Isnin, 4 Mac 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Penipuan Besar-Besaran Umno Dan SPR <b>Di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 11:30 PM PST




KUALA LUMPUR: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan.

Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.

Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.
Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.

Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.

Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.

Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan.
Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti.

Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.

Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka.

Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.

Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.

Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dan diedarkan kepada Adun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sidang Dewan Negeri Selangor berakhir.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Suasana Majlis PM <b>Di Ampang</b>....Lautan <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 11:00 PM PST

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Hadirmu Satu Kurnia...: <b>Tanjung Karang</b>- Kawan Kahwin

Posted: 14 Nov 2012 12:07 AM PST

Ahad baru2 ni sebelum cuti Deepavali kita sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan kawan umi di Tanjung Karang. Dah lama umi tak hala kesana...dulu selalu lah sbb kerja di sana sekolah di sana eheheheh...so dikesempatan yg ada umi ajak abah pergi hadir ke majlis perkahwinan kawan umi tu. Tapi x sempat snap pun gbr kawan umi bersanding ...maklumlah bz hehehe ntah apa yg bz ku pun x tau...so sblm balik menikmati keindahan sawah padi yg hampir nak masak dah.
Si kecik sorg ni sangat susah nak bergambar...mahal benor kekdahnya kalau amik gbr dia. Panggil lah 10x pun hehehe

Kakak plak mmg suka bergambar pantangggg


3 beranak...nak amik gbr berempat ssh skit...takkan nak panggil org2 kat situ semata nak bergambar hahaha...hilang akal apa...org sibuk nak g makan2 ko sibuk nak panggil suh amikkan gbr

Ni umi dan anak2 kesayangan...umi dah gumuks weyyyy uuuwaaaa...nak turunkan sangap...nak naikkan sekelip mata je

Kemain kakak ty padi tu apa

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Cendol Borhan...sedapppp laksa dia pun walaaahhhh
Dulu beliau penerima asnaf zakat tau..now bisnesman u

Last skali gbr kakak. Balik tu penatnya singgah plak umah MIL jengah dia....balik dr shah alam plak singgah lagi TESCO phewww penat makkk

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Aedi Rizwan: Pendaftaran BR1M 2.0 <b>di</b> Econsave <b>Batang Kali</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 05:08 PM PST

Aedi Rizwan: Pendaftaran BR1M 2.0 di Econsave Batang Kali Anjuran Bersama Majlis Belia Hulu Selangor dan Belia Bestari

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Nisasufi: KAMI <b>DI</b> AROMA IKAN BAKAR <b>JERAM</b>

Posted: 13 Feb 2013 07:48 PM PST

Assalamualaikum :)
Masih terbayang-bayang kesedapan ikan siakap tiga rasa..,sotong goreng tepung..,ketam bercili...,kerang bakar...yang tak boleh tahan tu pari bakar..peh terbaik la..
Entry ni nak bagi En Tunang terbayang2 dengan ikan pari bakar tu..hehehe...

Hari selasa lepas kami dah plan nak makan besar kat Aroma Ikan Bakar di Jeram..So kami gerak dari Subang pukul 4.00ptg..sampai sana lebih kurang pukul 5.00 ptg..Kata En Tunang restoran ni bukak pukul 4.00ptg..masa kami sampai pun masih tak ramai orang.. Sampai sana terus cari meja yang sesuai..orang tak ramai lagi so boleh pilih la nak duduk mana2..ada tempat yang berbayar...ada yang tak kena bayar..so pilihan kami betul depan laut..memang x jauh dari laut..lebih kurang 10kaki jalan dah jumpa laut..nampak tak gambar kat atas tu..dekat kan ngan laut..hehehe

Dah book meja..apa lagi cepat-cepat la pi menjala..hehehe..Rezeki kami xde hari tu..dah berangan dalam kereta nak makan kupang..tapi kupang dah habis plak..So ni la hasil tangkapan kami

Ni yang tak boleh tahan kan papa kan....=D
Kerang rebus..tinggal cengkerang je..hehehe..habis bedal dulu sebelum tunggu lauk lain masak...
Lepas makan kami jalan2 tepi laut tu..Tu untungnya datang petang2..baru leh dapat lihat pemadangan laut..makan plak mengadap laut..peh..syok oooo...=D
                                                          Eh??? Sape ni??hehehe =D
Mr S @ Mr Suffian @ En Tunang...hehehe..Buat pertama kalinya gambarnya dalam blog NisaSufi ni..Sebelum apa2 dah minta izin dulu..=D..tapi kali ni mau plak En Tunang ni bergambar..hehehe.."Hensem bila pakai spec tu"

Ni port yang kami pilih untuk makan tadi

Nak duduk makan sini kena charge RM20

Semalam En Tunang request nak repeat lagi hujung bulan ni..hehehe..
InsyaAllah ada rezeki kita boleh pergi lagi :)


12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang: Pesta Ponggal <b>di Bukit Lanjan</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:06 AM PST

YB Sivarasa turut hadir bersama di Pesta Ponggal yang dianjurkan oleh Pejabat ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong  baru-baru ini. Program juga turut dihadiri pimpinan PKR Cabang Subang bersama ahli Majlis Kawasan.



12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Program Qiam #1 <b>di</b> Kg <b>Jenjarom</b> | As-Syakirin Institute of Quranic <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 06:57 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Assalamualaikum, pada 20 dan 21 Januari 2012 yang lepas, pihak ASIQS telah berjaya mengendalikan program Qiam sulungnya di Kampung Jenjarom, Selangor. Program ini disertai oleh 26 orang pelajar ASIQS beserta 5 ...

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Parti Sosialis Malaysia <b>Semenyih</b>: Pelancaran Manifesto PSM - PRU <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 06:30 PM PST

Hari ini, PSM Semenyih telah mengadakan program pelancaran Manifesto PSM sempena PRU 13. PSM telah mencalonkan Sdr. Arul sebagai calon untuk bertanding di PRU-13. Sdr. Arul telah bertanding di PRU-12, tetapi telah kalah kepada calon BN dengan perbezaan seribu undi. Walaupun kalah, kerja-kerja membantu rakyat tetap diteruskan di kawasan Semenyih.
Sdr. Sivarajan, Bendahari Kehormat PSM telah hadir bersama. Beliau telah menerangkan mengenai kandungan manifesto PSM kepada para hadirin. Terdapat enam isu utama dalam manifesto PSM iaitu:
  • Jaminan Kerja dan Gaji Munasabah
  • Pemeliharaan Alam Sekitar
  • Sistem Pendidikan dan Kesihatan Awam yang Percuma dan Berkualiti
  • Pilihanrya Kerajaan Tempatan  
  • Pengangkutan Awam yang Murah dab Berkesan
  • Perumahan Tetap dan Selesa

Ini diikuti oleh penerangan Sdr. Arul berhubung Manifesto Semenyih, iaitu isu-isu yang akan diperjuangkan oleh PSM di peringkat Semenyih. Sdr. Arul memaklumkan bahawa terdapat tiga cabaran atau isu utama di Semenyih iaitu Masalah kesesakan lalulintas di Semenyih, Masalah Pencemaran Sungai dan Bau serta Masalah Banjir Kilat. 
Sdr. Arul turut menjelaskan 11 langkah yang akan diambil untuk mencari penyelesaian bagi isu-isu ini. Antaranya adalah :
  • Melobi untuk sistem MRT dari Kajang melalui Semenyih dan Beranang serta pembukaan Jalan dari Rinching Hilir ke LEKAS;
  • Mengatasi masalah hakisan di Sg. Semenyih serta pembinaan Parit sepanjang jalan Semenyih- Beranang dan mencari penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah banjir di Broga
  • Mencari penyelesaian untuk isu konflik kilang RDF serta mengambil langkah serius terhadap isu pencemaran sungai;
  • Memastikan tanah simpanan orang asli digazet;
  • Memastikan perumahan alternatif tetap untuk pekerja ladang;
  • Mewujudkan satu jawatankuasa yang demokratik di peringkat kampung yang dipilih penduduk tempatan untuk mengendali isu infrastruktur serta isu kampung tanpa sebarang rasuah;
  • Mendesak Majlis kerajaan tempatan ambilhalih Pangsapuri kos rendah untuk mengutip satu cukai serta mengambil alih kerja penyelenggaran;
  • Memberi kuasa untuk JK penduduk taman untuk memantau secara terus kerja-kerja yang dibuat kontraktor sampah serta memberi dana kepada JK untuk menyelenggara taman-taman permainan;
  • Meningkatkan Infrastruktur awam di Semenyih;
  • Menjadikan Semenyih sebagai kawasan Hijau dengan melebihkan penanaman pokok serta memelihara semua hutan lipur; dan
  • Mengadakan pilihanraya majlis Tempatan, Taman dan Kampung.
 Ini diikuti dengan sidang akhbar.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


RM8 juta bagi pembinaan SRA <b>Balakong</b> dan Selangor Selepas 4 <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 12:39 AM PST

Episod 96

Sinopsis:

Serdang merupakan sebuah pekan di daerah Petaling Jaya dan terletak berdekatan dengan Balakong dan Seri Kembangan. Sekolah Rendah Agama Rakyat di Taman Tun Perak merupakan sekolah terbesar di Selangor yang telah beroperasi sejak 2012 . Kerajaan membelanjakan sekurang-kurang RM 8 juta untuk membina sekolah ini.

Tetamu :
1.Encik Alex Neo (Pegawai Khas DUN Balakong)
2. Hj Shamsuddin Sa'ari

Pendapat Anda

Pendapat

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Kelas Jahitan Beg <b>di</b> PKW, <b>Ijok</b> - iNtAn&#39;Z hAnDmAdE sHoP

Posted: 03 Mar 2013 05:14 PM PST





Alhamdulillah, hari yang dinanti-nanti dengan penuh debaran akhirnya selesai dengan lancar. Buat pertama kalinya saya dijemput untuk menjadi tenaga pengajar jemputan di Pusat Komuniti Wanita, DUN Ijok. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Asiah kerana sudi memberikan saya peluang berharga dan sangat bermakna ni.

Pada hari tersebut, saya diberikan tugas untuk berkongsi ilmu tentang jahitan beg. Jadi, saya memilih Curvy Clutch sebagai pattern pilihan. Kelas yang dijalankan bersama 30 peserta dari pelbagai peringkat umur itu berjalan dengan cukup cemerlang. Semua peserta menunjukkan kerjasama dan prestasi yang sangat baik. Saya rasa cukup lega, kerana mereka semua dapat memahami nota dan arahan yang saya berikan.

Maklumlah, saya ni bukan cikgu. Bukan ahli dalam bidang jahitan. Memang pada awalnya semasa sesi memperkenalkan diri, saya dah war-warkan yang saya bukan seorang yang pakar dalam jahitan. Saya cuma ingin berkongsikan ilmu dan teknik menjahit mengikut pemahaman saya.

Ianya menjadi satu pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Terima kasih kepada semuanya. Terima kasih kepada suami kerana mengizinkan saya untuk bergerak selangkah lagi ke hadapan dalam bidang yang saya minati.

Untuk melihat dengan lebih banyak lagi gambar, bolehlah ke page FB saya di Kelas Menjahit Bersama Intan Zulhilmi


LIKE! LIKE! LIKE!


LIKE MY PAGE!

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Persandingan Wandy & Azie <b>di Petaling Jaya</b>. - Perkhidmatan PA <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 12:16 AM PST



Ahad, 03hb Februari 2013, Kami dijemput untuk membekalkan pengacara majlis dan pa system bagi Persandingan Noreswandy & Nurul Hazliyana di Dewan Serbaguna SS21/12, Petaling Jaya.

Ahad, 3 Mac 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Tanah <b>di Bukit Raja</b> Diambil Untuk Kepentingan Awam, Bukan <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 02:47 AM PST

BANGI, 6 JAN : Tanah 200 ekar yang diambil di Bukit Raja oleh Kerajaan Selangor adalah untuk kepentingan awam, iaitu untuk membina kem tentera, dan adalah tidak adil jika ia digunakan untuk tujuan komersial.

Oleh itu, Kerajaan Selangor tetap dengan berpendirian bahawa sebarang pembangunan komersial di tanah tersebut tidak akan diluluskan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor mengambil tanah tersebut daripada pemilik estet untuk diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan awam.

"Kerajaan Negeri membuat surat mengambil alihan tanah itu. Surat pengambilan tanah ini adalah untuk kegunaan awam. Dalam surat itu kita sebut tentang penggunaannya.

"Jadi apabila kita beli tanah daripada tuan tanah, ia dijual mengikut kegunaan awam.

"Tetapi apabila ia ingin digunakan bagi tujuan komersial, tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Lawatan Tapak di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sungai Tangkas, di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk mendengar sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, namun menyarankan agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan apa yang telah dirancang.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memutuskan agar tidak membenarkan sebarang pembangunan komersial di atas tanah tersebut yang diambil pada tahun 1980-an untuk pembinaan kem tentera 8 Briged.

Sebelum ini dilaporkan bahawa status dan kegunaan tanah seluas 200 ekar di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang itu muncul di dalam skandal yang membabitkan syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan saudagar karpet Deepak Jaikishan.

Minggu lepas, akhbar Selangorkini melaporkan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual tanah tersebut kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad.

Boustead adalah unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menyimpan caruman dari potongan gaji anggota tentera.

Syarikat yang berusaha untuk menjual tanah tersebut adalah Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Akan tetapi, Kerajaan PR Selangor mempertikaikan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Semua Kaum Rasai Peruntukkan ADUN <b>Teluk Datuk</b>

Posted: 03 Mar 2013 04:38 AM PST

KUALA LANGAT, 3 MAC : Penduduk Melayu, Cina dan India di kawasan Teluk Datuk di sini telah menikmati peruntukan sebanyak RM 500 ribu setahun yang diagihkan secara adil dan saksama oleh Adun mereka sepanjang lima tahun perkhidmatannya.

Setiap tahun kata Adun Teluk Datuk, Philip Tan Choon Swee, beliau membelanjakan RM 100 ribu untuk setiap komuniti di kawasannya. Pebelanjaan itu melibatkan projek memperbaiki rumah dan sumbangan ke rumah ibadat komuniti India dan Cina.

Manakala RM 200 ribu dibelanjakan dalam aktiviti yang melibatkan semua kaum seperti sumbangan ke PIBG dan membeli peralatan murid. Jumlah ini juga digunakan untuk memperbaiki infrastruktur seperti jalan raya dan parit.

Philip memberi penjelasan tersebut sebagai respons kepada bekas Ketua Komuniti India Teluk Datuk, John Paramasivam Veerasamy yang menuduhnya tidak menggunakan peruntukan ADUN untuk kaum India di kawasannya.

"Saya ada 'figure-figure' tunjukkan apa yang dia kata saya 'racist'.

"Selain daripada saya menjaga kaum Cina, saya juga jaga India dan kaum Melayu, saya bukan cakap sahaja," tegasnya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut Philip, peruntukan RM 100 ribu pada tahun lalu digunakan untuk membaikpulih 20 buah rumah dan surau di empat kampung Melayu tradisional.

"Lebih 20 rumah sudah siap dan ada tujuh rumah lagi yang saya beri bahan dan mereka buat sendiri," katanya lagi.

Manakala majoriti peruntukkan RM 100 ribu untuk kaum India dan Cina disumbangkan ke rumah ibadat dan majlis perayaan kaum-kaum tersebut.

Baru-baru ini, John Paramasivam bersama-sama Kumarayah Ponnayah dan Saravanan Kaliannan telah mengadakan sidang media pada 27 Februari lalu dan menuduh Philip tidak menjaga komuniti India dan Melayu dan hanya mementingkan komuniti Cina sahaja.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kaum India Teluk Datuk, Muniandy Manirasu, berkata Philip sentiasa prihatin terhadap rakyat di kawasannya dan menafikan dakwaan bahawa kaum India di kawasan itu dianaktirikan.

"YB telah membelanjakan ratusan ribu sejak lima tahun ini untuk kaum India dan tuduhan yang dibuat oleh John Paramasivam adalah sangat tidak berasas," katanya ketika ditemui.

Ahli Majlis Zon 19 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Yap Lai Keng, pula menyatakan Philip seorang Adun yang bertanggungjawab kerana sentiasa turut serta dalam setiap program yang dianjurkannya.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


repot kad arutchelvan, calon psm <b>di semenyih</b>, di <b>...</b> - PSM KAJANG

Posted: 26 Feb 2013 05:03 AM PST

Dalam sidang akhbar yang di adakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Semenyih hari ini, rekod kerja dan pencapaian Saudara Arutchelvan di Semenyih sejak 2008 khususnya telah dibentangkan. Tujuan adalah untuk rakyat Semenyih membuat pilihan sama ada Saudara Arutchelvan layak menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurut pengerusi sidang akhbar hari ini Saudara Simon, Pusat Khidmat di Bandar Rinching Seksyen 5 telah di mulakan sebulan selepas pilihanraya 2008 bulan March seperti yang telah dijanji oleh calon semasa kempen pilihanraya tahun 2008. Saudara Arutchelvan kalah tipis kepada calon Barisan Nasional, En. Johan Bin Abdul Aziz dengan perbezaan undi 1,140, di mana peratus pengundian adalah 81.3% dengan jumlah pemilih pendaftar 28,203.

Pusat Khidmat di Bandar Rinching di buka 3 hari dalam seminggu dan lebih daripada 500 aduan diterima meliputi kes pekerjaan, rumahtangga, kes polis, isu kebajikan, rumah dilelong, persekolahan, isu geran kuil, isu perumahan pekerja-pekerja ladang, isu Along dan sebagainya.

Demokrasi dari Bawah – S. Arutchelvan

Picture1Seorang aktivis dan pejuang rakyat sejak 25 tahun lalu telah mempelajari dari pengalaman bahawa kewibaan politik adalah satu-satunya 'tool' untuk menyelesaikan masalah asas rakyat seperti isu perumahan peneroka bandar dan pekerja ladang, penindasan di tempat kerja, salahguna kuasa oleh pemerintah dan kaum kapitalis serta sistem pemerintahan yang anti-rakyat. Inilah juga pandangan parti (PSM) terutamanya selepas pilihanraya tahun 1998 apabila kebanyakan calon pemerintah dan pembangkang enggan mahu tandatangan akur janji yang di tuntut oleh masyarakat peneroka bandar dan ladang. Maka, Saudara Arutchelvan  telah bersetuju dengan kehendak Parti (PSM) untuk bertanding dalam  pilihanraya tahun 2008 dengan logo PKR kerana Kementeriaan Dalam Negeri menafikan hak PSM untuk mendaftarkan parti sejak permohonannya pada April 1998 sehinggalah selepas pilihanraya 2008.OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apabila Saudara Arutchelvan dilantik sebagai ahli Majlis Zon 18 di Semenyih (sejak 2008), satu pejabat di buka dipekan Semenyih. Ia dibuka setiap hari untuk memberi khidmat kepada penduduk dari kawasan Taman Sri Tanjung, Kg. Broga, Bdr. Rinching Seksy 1-5, Taman Pelangi, Taman Tasek Semenyih dan Taman Manikavasagam tetapi tindakan-tindakan juga diambil jika aduan diterima dari penduduk Zon lain. Saudara Arutchelvan, seorang aktivis percaya 'empowerment' atau proses memperkasakan rakyat itu amat penting kerana ahli-ahli politik BN sudah membiasakan rakyat dengan budaya 'handouts', budaya mengagung-agungkan pemimpin, budaya mengharapkan orang dan budaya perkauman.

Picture6Maka, dalam kerja-kerja di kawasannya, beliau telah menekankan demokrasi dari bawah. Majlis Perundingan Rakyat @ MPR dan Mesyuarat Perwakilan Penduduk @ MPP adalah satu pencapaian penting dalam masa 5 tahun ini. Di semua kawasan baru yang dimasuki oleh team Saudara Arul, MPR di uruskan di mana penduduk setempat hadir dan mengutarakan isu-isu di kawasan masing-masing. Tindakan lanjutan kepada aduan-aduan yang di bawa akan dibincang dalam MPP yang di adakan setiap bulan dan di hadiri oleh setiap wakil penduduk Taman/Pangsapuri Kos Rendah/Kampung/Ladang.

 Picture4

Rugi, jika Arul tidak dipilih!

Encik Kamal Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan Encik Subramaniam, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kaum India Bandar Rinching berkata semasa sidang akhbar hari ini bahawa hanya selepas saudara Arutchelvan menjadi Ahli Majlis, mereka telah di jemput untuk menghadiri mesyuarat dan menyedari apakah peranan seorang ahli Majlis kerana sebelum ini di bawah BN, tidak pernah dipanggil untuk mesyuarat. Menurut Encik Kamal lagi, 3 tahun mereka menghadapi masalah air teruk di Bandar Rinching, hanya selepas Saudara Arul menjadi ahli Majlis, langkah-langkah diambil untuk menyelesaikan masalah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERASemua wakil penduduk yang hadir ke sidang akhbar hari ini iaitu Puan Low Yoke Thin – AJK JKK Broga, Encik Halim selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan En. Francis dari Ladang Denudin telah berkata bahawa saudara Arutchelvan adalah seorang yang sederhana, mudah didekati, turun padang dan seorang aktivis yang tidak kira masa atau bangsa untuk berjumpa rakyat, bekerja keras dan seorang pemimpin yang turut memperjuangkan isu-isu nasional dan antarabangsa. "Rugilah kepada rakyat, jika calon sebegini tidak dipilih untuk bertanding di Semenyih".

Picture7

Antara pencapaian beliau yang telah direpot hari ini ialah:

  1. Perintis dalam Perjuangan Akta Gaji Minima untuk warga pekerja sejak 10 tahun lalu kini sekurang-kurang RM900 telah dijadikan sebagai Akta Gaji Minima;
  2. Setiausaha pertama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), 2001 dan telah banyak menyumbang untuk  menggerakan kempen ini yang  kini telah di mansuhkan;
  3. PSM penggerak utama kempen anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sejak 6 tahun lalu dan di peringkat Semenyih saudara Arul telah meneruskan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang GST.
  4. Forum rumah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih yang diusahakan oleh Saudara Arutchelvan telah menghasilkan 2 kejayaan – Kerajaan Negeri Selangor setuju untuk kurangnya cukai taksiran sebanyak 25% dan MPKj setuju mengambilalih pembersihan longkang dan pemotongan rumput.
  5. Pada 24/4/ 2010 – 159 orang penduduk Kg Broga telah mendapat Geran Tanah untuk 99 tahun
  6. Masalah geran tanah di Kg. Bharu serta pembayaran premium yang berlarutan telah ditangani
  7. Penduduk Taman Sri Tanjung mendapat Sijil CF yang dinantikan lebih 20 tahun
  8. Telah membantu mendapatkan geran tanah Kuil Subramaniam
  9. Kg. Sireh telah bertukar status ke Taman dan kini mendapat perkhidmatan MPKj
  10. Pelbagai Kemudahan asas telah disediakan serta dibaikpulih, antaranya di Taman Manikavasagam, Broga, Taman Pelangi, Kg. Baru, Vista Perdana, Flats Bangi Jaya dan Bandar Rinching.
  11. Telah membantu dalam perjuangan penduduk Ladang Sg. Rinching selama 14 tahun yang kini berjaya mendapat rumah kos rendah
  12. Telah membantu perjuangan penduduk Ladang Denudin untuk mendapatkan rumah teres percuma baru-baru ini.
  13. Perjuangan penduduk Ladang Bangi yang bermula 10 tahun lalu masih dalam proses rundingan dan saudara Arul memainkan peranan utama.
  14. Penduduk diperkasakan dengan Banner Pemantauan yang memberi maklumat tentang MPKj, kontraktor dan ahli majlis

 Picture5

Semenyih sudah menjadi Semi-Urban

Menjawab soalan pihak media, saudara Arutchelvan berkata, Semenyih bukan lagi semi-pendalaman seperti mana dikenali pada tahun 2008, kini lebih banyak 'township' dan kawasan-kawasan perumahan baru telah muncul, kini Semenyih adalah semi-urban. Oleh itu isu-isu kritikal di Semenyih yang memerlukan perancangan dan kerjasama pelbagai pihak ialah (i) masalah kesesakan jalanraya & masalah tiada bus lalu di beberapa kawasan (ii) isu pembuangan dan memproses sampah (iii) pencemaran Sg. Langat dan isu-isu alam sekitar yang lain (iv) tempat pemberhentian bas – bus stesen yang di bina di zaman BN tidak digunakan kerana kedudukannya tidak strategic (v) isu perumahan penduduk Ladang dan (vi) isu pangsapuri kos rendah seperti masalah penyelenggaran, cukai, kebersihan dan pemilikan.

Setiausaha Agung PSM – S. Arutchelvan

Sebagai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, saudara S. Arutchelvan juga memainkan perananpenting dalam menggerakkan parti selama lebih 14 tahun ini. Sebagai pemimpin, penglibatan beliau dalam Gerakan Bersih, anti-Lynas, gerakan anti penswastaan hospital awam, kempen membantah sistem kontrak buruh, kempen pilihanraya majlis tempatan dan sebagainya tidak terhingga.  Perjuangan-perjuangan ini pasti akan berterusan sehingga ia membawa kejayaan kepada rakyat.

Dalam sidang akhbar juga diumumkan bahawa seperti yang dilakukan setiap tahun sejak 2008, calon PSM di Semenyih, S. Arutchelvan akan membuat deklarasi harta dan pelancaran manifesto PSM di peringkat Semenyih dalam masa terdekat.

Picture2

Saudara Arul – pilihan pengundi?

Jumlah pengundi di DUN Semenyih telah meningkat ke 39,607 dan di katakan 50% pengundi baru berusia kurang 30 tahun. PSM yakin jika peningkatan ini adalah 'genuine' maka kebarangkalian untuk pembangkang menang di DUN Semenyih adalah lebih cerah.  Harapan PSM ialah penduduk Semenyih akan sama-sama menentang budaya rasuah, politik kaum, budaya 'handouts' dan berani untuk membawa perubahan.

PSM percaya pengundi-pengundi Semenyih lebih celik dan pasti akan memilih calon yang berwibawa, bersih dan menjaga kepentingan rakyat seperti saudara Arutchelvan.

Picture8

oleh,
Letchimi Devi
News Desk PSM Semenyih

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Program SPIES Bantu Pembangunan <b>Negeri Selangor</b>

Posted: 19 Feb 2013 11:12 PM PST

SHAH ALAM 20 FEB: Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang dimulakan sejak lima tahun lalu berjaya melatih 101,239 rakyat di negeri ini melalui 1,252 program yang dijalankan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program SPIES ini memberi sumbangan terhadap pembangunan di negeri ini kerana pelaburan di negeri Selangor meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini.

Menurut beliau, Selangor menduduki tangga pertama dengan sumbangan tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor dengan menyumbang sebanyak 23 peratus.

"Saya sangat berterima-kasih dalam lima tahun penglibatan saudara-saudara semua, apa yang berlaku, Selangor membangun lebih bertambah dalam lima tahun ini.

"SPIES mengajar kita memberikan sumbangan dan sumbangan saudara adalah sebahagian daripada kejayaan kita," katanya selepas merasmikan perlancaran Pembudayaan SPIES Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Program pembangunan modal insan ini dilaksanakan mengikut beberapa kategori seperti SPIES Remaja, SPIES Belia, SPIES Siswa, SPIES Penjawat Awam, SPIES Warga Pendidik, SPIES Kepimpinan Masyarakat, SPIES Keluarga, dan SPIES Profesional.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, modul program ini dibentuk bersandarkan kepada falsafah SPIES yang dibangunkan oleh ahli akademik, ahli agamawan, dan perunding berpengalaman dalam bidang pendidikan.

"Modul SPIES menggunakan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam dan modul ini menekankan nilai universal dan prinsip universal," katanya dihadapan 700 duta SPIES dalam pelbagai bidang.

Katanya, program SPIES ini diharap akan menjadi satu model pembangunan insan bagi seluruh rakyat di negeri ini dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri yang aman, sejahtera dan berkebajikan.

Pendapat Anda

Pendapat

Belantan: Bubar DUN <b>Negeri Selangor</b> : Regim Pakatan <b>di</b> Selangor <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2013 05:23 AM PST



Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas di Selangor semakin terdesak dan tergugat setelah melihat kebangkitan suara rakyat di negeri itu yang menggambarkan 'realiti politik' yang sebenar menjelang pilihan raya umum.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, pakatan itu kini cuba menggunakan strategi politik bersifat 'syok sendiri' terhadap BN di negeri itu setelah ketandusan isu untuk meneruskan serangan dan agenda politik mereka.

''Pakatan di Selangor semakin tidak tenteram. Mereka tahu situasi kebangkitan semula BN di Selangor,'' katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendakwa hasil kajian menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Selangor semakin meningkat.

Menurut Mohd. Zin, segala tindakan dan gerak kerja politik BN di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang sebenarnya merisaukan kerajaan pakatan di negeri itu.

''Kebangkitan suara rakyat di Selangor turut menyebabkan pembangkang menggunakan psikologi politik yang terbaharu hasil kajian untuk menyedapkan hati mereka.

"Kami juga melakukan beberapa siri kajian tersendiri yang begitu spesifik yang menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat dan mampu merampas kembali negeri itu,'' katanya.


Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor berkata, kajian BN Selangor juga berdasarkan pandangan pengundi dari seluruh negeri itu termasuk generasi muda.

Menurut Mohd. Zin, segala hasil kajian tersebut merupakan susulan daripada beberapa pendekatan BN untuk menangani permasalahan rakyat di Selangor secara tersusun dan sistematik.

''Malah kami juga telah bersemuka dengan rakyat Selangor dan mengakui kesilapan yang lepas dan telah berjanji serta bertekad untuk bangkit dengan semangat baru", katanya.

Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada Pusat Khidmat BN Selangor (Pakar) serta pasukan pemantau BN, jelas sekali menunjukkan isu air, sampah serta kelemahan sistem penyampaian di negeri Selangor semakin merisaukan.

Malangnya, kerajaan negeri sering menggunakan alasan remeh-temeh di media massa untuk meneruskan agenda politik mereka tanpa mendahulukan kepentingan, kehendak dan keinginan rakyat.

Suara Politik
Belantan

ads