Selasa, 14 Januari 2014

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Kisah Penyembelihan Ayam <b>Di</b> Pasar <b>Selayang</b> | Info Menarik <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2014 11:45 AM PST

Selayang: Cara penyembelihan dan pemprosesan ayam di lima premis Pasar Borong Selayang kemungkinan haram dimakan kerana didapati tidak mengikut hukum syarak.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak, Afida Zainudin berkata, hukum sah sembelihan haiwan termasuk ayam bukan saja dinilai dari aspek cara ia dipotong (disembelih), tetapi turut membabitkan keseluruhan proses tersebut.
"Ketika serbuan dilakukan, kerja penyembelihan ayam di sini sudah selesai dilakukan dan mereka dalam proses pembersihan dan pembungkusan.
"Malangnya berdasarkan pemeriksaan, pemilik premis gagal mematuhi aspek kebersihan seperti ayam (yang sudah diproses) diletakkan di atas lantai dan ada yang direndam dalam air darah yang banyak.
"Ini menyebabkan ayam itu tidak boleh dimakan bagi orang Islam kerana cara pemprosesan itu tidak menepati hukum syarak," katanya kepada media ketika Operasi Potong Ayam, di sini, awal pagi semalam.
Justeru, dua kad tauliah milik dua orang penyembelih ayam di premis berkenaan ditahan serta-merta manakala seorang lagi gagal menunjukkan kad tauliah penyembelihan.
"Tahanan kad tersebut diambil kerana penyembelih terbabit sudah diberi pendedahan untuk menitikberatkan kebersihan ketika kursus di pejabat agama dan mereka sepatutnya arif mengenainya serta mempraktikkan," katanya.
Selain PAID, operasi bersepadu yang diketuai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut membabitkan lapan orang pegawai imigresen menjadikan jumlah keseluruhan anggota yang terbabit dalam operasi terbabit seramai 56 orang.
Pengarah Penguat Kuasa dan Keselamatan MPS merangkap ketua operasi, Azmi Ismail berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas tujuh premis seawal jam 3.30 pagi semalam selepas mendapat aduan awam mengenai keraguan dalam penyembelihan ayam.
"Bagaimanapun dari tujuh premis, lima didapati melakukan pelbagai kesalahan menyebabkan sepuluh kompaun bernilai RM10,000 dikeluarkan.
"Antara kesalahan yang dilakukan meletakkan bahan mentah di atas lantai (tanpa alas).
"Selain itu, tiga lesen perniagaan dirampas kerana meletakkan sampah-sarap di atas jalan awam," katanya.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bandar sunway</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Dec 2013 07:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Bandar Sunway</b> perintis Kitar Semula Industri | faqar

Posted: 15 Oct 2013 09:01 PM PDT

MAJLiS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengadakan interaksi dua hala dengan pemilik-pemilik premis perniagaan sekitar Bandar Sunway di Seberang Jaya ke arah merealisasikan projek perintis Kitar Semula Industri.
Ahli Majlis bagi MPSP, Amir Md. Ghazali berkata, projek perintis itu dimulakan peringkat industri selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya mewujudkan banyak program kitar semula membabitkan persatuan komuniti dan sekolah-sekolah sekitar Seberang Perai.
"Program Komuniti Mampan berjaya mendapat kerjasama daripada banyak persatuan penduduk. Begitu juga program Green School berjaya disertai banyak sekolah di Seberang Perai ini.
"Bandar Sunway ini dipilih sebagai projek perintis supaya kejayaan yang membabitkan pemilik-pemilik premis perniagaan di sini dapat diperluaskan di kawasan-kawasan komersial lain," ujar beliau dalam satu majlis interaksi di Perpustakaan Pulau Pinang di sini.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin menyempurna perasmian majlis, manakala, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MPSP, Ir. Rosnani Mahmod pula menyampaikan informasi mengenai kaedah pelaksanaan projek perintis tersebut.
Tiga Ahli Majlis MPSP lain, Tan Cheong Heng, Ahmad Tarmizi Abdullah dan Rezal Huzairi Md. Zaki turut hadir pada majlis interaktif tersebut.
Tambah Amir, projek perintis ini antara lain menumpu pada usaha mengurangkan hasil sisa pepejal, kebersihan kawasan komuniti perniagaan serta menggalakkan aktiviti kitar semula.
Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Seberang Jaya pula berkata, projek perintis Kitar Semula Industri jika berjaya di Bandar Sunway, sekaligus, dapat mengurangkan belanja hangus MPSP yang kini direkodkan mencecah 40 peratus dari belanjawan keseluruhan PBT tersebut.
"Untuk nak indah di sini (Bandar Sunway), perlu duit. Kita boleh ada sumber duit kalau kurang kos belanja sampah yang bernilai RM66 juta atau 40 peratus daripada bajet.
"Itu yang kita nak buat di Jalan Todak Bandar Sunway...saya yakin pemilik premis yang datang hari ini akan jadi pemangkin pada projek perintis ini," ujar Dr. Afif. 
Dalam perkembangan lain, Dr. Afif berkata, gaya hidup bersih lagi sihat di Bandar Sunway mampu mengelak insiden empat orang meninggal akibat termakan ayam basi dalam satu kenduri di negeri dari berulang di sini.
Insiatif terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen MPSP dan kepemimpinan Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


BILIK APARTMEN PKNS <b>SHAH ALAM</b> – 5773th Edition | Portal <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 02:05 AM PST

Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa:

FULLY FURNISHED…MUSLIMAH shj.

1. Sebuah bilik kosong utk disewa. Maksima 3 orang

2. Mencari Roomate (seorang atau 2 orang) – kemasukan segera

Apartment PKNS (Medium Cost) Tkt 1, Seksyen 7; 3 bilik 2 bilik air, peti ais 2 pintu, dapur gas, fully automatik washer..flatscreen TV, sofa, meja makan, katil, tilam WIFI (extra) dsb.

Bakal penyewa hendaklah tidak cerewet, boleh bertolak ansur, mampu membayar sewa setiap bulan.

Deposti 2 + 1 +utiliti & maintenance

Tel: 018 269 9983

By rumahsewa.com

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Elya bising bising: Pesawat Hilang <b>Di Hulu Selangor</b>?!

Posted: 10 Jan 2014 02:26 PM PST

Sebuah pesawat ringan jenis Cessna dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada di ruang udara Hulu Selangor, kira-kira 5.15 petang semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi pada 4.43 petang. 
Menurutnya, pesawat berkenaan dinaiki seorang juruterbang, pembantunya dan seorang penumpang. 
"Ketika terputus hubungan pesawat dilaporkan terbang rendah dan hilang ketika berada di ruang udara Hulu Selangor," katanya.
"Polis dan bomba sudah dimaklumkan dan operasi mengesan pesawat dijalankan di kawasan yang dilaporkan hilang bermula 9 malam tadi sebelum dihentikan pada 12 tengah malam dan akan disambung 7.30 pagi," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan pesawat milik Royal Selangor Flying Club itu sedang menjalankan latihan penerbangan di kawasan Rawang dan Batu Caves. - HM

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas <b>di Batu Caves</b> - Kosmo

Posted: 10 Jan 2014 09:16 AM PST

Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas di Batu Caves

Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas di Batu Caves

11/01/2014 1:09am

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat jenis Cessna dipercayai terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves, di sini lewat petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 5.15 petang, kata Penolong Kanan Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi Selangor Kardi Mohsin kepada Bernama di sini malam ini.

Bagaimanapun menurut Kardi, pihak bomba hanya dimaklumkan oleh DCA mengenai kejadian itu pada 11.15 malam tadi.

Kami telah menghantar sepasukan anggota dan pegawai untuk meninjau di kawasan terbabit namun setakat 12 tengah malam ini kami tidak menemui apa-apa,katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyambung operasi mengesan pesawat terbabit pada esok pagi.

Sementara itu DCA tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut. - Bernama

demo isu kalimah allah anjuran umno <b>di batu caves</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 11 Jan 2014 08:23 PM PST

Demontrasi puak UMNO isu kalimah Allah berdekatan Giant Batu Caves sebentar tadi.

Kalau begini punya sambutan diberikan oleh rakyat .. maka niat perhubungan UMNO Negeri Selangor yang di kepalai oleh Noh Omar mau mengadakan roadshow seluruh negeri Selangor bakal meletop letap.

Kalau beginilah cara UMNO berpolitik ... ini pesanan ikhlas jujur suci murni dari Omak Kau .... sokongan warga bandar dan separa bandar akan terus bertambah teruk menguncup ... sokongan warga luar bandar, kampong-kampong tradisional dan rancangan-rancangan Felda akan susut.

Isu ini kalau keterlaluan di politik dan di polemikkan akan mengundang rasa mual dan loya dikalangan rakyat Islam.

Kini sedang diperingkat perbicaraan di Mahkamah Persekutuan .. biarkan saja mahkamah menentukkannya sepertimana peruntukkan dan semangat perlembagaan negara.

Apa yang Omak Kau di maklumkan bahawa demo ini tidak mendapat permit dari polis .. gred dan taraf demo haram .. KPN pernah berkata tiada demo yang yang aman.

Tidakah pendemo ini telah menyusahkan rakyat dan peniaga? .. Mohon juga fatwa TS Harussani Zakaria sama ada ianya tertakluk dalam jadual dan kategori bughah yang darahnya halal!!!!!!

Punca sebenar Pesawat Cessna 172 terhempas <b>di Batu Caves</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 06:49 AM PST


Punca sebenar Pesawat Cessna 172 terhempas di Batu Caves - Kejadian ngeri Pesawat Cessna 172 terhempas di kawasan Empangan Batu, Ulu Yam semalam menyebabkan kecederaan teruk kepada tiga mangsa.

Mereka ialah Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 22, Syed Haidhar, 25 dan Shaiful Zafiq Razali, 24. Ketiga-tiga mangsa terbabit kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Selayang.

Menurut salah seorang mangsa, Syed Haidhar Syed Zulkifli, kejadian itu berpunca daripada percubaan mereka mengelak dua burung helang ketika terbang sebelum tiba-tiba datang angin kencang yang menyebabkan pesawat hilang imbangan.

"Menurut anak saya, semasa mengelak (burung helang) tiba-tiba datang angin kencang yang membuatkan pesawat hilang imbangan."

"Kata anak saya ketika itu juga angin kuat dan pesawat tidak dapat berbuat apa-apa namun pilot amat cekap kerana dapat mendaratkan pesawat itu ke tempat selamat."

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Puluhan gambar Live Perhimpunan <b>Di Kajang</b> bagi <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 01:00 AM PST

Saksikan ribuan peserta demo di Kajang bagi membantah penggunaan Kalimah Allah di Selangor sebentar tadi,seperti dalam tulisan Admin sebelum ini iaitu semalam menceritakan Laporan Khas oleh pimpinan pas yg menyokong Usaha pihak Kristian menggunakan Kalimah menampakkan mereka lebih mementingkan undi bukan Islam berbanding Umno yang sentiasa mempertahankan Islam seperti didalam gambar gambar yang admin sertakan ini

PAS SEMAKIN BIADAP !!!!!!GAMBAR Serta Laporan khas; Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible. Anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai

Sebelum kita baca laporan Media Polimik Kalimah Allah dan Rampasan Bibile oleh PAS Lembah Pantai elok admin @pm tegaskan dahulu bahawasanya Pas tidak sepatutnya menyokong pihak Kristian dalam isu ini

Sekiranya saudara benar-benar seorang yg masih beragama Islam dan beriman serta waras , sila jawab soalan-soalan yg berikut demi semata-mata mengharap keredhoan ALLAH, sekiranya saudara gagal menjawabnya, kembalilah ke pangkal jalan, semoga taubat saudara diterima oleh ALLAH.Amin.

Apakah tidak rosak aqidah keislaman dan gugurnya iman seseorang yg mengaku Islam serta boleh menyebabkan murtad jadi kafir harbi, apabila membiarkan, berdiam diri, menyokong dan bersekongkol utk memberikan kemenangan , dgn niat utk dijadikan pemerintah kpd umat, sedangkan mereka yg disokong itu terang-terang memperjuangkan perkara-perkara yg berikut?

MENGHINA ALLAH, yakni menghina/ merendahkan nama/kalimah ALLAH sama seperti makhluk, contohnya.Memberikan dgn kerelaan dan keredhoan tanpa apa-apa kecemburuan bila kalimah ALLAH diserahkan utk diguna pakai oleh MUSUH-MUSUH ALLAH yg amat pasti akan disekutukan dan dicemarkan serta disalahgunakan utk menyesatkan umat Islam dgn alasan yg paling amat bodoh yakni kononnya disertakan nasihat/syarat agar dijaga baik seperti benda dan barang dll. Waimah isteri dan anak perempuan sendiripun tidak rela diserahkan kpd musuh ALLAH, bagaimana pula wujud kesanggupan dan keredhoan pada kalimah maha suci ALLAH, sedangkan ia adalah satu-satunya yg paling , amat dan takterhingga utamanya berbanding anak dan isteri.

Laporan khas; Polemik Kalimah Allah & Rampasan Bible. Anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai.

Tarikh: 10 Jan 2014
Masa: 8.00 mlm
Lokasi: Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall

Penceramah;
1. Dr Aziz Bari (Pakar Perlembagaan).
2. Dr Mujahid Yusuf (AJK Pas Pusat).
3. Eugene Yapp (Secretary General National Evangelical Chtistian Followship Malaysia - NECF).

Kehadiran: Hampir 200 org. 70% Melayu dan 30% Cina.

PERSOALAN YANG ADMIN @PM HENDAK SAUDARA 2 SEMUA RENUNG RENUNGKAN IALAH APAKAH PAS LEBIH PENTINGKAN KUASA POLTIK DARI SEGALANYA HINGGA SANGGUP BERSEKONGKOL BERSAMA KAFIR ...????

Lihat gambar gambar upacara tersebut serta ulasan seterusnya di http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2014/01/gambar-serta-laporan-khas-polemik.html























12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


raya aidiladha <b>di</b> kampung <b>sijangkang</b> - kisah tentang duniaku

Posted: 16 Oct 2013 06:00 PM PDT

Alhamdulilah rezeki beraya di Kampung Sijangkang...walaupun raya aidiladha tapi tetap meriah uols...happening...

ni la kampung halaman saya @kampung sijangkang...kampung sini la tempat bermain, menanggis, gelak ketawa bersama-sama saudara mara dan yang lain...bila besar ia adalah kenangan terindah buat kami yang kadang-kadang menjadi ingatan dan cerita bila berkumpul.

pagi raya hidangan atas meja panjang ni memang banyak, syukur alhamdulilah rezeki ALLAH berikan...walaupun tak semeriah seperti raya aidilfitri tapi ia masih sama seperti dulu...cuma raya aidiladha tahun ni tak dapat ikut mak balik terengganu sebab suami kena standby kerja jadi kami decide balik sendiri kampung sijangkang dan balik sana..
lagi pun raya puasa dah beraya di kampung rembau dengan keluarga mertua jadi biarla raya aidiladha aku sambut dengan atuk nenek belah aku lak..walaupun suami tak dapat merasa kemeriahan raya di kampung terengganu tapi di kampung sijangkang meriahnya tetap sama..love uols..

makanan yang dihidang..banyak tak terkira..macam-macam ada...kenyang sampai ke malam...

sayur lodeh ada, rendang ada, nasi impit ada dan lemang pun ada juga...

jemput makan dari kami...

pakcik aku yang very da sporting...

bila ibu-ibu berbicara..love uols..

cousin lepak-lepaking depan tv ruang tamu rumah atuk


mak ngah tengah suapkan nenek makan bubur..ini la nenek kesayangan saya, dah beberapa tahun terlantar..masih lagi sihat cuma tak dapat nak berjalan walauapa pun aku sentiasa doakan nenek sihat selalu dan sekiranya panjang usia nenek, aku harap nenek dapat tengok cicit-cicitnya membesar..
tangan nenek juga yang jaga aku kalau mak abah hantar aku bercuti di kampung..menjaga makan minum aku..mengusap badan aku kalau demam dan juga memakaikan aku inai di jari..kenangan tu tak mungkin aku lupa di saat nenek sihat...

aku dengan cousin yang giler happening...banyak gambar kat bawah ni..jadi koorang layan kan jela yer...aku doakan hubungan persaudaraan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat...amin...










ini adalah adik beradik perempuan Mrs.Mak, dalam gambar ini ada dua insan yang aku sayang tak ada..of course la seorang tu adalah Mrs.Mak sebab balik kampung abah di terengganu dan arwah aunty yang telah meninggalkan kami hampir 16tahun dalam insiden yang tidak diduga..al-fatihah...
aku doakan semoga kalian diberikan kesihatan yang sihat sepanjang hayat dan sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki..amin....
kakak-kakak yang tua dikalangan saudara mara..iaitu kak iza yang bertudung hitam adalah cucu pertama nenek dan kak yang baju coklat cucu keempat nenek...

kami semua bersama nenek 

INI LA CERITA RAYA AIDILADHA AKU....

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


S.O.X Fixie membuat kejutan <b>di</b> Paradigm Mall @ <b>Kelana Jaya</b> | Si <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 12:00 AM PST

S.O.X Fixie merupakan satu kempen yang di anjurkan oleh Celcom kepada semua pengguna S.O.X, jom tengok kemeriahan event yang dianjurkan oleh mereka.
 'Win A Fixie Every Day'

Bertempat di Paradigm Mall Kelana Jaya, S.O.X Fixie turut merancakkan suasana yang sungguh havoc pada malam itu dengan mempersembahkan tarian Flashmob, Para Biker Fixie turut tidak melepaskan peluang di dalam mempertonjolkan kemeriahan mereka dalam aksi berbasikal ini.Fuh! caya lah semua ada skills yang tersendiri.
 Geng Fixie Bikers yang hebat mempertunjukkan aksi dan lagak berbasikal masing-masing
 Persembahan Nyanyian Hari Natal
Para Flash Mobbers dan juga geng Basikal
 Kehadiran Blogger + Influencer
 Kehadiran blogger juga turut serta di dalam meriahkan event S.O.X Fixie malam tu, seperti dari kiri, Amir, Innanie, Sabby, Sabrina, Chency, Frankie, Ohfishiee & Ruby
Teruja sangat bila dapat tahu selain dari blogger yang hadir menggamatkan event malam itu, twitter influencer juga turut memberikan impak besar di dalam menjadikan #SOXFixie trending di Twitter, semua memang boleh dikatakan memang famous di dalam dunia twitter, bahkan follower dorang cecah ratusan followers okay! *bangga kejap dapat jumpa dengan mereka ni.
@SyadahAmzahh memang tiptop.
apa lagi uols pergi lah follow twee budak ni ^_^
Tak lupa juga kepada D'italiane kerana memberikan layanan yang cukup istimewa pada malam itu, Restaurant yang cukup selesa,
Kemeriahan malam masih lagi berterusan bila ada pertandingan yang dianjurkan oleh S.O.X Fixie sendiri, terbuka kepada mereka yang hadirkan diri pada malam tu. Perebutan diantara mereka untuk membawa pulang Basikal Fixie.

so tunggu apa lagi kayuh basikal tu balik rumah nanti yer.
Bagaimana cara untuk menyertai dan memenangi Basikal bernilai ribuan ringgit ini?
Dengan hanya ikut dua syarat mudah ni jer
  1. Mestilah merupakan pelanggan S.O.X
  2. Guna RM1 Sehari (Call, SMS, MMS)
Kepada mereka yang sudah sedia melanggan S.O.X mereka hanya perlu menggunakan RM1 setiap hari tidak kiralah menerusi Panggilan Telefon, SMS, MMS. Asalkan ianya RM1, dari situ ianya akan dipilih secara random dan siapa tahu anda adalah pemenang bertuah ^_^
Macam mana? Menarik bukan! Jadi tunggu apa lagi langgani lah S.O.X dan menang Basikal Fixie ini setiap hari. 

  Korang juga turut sama boleh memenangi Basikan Fixie ini setiap hari

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Chinese New Year Reunion Buffet Dinner <b>Di</b> ARMADA Hotel <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2014 07:44 PM PST


Ini first time aku dapat invitation ke Chinese New Year food review. Selalunya ramadhan buffet, krismas je kan. Kira macam teruja sangat ni coz dah lama tak makan Chinese cuisine. Dinner opis sekarang pun asyik hidang western food je, boringg wokeh.
Sempena menyambut Tahun Kuda pada Tahun Baru Cina 2014 ni, Chef Chew dan anak buahnya menghidangkan menu yang bersimbolkan 'good luck' kepada korang semua.
Di antaranya Braised Sea Cucumber with Green Vegetable and Mushroom, Lotus Leaf Rice, Braised Duck with BlackMushroom, Steamed Seabass with Ginger Sauce, Herbal Roasted Duck, Chinese Baked Salted Chicken with Herbs, and Braised Chestnut Duck
Di samping itu,untuk memulakan tahun baru ni pihak hotel juga menghidangkan makanan yang menjadi pembuka tahun iaitu Yee Sang yang didatangkan dengan pelbagai pilihan iaitu Fruitti Veggie Vee Sang(vegetarian), Salmon Vee Sang, or Butterfish Vee Sang. Priced from RM40++ per portion.
Bagi tetamu yang ingin menikmati menu set ekslusif, Chef Chiew dan pasukannya telah pun menyediakan 3 pilihan hidangan Prosperity Set Menus (minimum table of 10 pax) sesuai untuk keluarga, kengkawan dan business partner.
The Blissful Longevity Set Menu priced at RM988++,
consists of Yee Sang with Crustacean, Braised Seafood Mentaiko Soup, Deep-fried Sea Garoupa in Spicy Sesame Sauce, Steamed Tiger Prawns with Ginger Sauce, Braised Taukan with Mushroom in Black Moss Sauce and Sweet RedBean Cream with Snow Sago.
The Everlasting Success Set Menu priced at RM1088++
also comprises dishes like Yee Sang with Soft Shell Crab and Jellyfish, Steamed Red Garoupa in Abalone Sauce,Tossed Tiger Prawns with Salted Egg Flakes and others.
The Bountiful Treasures Set Menu is priced at RM1188++.
Guests can sample dishes such as Yee Sang with Salmon, Braised Abalone in Sharks Fin Soup, Double-boiled Duck Broth Cantonese Style, Steamed Pomfret with Abalone Sauce and others.
Malam tu ktorang dihidangkan dengan Blissful Longevity Set Menu. Penuh table 10 orang malam tuh.
BLISSFUL LONGEVITY SET MENU
RM 988++ per table of 10 persons
PROSPERITY VEE SANG WITH CRUSTACEAN
BRAISED SEAFOOD MENTAIKO SOUP
PEl PAH CHICKEN IN ORANGE SALSA SAUCE
DEEP FRIED SEA GAROUPA IN SPICY SESAME SAUCE
STEAMED TIGER PRAWN WITH GINGER SAUCE
BRAISED TAUKAN WITH MUSHROOM IN BLACK MOSS SAUCE
FRIED RICE WITH PINEAPPLE
SWEET RED BEAN CREAM WITH SNOW SAGO
SHANGHAI PAN CAKE CHINESE TEA
Promosi Chinese New Year Reunion Buffet Dinner Armada Hotel ni bermula dari 2hb Januari hingga 14th February 2014
RM35++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)
RM45++ untuk warga emas 60 tahun ke atas
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557 Utara Coffee House.
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Not bad jugak food review kali ni sebab aku banyak belajar pasal adat resam orang Cina ketika menyambut Tahun Baru mereka ni. Rasa cam tak sabar nak terjah rumah bebudak opis aku ni, maklumlah ramai Cina kan
Selamat Tahun Baru Cina Korang...

Isnin, 13 Januari 2014

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


GEREJA DIBINA LAGI <b>DI TANJUNG KARANG</b> ATAS DESAKAN <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 11:50 PM PST

Disebabkan dari awal lagi, Kerajaan terlalu memberi muka dan ruang, tanpa memikirkan natijah serta kesan akan datang sekiranya kerajan itu jatuh, akhirnya sekarang ini kesan yang dibimbangi, telah pun berlaku.

UMNO-BN barangkali tidak akan menyangka, mereka akan hilang pegangan ke atas Selangor tetapi PRU12 telah membuktikan bahawa tidak ada satu kerajaan pun yang kekal di muka bumi ini melainkan Kerajaan Allah Taala dan Kerajaan Allah Taala pula, bukanlah kerajaan seperti yang difahami oleh sekalian penjumud dan pencandu politik.

Setiap kerajaan manusia akan memilih dasar bagi memakmurkan negeri, mengurangkan sengketa dan melicinkan dasar-dasar pentadbiran. Pada masa yang sama, kerajaan manusia juga akan memasukkan elemen-elemen perjuangan yang mereka yakini boleh membantu mengekalkan mereka dalam kerajaan tersebut.

Begitu jugalah Pakatan Rakyat di Selangor.

Setiap parti Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS – amat sedar, sokongan mereka daripada masyarakat Islam, amat terbatas kepada PAS semata-mata. Sedangkan masyarakat Islam pula merupakan masyarakat majoriti di Selangor.

DAP yang menjadi parti dominan di Selangor meskipun berkongsi jumlah kerusi yang sama dengan PAS iaitu 15, merupakan sebuah parti chauvinist ekstremist Jesuit. Walaupun kedua-duanya merupakan parti agama, berbeza dengan PAS, DAP menjalankan kerja-kerja dakwah secara lebih meluas dan lebih ekstrim. Sedangkan PAS pula sekadar tertumpu kepada politik yang kemudian diselitkan dengan polemik dan hipokrit dakwah Islamiyyah semata-mata untuk mengumpulkan undi.

Di Selangor, DAP yang paling berkuasa. PAS sekadar tukang angguk, manakala PKR menjadi Si Kitul yang cukup setia kepada DAP walaupun PKR telah dilantik sebagai Menteri Besar dan Exco.

Di Tanjung Karang, memang terdapat beberapa buah gereja. Gereja Methodist Cina Tanjung Karang terletak di Jalan Kilang Padi, merupakan antara gereja yang terdapat di kawasan bermajoritikan umat Islam yang berlatar belakangkan pertanian. Jumlah penduduk yang beragama Kristian pula, kurang dari 3%.

Namun, Kerajaan Negeri Selangor terpaksa akur untuk membina sebuah lagi gereja di Pekan Tanjong Karang apabila didesak oleh DAP.

Antara taktik yang seringkali digunakan oleh pendakyah Kristian ialah membina banyak gereja bagi menunjukkan kawasan berkenaan telah ditakluki oleh Kristian. Meskipun gereja hanya digunakan oleh beberapa orang sahaja jemaah, tetapi gereja-gereja baru akan dibina untuk tujuan publisiti. Turut menjadi faktor adalah setiap gereja hanya tertakluk di bawah kuasa mazhab tertentu dalam Kristian.

Di Malaysia, mazhab Kristian yang paling dominan adalah Katholik dan Methodist.

Parlimen Tanjung Karang dan Kuala Selangor dikuasai oleh UMNO tetapi nampaknya kedua-dua Ahli Parlimen tidak begitu perasan dengan perkembangan semasa di kawasan masing-masing atau barangkali juga mereka bersetuju dengan pembinaan lebih banyak gereja kerana ia adalah lambang KETERBUKAAN dan KETELUSAN selain kemajuan!!!

Lainlah kalau bina masjid banyak-banyak dalam satu kawasan… sudahlah Islam sendiri pun tidak membenarkan perbuatan sebegitu, bahkan golongan bukan Islam pun akan berasa terancam dan mereka tidak dapat hidup tenteram dan aman damai kerana bunyi azan serta bacaan al Quran mengganggu telinga dan hati mereka!!!

Baca lagi : http://theflyingkick.blogspot.com/2014/01/majoriti-penduduk-80-beragama-islam.html

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Dec 2013 07:13 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 07:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 07:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 May 2013 07:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 07:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 07:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2013 07:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jadual program dan jelajah Anwar Ibrahim 12 Jan-3 Feb <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 01:13 AM PST

Berikut jadual program dan jelajah yang akan dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula 12 Januari sehingga 3 Februari 2013:

Januari:

12.1: Sabtu- Himpunan Kebangkitan Rakyat

13.1: Ahad- Pulau Pinang

19.1: Sabtu- 1) 5 petang: MeetAnwar Kajang anjuran AIC

2) 9 malam: Makan malam di Petaling Jaya Utara bersama Tony Pua

3) 11 malam: Ceramah di Batu Tiga, Shah Alam

20.1: Ahad- 1) 9 malam: Pongga Lembah Pantai

2) 11 malam: Ceramah di Bukit Lanjan

24.1: Khamis- Sambutan Maulidur Rasul di kediaman Anwar

25.1: Jumaat- Johor

27.1: Ahad- Negeri Sembilan

29.1: Selasa- Tapah dan Perak

Februari:

1.2: Jumaat- Makan malam bersama DAP Pulau Pinang dan di Pokok Sena, Kedah

2.2: Sabtu- Terengganu

3.2: Ahad- Melaka

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42718

SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): MAJLIS <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 06:20 PM PDT

Pada 27 April yang lalu, satu Majlis Perpisahan sempena pertukaran guru besar Pn. Hajah Nur Ma binti Baharom dan Penolong Kanan HEM Pn. Rosnani binti Mohamed Arus telah diadakan di Dewan Mini SK Bukit Lanjan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua PIBG En. Norazman Jamalim dan juga barisan AJK PIBG SK Bukit Lanjan. Pn. Hajah Nur Ma telah bertukar ke SK Bandar Sri Damansara 3 dengan menjawat jawatan guru besar juga manakala Pn. Rosnani bertukar ke SK Damansara Damai 1 dengan memegang jawatan PK HEM. Majlis diselubungi dengan rasa sayu memandangkan Pn. Nur Ma telah berkhidmat di SKBL dengan gigih selama hampir 5 tahun. Pn. Rosnani pula tidak jemu-jemu menabur bakti kepada masyarakat beliau iaitu Orang Asli Bukit Lanjan selama hampir 23 tahun lamanya. Mereka berdua telah menaikkan nama SK Bukit Lanjan sehingga dikenali ramai melalui pencapaian akademik dan kemenjadian muirid. Seluruh warga SKBL akan merasa kehilangan mereka berdua dan berharap mereka akan lebih berjaya meneruskan kecemerlangan di tempat baru. Budi dan jasa mereka akan senantiasa dikenang.

Dari Daik pulang ke Daik,
Pagi-pagi menebang pisang.
Budi baik dibalas baik,
Akan sentiasa dikenang orang.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


KHIDMAT MERU: Gotong Royong Perdana <b>di</b> Kg Bukit <b>Kapar</b>

Posted: 05 Nov 2013 07:05 PM PST









Melibatkan lebih 45 orang relawan kampung pelbagai peringkat umur. Ianya selain menyaksikan pimpinan bersama rakyat juga memupuk semangat ukhuwwah dikalangan penduduk.

DUNIA ITU: Mayat wanita kepala berlubang ditemui <b>di Kapar</b>

Posted: 05 Sep 2013 05:22 AM PDT

KLANG 4 Sept. - Mayat seorang wanita dengan kesan lubang di atas kepalanya ditemui di sebalik timbunan daun serta atap asbestos di tempat pembuangan sampah di Batu 10 (Kilometer 16), Kapar hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukur Sulong berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dan memakai baju tidur itu ditemui dalam keadaan terlentang.

"Polis percaya mangsa mungkin rakyat asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada bahu kirinya. Bagaimanapun siasatan masih dilakukan untuk mengetahui identitinya," katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd. Shukur berkata, siasatan pihaknya juga percaya mangsa mati antara tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan fizikal dan bau mayat.

Tambah beliau, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya. - UTUSAN ONLINE

4 Sep 2013

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Terkini ; Foto Operasi Menyelamat Mangsa Pesawat Cessna <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 06:08 PM PST


Tiga mangsa sebuah pesawat ringan jenis Cessna milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang dilaporkan hilang petang semalam dijumpai selamat kira-kira 3.45 pagi ini.

Ketiga-tiga mangsa, Saiful Farid Amin, 40; Syed Haidar, 25; dan Mohd. Saiful Zafiq, 25, dibawa keluar daripada kawasan nahas di Empangan Batu di Selayang di sini pada pukul 5 pagi ini.

Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang dekat sini untuk mendapat rawatan kecemasan.

Seramai 35 anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) ketiga-tiga mangsa nahas berkenaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila pesawat berkenaan yang diterbangkan oleh Saiful Farid hilang kawalan apabila cuba mengelakkan seekor burung helang yang melintasi pesawat.

"Pesawat yang hilang kawalan tersebut kemudiannya merempuh pohon buluh dan terhempas," kata Othman pada sidang akhbar di lokasi berhampiran nahas pesawat..

Pesawat Cessna milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan dilaporkan hilang pada pukul 5 petang di sekitar Batu Caves, semalam.





ads