata apabila secara tiba-tiba air mata kami mula berlinangan sedikit demi sedikit.

Ya…Allah. Besarnya dugaan ahli keluarga saat menerima berita kematian anak-anak, adik beradik mereka. Inilah yang dikatakan hidup ini "ibarat pelita, bila-bila masa sahaja boleh padam". Lambat atau cepat sahaja. Dan inilah juga dikatakan…."asbab"disebalik ajak yang telah menemui 8 remaja ini.

Tengok airnya pun sudah pasti tidak lalu & tiada selera untuk mandi manda di Sungai Boloh Kasap, Segamat Johor. Tetapi 8 remaja mati lemas disebabkan salah seorang rakan mula tergelincir dan…..

Ikuti kronologi lengkap seperti di bawah ini…

Kronologi Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor

  1. 21 Februari 2014 (6 Pagi) : 12 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat dari Taman Mewah keluar joging berhampiran Sungai Muar, Pekan Buloh Kasap, Segamat
  2. 8:50 pagi : Mereka berhenti di Sungai Muar & 8 daripadanya berhasrat untuk mandi. 4 remaja yang lain menolak kerana tidak tahu berenang
  3. 9:00 pagi : Seorang remaja & 8 remaja jatuh ke sungai akibat tergelincir dari tebing yang runtuh, sementara yang cuba selamatkan sebelum seorang demi seorang mati lemas
  4. 9:48 pagi : Operasi mencari & menyelamat dimulakan
  5. 3:29 petang : Mangsa pertama daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 14 berjaya ditemui
  6. 3:41 petang : Mangsa kedua daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Zikri zaidi ditemui
  7. 4:22 petang : Mangsa ketiga daripada 8 remaja mati lemas, Nazrul Aminuddin Zamri, 15, ditemui
  8. 11 malam : Operasi mencari & menyelamat melibatkan baki 5 remaja mat lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berhenti dan bersambung
  9. 22 februari 2014 (7:30 pagi) : Operasi mencari dan menyelamat lima mangsa mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor bersambung semula pagi ini..

Kejadian Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah 'menyedut', mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Senarai Nama 8 Remaja Mati di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor :

  1. MOHD ZATI ZAIDI, 16
  2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
  3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
  4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
  5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
  6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
  7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
  8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

Gambar Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor

Berita Semasa difahamkan, 3 remaja mati lemas yang telah berjaya ditemui dalam kedalaman 20-30 kaki penuh lumpur dan ranting kayu.

"air lombong sangat berat & tiada arus, Sebab itulah kalangan yang pandai berenang sekalipun boleh tewas untuk kawasan bahaya seperti ini"

Nasihat & tips Berita Semasa untuk diri kami sendiri dan kepada rakan pembaca yang lain, jikalau berhadapan situasi mahu menyelamatkan orang lemas, perkara pertama yang perlu dibuat adalah mengetuk kepala si mangsa sehingga pengsan. Paling tidakpun, selamatkan orang yang tengah bergelut kelemasan daripada belakang.

Kalau anda rasa tidak kuat biar mangsa lemah dahulu (dengan kita berada dekat dengan mangsa dalam jarak 3-4 kaki dari belakang) dan apabila mangsa kelihatan lemah cepat-cepat sambar dagu menggunakan lengan dari belakang dan tarik mangsa daripada belakang. Elakkan, ketika mangsa sedang meronta, jangan sesekali pergi depan nanti dia akan melompat panjat kita dan kita akan lemas.

P/S : Apapun, semoga Allah merahmati roh-roh semua arwah dan beri kesabaran & kekuatan kepada keluarga bagi menghadapi dugaan ini. Salam takziah kepada keluarga mangsa!


KLIK Butang LIKE & SHARE Berita Ini


12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


"Saya Sayang Anak Saya" - Bapa Kelar Mati Anak Bongsu <b>Di Bangi</b> <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 02:38 PM PST

 "Saya sayang anak saya," kata seorang bapa yang menghadapi pertuduhan membunuh anaknya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Selangor, akhir bulan lalu, ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Norazman Mohammad, 44, yang menghadapi tiga pertuduhan, menuturkan ungkapan itu dalam nada tenang selepas pertuduhan dibacakan sambil mengangguk faham.

"Saya Sayang Anak Saya" - Bapa Kelar Mati Anak Bongsu Di Bangi Mengaku Tidak Bersalah

"Saya Sayang Anak Saya" – Bapa Kelar Mati Anak Bongsu Di Bangi Mengaku Tidak Bersalah

Bagi pertuduhan pertama, Norazman, yang tidak bekerja, didakwa membunuh Zulaikha, 7, dengan sebilah parang di dalam rumahnya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Kajang pada 4 petang, 30 Jan lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, bapa kepada enam anak itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua lagi anak perempuannya, Maryam, 10, dan Liyana, 12, pada hari, masa dan lokasi sama.

Norazman didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

"Saya sayang anak saya. Saya mengaku tidak bersalah," katanya yang berpakaian baju jersi berwarna hitam dalam nada perlahan selepas pertuduhan kedua dan ketiga itu dibacakan.

Terdahulu, peguam Norah Abu Bakar yang mewakili tertuduh berkata pihaknya memohon anak guamnya itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, untuk mendapatkan penilaian psikiatri.

"Saya baru berjumpa dengan tertuduh dan saya beranggapan mental anak guam saya tidak stabil. Sekiranya tertuduh didapati tidak stabil, pertuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadapnya harus dipinda," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya S. Abirami membantah permohonan itu atas alasan laporan forensik, kimia dan bedah siasat berhubung kes itu masih belum diterima.

Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad menolak permohonan peguam bela itu dan menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik, bedah siasat dan kimia.

Pada 6 Feb lalu, Norazman didakwa di Wad 2 Lelaki, Hospital Kajang dengan dihadiri majistret, pihak pendakwaan, peguam serta anggota keluarganya. BERNAMA

Sumber : Mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Azie Kitchen: Lawatan Ke Rumah Anak Yatim <b>di Klang</b>

Posted: 17 Mar 2014 04:31 AM PDT


Setelah mendapat tahu hubby dan geng geng dari ETHICA iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga ingin membuat lawatan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin di Klang, saya cepat cepat memberitahu yang saya mahu ikut serta. Hubby terpaksa mengambil saya dari rumah Kak Kamariah di mana saya mengaji setiap minggu, dan terus dibawa ke Shah Alam. Kami ke Casa Iman terlebih dahulu untuk mengambil Dato' Salehuddin dan keluarga yang ingin turut serta. 

Kedatangan kami telah disambut oleh Haji Bani yang merupakan Pengetua di Rumah ini yang lebih dikenali sebagai Abah di kalangan anak anak seramai 52 orang yang berumur antara 7 hingga 17 tahun di sini. Berada di sini memberikan saya keinsafan, betapa bersyukurnya saya kerana dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibubapa dan keluarga. Walaupun dibesarkan dalam serba sederhana, tetapi kasih sayang mereka adalah tidak ternilai harganya. Bimbingan dan tunjuk ajar kedua ibubapa sangat sangat saya hargai. Berkat didikan merekalah, saya berada seperti hari ini. Saya juga diajar mengaji oleh arwah bapa sendiri.
Di kala usia seperti ini, saya memang mencari peluang untuk mendekati golongan yang tidak bernasib baik seperti anak anak yatim dan anak anak orang miskin sebagai sebahagian dari sumbangan dan amal bakti. Bak kata Ustaz Ibrahim, perbanyakkan lah amalan soleh yang pahalanya berkekalan selepas mati di kala umur kita yang berbaki sedikit sahaja lagi ini. Insya Allah, ini adalah azam saya untuk meningkatkan amalan soleh dan sedekah jariah. 





12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Parti Yang Menang <b>Di Sungai</b> Limau Dapat Kelebihan Jangka <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2013 02:32 AM PDT

PRK

YAN: Walaupun Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini, tidak akan mengubah stuktur kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), tetapi keputusannya memberi impak yang besar kepada BN dan PAS dalam jangka masa panjang.

Bagi penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, walau apa pun alasan dan persepsi PRK ini, kedua-dua parti tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

BN mahu menang kerana kemenangan ini akan memberi impak besar kepada BN kerana DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS dan kawasan bekas Menteri Besar dari PAS iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak, kata Dr Mohd Azizuddin yang juga Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada Bernama di sini.

"Kalau PAS kalah ia satu tamparan besar kepada PAS. Pemimpin PAS dan ahlinya akan lemah semangat. Ini beri kekuatan dari segi psikologi kepada BN, dan rakyat akan beri pernyataan sah yang lebih mantap lagi khususnya kepada agenda pembangunan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu," katanya.

Dr Mohd Azizuddin berkata walaupun kempen kedua-dua pihak dilihat kurang agresif selepas proses penamaan calon pada 23 September lepas, sebenarnya ia agresif tanpa tidak ditunjukkan kerana kedua-dua parti menyedari akan sentimen tempatan, dan kerana itu penampilan calon-calon dilihat sederhana.

"Ini kerana penduduk di DUN Sungai Limau agak konservatif dan cara hidup bersederhana. Jadi penampilan calon perlulah bersederhana. Yang saya bimbang orang luar yang berkempen cara agresif tapi tak faham pendekatan dan cara hidup di DUN Sungai Limau. Kesopanan dan tatasusila kena jaga ketika berkempen di sana," kata Dr Mohd Azizuddin.

Beliau berkata peluang kedua-dua parti pada PRK kali ini dilihat seimbang walaupun DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat PAS sejak 1995.

"Peluang untuk BN menang ada dan BN kena tumpukan kempen kepada pengundi muda yang berada di luar, serta pengundi Cina di pekan. Ada kecenderungan mereka kembali menyokong BN," katanya.

Untuk rekod daripada 27,222 pengundi, kedua-dua parti iaitu PAS dan B Nmempunyai anggota yang hampir sama banyak sebagai pengundi, dan pengundi atas pagar pula kira-kira 24 peratus yang akan menjadi penentu pada Isnin ini.

DUN Sungai Limau mungkin dilihat sebagai kubu kuat PAS kerana diwakili oleh Azizan sejak 1995 dan merupakan Menteri Besar Kedah bagi tempoh satu penggal iaitu dari 2008 hingga Mei lepas.

Namun fakta menunjukkan DUN Sungai Limau, sebelum pilihan raya umum 2004 dikenali sebagai DUN Sala, bukan hak milik mutlak mana-mana parti kerana wakil rakyat di kawasan itu sering silih berganti antara wakil BN dan PAS.

PAS dalam usahanya mengekalkan kerusi DUN itu telah memainkan hubungan calonnya Mohd Azam Abd Samat sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya, malah telah menggunakan gambar dan nama Azizan dalam kempennya.

Dalam ketaksuban mereka mempamerkan hubungan yang akrab antara Azizan dan Mohd Azam sehingga sanggup mengeluarkan risalah calon dengan menggunakan gambar calon menggantikan wajah seorang daripada dua wartawan kanan akhbar Sinar Harian yang mengunjungi Azizan pada 2011.

Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, walaupun bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris dilihat tidak menonjolkan diri, dan menjalankan kempen lebih kepada bersemuka yang memenuhi "selera" penduduk tempatan.

Bagi Dr Mohd Azizuddin strategi calon BN berkesan berbanding strategi PAS yang "lebih menampakkan macam mereka terdesak kerana masih gunakan Ustaz Azizan."

Mukhriz, yang juga Pengerusi BN Kedah, baru-baru ini menyatakan keyakinannya yang BN akan diterima penduduk DUN Sungai Limau kerana hanya parti itu yang mampu membawa pembangunan ke kawasan itu.

Walaupun BN kalah di DUN Sungai Limau sejak Pilihan Raya Umum 1995, rakyat perlu melihat kesungguhan BN untuk memajukan Kedah selepas kembali menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, katanya.

"Kami parti yang menunaikan janji. Selepas menang, saya dan barisan exco berusaha gigih untuk membangunkan Kedah. Ini (pembangunan) memang diperlukan dan dituntut oleh rakyat. Kami tawarkan (apa yang boleh dibuat), sekiranya boleh diterima rakyat di Sungai Limau," katanya.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar pula berkata tinjauan terkini parti itu menunjukkan PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti yang kurang, iaitu hanya 500 undi.

PRK kali ini sebenarnya bukan sahaja, pertembungan antara BN dan PAS, bukan sahaja antara Dr Sohaimi dan Mohd Azam, tetapi juga antara Mukhriz dan Mahfuz, yang baharu sahaja dilantik mengetuai parti masing-masing di peringkat negeri selepas PRU13 Mei lepas.

- BERNAMA

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pejabat baru ISMA bakal jadi pusat dakwah <b>di Shah Alam</b> - ISMAWeb

Posted: 29 Dec 2013 12:54 AM PST

SHAH ALAM, 25 Dis. - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam kini menggiatkan aktiviti dakwahnya dengan pembukaan rasmi pusat dakwahnya hari ini di Seksyen 20, Shah Alam.

Menurut Yang Dipertua ISMA Shah Alam En. Dollah Sani b. Suratman, dengan pembukaan pusat ini akan menggiatkan lagi aktiviti dakwah di Shah Alam dan sekitarnya.

"Dengan rasminya pejabat baru ISMA Shah Alam ini, akan menjadikan ianya sebuah pusat dakwah di Shah Alam ini", katanya.

perasmian pejabat 4

"Di samping itu juga kita akan menggiatkan lagi aktiviti dakwah di sini yang mana dapat memberi manfaat kepada ahli ISMA dan masyarakat sekitarnya", tambah beliau lagi semasa Majlis Perasmian Pejabat Baru ISMA Shah Alam.

Selain itu katanya, ISMA Shah Alam akan mengadakan pelbagai lagi aktiviti yang menjurus kepada pembangunan jatidiri umat Islam, kebajikan dan kemasyarakatan, antaranya usrah umum, seminar, Circle Aulad, kelas Al-Quran dan sebagainya.

SA

Pejabat baru ini telah dirasmikan oleh En Abdul Rahman Md Dali, Naib Presiden II ISMA yang kemudiannya mengadakan lawatan ke pejabat baru sejurus selepas majlis.

Di akhir majlis, diadakan majlis penyampaian hadiah penghargaan bagi anak-anak ahli ISMA Ahah Alam yang mendapat kejayaan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2013.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


ILHAM Centre : KEADILAN selesa <b>di Kajang</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 23 Mar 2014 12:03 AM PDT

KAJANG 23 Mac :Selepas tamat tempoh kempen lewat malam semalam, berdasarkan kajian lapangan ILHAM Centre, kami dapati sokongan pengundi kepada Parti KEADILAN berada dalam keadaan selesa.

Rajah 3Barisan Nasional (BN) kelihatan sukar menembusi kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil Kajang ini. Malah KEADILAN memperbaiki asas sokongan dengan membuat lonjakan sokongan di kalangan pengundi Melayu kerana faktor calon yang ditampilkan.

ILHAM Centre melakukan kajian lapangan bermula 19 Mac hingga 22 Mac 2014 yang menemubual responden secara tatap muka seramai 406 pengundi berdaftar bagi mewakili populasi di dalam kawasan kajian ini.

Kajian ini menfokuskan kepada pola pengundian Melayu yang mana di dalam pilihan raya kecil ini memperlihatkan pengundi Melayu menjadi sasaran dan rebutan kempen kedua-kedua pihak yang bertanding.

"Di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, BN memperolehi sebahagian besar undi mereka daripada daerah mengundi majoriti Melayu seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras. Oleh itu, strategi BN ialah berusaha mengekalkan jumlah undi Melayu agar tidak beralih arah kepada Pakatan Rakyat,"kenyataan itu dipetik.183496_10151191796373187_1981182106_n

Manakala bagi PR/KEADILAN, kelebihan dengan calon Melayu, sedikit sebanyak mampu meraih undi pengundi yang memilih atas asas Melayu-Islam. Jumlah ini agak signifikan iaitu jika dilihat kepada jumlah undi calon bebas dalam PRU lalu memperolehi seramai hampir 1400 orang.

Jadi, dalam PRK ini, ke mana halatuju pengundi yang mengundi atas pertimbangan Melayu –Islam?

Sama ada mengundi calon KEADILAN atau tidak keluar mengundi? Ini antara fokus kajian yang dilakukan.

"Berdasarkan dapatan kuantitatif dan kualitatif, kami dapati calon KEADILAN selesa mendahului calon BN dan bergantung kepada peratus keluar mengundi serta tahap sokongan undi Melayu yang akan menentukan jumlah majoriti kecil atau besar,"tulis laporan itu yang disediakan Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60323

.: Pertarungan sebenar <b>di Kajang</b> bermula - MSO - Blogger

Posted: 22 Mar 2014 07:49 PM PDT

LANGSUNG KAJNAG                                                                      

[kemaskini] 
8:00 malam. Kedudukan terkini PKR memperolehi 16,086 manakala BN mendapat 10,407 majoriti 5,679. Hanya kira-kira 1,500 undi.

7:40 malam. PKR terus mendahului BN dengan kelebihan undi sebanyak 5,427 undi. Dengan 88% undi dikira PKR mendapat 15,055 undi manakala BN mendapat 9,628 undi. Apakah PKR mampu meraih 6,000 ke atas undi majoriti?

7:00 malam. Pengiraan undi sudah bermula. Daripada 53 peti undi yang dikira PKR sudah mengatasi BN. PKR mendapat 10,187 undi manakala BN mendapat 6,494. Dr Wan Azizah sudah mengatasi Mei Fun sebanyak 3,693 undi. Masih ada 35 peti undi dalam proses pengiraan.

5:00 petang semua 15 pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi di pusat pengundian bermula jam 6:00 petang. Sekitar jam 6:45 gambaran keputusan awal akan sudah diketahui.

4:33 petang. Seperti dijangkakan peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Kajang agak lemah berbanding dengan peratus keluar mengundi semasa pilihan raya umum lalu. Peratus keluar mengundi setakat jam 3:50 petang tadi sekitar 60.85%, dimana peningkatannya sekitar kira-kira 20%. Peratus jam 12:00 tengah hari mencatatkan 40.81% yang keluar mengundi. 

Adalah dijangka peratus keluar mengundi dengan tempoh mengundi hanya tinggal satu jam setengah lagi disekitar 78% saja mungkin tidak mencecah 80%.


Kerendahan peratus ini menyebabkan sasaran atau telahan awal oleh para penganalisa politik yang meletakkan calon PKR Dr Wan Azizah Ismail menang besar hingga mencecah 7,000 bakal meleset.


Faktor menjadi hambatan ialah kerana calon dan pilihan raya kecil itu sendiri tidak memberi apa-apa signifiken apabila calon awalnya, Anwar Ibrahim gagal bertanding. 

Kalau dua minggu lepas PR dan BN bertarung dengan kata-kata dan propaganda, hari ini pertarungan sebenar bagi kedua-dua pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang sudah bermula tepat jam 8:00 pagi tadi sebaik pusat pengundian dibuka.

Awal-awal lagi penyokong kedua belah pihak memenuhui sekitar 18 pusat pengundian. Masing-masing datang untuk memujuk dan merayu para pengundi sebelum mereka melangkah masuk ke bilik pengundian.

Gelagat biasa di pusat pengundian turut dilaporkan terjadi. Penyokong kedua belah pihak yang bukan saja dari Kajang tetapi dari luar dengan teknik dan cara tersendiri melakukan apa saja untuk memastikan calon idaman mereka dipilih.

Keadaan pagi ini dijangka menjadi lebih panas, ditambah dengan suasana yang hangat sekarang ini. Bagaimana pun khabarnya polis telah meletakkan pasukan kesalamatan memadai untuk mengawal keadaan. Belum ada laporan kejadian serius berlaku, melainkan kekecohan dan juga sumpah seranah dari kedua belah pihak. Budaya 'samseng' nampaknya menjadi budaya pilihan raya yang menyeronokkan.


Menyaksikan kepada gambar yang sempat dirakam dan diletakkan dalam facebook, twiter dan sebagainya menunjukkan penyokong BN lebih agresif. Mungkin mereka merasakan pihak berkuasa seperti polis berada di sebelah mereka menjadikan mereka 'angin semacam'. Sementara itu rata-rata penyokong Pakatan Rakyat mengambil pendekatan serdahana dan lunak bagi mengelakkan berlaku ketegangan. Semua pihak harus waspada dan harus berusaha mengelakkan berlaku pertempuran sehingga boleh memungkinkan polis bertidak keras. Satu perkara yang hendak didedahkan disini dua hari lepas ada laporan dari pihak tertentu mengarahkan media-massa agar memberi laporan tentang tindakan kasar pihak PKR.

Untuk bahan haluan mata para pembaca blog Merah Tinta saya telah mencuplikan beberapa foto dari twitter Adun Hulu Klang, Saari Sungip. Saari nampaknya awal-awal lagi sudah berada di Kajang untuk membantu Dr Wan Azizah.

Dari laporan awal menerusi facebook, twitter dan juga portal, menggambarkan tentangan dari kedua belah pihak sengit. Rasa selesa di pihak PKR sebelum ini mungkin berubah apabila saat penentuan telah tiba.

Apakah ramalan sesetengah pihak yang memberi kedudukan selesa kepada Wan Azizah hingga memperolehi majoriti hingga 7,000 menjadi kenyataan?

Sehingga ketika ini saya masih belum mahu memberi kredit tinggi kepada PKR, sehinggalah menjelang jam 12:00 tengah hari apabila peratus keluar mengundi diketahui. SPR akan mengumumkan peratus keluar mengundi dari masa ke sesama. [wm.kl.10:35 am 23/03/14]

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas <b>di Batu Caves</b> - Kosmo

Posted: 10 Jan 2014 09:16 AM PST

Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas di Batu Caves

Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas di Batu Caves

11/01/2014 1:09am

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat jenis Cessna dipercayai terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves, di sini lewat petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 5.15 petang, kata Penolong Kanan Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi Selangor Kardi Mohsin kepada Bernama di sini malam ini.

Bagaimanapun menurut Kardi, pihak bomba hanya dimaklumkan oleh DCA mengenai kejadian itu pada 11.15 malam tadi.

Kami telah menghantar sepasukan anggota dan pegawai untuk meninjau di kawasan terbabit namun setakat 12 tengah malam ini kami tidak menemui apa-apa,katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyambung operasi mengesan pesawat terbabit pada esok pagi.

Sementara itu DCA tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut. - Bernama

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Mari Belajar Teknik Analisis Harga Emas <b>di Petaling Jaya</b>, Sabtu 26 <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2014 05:37 AM PDT

Ditulis pada 21 March 2014 – 8:37 pm | by syukor |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan semua pembaca blog saya sihat, ceria dan bahagia selalu.

syukor_shufaad

Untuk pengetahuan anda, sekarang ini saya dan sahabat saya Shufaad amat aktif mendidik peminat emas dengan ilmu analisis teknikal harga emas.

Ilmu ini membolehkan anda mengetahui strategi membeli dan menjual emas fizikal berpandukan kemahiran analisis teknikal.

Jadi, jika anda peminat pelaburan emas, kehadiran anda ke seminar ini mampu melonjakkan ilmu pelaburan emas anda ke tahap yang lebih tinggi. InshaAllah.

Jaminan dari saya dan Shufaad.

Saya memberikan jaminan peribadi bahawa ilmu ini amatlah menarik untuk dipelajari dan mudah diikuti.

Selepas mempelajari ilmu ini, anda boleh menggunakannya terus sebagai strategi membeli dan menjual emas.

Ribuan peserta telah menyertai seminar ini. Anda bila lagi?

Saya dan Shufaad telah menganjurkan seminar ini sejak tahun 2010 lagi.

Dengan kata lain, kami sudah mempunyai 4 tahun pengalaman membimbing mereka yang berminat mempelajari teknik-teknik pelaburan emas yang betul.

Selain itu, kami memberikan jaminan seperti berikut:

jaminan_wang

Kami jamin anda akan pandai membuat analisis teknikal harga emas.

Kami jamin anda akan tahu strategi membeli dan menjual emas.

Jika anda tidak pandai ilmu analisis teknikal harga emas selepas seminar ini maka kami akan memulangkan 100% wang anda tanpa soalan.

Ya, itulah janji kami. Kami mahu anda semua pandai ilmu pelaburan emas.

Tiada risiko di pihak anda.

Asalkan anda mahu belajar, kami sedia membantu.

Bila lagi seminar ini akan diadakan?

Untuk pengetahuan anda, kami baru lepas mengadakan seminar ini di Petaling Jaya, Sabah dan Ipoh.

Kini tiba giliran Petaling Jaya semula. Anda boleh sertai seminar ini.

Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Tarikh: 26/4/2014 (Sabtu)
Tempat: Malaysian Institute of Management, Tingkat 11, tower 1, Jaya33 Sdn Bhd, 3 Jalan Semangat, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
Lokasi peta: http://bit.ly/mimjaya33
Jam: start 9.00 pagi – 5.30 petang.
Perhubungan:
1. Shufaad  hp/whatsapp: 012-9965946 (bermula 21/3/2014 -1/4/2014)
2. Syukor Hashim sms/whatsapp 013-2126999 (bermula 2/4/2014 – 25/4/2014)
Yuran Penyertaan: RM250 seorang
Status tempat: 40 seat, Masih available.

Peta lokasi Jaya 33

 jaya33

jaya33

Gambar: Bangunan Jaya33

Apakah topik yang akan diajar semasa seminar ini?

Seminar ini akan mengajar anda mengenai 2 topik penting di dalam pelaburan emas.

Topik pertama: Pelaburan emas di malaysia, Bagaimanakah cara memaksimakan keuntungan anda?

a. Kenapa anda perlu membuat pelaburan emas?
b. Jenis-jenis pelaburan emas yang terdapat di Malaysia
c. Bagaimana cara membuat pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat?
d. Apakah soalan-soalan yang perlu ditanya sebelum membuat pelaburan emas.
e. Bagaimanakah cara memaksimakan keuntungan di dalam pelaburan emas.

Topik kedua: Analisis Teknikal harga Emas.

a. Pengenalan kepada analisis teknikal.
b. Pengenalan kepada MetaTrader4 sebagai tool analisis teknikal.
c. Cara untuk untuk Download dan setup program MetaTrader 4
d. Mencipta akaun demo
e. Bereksperimen dengan tools, menu dan ikon
f. Pengenalan kepada bar dan line chart
g. Mengenalpasti paras Support dan Resistance berdasarkan:

i.Historical price:
ii. Psycho level
iii.Fibonacci retracement

i. Menggunakan RSI sebagai petunjuk momentum.

art2
Gambar: Support dan resistance untuk gold

Menggunakan MetaTrader sebagai panduan.
a. Menggunakan Meta Trader sebagai panduan untuk membeli dan menjual emas fizikal pada harga terbaik.
b.  Bagaimana mendapatkan harga terbaik untuk membeli emas.
c. Bagaimana mendapatkan harga terbaik menjual emas fizikal.
d. Kaedah mudah mengira potensi keuntungan belian dan jualan emas anda.

Tips mengira keuntungan pelaburan emas fizikal.

 

Bagi pelabur emas Public Gold, Shufaad akan berkongsi dengan anda kaedah mengira untung rugi menggunakan teknik ART.

Amat berguna jika anda nak buat keuntungan dengan emas yang spreadnya rendah seperti 250 gram dan 500 gram.

Teknik ART membantu anda mengenalpasti harga terbaik untuk membeli emas fizikal Public Gold.

Anda boleh mengira potensi keuntungan emas anda pada beberapa level resistance.

Calculator ART – akan diberikan secara percuma pada peserta seminar.

Lihat gambar di bawah.

 

Gambar-gambar di sepanjang seminar pelaburan emas dan analisis teknikal harga emas yang lalu.

seminar_analisis_teknikal
Gambar: Seminar pelaburan emas dan analisis teknikal 5/10/2013 di KL.

seminar_analisis_teknikal2
Gambar: Peserta seminar di Cititel Midvalley KL 5/10/2013.

Seminar di Kota Kinabalu Sabah 9/2/2014

teknikal_sabah

Seminar di Malaysia Institut of Management 15/2/2014

photo 2

Seminar di Ipoh, Perak 15/3/2014

ipoh teknikal

Maklumbalas peserta.

Selepas seminar ini, kami mengedarkan borang maklumbalas bagi mendapatkan respon peserta.

Ini adalah sebahagian dari respon yang diberikan peserta selepas seminar:

Soalan: Adakah seminar ini membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik?

Ini jawapan mereka:

1. Zawiyah Osman (zawiyahosman(@)gmail.com)
"Sudah tentu. Menyedarkan dan membuka mata kepada bagaimana dan bila masa untuk menjual dan membeli emas"

2. Mohamad Fadillah (mohdfadillah(@)gmail.com)
"Ya. Memahami graf, fundamental analysis. Understanding technical skills"

3. Faziah @ azie (faza341(2)yahoo.com)
"Ya. Untuk saya yang baru bermula, pembelajaran hari ini sebagai satu permulaan"

4. Abdul Hadi b. Ismail (hadiismail278(@)yahoo.com)
"Ya, sebab pengisiannya tepat seperti mana yang telah ditetapkan melalui objektif program"

5. Mohd Rashid bin Omar (goldenterritory24k(@)gmail.com)
"Ya. Kerana di seminar ini saya diajar tentang cara melabur yang betul"

6. Mohammad Effendy b. Illias (fendy_cang(@)yahoo.com.my)
"Sangat membantu saya kerana memberi ilmu emas yang baru. Mendidik/buka minda saya"

7. Nurul Yaqin Yaacob (qisya_qisrina(@)yahoo.com)
"Ya, sangat membantu untuk saya yang baru memulakan langkah dalam pelaburan emas. Penyampaian yang jelas dan padat"

8. Mohd Ridhwan bin Illias (ridhwan916(@)gmail.com)
"Memang sangat membantu saya dalam segi teknikal analisis emas. Membantu saya dalam menggunakan MT4″

9. Mohamed Helmi bin Mansor (mohamed_helmi84(@)yahoo.com)
"Ya, kerana ilmu analisis teknikal amat penting dalam pelaburan emas"

10. Hasril Hassan (arilputra(@)gmail.com)
"Ya, sebab analisis teknikal pasaran emas merupakan senjata utama dalam memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas"

11. Aishah bt. Daud (intura_mahligai(@)yahoo.com)
"Ya, sangat membantu sebab penjelasan pembelajaran setiap topik amat jelas"

12. Rosida bt. Hussin (rosidahussin(2)gmail.com)
"Ya. Saya pelajari asas sebelum memulakan pelaburan, cara memaksimumkan keuntungan sebenar"

13. Nur Hafizah bt. Ahmad (nur_hafizah05(2)yahoo.com)
"Ya. Ilmu yang saya dapat teras untuk pelaburan emas. Apabila mempelajari analisis tentang emas lebih banyak yang dapat kami tahu bila masa sesuai untuk membeli dan menjual emas"

14. Abdul Hadi bin Abdul Rahman (hadi.rahman54(@)yahoo.com)
"Ya, kerana mengajar saya masa yang sesuai untuk menjual dan membeli emas"

15. Kamarul Azhar bin Arifin (arul5682(@)hotmail.com)
"Alhamdulillah, yesss!!! Boleh nampak perjalanan market dengan lebih mudah faham"

Testimoni peserta (video) En. Mohd Zulkifli.

Testimoni peserta (video) En. Kamarul Azhar.

Testimoni peserta (video) En. Aryzz Rizahan


 Bagaimana cara menyertai seminar ini?

1. Mula-mula sekali, sila berhubung dengan En. Shufaad atau saya untuk mengetahui status kekosongan tempat
2. Jika ada kekosongan, anda bank-in RM250 kedalam akaun maybank : 554110105387 Candlestick consulting
3. E-mailkan bukti pembayaran kepada shufaad@gmail.com
4. Itu sahaja.

Nota persediaan sebelum seminar.

Setiap peserta diminta untuk download dan baca Nota Persediaan Sebelum Seminar, kemudian anda boleh download dan install perisian MetaTrader 4 ke dalam notebook/laptop anda.

Download nota anda disini (klik )

nota_persediaan

Apakah peralatan yang perlu dibawa ke seminar ini?

1. First sekali anda perlu membawa notebook + tetikus

notebook_dan_mouse

2. Extension cord
powercord
3. Broadband sendiri (jika ada) Kalau takde pun tak apa.

broadband

Baiklah, itu sahaja update kali ini.

Jumpa anda di seminar! Mari kita sama-sama jadi bijak emas!

Terima kasih!

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2014 01:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 01:28 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 01:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 01:10 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Arada ImpressWorks: Pembinaan Gazebo <b>di Pandamaran</b>

Posted: 26 Oct 2013 12:00 AM PDT

Kerja membina Gazebo di Pandamaran. Tuan rumah hanya meminta kami membuat yang 'simple' tidak terlalu berukir.. Inilah hasilnya tetapi belum siap sepenuhnya..

Galeri gambar kerja kayu boleh lawati : Kerja Kayu atau Kemasan Kayu
 
 

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Sulaman Lace Heaven: Fogging <b>di Kelana Jaya</b> cegah DENGGI

Posted: 11 Feb 2014 03:01 AM PST

Assalam semua dan selamat petang.
Sedang syok minum ayaq hangat, tetiba dengar bising-bising diluar.
Ohh rupanya staff dari Jabatan Kesihatan sedang melakukan FOGGING.
(Sudah hampIr 3 minggu cuaca panas terik. Hujan pun dah lama tak turun.
Jom kita pakat solat hajat moga dikurniakan hujan rahmat dariNYA)
Waktu Maghrib memang waktu Nyamuk keluar berjogging, so kurangkan aktiviti dikala senja ye.
Mari lah kita berwaspada dan mencegah daripada dijangkiti penyakit demam denggi yang sangat digeruni.



'Fogging' iaitu semburan asap macam kita sembur ridsect tu tapi semburan fogging pula dilakukan apabila sesebuah lokaliti itu terdapat kes demam denggi.
Tujuan semburan fogging dilakukan adalah untuk memutuskan rangkaian penyakit  demam denggi dengan membunuh nyamuk – nyamuk dewasa yang mungkin terdapat virus denggi didalam badannya.
 (Semburan fogging juga dilakukan ditempat yang tiada kes sekiranya kepadatan nyamuk dikawasan tersebut sangat tinggi.)
Tempat nyamuk aedes membiak pula ialah:· Dalam kolah bilik mandi.
· Dalam tempayan.
· Pada pengalas pasu bunga.
· Di dalam tangki septik.
· Peti sejuk yang menempatkan bekas tadahan air.
· Di dalam tayar buruk.
· Tong atau deram berisi air.
· Di dalam tempurung, buluh, botol dan apa-apa yang boleh menyimpan air.
· Di dalam tempurung kelapa yang terbelah.
· Di atas genting rumah.
· Di dalam buluh yang terbelah.

Cara mengelakkan demam denggi:
1. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan racun penyembur serangga di rumah.
2. Semburan kabus (fogging) untuk semburan kabus yang berkesan. Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus di dalam rumah.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas menyimpan air tiga bulan sekali. (satu sudu = 10 gram untuk 20 gelen air) 
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
5. Salin air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu dan cuci serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semula semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, tempurung kelapa, kulit buah koko dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
9. Pastikan tayar-tayar buruk atau tak terpakai tidak menakung air.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


jomosama.com: Program Koyoworld <b>di Sabak Bernam</b>, Selangor

Posted: 26 Feb 2014 05:59 PM PST

Kuala Lumpur, 27 Februari 2014: Koyoworld Malaysia akan mengadakan program promosi di Sabak Bernam, Selangor pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 28 Februari 2014

Masa  : 9.00 Malam

Venue : Dewan BNO, Sabak Bernam

Anda, saudara mara, sahabat dan prospek dijemput hadir dengan hormatnya ke program Koyoworld tersebut. Hadiah misteri menanti kehadiran anda...


12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: SAR mesyuarat terakhir <b>di Sepang</b> sebelum pindah

Posted: 23 Mar 2014 12:02 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

Pihak berkuasa Malaysia yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, mengadakan mesyuarat terakhir di Hotel Sama-Sama hari ini sebelum berpindah ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Pusat media di hotel berkenaan juga dipindahkan ke PWTC memandangkan hotel itu mempunyai komitmen tempahan daripada pihak yang terlibat dalam perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu depan.

Mesyuarat hari ini dihadiri oleh wakil daripada pihak berkaitan termasuk MAS, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan serta Angkatan Tentera Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika ditanya mengenai perkembangan terkini semasa meninggalkan bilik mesyuarat itu pada pukul 11 pagi, hanya berkata: "Tunggu kenyataan yang akan dikeluarkan nanti".

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac. Pesawat dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara yang memasuki hari ke-16 hari ini masih gagal memberi petunjuk sahih tentang nasib mereka yang menaiki pesawat itu.

Usaha mengesan pesawat dilakukan di Laut China Selatan sebelum diperluas sehingga ke sebahagian besar perairan di barat Semenanjung Malaysia termasuk Lautan Hindi, apabila ada penemuan menunjukkan pesawat mengubah haluan selepas sistem komunikasinya dimatikan secara sengaja oleh pihak tertentu di dalam pesawat tersebut dan pesawat terbang selama tujuh jam selepas itu.

Pencarian kemudian ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Laporan terkini memetik Perdana Menteri Australia Tony Abbott sebagai berkata beberapa serpihan kecil termasuk sekeping palet kayu, dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian di selatan Lautan Hindi.

Abbot dilapor berkata masih terlalu awal untuk mengesahkan kaitan penemuan itu dengan penerbangan MH370.- Bernama

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Sekolah <b>di Kuala Langat</b> diarah tutup kerana jerebu

Posted: 13 Mar 2014 09:46 PM PDT

Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) mengarahkan semua 71 sekolah di daerah Kuala Langat supaya ditutup hari ini berikutan jerebu, selain 131 sekolah di daerah Klang.

Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim, berkata sekolah boleh ditutup sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat.

Bacaan IPU di Pelabuhan Klang di dalam daerah Klang ialah 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam, tetapi meningkat kepada paras berbahaya 352 setakat 7 pagi tadi.

Manakala IPU di Banting di daerah Kuala Langat ialah 189 (sangat tidak sihat) semalam dan meningkat kepada 316 (berbahaya) hari ini.

Mahmud berkata, semasa arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan hari ini, pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair.

"Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup sekolah," katanya. - Bernama, 14 Mac, 2014.

ads