Selasa, 16 April 2013

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Life in a Vacuum :-): Santai gediks <b>di</b> Paya Indah Wetlands <b>Dengkil</b> <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2013 02:57 AM PDT

Assalammualaikum dan hi...


Post ni adalah kesinambungan dari post yg terdahulu ( santai di Wetlands Putrajaya). Actually aku sekeluarga bersama akak ipar aku telah bersantai2 di 2 tempat yg best ni . Hari sabtu aku g Wetlands Putrajaya , the next day tu kiteorg ke Wetland dengkil lak.. hahahah ... aktiviti alam semula jadi katenyeee....
So far , kalo ikut feveret aku la .. aku lebih suka  Taman Wetlands Putrajaya, coz bnyk pokok2 dan redup sket ...pastu ade bukit2 sket.. kt Dengkil ni mcm straight je ,, rata ,,, takde bukit2 bagai . kalo tghri mmg terik la .. berteduh dekat pondok kecik yg ade kt situ je la ...

Haruslah kena snap pic ok .. main entrance ye ...siap suh EN. Hubby " bang slow jap .. jap... tgk ketar ni .. yela belakang ade kete ..tapi hasil tak blur .. pro ooo...
Fyi, Paya Indah Wetland ni dikategorikan sebagai kawasan eco-pelancongan di Malaysia. Ia meliputi kawasan seluas 3100 hektar dan terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor. Tapi ikut alamat ia berhampiran dengan Dengkil dan lebih kurang 50KM dr Kuala Lumpur. Pelbagai tarikan dng aktivit lasak yg disediakan kt sini, tempat ni gak sesuai utk dijadikan tapak perkhemahan bagi budak2 sekolah/IPT. Selalunye kalo time musim cuti sekolah mmg penuh la sini .. haaa.. korang jgn ingat tempat ni tak syok cm Sunway Lagoon tu .. walaupun tempat ni tak havoc dan hanya dipenuhi dgn alam semulajadi, ia tetap berjaya menggamit pengunjung yg datang sini ok , termasuk aku  :-)
Antara yg korang leh tgk kt sini, macam Badak air, atau nama glemernye " Blue Hypo".. hahahah .. tp kaler dark grey ok . Buaya.. pelbagai jenis burung air , pastu terdapat lebih kurang 213 spesis burung yg ada kt dalam Paya Indah Wetland ni . Kalo bernasib baik korang dptlah berjumpa spesis no 213 tu .. hehehhehe.

Ok, ape aktivit yg menarik kt sini???? antaranya ::

** Berbasikal .. sewa ye kengkawan .. kalo bawa sendiri pon bagus gak .
** Memancing .. ada tasik .. bukan kt tasik yg buaya dok tinggal tu ye kengkawan.
** Berkayak / paddle boat  ( semestinya di tasik yg selamat ye , bukan tempat boya tu )
** Mini zoo - Buaya / Badak Air 
** dan lain2...( nk tau datangla sini ye)

Actually, aku bawa family ke sini salah satunya nk bagi pendedahan kt anak aku yg semakin hari semakin membesar tu ... umur baru menginjak 3 tahun ye kengkawan... Selain tu , sbb Putrajaya ni da tak tau nk g mana lagi  :-) . Dan yg paling penting masuk adalah PERCUMA ye, pas masuk je pintu utama  korang kena kena kaunter Information kt dalam tu , kena amik PAS pelawat utk diletakkan kt cermin kereta. Pastu baru korang leh pusing sesuka hati kt dalam nunnn...  Wetlands kt Dengkil ni mmglah tersangat luasnye ... jarak antara satu tmepat ke tmepat lain jauh ye .. so , agak2 kalo tknk ketiak tu basah , silalah  jalan dgn kereta /motor atau basikal ye... tapi kalo nk exersice .. lehla berjalan kaki .  oh ya .. basikal disediakan ... untuk disewa.














Tensen aku .. tknklak si hypo ni nk timbul ... konon malu la tu ... tknk publisiti hokeh ...frust la tak dapek nk snap gmbo ...

Gambo yg ni jela smpat aku snap .. letih woo.. cuaca terik .. tanned da aku. Tak smpat nk snap gmba menara diorg . oklah sesapa yg tetibe terasa atau nk ubah angin , silalah dtg sini .. korang tak rugi .. masuk free. Aku dgn baik hati menyediakan alamat dan hipefully korang tak sesat ok .. kalo sesat silalah coll nombor yg ade tu ye .


Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424



12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Calon KEADILAN Selangor diumum <b>di Hulu Kelang</b> 14 April (Ahad <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2013 02:19 AM PDT

hulu kelangKetua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengisytiharkan calon KEADILAN bagi negeri Selangor dalam Ceramah Perdana di Padang Bola AU2, Keramat, Hulu Kelang  bermula jam 9 malam esok.

Turut hadir, Timbalan Presiden, Azmin Ali; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Tan Sri Khalid Ibrahim; Lee Hoy Sian dan Xavier Jayakumar.

Semua dijemput hadir.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50241

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Simply Joy Hussin: WEDDING AIN <b>DI BANGI</b>

Posted: 03 Apr 2013 07:43 PM PDT

Selamat pengantin baru buat Ain dan suami ya.  terima kasih kerana sudi mendptkan khidmat solekan drpd kak joy ni :) hhehehehe.. fun sgt dpt customer yg funny dan sempoi mcm ain... siap makan nasik lemak lagi kat rumah pengantin .... heheh sedap pulak tu hahhaha... mmg terbaik :D  terima kasih juga buat mak ain yg baik sgt..... :)

Jom kita menjamu mata melihat sekeping dua gambar yang sempat  joy snap pada hari tersebut.




Ini semasa nikah. mula mekap jam 8 pagi di rumah ain di bangi.  Majlis nikah akan diadakan pada jam 11 pagi di Masjid Besi, Putrajaya.  So kena la mekap awal supaya tak terkejar2 nanti kan.




Ini pula mekap pada hari kedua, iaitu mekap untuk sanding. Ain mengenakan persalinan biru yang cantik.





Haaaaa ini la buah hati pengarang jantung si Ain si engineer Petronas ni.. heheheh sekali tgk mcm Fahrin Ahmad gitu.. wah bertuah betul Cik Ain ni hehhehe... apa pun kak joy sgt happy dgn korang berdua.. sgt2 sporting dan sempoi - terbaek.

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


kiosk satay grill <b>beranang</b>: sate tanpa arang - yang halal itu fardhu <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 07:57 AM PDT

KALI pertama menikmati sate yang dibeli dari Kiosk Satay Grill, Muhamad Khafrizal Khalid, 17, mengakui dia dan keluarganya menyukai keenakan sate tersebut.
Walaupun saiz sate itu sedikit kecil berbanding sate yang ada di pasaran, namun harganya berpatutan.
Apatah lagi, sate itu hanya menggunakan paha ayam dan daging berkualiti yang menjadikan rasanya enak.
"Sesekali saya membeli sate antara 40 hingga 50 cucuk untuk dibawa pulang makan bersama keluarga. Meskipun ia masih baharu, saya berharap pada masa hadapan, Kiosk Satay Grill mampu berkembang agar ia mudah didapati di tempat lain," kata Khafrizal yang tinggal di Beranang, Selangor.
Anak kedua daripada empat beradik berpendapat, persembahan Kiosk Satay Grill yang menarik berjaya menarik perhatian pelanggan.
Sementara itu, seorang usahawan Kiosk Satay Grill, Akmal Amsyar Azmi, 18, mula berniaga Satay Grill selepas diperkenalkan oleh bapa saudaranya awal Januari tahun ini.
Meskipun baru tiga bulan menjalankan perniagaan, sambutan yang diterima sangat positif. Bahkan, dia juga mempunyai pelanggan tetap.
"Sate ini enak kerana ia tiada kepingan lemak tetapi menggunakan paha atau daging berkualiti,'' katanya memberitahu satu cucuk sate ayam dijual pada harga 70 sen manakala daging pula 80 sen secucuk.
Ketika ditemui baru-baru ini, Akmal Amsyar memberitahu, purata jualan satenya mencecah sehingga 500 cucuk untuk satu malam.
Beliau juga mengakui adakalanya tidak menang tangan kerana permintaan yang tinggi sehinggakan pelanggan terpaksa menunggu.
Dibantu oleh rakan dan adiknya, dia membuka kios itu di pangsapuri Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
"Segelintir pembeli gemar makan di sini, sementara sebahagian yang lain membawa balik ke rumah," katanya yang membuka kiosnya dari pukul 6 petang hingga 11 malam.


AKMAL menunjukkan sate yang dibungkus rapi sebelum diedarkan di seluruh negara.

Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu pada peringkat awal perniagaan mendapat bantuan modal daripada keluarganya.
Akmal mengakui, perniagaan sate itu mudah dikendalikan. Dia percaya sesiapa sahaja boleh berniaga asalkan mempunyai tekad dan keazaman yang tinggi.
Meskipun tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran, namun atas faktor minat dia mencubanya.
"Perniagaan ini mendidik saya menjadi seorang yang sabar dan menghargai kepayahan hidup. Alhamdullilah, semangat dan sokongan keluarga menjadi kekuatan saya," ujarnya yang sedang menunggu tawaran melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Mohd. Admir Apit Apandi, 34, usahawan muda Kiosk Satay Grill bersependapat dengan Akmal. Menurutnya, aspek kebersihan, jumlah modal yang kecil dan gerai yang menarik menjadi faktor dia tertarik menjalankan perniagaan tersebut.
"Saya berani jual kerana pernah menghadiri kursus yang disediakan dan melihat sendiri proses pembuatan sate dari peringkat awal hingga akhir.
"Saya percaya ia akan menjadi satu fenomena baharu di Malaysia seperti burger bakar," ujarnya yang menjalankan perniagaan setiap hari dari pukul 5 petang hingga 11 malam di kawasan perumahan Taman Bukit Subang, Shah Alam.
Admir yang mengusahakan kios tersebut bersama isterinya mengakui, sehingga kini dia tidak menerima rungutan daripada pelanggan.
Menurutnya, permintaan membeli sate meningkat selepas waktu pulang bekerja iaitu sekitar pukul 6 petang.
Teknik pembakaran baharu sate iaitu dengan menggunakan gril menjadikan sate masak sekata dan tidak mempunyai kesan arang.
Menjalankan perniagaan itu sepenuh masa selepas berhenti sebagai pemandu lori, pelanggan Admir terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.
"Kuah kacang memainkan peranan yang penting kerana di situlah ia menjadikan sebab sate digemari oleh orang ramai," kata Admir bahawa resipi kuah itu dipelajari isterinya ketika bekerja di sebuah restoran suatu ketika dahulu.
Jelas Admir, dia memilih untuk berniaga sate kerana ingin meningkatkan taraf hidup.
Kiosk Satay Grill merupakan produk perniagaan terbaharu yang diperkenalkan oleh Ezfas Foods Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat milik bumiputera dan pembekal makanan sejuk beku.
Pendekatan itu diambil atas kesedaran untuk menyemai semangat berniaga. Pada masa sama, syarikat itu menawarkan platform perniagaan tersedia dengan produk halal dan berkualiti terus dari kilang.


KESELURUHAN proses pengilangan sate oleh Syarikat Ezfas Foods dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Sate dijadikan perniagaan kerana ia merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.
Pegawai Penggerak Usahawan Kiosk Satay Grill menjelaskan, Zaiful Lizan, 42, idea itu tercetus hasil daripada pemerhatian konsep perniagaan burger yang berjaya di Malaysia pada masa kini.
"Jika burger berjaya mendapat tempat, mengapa tidak sate sedangkan perniagaan sate amat popular sejak tahun 50-an.
"Sehubungan itu, kami terpanggil untuk mempopularkan kembali zaman kegemilangan sate ke seluruh Malaysia," katanya ketika ditemui di Shah Alam baru-baru ini.
Kiosk Satay Grill telah memberikan alternatif baharu kepada peniaga yang mahu berjinak-jinak di dalam industri perniagaan.
Menurut Zaiful, biasanya sate boleh dibeli di restoran-restoran yang menyediakan menu itu, namun fenomena tersebut mungkin berubah dengan adanya kios ini.
Mereka yang menjalankan perniagaan sate bersama Kiosk Satay Grill berpeluang berniaga di tempat-tempat yang strategik dan berpotensi mendapat keuntungan lumayan dengan modal yang rendah.
Tambah Zaiful, dengan tagline Citarasa asli Tip Top 1973, Kiosk Satay Grill mampu menarik perhatian orang ramai. "Ia merupakan satu projek perniagaan menggunakan konsep gerai pasang siap dan kaedah pembakaran sate dengan gas tanpa arang.
"Kios pasang siap secara tidak langsung membantu memudahkan usahawan berniaga di dua atau tiga tempat sehari seterusnya mampu meningkatkan jualan harian mereka.
"Peniaga Kiosk Satay Grill juga tidak perlu bersusah payah memproses sate. Mereka hanya perlu mengambil daripada stokis berhampiran atau terus dari kilang untuk menjualnya," katanya.
Pada masa sama, sate yang dibakar menggunakan gas lebih enak dan baik untuk kesihatan kerana tidak mempunyai arang.

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2013 11:15 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

THE PRINCESZ: Visiting baby boi at <b>Beranang</b> PLKN

Posted: 29 Jan 2013 02:10 AM PST

The 1st week being there my brother dah mintak macam2 nak kfc la, nak itu nak ini. Seawal 8pagi mama dah kejut bgn sbb katenye around 9 nak bergerak.

Sesampainye kami di kem PLKN Beranang is indah khabar dari rupe. Haha. Actually i was highly expected that the camp is exactly same with my previous PLKN camp dulu dekat Tapah.

My brother was very happy to see all of us bring along with what he expect us to bring.. It is KFC!! Katenye lauk xsedap langsung.. Macam makanan hospital. Pity on u la adik..

Cant wait to meet u up on Chinese New Year.. Yeayy!! Finally my brother at home untuk mase seminggu.. Hehehe.. Tanak cite panjang lets jum tgk gegamba.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bandar sunway</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 07:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

apartment makmur, <b>bandar sunway</b> – 3935th Edition | Portal Rumah <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 11:05 PM PST

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

Viewing available. Call me for confirmation.

Fully furnished 3-bedroom condominium for rent # 852 sf built-up. 1st floor location with balcony
Quiet, good ventilation and bright. Nearest block to entrance.
Mini Market, 1 parking, 24 hour security.
Near Sunway Pyramid, Sunway lagoon, Monash University, Sunway College, Taylor Lakeside Campus, Sunway Medical Centre and also easy access to food outlets and convenience stores.

1) Master: Aircond + Bed + Mattress + Wardrobe + Fan
2) 2 bedroom : Aircond + Bed + Mattress + Drawers
3) Other bedroom: Bed + Study Table
4) Common: Kitchen Cabinet + Refrigerator + Shoe rack + Washing machine +Sofa +wooden dining set + 2bathroom

Original RM1500/mth,
> Rental quoted excludes water and electricity bill.
> Car park excluded
> Tenant to apply for own telephone/ internet services.

Still tenanted but can start booking now!
Available in JAN 2013

Call me> View unit> Booking> Sign Document >

I am owner, not agent : )
For serious good tenant who can pay promptly only.

Upon confirmation:
> 2 months rental deposit + 1 month rental (3 months)
> 1/2 month rental for utility deposit


By rumahsewa.com

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: Pemuda BN Perlu Sedia Gempur Kubu <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 09:32 AM PDT


Genderang perang sudah berbunyi. Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) digesa menggempur jentera mereka bermula sekarang.
Pengerusi BN Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, peranan Pemuda sangat besar dalam usaha memastikan BN menang semula di empat kerusi yang dipertandingkan di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.
"Jentera pemuda bermotor sama penting membawa misi kemenangan dan
meyakinkan pengundi memilih BN dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan. Peranan jentera bermotor dilihat usaha proaktif mempromosikan kehebatan BN kepada pengundi di seluruh peti undi di Hulu Selangor.
"Ambil peranan masing-masing ketika betugas. Sekiranya nampak bendera BN jatuh atas tanah segera pacakkan semula.Kita akan terus diterima rakyat," katanya ketika melancarkan Jentera Bermotor Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu petang tadi.
Hadir sama Pengarah Jentera Pilihan Raya Umum BN Hulu Selangor, P Kamalanathan,  Pengerusi Pemuda BN, Mahmud Karim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Selangor, Ahmad Nazri Dahalan.
Pada majlis sama, seramai 700 pemuda BN menerima topi keledar 1M4U 1Malaysia disampaikan Mohamed Idris.
Beliau berkata, pemuda perlu sederap seirama menjalankan kempen sihat
membantu kemenangan BN pada PRU-13 nanti.
Sementara itu, Mahmud berkata, sokongan padu ditunjukkan pemuda seluruh
Hulu Selangor dari Kampung SKC Bernam hingga Felda Sungai Buaya menggambarkan betapa pemuda sudah siapsiaga membantu jentera PRU 13 nanti.
Katanya, sokongan anak muda pengundi baru juga semakin meningkat apabila ramai sanggup menyarung baju BN saban hari.
"Saya optimis mampu mengekalkan kemenangan tiga kerusi DUN dan kerusi Parlimen di Hulu Selangor. Tidak kira siapa sahaja calon BN kami tetap sokong sepenuhnya," katanya.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Mercedes AMG Yakin Catat Keputusan Positif Pada Perlumbaan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 05:17 AM PDT

Dari kiri; Ross Brawan (Prinsipal pasukan), Nico Rosberg, Lewis Hamilton dan Toto Wolff (Pengarah Eksekutif pasuka) bergambar pada majlis bertemu media di KLCC.

Dari kiri; Ross Brawn (Prinsipal pasukan), Nico Rosberg, Lewis Hamilton dan Toto Wolff (Pengarah Eksekutif pasukan) bergambar pada majlis bertemu media di KLCC.

Pasukan Mercedes AMG mensasarkan untuk menamatkan perlumbaan dikelompok 6 terbaik pada GP Malaysia yang akan bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Prinsipal pasukan, Ross Brawan yakin pasukannya mampu merealisasikan sasaran itu selepas melihat potensi jentera dan pemandunya dalam aksi perlumbaan pertama kalendar 2013 di Melbourne Australia minggu lalu.

"Pasukan kami sangat teruja dan sudah tidak sabar beraksi di Malaysia yang juga 'gelanggang tuan rumah' untuk pasukan ini kerana penaja utama, Petronas merupakan antara syarikat terbesar di Malaysia.

"Kita akan gunakan strategi terbaik terutamanya berkaitan pit-stop semasa perlumbaan nanti apatah lagi cuaca disini sukar untuk dijangka" kata Brawn pada majlis bertemu media yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC petang tadi.

Tanggungjawab itu sudah tentu bakal digalas dua pelumba pasukan, Nico Rosberg yang pernah menaiki podium di Sepang pada musim 2010 serta pelumba baru, Lewis Hamilton yang sebelum ini memandu untuk pasukan McLaren Mercedes.

Rosberg mahu bangkit dari kekecewaan perlumbaan minggu lalu.

Rosberg mahu bangkit dari kekecewaan perlumbaan minggu lalu.

"Saya sangat berpuashati dengan jentera musim ini terutamanya selepas Petronas membekalkan minyak dan pelincir berkualiti yang menyaksikan enjin kereta kami berfungsi lancar hingga membantu jentera bergerak dengan lebih laju.

"Oleh sebab itu, saya yakin pasukan ini mampu mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding perlumbaan terdahulu sekaligus mampu menjadi antara pencabar utama kejuaraan musim ini" kata Rosberg.

Bagi Hamilton pula, dia sangat berbangga untuk mewakili pasukan Mercedes yang bekerjasama dengan Petronas dan berharap mampu menghasilkan keputusan positif dihadapan penyokong 'tuan rumah' pada perlumbaan ini nanti.

Hamilton yakin pasukan barunya ini mampu melangkah lebih jauh.

Hamilton yakin pasukan barunya ini mampu melangkah lebih jauh.

"Saya sangat selesa bersama pasukan baru saya ini. Seluruh krew sentiasa bekerja keras dan saya pasti peluang kami untuk menamatkan perlumbaan di kelompok 6 terbaik di Sepang nanti adalah sangat besar" kata Hamilton; juara dunia musim 2008.

Pada perlumbaan di GP Australia minggu lalu, Hamilton berada di tempat kelima sementara Rosberg gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah elektronik jentera.

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


[pru13] siapa dr idris ahmad yang ganti khalid ibrahim <b>di ijok</b>!!?

Posted: 14 Apr 2013 02:30 AM PDT

Ternyata desas-desus kononnya Khalid Ibrahim akan lari ke Pelabuhan Klang jadi kenyataan apabila pada semalam beliau secara tidak rasmi mengumumkan dalam 'twitter' peribadi beliau.

Tempat beliau pula akan digantikan dengan Dr. Idris Ahmad yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Persoalannya, bagaimana seorang pemimpin di Kuala Lumpur dihantar untuk menjadi calon di Selangor. Adakah sudah tiada lagi calon atau pemimpin PKR di Selangor yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim?

Menurut sumber, Dr. Idris Ahmad telah memulakan gerakan sebaik nama beliau dipilih oleh kepimpinan PKR. Beliau pada semalam telah mengumpul saudara-mara dan ahli keluarganya bagi meminta sokongan mereka untuk membantunya berkempen di Ijok. Beliau juga dikatakan berasal dari Kuala Selangor.

Namun, kepimpinan dan penyokong PKR Cabang Kuala Selangor dikatakan tidak senang dengan pemilihan Dr. Idris Ahmad sebagai calon di Ijok. Mereka turut kecewa apabila pihak kepimpinan PKR tidak pernah berbincang dengan kepimpinan Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan calon di sana.

Kemelut ini sudah pasti mengganggu persiapan PKR Kuala Selangor dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Jika tiada penyelesaian, Dr. Idris Ahmad kemungkinan berdepan dengan sabotaj oleh penyokong dan ahli PKR di sana.


Khaled Ibrahim Bakal Kalah Jika Bertanding <b>Di Ijok</b> | KLXPRESS

Posted: 12 Apr 2013 03:41 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Khaled Ibrahim Bakal Kalah Jika Bertanding Di Ijok. Posted by klxpress-admin on April 12, 2013. SHAH ALAM: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang sebelum DUN dibubar, disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid ...

Isnin, 15 April 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Nice to see, nice to eat: Kereta Hilang <b>di</b> ERL <b>Salak Tinggi</b>

Posted: 29 Mar 2013 05:29 AM PDT


Semalam aku dapat satu berita yang mengejutkan..Kawan aku kehilangan kereta di parking lot ERL Salak Tinggi. Dia park kereta kat situ hari Ahad malam lepas sebab nak ke Korea. Dia berlepas dari KLIA. Memandangkan hari Ahad tu baru jer lepas F1, maka haruslah kat bulatan Masjid yang menghala ke KLIA, LCCT, Salak Tinggi, Banting, Putrajaya jam gila-gila punya. Oleh sebab itu aku ada syorkan untuk parking di situ dan naik ERL terus ke KLIA. Dapat jimat masa semua.


Aku memang selalu sangat parking kat lot parking ERL Salak Tinggi tu memandangkan takde orang nak hantar aku ke epot. Dah la flight aku kadang pagi, kadang malam. Nak menyusahkan orang pun rasa tak sedap. Tawakal pada Allah jer. Ex housemate aku dulu pun bantai jugak park kat situ jugak masa pi cuti-cuti ke Bali. Seminggu lagi tinggal.


Bila dah jadi macam ni, rasa sangat-sangatlah bersalah. Sebab aku yang recommend. Rasa berdosa pun ya jugak. Bila dah buat report polis, polis pun terkejut. Sebab sepanjang tahun ni, takde lagi laporan kehilangan kereta di ERL Salak Tinggi tu. Inilah yang pertama untuk tahun 2013.


Mesti ingat kereta tu kereta mahal atau import kan? Jawapannya tidak, sebab kereta kawan aku yang hilang tu adalah kereta Proton Saga tahun 2009, bukan Saga FLX yang baru ni. Kawan aku tu siap pasang system alarm kereta yang siap pakai card lagi untuk buka. Then ada juga kawan aku yang baik hati pinjamkan lock kaki atau stereng (aku pun tak ingat) yang dia sendiri tak pakai lagi.


Condition kereta pulak, absorber agak nazak, kene gi repair. Body coot momot. Dalam kete semak. Radio biase, takde yang canggih-canggih punya. Takde modified kete buat ekzos or engine turbo ke.


Selama bertahun-tahun aku park di situ, bila time kawan aku jadi macam ni. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Rupa-rupanya, aku tanya dengan sorang kawan aku yang duduk sini jugak, dia ada bagitau rupanya kat situ banyak kereta yang kene pecah. Hilang tu memang adalah jugak. Tak tau lepas ni nak parking mana kalau nak ke epot.
Semoga kejadian ini menjadi peringatan untuk aku diri sendiri dan pembaca setia blog ni.



mencari rumah sewa <b>di</b> taman mawar 1, 2 & perdana - <b>Salak Tinggi</b>

Posted: 22 Nov 2011 12:00 AM PST

salam semua, :D
Disini saya ingin mengiklankan rumah sewa saya.Rumah apartment e-mas villa.Rumah baru tip-top.
Berkeluarga sahaja yang layak ( muslim ). Harga boleh runding.Kemasukan Segera julai 2012.
Call 016-3074022 ( khairul ).Keluasaan rumah 1008kps.Boleh jaga rumah dengan baik.

Iklan ditutup pada 10/7/2012 pukul 12.50 tengahari. minta maap banyak, sudah ada penyewa.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


ROAD SHOW ANAK ORENG PEBIEN (AOP) KE <b>KUALA</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2013 03:05 AM PDT

ROAD SHOW AOP KE KUALA SELANGOR
Media: Kuduk-Kuduk Channels
Kuala Selangor- Warga masyarakat Bawean di Kuala Selangor jauh dari lokasi Kuala Lumpur yang kebanyakannya orang bawean. Perumahan warga Bawean di Kuala Selangor yang hanya lebih kurang belasan rumah sahaja kini telah menjadi satu perkampungan orang Bawean dimana kini telah semakin banyak.
Kawasan perkampungan terpencil di Bukit Belimbing ini menyaksikan kebanyakan telah menetap hampir lebih 20 tahun melampaui dua generasi. Kini lebih 20 keluarga menetap di perkampungan Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Warga masyarakat bawean di kawasan itu walaupun tiada bas masuk ke kawasan itu tetapi amat bersyukur kerana masjid berada betul-betul di hadapan rumah mereka.
Pada 23-24 mach 2013(semalam) perkampungan Masyarakat Bawean di Bukit belimbing telah menjadi satu lokasi warga Anak Oreng Pebien (AOP) untuk julung kalinya. Kami membuat Road Show demi mengeratkan silaturrahim sesama Bangsa Bawean di Malaysia amnya. Road show Anak Oreng Pebiyen (AOP) itu telah di rasmikan pada malam harinya iaitu malam minggu dimana Presiden Persatuan Bawean Malaysia(PBM) Datuk Azez Satar  dan seorang lagi sahabatnya iaitu Cikgu telah sama-sama turun untuk mengunjungi masyarakat Bawean di sana untuk  merasmikan Road Show (AOP).

Perjalanan dari kuala lumpur pada jam 7.30 mlm dan kami sampai di sana pada jam  9.15 mlm lewat setengah jam kerana ada masalah yang tak dapat kami atasi sepanjang perjalanan. Sampai disana kami di sambut dengan meriah oleh masyarakat disana dengan memasang kemah bagai semata-mata untuk kedatangan kunjungan kami.
"Pada siangnya, iaitu hari ahad yang dinanti-nantikan dimana warga Anak Oreng Pebien (AOP) telah berkumpul di Stesen Minyak Petronas di Taman Metropolitan, Kepong. Perancangan kami, jam 9 pagi bergerak bagi memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor, tetapi kami telah terlewat lebih kurang sejam lebih kerana menunggu teman-teman lainnya sampai kelokasi tempat berkumpul.


 Sepanjang perjalanan kami kesana, banyak rintangan telah kami hadapi sepanjang perjalanan itu dimana setelah kami melalui jalan di selayang berhampiran Selayang Murni menuju kerawang mengalami kecelakaan kecil kerana ada lori telah berhenti secara mengejut dan menyebabkan kereta rakan kami berlanggar sesama sendiri dan bernasib baik tidak teruk hanya kemek sedikit sahaja.
Perjalanan kami mula sampai ke Lebuh Raya Latar dari Rawang menuju ke Kuala Selangor dan rombongan kami telah bergabung dengan rombongan bermotor yang datang dari arah Sungai Buloh.Tugas mereka ini untuk mengawal lalu lintas di setiap traffic light sepanjang kami di jalan menuju kedestinasi. Tidak sampai beberapa minit kami berjalan, ada di antara kereta rakan kami yang telah mengalami kerosakan menyebabkan perjalanan kami terbatas seketika. Kereta sahabat kami yang mengalami kerosakan itu tidak dapat kami perbaiki dan kami telah memanggil tukang tarik kereta untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Setengah jam dalam perjalanan dengan pelbagai cabaran kami telah tempuhi, maka rombongan kami telah sampai ke destinasi yang dituju. Ketibaan disana kami telah disambut oleh anak-anak muda (AOP) dan kami melihat mimik mukanya penuh dengan keceriaan kerana kami telah sampai kedestinasi yang dituju dengan selamat.
Perasaan gembira dan penuh teruja kami hadapi sepanjang berada disana kerana telah disambut dengan baik oleh masyarakat disana tidak dapat kami lupakan. Road Show kami disana telah dirasmikan oleh Ustaz Bulkaini dan Pengerusi Anak Oreng Pebiyen (AOP) saudara Azroy kita. 

Ustaz Bulkaini telah membuat bacaan doa sebagai bermulanya Road Show kami disana. Sebagai pengerusi (AOP), saudara Azroy juga tidak ketinggalan dan turut membuat taklimat ringkas sebagai bermulanya aktiviti yang akan berlangsung nantinya. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kami berada disana iaitu seperti makan epal sampai habis dan makan telur paling cepat.


 Kemeriahan, gelak tawa dan leteran rakan-rakan  (AOP) sepanjang kami berada disana telah dikongsi bersama dengan warga masyarakat setempat untuk sama-sama berhibur dan beramah mesra.

Alhamdulillah tepat jam 3 petang program Road Show bersama masyarakat Bawean di sana telah habis dan kami semua warga Anak Oreng Pebiyen (AOP) mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kerjasamanya dan tidak lupa juga kepada hidangan-hidangan seperti ubi rebus, ikan kering, meehon goring dan banyak lagi yang enak-enak yang telah dihidangkan kepada kami semua.

Kepada rakan-rakan (AOP) terima kasih yang tak terhingga kerana dapat turut serta dalam Road Show ini. Kerana anda semua kami berjaya sampai kesan dan tidak lupa juga kepada Pengerusi Persatuan Bawean Malaysia (PBM) Datuk Azez Satar diatas kerja samanya.Sekian 
-Media Kuduk-Kuduk Channels

Konvoi Jelajah Anak Malaysia Kini <b>Di Kuala Selangor</b> | VyREC

Posted: 12 Feb 2013 09:55 PM PST

Konvoi Jelajah Anak Malaysia telah menjelajahi kawasan ke-19 di lapan buah negeri sejak dilancarkan di Putrajaya pada 31 Januari lalu.
Kini konvoi Anak Malaysia sedang menuju ke daerah Kuala Selangor dan menetap selama dua hari di daerah itu untuk berinteraksi bersama penduduk setempat. Persatuan Belia Jalan Suara telah merancang beberapa aktiviti bagi menyambut kedatangan Konvoi Jelajah Anak Malaysia di daerah itu

Antara aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut:

1

2

Oleh itu kepada para belia di sekitar Kuala Selangor di Jemput untuk menyambut kedatangan Konvoi Jelajah Anak Malaysia dan memeriahkan program-program yang telah disediakan. Semua di jemput hadir.

Related posts:

Catatan Perjalanan Road Trip 2013 - <b>Kuala Selangor</b> - Sabak Bernam

Posted: 01 Apr 2013 12:02 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Untuk Road Trip 2013 ini, kami telah memilih untuk memulakan perjalanan kami dari Daerah Gombak ke Kuala Selangor ke Sabak Bernam ke Hilir Perak dan berakhir di Daerah Manjung. Perjalanan tidaklah jauh, bermakna ...

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


NajibRazak Jangan Salah Buat Percaturan <b>Di Ampang</b>

Posted: 03 Apr 2013 12:55 PM PDT

Timbalan Ketua Tuan Hj.Aziz Derus  yang kerap 
dilihat duduk jauh dibelakang.

Khabar angin bertiup kencang dalam Umno Bahagian Ampang yang kononnya tiada satu
pun calun yang dianjurkan Umno Bahagian Ampang kepada @NajibRazak diterima untuk
menjadi calun PRU13 nanti di dua Dun dan satu Parlimen yang bakal ditandingi
Barisan Nasional.

Sejauh mana kebenaran "khabar angin" ini tidak dapat dipastikan lagi tapi ianya disahkan
oleh sumber sumber yang amat rapat dengan Noh Omar petang kelmarin selepas parlimen dibubarkan.Dikhabarkan seorang calun datang dari sebuah NGO(yang boleh dikira diterima pengundi Ampang) dan dua orang "paratroopers" yang menjadi pilhan @NajibRazak.

"Paratrooper" dari Baling?
Dato Aziz Putera jangan seronok dulu..
Nama nama yang kurang menyenangkan yang terpacul dibibir mereka adalah "paratrooper"
dari Baling iaitu Mashitah Ibrahim dan seorang pemimpin tempatan spesis
Zaman Jurassic yang juga orang kuat JASA Fuad Hassan yang dah dikira
masuk "tarikh luput".
Lebih baik kekal dan perkuatkan JASA

Aku yang kerap menghadhiri program program anjuran Umno/BN ataupun NGO "mesra BN"
disini sejak kebelakangan ini dapat merasakan sesuatu yang tidak kena bila kelihatan pemimpin pemimpin kanan Umno Bahagian Ampang saperti hilang semangat dan selalu saja
mengambil "tempat duduk dibelakang" saperti lain lain hadhirin.Dari raut wajah mereka
terbayang "kekecewaan" yang jelas walaupun cuba disorokan.Cuma Dato Ismail Kijo sahaja
selaku Ketua Bahagian dan Pengerusi BN Ampang yang "terpaksa" buat buat bodoh untuk tidak memperlihatkan kekecewaan AJK dan Ahli Umno bahagian pimpinan beliau.
Apa yang bermain difikiran Ketua Pemuda Safarizul 
hanya dia yang memahaminya..
Naib Ketua Sheikh Azieman yang begitu kuat bekerja
saperti dapat membaca isyarat terbaru...
Dia hilang dipertengahan program...

Jadi suka aku menyarankan kepada @NajibRazak agar "bertindak cerdik" dalam meletakkan
siapa juga "calun boleh menang" untuk 3 kerusi di Ampang kelak dengan mengambil kira
sentimen kepimpinan dan ahli ahli Umno yang ada.Kegagalan @NajibRazak melakukan
perkara yang BETUL hanya akan membantutkan cita cita Barisan Nasional untuk
merampas kembali 3 kerusi yang mereka kalah dalam PRU lalu dan seterusnya merampas
Selangor dari Pakatan Rakyat.
Dato Ismail Kijo selaku kepala terpaksa
Dr.Rozaidah dah mula tak kelihatan di program.Apakah pencatur
dipusat berani mengambil risiko untuk mengusik perasaan
Jentera Wanita Umno Ampang?

Persoalan yang bermain dikepala setiap ahli Umno di Ampang ini adalah...

"Apakah tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang layak (winnable) untuk 
dipertarungkan untuk PRU13 nanti...?"

Jika benar saperti "khabar angin" yang sedang bertiup kencang ketika ini,maka 
"pilihan Najib" ibarat PENGHINAAN kepada kewibaan setiap ahli
Umno Bahagian Ampang dan seolah olah melemparkan keseluruhan Umno Ampang
yang wujud sekian lama kedalam longkang!Itulah luahan seorang sahabat AJK Bahagian
kepada aku petang kelmarin.

Aku tiada apa apa kepentingan dalam politik Ampang.Aku cuma mahu BN merampas
kembali 3 kerusi yang kita kalah dulu dan mengembalikan MARUAH kami yang
telah hilang selama ini...itu saja.Tapi kalau percaturan @NajibRazak macam "haramja"
dan bakal mencetuskan perpecahan dikalangan Jentera Parti Ampang...maka harapan kini
bakal menjadi hanya suam suam telor dalam seluar dalam.

Pastinya Azmin Ali dan Zuraidah Mak Lampir akan tersenyum girang bila "khabar angin"
ini menjadi kenyataan....

So @NajibRazak bila depan Kaabah....tolong fikir.

P/S : Bukan kita tak mahu sokong calun Winnable NajibRazak,tapi kalau tak ada 
seputik pun calun yang datang dari Umno Bahagian Ampang....JADAH APA?

Dengar kata ada "winnable" yang mesra dengan Datin Seri ya?

zaldeco: Pemasangan Kabinet Dapur <b>Di Ampang</b> Hilir

Posted: 06 Apr 2013 06:33 AM PDT


Apa lagi yang boleh dikatakan dengan kebinet dapur ZALDECO, selain dari rekaannya yang moden dan ringkas, apa yang hebatnya adalah anda jauh lebih berjimat. Dengan harga terendah yang mengatasi harga pasaran, kabinet dapur ZALDECO adalah pilihan yang tepat.
Begitu juga pilihan pelanggan dari Ampang Hilir ini, pakej lengkap cabinet dapur ZALDECO membuatkan anda dapat memiliki segalanya dengan harga mampu milik.
Rekaan yang cukup ringkas tetapi fleksibel membuatkan saat-saat memasak menjadi momen yang indah buat anda. Rekaan kali ini tampil dalam rona kayu berjalur coklat terang.
Ruang dapur yang ada digunakan sepenuhnya dengan baik, keselesaan memasak diutamakan, tidak hairanlah cabinet dapur ZALDECO terus mendapat tempat di hati pelanggan.
Segalanya tampil menyerlah, anda juga harus memilikinya!

~SiComel~: wedding <b>di</b> dewan dato ahmad razali <b>ampang</b>

Posted: 30 Mar 2013 12:39 AM PDT


memenuhi jemputan kahwin
exopishmet en. abah.
di ampang.
xde aktiviti ape sgt bile attend wedding
ade budak kecik ligat si ziyad..<s>adoi</s>

#salam takziah pada siyah
exskulmet saya diatas pemergian ayahanda tersayang petang semalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

ads