Selasa, 19 Mac 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


BeLLa is Biela: Sepetang <b>di Shah Alam</b>..=P

Posted: 24 Feb 2013 06:04 AM PST

Assalamualaikum ya viewers & followers...
aku sadis tgk blog aku ni bakal ditinggalkan bersawang x lama lagi...
memandangkan cuti sem hampir tamat x lama je ag....
bermakna aku da start semester baru yg aku sndiri pon xtaw la masa aku terhadap blog ni ade lagi x...
disebabkan aku cam belek2 gambar baru2 ni...
aku cam nak gak update new entry tp event ni da blaku jumaat lepas ag..
so aku cam rase perlu disemadikan kot lam blog kesayangan aku ni..hihi
nama ni kwn aku yg kasi...sbb aku kata aku nak update blog nnt aku nak buat title apa ea??
so disebabkan die da kasi idea...
Okayh , actually Jumaat baru2 ni aku n kwn aku merangkap kwn2 praktikal aku planning nak jmpe kat shah alam...
memandang kan cuti sem pon da nak tamat..
so, one of my friend si Afrah ni ngajak la aku teman p melawat kwsn Shah Alam utk berjalan2 sambel merambangkan mata masing2 kat Seksyen 7...
Area Seksyen 7 sgtlah byk butik2 bloggers2 terkenal yg turut buat online shopping kat internet..
so, nak bg puas hati dak Afrah...aku pon mst la nak join pegi kann
"wanita dan shopping x dpat dipisahkan"
 So, alang2 tu org yg layak di ajak slain tu adalah Jiha sbb die kan bdk Uitm Shah Alam...
so, dia lah jd tourist guide kwsn shah alam...
aku n afrah mmg la x bape familiar jalan area sana..
Tgh ari camtu aku n af da smpai Shah Alam..
so , kitorg janji meet jiha kat Giant Shah Alam, n then naik 1 kete je..hihi..
actually si Afrah pon x taw exact place butik2 tu...
so kitorg decide utk redah je jalan area situ...
bley kata lebih 10 butik ktorg pegiii....
mmg sgtt sgt sgt rambang mataaa...
okey...mmg aku belek baju2 sini design, colour sgt byk choices utk wanita,...
tp most of them adalah free sizes 
so, utk org yg berbadan besar n tggi cam aku ni xbyk la bleyh dipilih...
Bila berkenan, pendek lah..pastu bila yg panjang n labuh x berkenan design dia plak..
aku kalau leyh nak cari gak yg labuh bwh bontot but nice....=)
n the most important x jarang, mstlah berlengan pnjg n menepati la ciri2 perempuan muslimah...
senang cite menutup aurat gitew..
Dulu mayb aku x bape titik beratkan sume ni...tp aku rasa...makin meningkat dewasa...n makin memahami Islam itu mudah dan Indah...
cube utk berubah kpd yg lebih baik...
Tp aku puas sgt dpt la jgk cuci mata n berjaya menahan nafsu membeli aku...
okayh...ni la gelagat aku n mereka kat butik2 ni...
STELLAR, CALA QISYAMAN, ape lagi tah lupe...
siyesly design butik ni comel2 n unik...
so xkan la nak lepaskn pluang kann..hahaha
tgk...troly dijadikan kerusi....so unikk...i loikee...
how comeyl we are kan??ahhaha..ops background tu comeyl...=P
aku yg x shopping ni xkan melepaskn pluang nye memenuhkan gmbar dlm hp org...=P
(sorry jiha n afrah...keh keh keh)

gelagat aku, jiha n afrah...
selesai jgk berwindow shopping ...

 dlm kul 2 tu da slesai actually..so before pegi lunch...
ktorg teringat yg one of lelaki "terpoyo dunia" si Nizar ade kat Shah Alam..
so contact punye contact...
ajak la lunch same2... n die pon setuju ikot lepas ktorg solat kat surau kat Shah Alam tu...
So utk lunch ni aku rase terharu sbb one of them blanje...=P
(cannot mention here..sorry..muahahah)
kat mane lunch?nak lunch apa?teringin nak mkn apa??
once again soalan niii sgt stress utk aku yg xreti buat decision...hahaha
makan selera besar tp nak buat kputusan utk tu mmg paling loserr...
rezeki saya agii...saya di belanja diii...
againn...my first time makan kat Kenny...
ape tah nama menu ni...aku lupe sbb dorg yg orderkan..
okayhh..how feel we are menikmati cup cakes Kenny ni..ahaha
(actually pose cam ni aku yg suh dorg buat..kene paksa okehhh)
makan sambil citekan masa depan n xlupa membahan aku yg paling byk membebel..
naseb la sape jadi my bakal hubby nnt kann..
tp jgn risau...aku cube berubah actually...
so, kalau aku senyap skeyt2 tu maknanya aku sedang kawal nafsu bercakap...
lagi byk ckp kite x taw yg kite mane la taw kite ckp something yg leyh tambhkan dosa kan..
Lepas mkn n jalan2 kejap pastu balik la before ofis hour...
xsangka sgt dpt jmpe dorg walopon da tamat praktikal...
ni lah Ukhuwah yg sgt aku sygg sgt...
Aku di pertemukan dgn kwn2 terhebat n terbaik di dunia...
Mereka lah yg slalu bg aku happy..
berkongsi kesah suka dan duka...
dgr cerita2 aku yg sentiasa pnjang berjela walopon xminat..
Hanya yg mampu bertahan je leyh kwn ngan aku,..ahah
thanks melayan kerenah diri ini....
tata...nnt kan entry baru...
(bajet org ternanti2 la entry blog kau???)

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Ibu Tunggal Pula Terima Program Jom Shopping E-bu Tunggal <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 09:04 PM PST

Alam Jaya, 2 Mac : Tema yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, 226551_442455552497464_1702124423_niaitu "Hasil Negeri Untuk Rakyat", bukan hanya tema kosong semata-mata tetapi telah dibuktikan dengan pelbagai program yang dapat dirasai sendiri oleh rakyat di negeri Selangor, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Jika sebelum ini rakyat di Negeri Selangor telah diperkenalkan dengan pelbagai program melalui Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk Universiti, pemberian 20 meter padu air secara percuma, Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Jom Shopping dan Jom Shopping Bonus dan sebagainya, adalah merupakan satu bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor memang berhasrat untuk membantu rakyat di negeri ini, kata Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang itu lagi.577398_442456379164048_1794867240_n

Program berkenaan tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan katanya, kali ini pihak Kerajaan sekali lagi telah menganjurkan program Jom Shopping bagi Ibu Tunggal yang berusia 59 tahun kebawah bagi membantu mereka mengurangkan beban yang sedang ditanggung oleh mereka, akibat daripada kematian suami ataupun berpisah dengan bekas suami masing-masing.

Sama sebagaimana program-program Jom Shopping yang diperkenalkan sebelum ini, program Jom Shopping E-bu Tunggal, peserta yang menyertai program ini diberikan baucer sebanyak RM100 untuk membeli-belah di pasaraya-pasaraya terpilih, manakala para pesertanya adalah dikalangan Ibu Tunggal yang 479757_442459162497103_927167688_nberusia 59 tahun kebawah, katanya.

Untuk Jom Shopping SMUE pesertanya adalah dikalangan warga emas samaada lelaki ataupun wanita yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar melalui SMUE. Manakala Jom Shopping Bonus pula adalah khususkan bagi anak-anak kelahiran Selangor yang telah didaftarkan melalui Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), katanya lagi.

Bagi DUN Sungai Burong, ini adalah merupakan kali pertama program ini diadakan dan telah membawa seramai 100 orang ibu tunggal bagi menyertai program pada kali ini. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, dapat membantu mereka menyara anak-anak yang mereka tanggung selama ini, katanya lagi.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Pengalaman Bersama Little Caliphs <b>Bandar Sunway</b> | Selamat <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 08:52 AM PST

Syukur, diberi peluang untuk membantu sepasang usahawan. Suami dan isteri yang mengusahakan Tadika Islam berjenama Little Caliphs di Bandar Sunway. Nama khususnya ialah Tadika Khalifah Mentari berlokasi di Bandar Sunway.

Sangat hampir dengan Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon. Saya rasa kalau jalan kaki tak sampai 10 minit pun. (^_^)

Ini merupakan kali kedua saya dapat bantu pihak Little Caliphs.

Pertama di Little Caliphs  Lavender Heights… milik kepada Puan Norafidah

http://www.facebook.com/pages/Little-Caliphs-Lavender-Heights/130678760339714?fref=ts

kedua di Little Caliphs Bandar Sunway milik kepada Tuan Abdul Razak dan Puan Sharifah

http://www.facebook.com/littlecaliphs.bandarsunway?fref=ts

Di Little Caliphs Lavender Heights saya diminta untuk menjadi pengacara majlis dan sekaligus berkongsi sedikit motivasi keibubapaan serta bernasyid.

Di Little Caliphs Bandar Sunway pula saya dijemput untuk menjadi pengacara majlis.

Syukur, saya dapat bantu menjayakan majlis ini bersama mereka.

Saya agak kagum dengan pasangan suami isteri yang mengusahakan Little Caliphs Bandar Sunway ini. Dimaklumkan mereka berdua sudah berhenti bekerja sepenuh masa dari tempat kerja lama mereka dan kini mengusahakan tadika ini sepenuh masa.

Bukan mudah untuk bergantung pada perniagaan sendiri secara tiba-tiba. Namun saya percaya mereka tentu sudah mempunyai perancangan yang tersendiri. Saya doakan mereka akan berjaya memartabatkan Tadika Islam di arena Bandar Sunway sekaligus menjadi usahawan yang sukses !!!

Salam kejayaan buat Little Caliphs Bandar Sunway dan Little Caliphs Lavender Heights.

Bersama Tuan Haji Roslan Nordin, CEO Little Caliphs Program. Selepas  selesai majlis. Beliau menghampiri saya dan berbisik "Bagus… professional done!!"

Pengasas & CEO Little Caliphs Program, Puan Hajah Sabariah Faridah.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Sambutan Ponggal Dan Sukanika <b>Di Kajang</b> Utama ~ YB Dr Shafie <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 04:08 PM PST

Kajang Utama, 22 Rabiul Awwal 1434 = 03 Februari 2013 (Ahad):
Padang Permainan yang mempunyai Padang Futsal di Kajang Utama yang diguna sejak akhir tahun 2012 yang lepas pertama kali dihadiri begitu ramai penduduk memenuhi kawasan padang permainan. Ini ialah kerana pada hari ini diadakan Sambutan Ponggal yang dihadiri bukan saja masyarakat India, tetapi juga berbagai-bagai kaum. Turut sama hadir ialah Adun Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar, Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Tuan Haji Azhar Pengerusi Gabungan NGO-NGO yang juga Pengerusi Surau Al-Muhajirin , Kajang Utama, Tuan Haji Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga, saudara Abu Bakar, AJK, Pemimpin NGO-NGO dan penduduk-penduduk yang berjumlah 1200 orang.
Dalam Majlis ini Tuan Haji Azhar selaku Pngerusi NGO-NGO berucap mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, khususnya Adun Bangi dan Y.B Teo Nie Ching yang menaja sambutan. Menurutnya, ``Kita pada hari ini mengadakan sambutan Ponggal, tetapi kita juga pada hari ini mengadakan berbagai-bagai kegiatan sukan, bagi menarik semua golongan lapisan masyarakat menyertai sambutan.``
Y.B. Teo dalam ucapannya menyebut, hari yang cerah dan cemerlang menggembirakan sambutan. Kita menyambut semua perayaan kaum seperti Hari Raya Eidul Fitri, Tahun Baru Cina dan pada hari ini sambutan Ponggal. Katanya lagi, ``Saya dapati sambutan hari ini cukup meriah dan dihadiri begitu ramai orang. Kejayaan sambutan ini saya dapat tahu kerana mendapat kerjasama NGO-NGO. Terima kasih kepada semua.`` Tetapi Y.B. Teo merasa sedih orang Kajang Utama terpaksa membuat U-turn keluar masuk sejak bertahun-tahun. Kita tunjuk perasaan akhir tahun 2012 menuntut janji yang dibuat akhir tahun 2004 lepas menuntut agar dibuat terowong atau flyover sebagaimana dibuat janji oleh Samy Vellu Menteri Kerjaraya pada masa itu. Lepas kita tunjuk perasaan baru-baru ini Menteri Kerjaraya baru buat janji mau buat, tapi janji sudah banyak kali, bolehkah kita percaya ?`` tanya Y. B. Teo.
Adun Bangi yang berucap untuk perasmian mengucap selamat menyambut Ponggal dan juga selamat menyambut Maulidur Rasul dan juga selamat menyambut Tahun Baru Cina. Kita sambut semua. Kita sambut dan akan mengadakan sambutan khas sebagaimana kita sambut Perayaan Ponggal pada hari ini. Adun juga mengucap tahniah kepada AJK dan NGO-NGO yang memberi kerjasama yang baik bagi perayaan hari ini. Menurut Adun, ``Saya difahamkan ada 15 acara sukan yang dijalankan pada hari ini dari pagi hingga jam 1.00 tengahari. Banyak hadiah yang disediakan. Harap peserta-peserta akan bermain dan bertanding atas semangat kesukanan dan mengekalkan perasaan mesra dan muhibbah. Adun juga menyebut, kerajaan Persekutuan buat janji mau bina terowong atau flyover bagi penduduk Kajang Utama, tapi janji tidak ditepati, tapi Kerajaan Selangor sedang membina jalan dari Jalan Reko ke Pekan Bangi. Untuk Fasa pertama dari Jalan Reko ke Belok ke jambatan Teras Jernang sedang dalam pembinaan. Banyak jalan-jalan di Taman Perumahan dan di kampung telah diturap dan dibaiki. Kini Skuad Baiki jalan kerajaan negeri sedang berusaha membaiki jalan berlubang dan rosak. Sukan berterusan berjalan sejak sebelum dirasmikan pembukaan dan selepas perasmian.
Antara acara-acara sukan yang berlangsung ialah pertandingan futsal, tarik tali, kerusi berirama, isi air dalam botol, mewarna, masak Ponggal, timbang blok, pancing botol, jalan atas batu dan berbagai pertandingan lagi. Pertandingan melibatkan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan permainan khusus bagi setiap kategori umur.
Antara keputusan pertandingan:
  1. Bukit Mewan
  2. Apartment Sutera
  3. Rukun Tetangga
  4. Surau Muhajirin
  5. Pasukan Citra
  1. Ole FC
  2. Serang FC
  3. Persuka B
  4. Rukun Tetangga
  1. Kasturi
  2. Josophine
  3. Madam Lee Hoong Moi
  1. Surau
  2. Sutera
  3. Citra
  1. Citra (Johan Keseluruhan)
  2. Surau
  3. Pasukan Seksyen 1 dan 2
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun Bangi (Y.B. Teo minta diri lebih awal ada program tempat lain.
Sambutan adalah meriah dan berjaya. Terima kasih kepada semua.

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Foto: 272 Anak Tangga <b>di Batu Caves</b> | JiwaKL - Info dan Aktiviti <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 04:34 PM PST

batu_caves

Hari ini, penganut agama hindu di seluruh dunia menyambut Hari Thaipusam. Di Malaysia, perayaan ini disambut di beberapa tempat, termasuk di Batu Caves.

Untuk membayar nazar dan menebus dosa, ramai yang akan membawa kavadi dan menaiki 272 anak tangga ke kuil Kuil Sri Subramaniyar di Batu Caves.

Foto oleh: McKay Savage
Kamera: Canon PowerShot S5 IS.

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Ngeri! Mayat Tanpa Tangan, Leher Hampir Putus Ditemui <b>Di Rawang</b>

Posted: 09 Mar 2013 07:16 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


Suara Sri Andalas: Menyampaikan Sumbangan Kerusi Roda <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 01:15 AM PST

Pada 16 Februari 2013, YB Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan bantuan sumbangan kerusi roda kepada Puan Parimala yang merupakan seorang ibu tunggal untuk kegunaan anak perempuannya yang berusia tiga tahun yang tidak dapat berjalan sejak dilahirkan.
Bantuan kerusi roda tersebut telah disampaikan di rumah mereka yang terletak di pandamaran.




12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


[PANAS] Psy <b>di Sepang</b>, Tidak Timbul Pula Isu Nyawanya Diancam <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 08:17 AM PDT

Isnin, 18 Mac 2013 " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Psy Sabtu lalu telah mengadakan persembahan di Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur.

Bukankah Psy dilaporkan oleh media perdana diancam oleh pihak tertentu sewaktu menjayakan rumah terbuka BN?

Hahahaha

Dalam konsert itu, superstar Korea itu turut mengumumkan bahawa dia tidak akan menyanyikan lagu 'berhantunya', Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan selepas ini.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert FMFA2013. 

"Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri di hadapan anda semua.

"Saya juga sudah tidak merasakan diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan rasminya mengumumkan bahawa persembahan Gangnam Style ini adalah yang terakhir, di sini, di Kuala Lumpur!

"Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan single terbaharu saya yang akan diedarkan pada 13 April ini", kata PSY seperti dipetik portal MD. -DCM

Bagaimana timbul cerita keselamatan Psy terancam? Tonton video di sini.

detikSport : Tak Lagi Catat Waktu Tercepat <b>di</b> Tes <b>Sepang</b>, Pedrosa <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 09:03 AM PST

Sepang - Untuk kali pertama dalam tes pramusim MotoGP 2013 di Sepang, Dani Pedrosa tidak mencatatkan waktu tercepat. Tetapi ia tetap mengaku puas.

Tes di Sepang yang saat ini sudah memasuki hari kedua adalah bagian dari tes periode kedua di Sepang. Sebelumnya, pada periode pertama yang berjalan 5-7 Februari, Pedrosa senantiasa tampil sebagai pebalap tercepat.

Pada tes periode kedua di Sepang, pebalap Repsol Honda itu juga mengawali tes hari pertama, Selasa (26/2/2013), sebagai yang tercepat. Namun, pada hari kedua, Rabu (27/2), ia digeser oleh rival beratnya dari Yamaha, Jorge Lorenzo.

Pun demikian, Pedrosa yang hari ini lebih banyak berkonsentrasi ke pemetaan mesin dan pengujian fork dan shock pada motornya, tetap mengaku puas.

"Aku puas. Hari ini kami menjalani banyak lap, termasuk menguji shock dan fork depan Ohlins. Hari ini juga amat panas. Tapi ini tes yang cukup menarik," kata Pedrosa di Crash.

"Tidak semua berjalan positif, tapi kami mendapatkan sejumlah informasi berguna. Ketika Anda menghabiskan sedemikian banyak waktu di lintasan yang sama, itu bagus karena Anda bisa membandingkan sejumlah perubahan."

"Aku semakin mengenal dan belajar lebih banyak tentang motor ini. Bukan perubahan besar, tapi sejumlah hal berbeda... Pada saat ini aku merasa lebih yakin ketimbang tahun lalu," bebernya.

( krs / rin )

Tetap update informasi di manapun dengan http://m.detik.com dari browser ponsel anda!


12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


NOOR FATIN: SEBULAN <b>DI SUBANG JAYA</b>. EH

Posted: 13 Jan 2013 01:36 AM PST

wowowowow apa khabar semua pembaca? masih ingat aku? kahkah aku sebenarnya kan dah terlupa aku ada blog sebenarnya. hahahahhahaha. dah lebih sebulan aku tak update gara-gara kekangan masa, kepenatan, keletihan, ketiadaan mood dan sebagainya...
sebulan sudahh aku berada di subang! ya Allah kejap sangat aku rasa, korang rasa kejap ke lama? wkwkwkwkw masa mula-mula datang sini abah cakap ' hang rasa 3bulan tu macam 3 tahun tapi sebenarnya 3 bulan tu macam 3 hari ja.' ada betoi ka? ;p
selama sebulan ni, so far, alhamdulillah, everything is okay. semuanya berjalan dengan lancar. bersyukur pada Allah. setiap pagi tak henti berdoa semoga Allah permudahkan urusan selama berada di sini, belum campur doa kedua ibu bapa lagi.. sebab tu terasa kejapnya berada di sini.
10 disember 2012 aku telah memulakan latihan industri di salah sebuah kilang di subang. aku ditempatkan di bahagian production dan jawatan aku mestilah trainee. ai ai ai takkan manager ye dak? kakakaka..
setakat ni ok je praktikal kat sini. kawan-kawan pun best. staff2 kat sini pun okay.rakan2 nepal pun okay. err. tak da masalah lagi dengan persekitaran, kengkawan, pekerjaan dan sebagainya di sini. alhamdulillah. 
begitu juga dengan tempat tinggal. aku menyewa dengan sebuah keluarga yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri di sini. tak jauh la dari tempat kerja aku. aku pergi kerja dengan rakan sekerja jugak. kalau jalan kaki tu tak de la jauh mana pun tapi agak letih la dan ditambah dengan anjing yang banyak. kakakaka..
kemanisan yang aku rasai, aku tak pernah rasa terpinggir samada di tempat kerja atau di rumah walaupun aku ni baru je datang sini. kui kui kui
ada beberapa keping gambar ingin aku kongsikan kepada pembaca yang mungkin tidak menjadi rakan aku di facebook. 100+ gambar sudah ku kongsikan di facebook dan kalau anda tersenarai di friendlist saya, anda boleh tengok! ekekeke
di sebelah kanan anda, bahagian logistik.
di sebelah kiri anda, production office. naik tangga dulu na :P
*sebahagian kecil kawasan kilang, nak tengok keseluruhan mai la lawat :P *

permandangan dari rumah aku, tingkat 10. gayattt makkkkkkkkkkk~
bawah tu ada swimming pool dan aku belum penah mandi di situ. isk isk :P

(fazlan, fatin, balqis, iceq) 
(taman tasik perdana, 2012)
1st time jumpa balqis! sedangkan kitorang kenal dari tahun 2008 lagi! hahaha! akhirnya jumpa jugak kitorang. ekekke

berbaju ungu, aizam. jeng jeng.
minggu tersebut 14, 15 dan 16 hb, di mana aku bersama kengkawan yang tersayang. 14hb malam, lepak kat seksyen dua makan nasi lemak dengan aizam, nana, iceq dan fazlan. buat pertama kalinya bersua muka dengan fazlan dan aizam. 
seterusnya keesokan harinya, 15hb, pergi makan meatball kat ikea! dengan iceq, balqis, fazlan, aizam dan zaffran. 

ni diaaa meatball. sedappp. hangpa kena terai ni! ngeh ngeh
lepas tu aku, iceq, balqis, aizam dan fazlan bergerak ke taman tasik perdana. untuk photoshoot. eh eh. saja jalan-jalan amik angin petang. dan seterusnya kami bergerak ke sunway pyramid untuk menikmati sushi king! buat pertama kali aku rasa. kahkah. not bad. belum kena dengan selera aku. ekekekek
malam tu.. makan lagi!! kat burger bakar abang burn, shah alam. kali ni zaffran, syaira, yul dan wan jugak turut serta! aum!
balikkk dan bermalam di rumah iceq bersama balqis dan keesokan lagi, selepas makan terus pulang ke rumah ;p
18hb disember birthday mama, aku kirimkan jambangan cupcake dan bunga dari kejauhan. maaf tak dapat bersama. sob sob *kesat air mata*
19hb disember, company lunch. sesi bertukar hadiah. aku dapat hadiah tupperware. tak tau dari siapa. misteri sungguh. wkwkwkw
22hb dan 23hb, habiskan masa bersama syazwani. pertama kali berjumpa. perkenalan kami tidak disangka. persahabatan tiada noktahnya. hehe.
22hb, jalan2 kat times square, shopping!!, makan kenny rogers, secret recipe dan dan sushi king! tu dia. makan ka apa ni. wawawawa
23hb, disertai oleh fazlan, bercanda di summit, makan + karok bersama. wehuu. thank you wani! wkwkwkwkw

aku akhiri tahun 2012 dengan berdating bersama housematesssss masa kat tati dulu. haha! menumpang kasih di rumah dayah, najwa dan farhana di selayang, aku, hana dan sarah bermalam di sana. menghabiskan masa bersama. auwww rindu sangat kat korang. walau baru sebulan berpisah, rindu tak payah nak cakap la kan =(
6 bulan bagi korang sangat lama, bagi aku sangat singkat, 6 bulan tapi rapatnya kita lebih dari adik beradik! sayang korang!!
 tahun baru 2013. menyambutnya di RNR dengkil, minum kopi bersama nana, syaira dan iceq. sampai ke pagi. hewhew menyambut kepulangan iceq dari sarawak dan seterusnya malam tu aku bermalam di puncak perdana, teratak indah syaira dan sasa :P aum. hehe 
oh ya, dah 24 dah kitorang. aaaa dah dua puluh empat. lek lek. baru dua puluh empat *sedapkan hati sendiri*
5hb, annual dinner kat rovski!! untunglah kan aku yang tak sampai sebulan berpraktikal ni, dapat join sekali dinner diorang. kehkeh buat kat kilang jeee. meriahh. dan makanan memang sedapp. aku overdose makan kambing ni aku rasa tu pasal demam. wkwkwkwkw



merasa la semua benda baru ye dak. untunglah single sebab duit tak payah abis kat boifren lagi dah. wakakaka
eh lupa, caption. 'im not adele, i dont want to find someone like you' HAHA!!

malam tu bertuah sebab aku menang lucky draw dan hadiahnya berupa jam tangan jenama casio! mak oii. 1st time merasa pakai jam mahal mak oii :P sebelum ni tak penah pun. rezeki rezeki. alhamdulillah~ ;D
6hb yang lalu, aku ke mid valley. bersama iceq. plannya lain, jadinya lain. haha tak apa la, asalkan dapat jugak jumpa kawan sepermainan aku ni, napi namanya. dah 2 tahun berkawan di alam maya, baru berkesempatan bersua muka. kakakaka dibawanya sekali rakan sepermainan nya jua, hazim namanya, kacak dan masih single, sapa nak kenai? wakakak
makan domino's pizza + menonton wayang cz 12 bersama-sama =)
dua2 bukan aku punya. sekian.
*lap air peluh, peh punyalah banyak aku bercerita, tu pun banyak cerita aku skip tau dak =_= *
baru sebulan kat sini, dah 4 buah buku aku beli tapi hakikatnya satu pun aku belum berjaya abiskan. gara-gara kekangan masa. satu hari nanti. satu hari nanti. kumpul dulu. hiks!
minggu ni aku mc 2 hari sebab aku demam. homesick. haha ketika menulis entry ni pun demam aku belum baik! demam rindu kat mama dan abah =(
weekend yang pertama aku tak keluar pergi mana-mana sebab demam punya pasal. kalau tak, asal hujung minggu tak pernah melekat kat rumah. tak patut tak patut. hahaha!
minggu depan pergi seremban, kenduri rumah amin. semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
dan akhir kata dari saya,
2013.. dan masih single.. dan bercita-cita mahu menamatkan 2013 dengan suami. eh.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Ceramah Motivasi Belia <b>di Sabak Bernam</b> (Sesi Petang)

Posted: 24 Feb 2013 08:26 PM PST

24 Februari 2013, Sabak Bernam : Satu Program Ceramah Motivasi Belia telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz, Sabak Bernam. Program Ceramah ini diadakan bersempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khusus buat golongan belia. Program ini telah diselaraskan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam.
Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" di mana beliau berkongsi tips-tips untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan baik di dalam pembelajaran, kerjaya mahupun kehidupan di dunia dan di akhirat. 
Turut hadir sama ke program ini adalah Tuan Nazam Azahari bin Md Yasin, Timbalan Penyelaras DUN Sabak, Cik Nor Farhana Alham, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam, Yang Berusaha Sidang Amini, Pengerusi JKKP Parlimen Sabak Bernam dan Yang Berusaha Sidang Hidayat, Pengerusi JKKP Parit Sembilan Barat.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.


12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Libang Libu: Ramai Bela Polong <b>di Ijok</b>

Posted: 04 Mar 2013 07:12 PM PST

Aku tak tau la apa yg orang dalam gambar di atas ini makan setiap hari.
Sekarang ini telah jelas bahawa di Ijok dan Bestari Jaya,jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk setempat. Tak masuk akal.
Kalau jumlah pengundi bertambah dgn drastik, kita boleh kata orang di Ijok dan Bestari Jaya kuat 'projek' dan 'cret' kat dalam, kan?
Tapi kalau dah terlebih dari jumlah penduduk setempat, maknanya ramai benar polong disana. Kah kah kah!!!
Di bawah ini keratan dari Keadilan Daily.
KUALA LUMPUR 4 MAC: Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk. [artikel penuh]

liq

Isnin, 18 Mac 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Kelekaan kerajaan <b>negeri Selangor</b>,punca banjir <b>di</b> Puchong ? | The <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 02:29 AM PST


banjir selangorBanjir di Puchong merupakan klimaks kegagalan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kata Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin.

"Tahun lepas, di Klang, banjir hampir setiap bulan, di Kajang juga serupa dan sekarang melanda Puchong.

"Jadi masalah banjir ini, pada pandangan saya, disebabkan oleh kerajaan negeri gagal mengurus longkang, parit dan sungai di negeri Selangor,"katanya.

Menurutnya, walaupun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat peruntukan dana MARRIS (Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia) setiap tahun daripada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan jalanraya dan sistem perparitan di negeri itu, namun permasalahan tetap juga tidak dapat diatasi.

"Walaupun Menteri Besar mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, bantuan MARRIS sebanyak RM350 juta satu tahun, tetapi nampaknya mereka tidak menggunakan bantuan kewangan itu untuk menguruskan parit, longkang dan sungai.

"Sebelum ini Menteri Besar ada melancarkan Projek Sungai Selangor, tetapi projek itu tidak dapat dilaksanakan. Saya tak tahu kenapa.

"Saya merasakan banjir di Puchong itu merupakan klimaks kepada siri banjir di negeri Selangor khususnya di Lembah Klang,"katanya lagi. – Anwaraid


12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bandar Baru <b>Salak Tinggi</b> • View topic - Bisnes Apa Sesuai <b>di</b> BBST

Posted: 29 Jun 2010 12:00 AM PDT

Re: Bisnes Apa Sesuai di BBST

Postby me_ina » 21 Oct 2010, 11:01

Salam,
Biz van sekolah (berlesen ) amat2 lah berbaloi jika dibuat di kawasan area kg Salak Tinggi ke sekolah sekitar BBST. Sy perhatikan mmg amat sukar untuk mencari van sekolah yg boleh memberi perkhidmatan sekolah pagi dan petang. Harap ada sesiapa yg ada modal, boleh melaksanakan biz ni.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Papan iklan &#39;Turunkan harga minyak&#39; dipasang <b>di Ampang</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 02:29 AM PST

Papan iklan yang memaparkan salah satu kempen Pakatan Rakyat iaitu 'Turunkan harga minyak' dan sedang dipasang di Ampang.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin, papan iklan seumpama itu merupakan salah satu strategi menjelang Pilihanraya Umum (PRU-13).

"Kita dah arahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen di Selangor untuk menaikkan papan iklan di kawasan mereka secepat mungkin," jelas Sim ketika dihubungi.

Menurut Sim, selepas Ampang, papan iklan akan dipasang di Gombak, Selayang dan seluruh Selangor.

"Ia bertujuan menyampaikan maklumat kepada penduduk apa yang kita akan dan telah lakukan, serta memberitahu program serta perancangan kita," kata Sim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42638

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


MTQ Creations: IFTAR <b>di Jenjarom</b>

Posted: 13 Aug 2011 10:49 PM PDT











Semalam...semua keluarga Hj Sanusi berbuka puasa di Jenjarom.Masing2 bawa potluck dari rumah...mtq bawa kari kepala ikan style mamak...nasib baik tiada menu yang sama...Alhamdullilah kami dapat mengerjakan  solat fardhu dan solat tarawih berjemaah dan secara kebetulan pula semalam adalah ulang tahun perkahwinan tuan rumah...Mohd Hair dan Salmi....semuga Allah melimpahi rahmat dan kebahagian hingga akhir hayat.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


saya nur anis: PAPA Seafood <b>di kapar</b>

Posted: 01 Jan 2013 04:30 PM PST

kalau jalan dari kapar ke kuala selangor tu, ada dua kot kedai makan ni.
kalau dari kuala selangor ke kapar pulak, ada satu.
semua dekat area kapar ke jeram.
mula-mula sampai tu, tengok macam pelik.
tak macam kerabu mangga biasa.
sekali makan, sedap rupanya.
hari tu kitorang makan biasa-biasa aja.
tomyam, telur dadar dengan kailan ikan masin je.
tu yang malas nak ambik gambar tu.
p/s : entri autopost. sebab sekarang ni tengah on the way pergi lapor diri dekat hq felda jalan semarak.
ohhh..nervous takut kena campak ke mana-mana.

ads