Rabu, 4 Jun 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Perjalanan Yeop <b>di Kuala Selangor</b> Bahagian 1 | Khairil Mazri dot com

Posted: 09 May 2014 05:23 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah yeop sangat bersyukur kepada Allah kerana masih hidup di atas dunia ini.

Baiklah, selepas yeop balik ke rumah abah yeop di Sungai Besar Selangor, yeop telah berada di sana selama hampir 7 hari. 4 hari untuk bercuti rehat pada waktu pejabat, yang lain cuti hujung minggu.

Yeop dah pergi ke Kuala Selangor melalui jalan Teluk Intan – Klang untuk mencari ketenangan dalam hati. Biasalah bukan mudah untuk mendapat cuti rehat sepanjang begini.

Yeop telah singgah ke Bukit Malawati (bukan Melawati), saja jalan-jalan ke tempat tu. Kemudian baru nak ingat nak pergi rumah api yang berada di bukit tu tetapi tutup pula sebab sedang dibaikpulih.

Fakta Bukit Malawati

1. Bukit Malawati terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Malawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.

2. Bukit Malawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

3. Di atas Bukit Malawati terdapat :

  • Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Rumah api
  • Kubu pertahanan
  • Beberapa buah meriam lama
  • Menara tinjau
  • Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
  • Makam Sultan dan kerabat diraja
  • Batu pancung
  • Perigi
  • Puluhan ekor lotong

4. Di bahagian bawah pula terdapat :

  • Masjid Kuala Selangor
  • Taman Alam Kuala Selangor
  • Bandar Kuala Selangor
  • pangkalan nelayan Permatang
  • jeti istirahat Kuala Selangor

Dah sampai kasi klik klik klik.

Dah nak balik ke rumah abah yeop tersinggah di Giant Kuala Selangor dan Restoren Dinding Gelas Besar di Tanjung Karang. Sampai di sana fuh penuh (taklah penuh sangat tempat duduk tu, dan yeop pula nak merasa air kelapa di situ.

Di sana macam-macam ada, nak makan tengahari pun ada di sana. Apa yang spesel di restoren tu adalah Coconut Shake Gelas Besar. Harganya kiranya boleh tahan, hanya RM5.00 untuk saiz gelas besar. Sedap sangat air ni. Rasa lemak ada, rasa kelapa parut pun ada. dengan ais krim vanila sebagai hiasan akan menaikkan rasa nak lagi. Apa lagi jomlah cuba di Restoren Dinding Gelas Besar di Tanjung Karang, Selangor.

Kemudian yeop singgah di Sekinchan pula, cadang nak pergi ke pantai di sekitar tempat tu dan yeop sampai di Pantai Redang Sekinchan.  Di sana yeop dapat melenakan diri untuk seketika. Sangat berangin panas-panas meruap dalam badan yeop.

Kemudian yeop baliklah ke rumah abah di Sungai Besar. Alhamdulillah yeop sampai ke rumah dengan selamat.

Ada lagi cerita yeop untuk entri akan datang. Sekian, wassalam.

The following two tabs change content below.
Bekas pengguna Blogger (www.khairilmazri.net) dan kini bertapak di Wordpress. E-melkan ke [email protected] / [email protected] atau klik di Hubungi Saya jika pertanyaan, jemputan event atau review barangan. "Berani Berubah Sebelum Anda Diubah Oleh Seseorang"

Latest posts by Khairil Mazri (see all)

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Sadis- Video budak 2 tahun ditemui mati dipenggal kepala <b>di Klang</b> <b>...</b>

Posted: 29 May 2014 11:52 PM PDT

http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/05/sadis-video-budak-2-tahun-ditemui-mati.html


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.


"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Astro Awani


VIDEO:

Berita Terkini Kes Budak <b>Di</b> Penggal Kepala <b>Di</b> Sungai <b>Klang</b> KL

Posted: 29 May 2014 10:00 PM PDT

Berita terkini kes budak perempuan berusia 2 tahun di penggal atau potong kepala di Sungai Klang Kuala lumpur KL. Penemuan mayat disedari oleh orang awam pada jam 9.00 malam 29 Mei 2014 di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen KTM Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin. Ketika kejadian, badan dan kepala mangsa dipercayai sudah terpisah akibat dikelar menggunakan objek tajam. Sebelum insiden, mangsa telah dibawa lari oleh suspek dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. Berdasarkan maklumat terkini, suspek mati lemas akibat terjun ke sungai klang berhampiran lokasi kejadian setelah menyedari kehadiran pihak polis.

kes-budak

Laporan Awal Kes Budak Di Penggal Kepala Di Sungai Klang

Identiti Suspek Pembunuh

http://4.bp.blogspot.com/-dCplbKwwfuE/U4k0SgCe3cI/AAAAAAAAMbI/moOTWjJNTo4/s1600/10339430_823404934336367_8311516807716121947_o.jpg

Suspek berusia 27 tahun merupakan bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara Kajang pada 27 Mei 2014 yang lalu atas kesalahan mencuri kereta dan dadah.

Identiti Mangsa Budak 2 Tahun

sofea

Nama Penuh: Siti Soffea Emelda (2 Tahun)

Rakaman CCTV Kes Budak Di Penggal Kepala Di Sungai Klang KL

cctv

Laporan Penuh Kes Budak Di Penggal Kepala Di Sungai Klang KL

Pada 29 Mei 2014, lebih kurang jam 2100 (9 malam), telah terima maklumat berkenaan saksi terjumpa satu mayat kanak-kanak di kawasan tepi sungai Klang. Pihak polis telah menjumpai satu mayat dipercayai kanak-kanak perempuan dijumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya. Pemeriksaan pihak Forensik mendapati mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dan pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong di leher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luaran yang lain.

Dijumpai di tempat kejadian adalah:

  • Sandal hitam (dipercayai milik saspek)
  • Sepasang sandal kanak-kanak berwarna hitam dan hijau
  • Baju kanak-kanak tidak berlengan berwarna putih
  • Tali pengikat rambut
  • Serpihan ceramic (dipercayai digunakan untuk memotong leher mangsa)

Maklumat seterusnya telah membawa seorang perempuan melayu dipercayai ibu mangsa dikenali sebagai SALMY. SALMY bersama kawan-kawannya di tingkat 4 Kota Raya lebih kurang jam 3-4 petang. SALMY masuk ke tandas dan meminta kawan-kawannya menjaga anaknya buat seketika.

Apabila keluar 5 minit kemudian dia mendapati anaknya tiada. Mereka telah mencari tetapi tidak jumpa, sehinggalah penemuan mayat kanak-kanak ini. Soalsiasat ke atas SALMY telah dijalankan dan dia telah berikan deskripsi anaknya sama dengan mangsa. Menurut SALMY, anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.

Saksi dua orang Sabah mngatakan mereka ternampak seorang lelaki warganegara asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai , mangsa tidak berbaju dan masih hidup. Kemudian, saksi nampak suspek telah mencekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek seperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi telah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan dan apabila menyedari kedatangan Polis Bantuan, suspek telah terjun ke sungai Klang dan dibawa arus.

Terkini: Mayat Suspek Sudah Ditemui pada 31 Mei 2014

Mayat seorang lelaki yang dipercayai menculik dan membunuh Siti Soffea Emelda, 2, dengan memenggal kepalanya ditemui berhampiran tebing Sungai Petaling Jaya di Sunway.

mayat suspek

Gambar Sayu Keluarga Mangsa Kes Budak Di Penggal Kepala

Ibu mangsa pengsan sebaik melihat mayat anaknya yang ditemui dengan keadaan kepala terputus.

sayusayu-2

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2014 11:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 11:39 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Homestay <b>di Beranang</b> Semenyih Selangor

Posted: 23 Dec 2013 01:17 AM PST

  • Sebuah rumah teres 2 tingkat end lot
  • Mempunyai parking yang selesa dijadikan homestay di kawasan beranang yang juga bersebelahan dengan Pelangi Semenyih

Lokasi berdekatan Homestay di Beranang Semenyih Selangor :

  • Kajang, Bangi, Semenyih, Bukit Broga, Sungai Tekala, Putrajaya, Cyberjaya Nilai, Mantin, Pajam

Lebuhraya:

  • SILK, KESAS dan lebuhraya Cheras-Kajang

Institusi Pendidikan Berhampiran Bandar Tasik Kesuma:

  • Kolej Professional MARA Beranang
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang
  • UNIVERSITI NOTTINGHAM
  • UKM Bangi
  • UPM Serdang
  • Kolej Tunku Jaafar

Kemudahan Homestay di Beranang Semenyih Selangor :

  • Pasaraya The Store
  • Klinik kesihatan
  • Restoran
  • Kedai Motorsikal Berkuasa Tinggi
  • Pusat Servis Kereta dan Aksesori
  • Kedai Buku
  • Kedai Komputer dan Cybercafe
  • kfc
  • Pizza hut
  • Tesco Semenyih

igotravel

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2014 11:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Dec 2013 11:34 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Oct 2013 11:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ujang kutik: MITOS <b>BERANANG</b> (SELANGOR) DIRUNGKAI

Posted: 28 Sep 2013 05:42 PM PDT

Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya. 
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod. 
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang. 
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau. 
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli). 
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati  rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.    

ujang kutik: MITOS <b>BERANANG</b> (SELANGOR) DIRUNGKAI

Posted: 28 Sep 2013 05:42 PM PDT

Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya. 
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod. 
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang. 
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau. 
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli). 
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati  rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.    

Apartment Bandar Tasik Kesuma, <b>Beranang</b>. | Rumah untuk dijual <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 12:14 AM PST

Description

Type: Apartment
Furnishing: Unfurnish
Occupancy: Tenancy
Beds: 3
Baths: 2
Built Up: 700sq.ft.
Title type: Freehold
Other info: Non Bumi Lot

Keterangan :
– Lokasi: Apartment Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
– Berdekatan JMI & Kolej Professional MARA.
– Grill, ceiling fan, lighting, move in condition.
– Pasaraya berdekatan adalah Giant, Mydin & Tesco.
– 2 km ke Tesco Semenyih.
– 4 km ke Pekan Semenyih.
– 15 minit ke LEKAS Highway.
– Suasana yang damai dan jauh dari kebisingan.
– Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang.
– Pembeli diperlukan SEGERA !!

Earnest Deposit 3% & Balance 7% masa sain S&P.
Lawyer & Loan akan diuruskan.

Adakan Anda Nak Jual Rumah?
Call sekarang untuk nasihat jual/beli PERCUMA*.

SERIOUS BUYER ONLY!!!!

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Mr. Syahz 010-2212334

About The Poster

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187 Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban, Jalan Dato' Muda Linggi, Negeri Sembilan. Tel/Fax: 06-7620673

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2014 03:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tanjung Mas Batu Dua (Fishing Jetty, Boat Charter). <b>Sg</b>. <b>Pelek</b> <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 08:34 AM PDT

Saltwater fishing with rod and line or your alat pancing is a very popular way to fish. Saltwater fishing is one of the best form of fishing in the whole fishing scene. The saltwater sea or mangrove fish provide some very strong fight and can test your angling skills. There are many places that one can charter a fishing boat and go within the mangrove or head out to the estuary and fish. The rod and line or alat pancing usually used in these fishing scenarios are relatively medium to heavy. This is to provide power to the angler while fishing.

Kawasan Sungai Pelek yang berdekatan dengan kota Sepang telah menjadi tumpuan kami baru-baru ini. Pekan yang teramat dekat dengan lapangan terbang KLIA merupakan suatu tempat tumpuan pemancing sekitar lembah kelang. Air paya kawasan ini masih membiru dan mempunyai tahap ikan yang dikira boleh tahan lagi untuk dipancing.

Sekiranya anda tertarik dengan Jeti Pak Long Botak di Batu Empat, Sungai Pelek. Jeti yang kami akan perkenalkan ini pasti akan menarik perhatian anda. 

Jeti ini lebih dikenali sebagai Jeti Batu Dua di kawasan ini. Jeti Batu Dua ini adalah gabungan jeti bot sewa memancing dan rekreasi air laut. Premis ini diusahakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Sepang.

20140422_155426

Terdapat ruang letak kereta yang banyak didepan jeti ini. Selain dair kemudahan ini terdapat juga gerai makanan dan minuman untuk keselesaan pemancing yang akan keluar memancing di kawasan persekitaran.

20140422_15550920140422_155537

Bagi pemancing yang ingin keluar mencari ikan di kawasan persekitaran, bot disini boleh disewa pada kadar yang amat berpatutan. Harga yang ditawarkan adalah harga pasaran. Kami tidak sempat merakam nombor pemilik-pemilik bot jeti ini kerana tiada sesiapa disitu sewaktu kami disitu.

20140422_155549

Di penghujung jeti ini terdapat suatu jeti yang didirikan khas untuk pemancing yang ingin bersantaian. Jeti ini dikenali sebagai jeti Din. Yuran sebatang joran untuk memancing di Jeti ini adalah RM 5 sejoran.

20140422_15592220140422_160029

Jeti ini lebih dalam ketengah sungai sepang. Dan sekiranya air cantik mungkin hasil pancingan disini boleh cemerlang. Bianaan jeti ini amat kukuh dan boleh dikatakan tersusun dengan baik sekali. Sekiranya anda ingin sahaja makan angin disini pun ia pasti menenangkan.

Terdapat atap yang mungkin dapat membantu anda berteduh dari terik matahari dan hujan. Sewaktu hujan lebat adalah lebih baik anda bawa baju hujan atau berteduh di jeti utama menunggu hujan reda.

20140422_16005520140422_160058

Air di kawasan ini dikatakan dalamnya beberapa meter. Adalah lebih baik tidak berenang disini. 

Ikan sasaran kawasan ini adalah ikan seperti kerapu, siakap, bulan dan kaci. Ikan laut lain mungkin juga akan naik ke sini. Umpan paling sesuai untuk digunakkan disini adalah umpan cacing pin-pin ataupu umpan udang hidup.

Jeti ini lebih dekat kepada litar lumba F1 sepang. Jaraknya adalah dalam lingkunan 20 minit perjalanan kereta. Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi Din di talian 012 353 0603. Dia mungkin juga dapat membantu menyewa bot untuk anda.
View Larger Map

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Sarapan Nasi Lemak Kukus Kangkung <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 01 Mar 2014 04:30 PM PST

Meh kita ke gerai Nasi Lemak Kukus Kangkung
Gerai ini terletak di Kelana Jaya di dalam Restoran Jamal SS5B.
Terletak berhadapan dengan bangunan FAM, gerai ini sentiasa dipenuhi pelanggan yang beratur panjang.
Nasi Lemaknya pakej dengan sayur kangkung.
Ada macam-macam lauk tambahan juga disediakan seperti sambal sotong, ayam goring serta ayam rendam kuah masak lomak cili api.
Siapa yang berminat nak cuba tu pergilah ke kedai tersebut.


Selasa, 3 Jun 2014

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Colours of Journey : 6D Motion Ride Fun <b>di</b> Tesco <b>Ampang</b>

Posted: 08 May 2014 05:30 PM PDT

Ehh macam mana boleh terlupa nak canangkan kat orang2 kampung pulak ni??? 
Ni cerita minggu lepas masa labor day 1 May haritu.. niat dihati nak lepak ilex dan chillax je kat rumah sambil nak membongkang.. ternyata terkabur niat murni aku tu sebab kena attend kenduri rumah Pak Cik Nizam kat Kajang.. sobs =( tapi tak apa.. janji ada makan2.. so tak payah lah hakak nak kena main masak2 kat rumah.. yer dak? hehehe.
Balik dari kenduri haritu aku dah mengantuk giler menguap macam badak dekat seriburatus kali dalam kereta tanda2 nak membuta.. aleh2 Nizam ajak singgah Tesco Ampang.. dia kata kat sana ada "tong" yang dalam dia boleh tengok 6D.. hahaha kuno sangat bahasa laki Kak Jah panggil "tong".. sebenarnya itu bukan tong.. benda tu macam caravan yang diletakkan kat luar Tesco.. dalam tu boleh tengok movie 6D. Kalau rumah korang dekat dengan Tesco Ampang sila serbu beramai2 ke sana bawak jiran rumah sebelah menyebelah sekali merasa tengok 6D kat sana yer =)

Nanti sebelum masuk kena duduk luar dulu..sambil2 tu boleh saksikan orang2 kat dalam "tong" tu harok menjerit2 hehe.. kalakor!
Mula2 aku memberontak tak nak pergi.. kau giler Senah??!!! ada ke ajak gi Tesco pakai baju tradisional!!! Kak Jah kau ni bukan orang kampung dot com nak pergi hypermarket pakai baju tradisional.. tau lah baru lepas balik kenduri.. tapi orang lain bukannya tau pon Kak Jah baru balik dari kenduri time tu.. Bantahan Kak Jah gagal masa tu.. akhirnya aku akur... Nasib baik aku tak pakai baju kurung yang boleh menampakkan ketradisionalan sangat.. dan nasib baik lah masa tu aku pakai dress labuh. Sekarang ni pergi mana2 kenduri aku dah malas nak pakai baju tradisional sangat.. pakai dress je atau skirt dengan blous yang boleh mix & match.. tak koser nak pakai baju kurung songket bagai.
 Cuba tengok kat celah hujung sebelah kiri tu ada harga tiket untuk masuk.. murah & berbaloi sangat.. harga untuk 15minit tayangan.. 
Actually tempat ni tak lah sehebat kat Menara KL & Wangsa Walk yang ada 6D jugak.. cuma kat sini dia buat kat open space parking je.. Kalau nak high class sangat kau pergi kat Menara KL (harga almost RM100) kalau kat Wangsa Walk tu aku tak pasti berapa harga tiket.. mungkin almost RM70 kot.
Nizam kata tengok kat sini pun dah ok.. sebab last time kitorang pernah nak masuk yang kat Menara KL tapi disebabkan harga macam tak worth it, tak jadi lah tengok.. sian Khairine & Danish masa tu.. Bila dah ada yang dekat dengan rumah macam ni kitorang pergi je lah.. janji ado daripada kempunan.
 Pamphlet 6D Motion.. Haritu aku tanya kat cina yang jaga ticket tu.. dia kata diorang akan berada kat Tesco Ampang only limited time.. Tak silap aku dia kata sampai end of May kot.. Kalau korang nak rasa macam mana tengok 6D baik korang pergi cepat.
Nanti dah bayar dia kasi kau ticket macam ni..
View kat dalam aku tak ambik gambar.. gelap plus macam mana pulak aku nak bergambar kalau dah kerusi dalam tu bergoyang 360darjah.. hahaha.
Ok lah.. itu je info free yang aku boleh share dengan korang.. sapa rumah yang dekat2 Ampang atau dekat dengan Tesco Ampang sila pergi cepat.

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sekinchan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2014 09:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

bercuti sambil nikmati makanan laut <b>di sekinchan</b> - yang halal itu <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2014 03:58 PM PDT

Tarikan pekan kecil Sekinchan, Selangor pasti menambat hati pengunjung yang gemarkan suasana nyaman yang jauh daripada hiruk pikuk kehidupan bandar.
Namakan apa sahaja sama ada makanan eksotik, hasil laut serta buah-buahan segar, pasti tidak mengecewakan pengunjung.
Semua itu menggamit kehadiran pengunjung ke kawasan luar bandar yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari ibu kota, Kuala Lumpur.
Kini, Sekinchan mempunyai satu lagi tempat menarik yang mampu dibanggakan iaitu Sekin Fisherman Village Hotel & Resort.
Nama resort itu diambil daripada nama pekan kecil, Sekinchan dan terletak di perkampungan nelayan yang kini menjadi salah satu produk pelancongan berdaya saing di kawasan tersebut.
Sekin Fisherman Village Hotel & Resort yang terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Sekinchan mula beroperasi sejak dua tahun lalu. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati perkhidmatan perhotelan yang terbaik dengan bayaran minimum.
Lokasi strategik yang terletak di pinggir pantai Redang sememangnya menjadi tarikan utama di daerah ini. Pengunjung turut berpeluang menikmati keindahan pantai yang mengasyikkan.
Hotel tersebut dimiliki usahawan muda tempatan iaitu Datuk Jamal Md. Yunos.
Beliau berkata, hotel yang dibina di tapak seluas lapan ekar itu turut menempatkan sebuah restoran ikan bakar terkenal iaitu Restoran Sekinchan Ikan Bakar.
"Restoran ini membolehkan pengunjung menikmati makanan laut seperti ikan, udang dan sotong segar pada harga berpatutan," kata Jamal yang juga pemilik rangkaian restoran berkenaan kepada S2.
Menurut Jamal lagi, pengunjung turut dijanjikan dengan perkhidmatan sajian terbaik daripada 30 orang pekerja yang terlatih.
"Kami akan memastikan pelanggan akan mendapat layanan yang baik.
"Selain itu, kami juga memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih bilik yang menepati pilihan dan cita rasa mereka," katanya.
Hotel ini menawarkan 52 bilik berharga antara RM154 hingga RM576 semalam. Terdapat lapan jenis bilik yang sedia untuk ditempah iaitu bilik standard, superior, deluxe, superior deluxe, suite, family, family suite dan executive suite.
Jelasnya lagi, pihak resort juga ada menawarkan perkhidmatan sewa dewan untuk majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan,hari keluarga dan acara yang lain.
Terdapat juga beberapa bilik yang dijadikan bilik mesyuarat mahupun bilik seminar.
Selain itu, terdapat menara tinjau yang jarang ditemui di hotel serta resort lain. Di menara tinjau itu, para pengunjung dapat menyaksikan pemandangan jajaran sawah padi, jeti nelayan, lautan serta pekan Sekinchan.
Ternyata, pemandangan dari menara itu cukup indah terutamanya pada waktu senja dan malam.
"Menara besi setinggi 24 meter itu menyajikan pemandangan laut Selat Melaka yang merupakan laluan kapal paling sibuk di dunia, di samping kehijauan sawah padi dan kedamaian perkampungan tradisional Melayu di situ," katanya
Di aras puncak menara itu, turut diletakkan tiga buah meja bulat dan beberapa buah kerusi untuk pengunjung melepaskan lelah setelah mendaki kira-kira 100 anak tangga. Sambil berehat, pengunjung akan dibuai dengan alunan serta tiupan angin dari Selat Melaka.
"Walaupun pada waktu tengah hari dengan simbahan cahaya terik matahari, namun suhu di menara ini tetap dingin," katanya.
Di sini juga terdapat zoo mini dan kolam ikan di mana pengunjung boleh memberi ikan dan haiwan lain makan.
Beliau memberitahu, hotel itu sedang merancang untuk membina sebuah kolam renang dan taman tema air.
"Kami bukan sahaja ingin menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian, bahkan hab kepada pelbagai aktiviti seperti perkhemahan,hari keluarga, permainan paintball dan karaoke," katanya.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Polis: Indeks Jenayah <b>Subang Jaya</b> turun 18% | Selangorkini

Posted: 13 May 2014 11:00 PM PDT

Oleh: AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 14 MEI : Hasil kerjasama erat antara orang ramai dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Subang Jaya bersama Polis berjaya menurunkan kadar jenayah di beberapa kawasan di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata setakat ini terdapat penurunan sebanyak 18 peratus bagi jenayah indeks secara keseluruhannya sehingga 11 Mei lalu.

polis bantuanKatanya kejayaan memberangsangkan itu tidak mampu dicapai sekiranya masyarakat tidak mempunyai kesedaran untuk membantu Polis mencegah serta membanteras jenayah.

"Setakat ini ada penurunan 18 peratus untuk jenayah indeks keseluruhan, sementara kes pecah rumah menunjukkan penurunan hampir 30 peratus.

"Ini adalah hasil yang diperoleh berdasarkan bentuk kerjasama erat yang kita jalankan bersama agensi kerajaan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan orang ramai untuk mencegah dan mengawal jenayah di Subang Jaya," katanya pada Majlis Penutup Program Belia Madani Cegah Jenayah di The Summit, semalam.

Dalam pada itu, Yahaya turut menyambut baik pelaksanaan program anjuran MPSJ yang menggalakkan belia untuk giat mencegah jenayah sebagai salah satu usaha membantu pihak polis.

Katanya belia adalah golongan terbaik untuk menyampaikan wadah kepada orang ramai bahawa jenayah perlu ditangani bersama dan menjadi tanggungjawab semua pihak.

"Program ini merapatkan hubungan Polis bersama peserta (belia), jadi bila mereka bekerjasama, mereka tidak segan dengan anggota polis.

"Ia juga membolehkan belia membantu untuk Polis cegah jenayah secara keseluruhan kerana golongan inilah paling terbaik (bantu kita cegah jenayah)," katanya lagi.

EZY

Isnin, 2 Jun 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Nissan Almera Langgar Alphard <b>Di</b> Km2.5 Dari Setia Alam Ke <b>Bukit</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 12:00 AM PST

Yesterday, 08:01 PM

RE: Nissan Almera Langgar Alphard Di Km2.5 Dari Setia Alam Ke Bukit Raja >> wangolds.com
Shah Alam: Seorang remaja maut selepas tercampak dari kenderaan yang dinaikinya dalam satu kemalangan di Kilometer 2.6 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke Kuala Lumpur dekat Setia Alam, petang semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian membabitkan dua kenderaan itu dikenali sebagai Syahir Hamidi Suradi, 16, yang berasal dari Marang, Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Alphard yang dinaiki menghempap sebuah kereta jenis Nissan Almera.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Shah Alam Deputi Superitendan Goh Lee Shen berkata, kedua-dua kenderaan datang dari arah sama sebelum bergesel sejurus tiba di lokasi.

Akibatnya kedua-dua pemandu hilang kawalan dan terbabas sebelum kenderaan pelbagai guna itu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuhraya berkenaan.


Forum Jump:

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

replies: 1 and views: 184

Nissan Almera Langgar Alphard Di Km2.5 Dari Setia Alam Ke Bukit Raja sukawg 85874
Powered By MyBB, © 2002-2014 MyBB Group. RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE

PRK <b>Bukit</b> Gelugor: Undi Tidak Berubah, BN Perlu Ubah Strategi <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 26 May 2014 12:19 AM PDT

prktintan

WALAUPUN calon DAP, Ramkarpal Singh gagal mengotakan cakap besarnya untuk meraih jumlah undi dan majoriti melebihi dari apa yang diperolehi mendiang bapanya sebelum ini, tapi keputusan PRK Bukit Gelugor semalam antara lain membuktikan pengundi DAP yang memenangkan Karpal dulu, masih tidak berganjak.

Mereka masih keluar beramai-ramai untuk memastikan DAP menang walaupun tahu lawan DAP hanyalah sebuah parti kecil dan 2 calon bebas, selain kemenangan DAP tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan persekutuan.

Trend ini membimbangkan kerana kalau dilihat dalam PRK DUN Kajang 2 bulan lepas pun, keadaannya lebih kurang sama – kuranglah majoriti sikit tapi tak berapa ketara dan yang penting sekali pembangkang masih menang.

Penulis bimbang, kalau trend ini berkekalan, PRK Teluk Intan nanti, keadaannya masih sama – mereka masih menang, pedulilah calonnya dari kaum mana pun.

Sekarang ni sasarannya taknak bagi pembangkang menang, bukan calon sangat pun.

Kalau dibenar memberi cadangan, penulis nak saran agar BN tidak lagi boleh bergantung harap kepada sasaran nak mengurangkan majoriti pembangkang, terutama di kerusi yang sebelumnya dikuasai DAP.

Perlu dicari jalan kenapa pengundi di kerusi yang dimenangi pembangkang masih tak berganjak walaupun dah banyak pembohongan mereka kita dedahkan, dah banyak janji dalam manifesto yang kerajaan laksanakan dan sebagainya.

Adakah masalahnya bukan mereka (pembangkang), tapi kita (BN)?  Sebab itu macam-macam yang kerajaan buat pun, undi pada pembangkang tidak banyak perubahan.

Jadi BN perlu kumpul segala bijak pandai untuk mengkaji masalah ini kenapa selepas setahun kita menang, banyak yang dah berubah (atau kita sangka dah berubah), tapi pengundi pembangkang seperti DAP di Bukit Gelugor masih tidak berubah, macam itu juga.

Mesti ada jalan dan penyelesaian sebab satu ketika dulu, BN pun pernah mengalami trend macam DAP sekarang – letak batang pisang pun boleh menang.  Kenapa tidak kita reverse saja keadaan itu, supaya boleh diguna untuk kalahkan DAP?

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Sampan <b>di</b> Kampung Kuantan, <b>Kuala Selangor</b> | Flickr - Photo <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2007 10:31 PM PST

keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2014 07:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2014 07:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Oct 2013 07:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2013 07:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Aug 2013 07:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Aug 2013 07:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jul 2013 07:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 07:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 07:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Feb 2013 07:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Senarai dan Lokasi Perangkap Laju / Speedtrap | Isu Halal Terkini

Posted: 14 Aug 2012 12:24 AM PDT

Automated Enforcement System (AES): Berhati-hati,beratus kamera akan menjadi "mata" anggota polis sebaik anda memulakan perjalanan.

Aidilfitri datang lagi,semua perantau akan pulang beraya di kampung masing-masing.Elakkan tragedi,pandu berhati-hati,bila mengantuk berhenti.Jangan pandu laju-laju,ingat orang tersayang,ingat jugak saman…kah!kah!kah!

Sebagai panduan,berikut adalah senarai lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

PLUS Arah Utara

■ Di bawah jambatan di 456km, Sg Buloh simpang.
■ Di bawah jambatan di 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Di bawah restoran overhed di Sg Buloh.
■ Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
■ Di bawah jambatan di 296.5km, Bangi persimpangan.
■ Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
■ Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.

PLUS Arah Selatan

■ Di bawah papan tanda di 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Di bawah jambatan selepas Subang persimpangan di 11.3km.
■ Di bawah jambatan di 22km, Bukit Lanjan simpang.
■ Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
■ Di bawah jambatan di 302.8km, Kajang simpang.
■ Mengenai 1km selatan persimpangan Bangi, kedua-dua selatan dan utara terikat luar lorong
■ Pada 296.5km dan 297km, Bangi simpang.
■ Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Utara Penilaian.
■ Pada 285.5km dan 285.8km, Penilaian Utara simpang.
■ Pada pembahagi pusat di 251.8km dan 253km selepas Senawang simpang.
■ Selepas simpang Alor Gajah di 213.9km, bersebelahan dengan taman tema air.
■ Di sebalik halangan nahas tangan kanan di 198.4km.

Lebuhraya Elite Perhubungan Timur Tengah / Utara

■ Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.

Lebuhraya Elite Perhubungan Barat Tengah / Selatan

■ Di bawah restoran overhed di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
■ Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
■ Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling flyover.90km. / H

NKVE Arah Timur / Utara

■ 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km, 80km / h!
■ Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat / Selatan

■ Di sebalik penghadang jalan di sebelah kiri apabila keluar dari tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h!
■ Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h zone!
■ Daripada Jln Duta, di laluan bawah tanah di Sungai Buloh Y-persimpangan, 22km.
■ Di sebalik halangan kemalangan di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
■ Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
■ Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Di bawah jambatan di 44.8km, menuruni bukit yang berjalan selepas Puchong simpang.
■ Kesas West Bound
■ Pada sebelah Sg Besi Tol Timur Bound. Bandaraya Kuala Lumpur
■ Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

■ jalan Dwi antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km batu batu. 70km / h sahaja!

Leburaya Pantai Timur

■ Timur berjilid, menuruni bukit selepas Raub persimpangan.
■ Maran, 60km / h zone.
■ Paya Marang, 70km / h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ persimpangan Tangkak.
■ Di bawah jambatan selepas Yong Peng
■ simpang Utara di 97.3km.
■ Ayer Hitam simpang.
■ simpang Sedenak.

Jalanraya Sekitar Utara  Malaysia  - Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
■ Sebelum Perwaja Steel.
■ Sg Petani persimpangan.
■ Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.
■ Jambatan Pulau Pinang di pulau end.Speed  ​​menghadkan 80km / j.

Jalanraya Sekitar Utara  Malaysia  - Arah Selatan

■ Jambatan Pulau Pinang Pulau akhir. Had laju 80km / h.
■ Mengenai 2km sebelum had Juru Tol Speed  ​​90km / h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 204.3km, selepas Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 208km, sebelum Kamunting Junction.
■ Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum Kamuntingjunction.
■ Ipoh Point Vista pada kira-kira 263km. Had laju 80km / h.
■ Di bawah jambatan di 271km, Ipoh North Junction.
■ Di bawah jambatan di 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Di bawah jambatan di Persimpangan 296km, Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Simpang Sungkai.
■ Di bawah jambatan di 353km, Sungkai Junction.
■ Di bawah jambatan di 373km, Sungai Junction Slim.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Di bawah jambatan di 199km, sebelum Kamunting simpang.
■ Di bawah jambatan di 241.9km, di persimpangan Kuala Kangsar.
■ Di bawah tiang isyarat di 296.1km, sebelum Gopeng Junction.
■ Di bawah jambatan di 297km, Gopeng Junction.
■ Di bawah jambatan di 300km, selepas persimpangan Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 308.6km, selepas persimpangan Gopeng.
■ Di bawah jambatan di 372.6km, di simpang  Slim   River .

Berhati-hati ketika memandu, semoga anda semua selamat sampai ke destinasi.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Abd. Rahman

http://www.halalscience.com

kegagalan cerun - kajian kes <b>di bukit</b> antarabangsa - Pagar Museh

Posted: 13 Jul 2013 03:28 AM PDT


Merupakan fenomena yang kerap belaku di Malaysia adalah dikeranakan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hujan yang tinggi melebihi 3000 mm setahun meningkatkan kadar hakisan dan luluhawa yang boleh mempercepatkan pergerakan jisim terutama nya di kawasan cerun bukit curam.
 Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor merupakan kawasan yang bertopografi berbukit bukau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 meter di atas paras laut. Mempunyai longitud antara 101°46‟ T hingga 101°47‟ T dan latitud antara 03°10.8‟ U hingga 03°11.3‟ U ( Peta 1). Dicirikan oleh iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak 3000 sehingga 3500 mm. Kegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kejadian geologi yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari keduanya. Kebanyakkan runtuhan tanah bermula di lereng-lereng cerun dan seringkali dicetus oleh air larian permukaan . Runtuhan tanah berlaku mungkin secara berperingkat dan mungkin berlaku dengan pantas tanpa disedari sewaktu hujan lebat serta bergerak bersamanya bahan bumi yang menggelongsor mengikut tarikan graviti . 
Air yang mengalir di permukaan akan sentiasa menyebabkan hakisan. Kadar hakisan semakin tinggi sekiranya tanah di sesuatu kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti di lereng-lereng bukit. Pengaliran air yang teramat deras akan menghakis bunga tanah atau lapisan atas. Berkaitan dengan proses hakisan, runtuhan tanah juga akan berlaku di cerun bukit, terutamanya berlaku semasa hujan lebat. Proses kegagalan cerun  menjadi satu masalah di kawasan di berbukit-bukau seperti Cameron Highlands, Fraser Hill, Genting Highlands di Pahang dan beberapa kawasan tanah tinggi di Malaysia. 
Kebiasaannya kegagalan cerun atau tanah runtuh akan meragut nyawa manusia serta memusnahkan harta benda. Contohnya, beberapa kejadian tanah runtuh besar yang telah berlaku seperti di Highland Tower dan Taman Hillview  di Hulu Kelang (Selangor), Gua Tempurung (Perak), Paya Terobong (Pulau Pinang), persimpangan lebuhraya NKVE, Bukit Lanjan serta beberapa kegagalan cerun bersaiz kecil dan sederhana. Fenomena ini seringkali dikaitkan  dengan musim tengkujuh, di mana sejumlah curahan hujan yang tinggi bertindak sebagai pencetus kepada kegagalan cerun. Keadaan iklim tropika yang panas dan lembab ini juga turut menyebabkan proses luluhawa secara relatifnya adalah lebih tinggi berbanding kawasan beriklim lain . 
Namun begitu, faktor-faktor lain seperti keadaan geologi, geomorfologi & struktur geologi akan berperanan dalam mempengaruhi corak pelemahan batuan. Kawasan kajian yang terletak di Bukit Antarabangsa merupakan kawasan perumahan di lereng bukit di Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Bukit Antarabangsa, Ampang adalah sebuah kawasan penempatan awam yang berprofil  pertengahan ke tinggi. Namun begitu, penempatan yang dimajukan sebagai perumahan ini mempunyai keadaan muka bumi yang bercerun dan sama sekali tidak selamat dan tidak stabil untuk diduduki. Kebanyakan projek  pembangunan di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa terletak di kawasan cerun bukit. Peristiwa tanah runtuh yang berlaku pada 6 Disember 2008 di Bukit Antarabangsa telah meranapkan 20 buah rumah dan mengorbankan sekurangnya lima orang penduduk dan lebih daripada 2,000 orang pula terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat. 
Kekuatan cerun yang tidak mampu mengawal dan menyokong kekuatan tapak bagi perumahan tersebut akibat hujan yang berterusan, telah menyebabkan kawasan menjadi tidak stabil dan aliran air berlebihan ini telah menyusup ke bawah permukaan dan menjadikan bahan bumi di bawah permukaan semakin  lemah. Ditambah pula, dengan keadaan cerun yang tidak stabil menyebabkan sejumlah bahan bumi bersama beberapa rumah penduduk yang terlibat runtuh di sepanjang cerun dan dilonggokkan ke beberapa ratus meter dari  tempatnya yang asal. Menurut laporan, 13 Ogos 2008, menunjukkan bahawa kebanyakkan cerun di kawasan  Bukit Antarabangsa berada pada kelas III, iaitu cerun yang berisiko tinggi kerana mempunyai kecerunan 26° - 35°.  

sekolah kebangsaan <b>bukit lanjan</b> (asli): minggu terakhir <b>di</b> sk bukit <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 07:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LANJAN (ASLI). Sebuah sekolah murid Orang Asli di pinggir Bandaraya Petaling Jaya. Sekolah kecil tetapi bersemangat besar... (A small Orang Asli school at the outskirt of Petaling Jaya city ...

Sekolah Kebangsaan <b>Bukit Lanjan</b> v2.0: SKBL <b>di</b> BERITA HARIAN

Posted: 31 Dec 2013 05:23 PM PST

Warga SKBL berasa bangga kerana terpilih dalam program anjuran Berita Harian untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2014. Pihak Berita Harian berbesar hati memberi sumbangan dengan membekalkan bahan-bahan rujukan bagi persediaan murid-murid untuk mengulangkaji untuk menghadapi UPSR.
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Berita Harian.

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jan 2014 07:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jan 2014 07:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 07:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 May 2013 07:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 07:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 07:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2013 07:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jadual program dan jelajah Anwar Ibrahim 12 Jan-3 Feb <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 01:13 AM PST

Berikut jadual program dan jelajah yang akan dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula 12 Januari sehingga 3 Februari 2013:

Januari:

12.1: Sabtu- Himpunan Kebangkitan Rakyat

13.1: Ahad- Pulau Pinang

19.1: Sabtu- 1) 5 petang: MeetAnwar Kajang anjuran AIC

2) 9 malam: Makan malam di Petaling Jaya Utara bersama Tony Pua

3) 11 malam: Ceramah di Batu Tiga, Shah Alam

20.1: Ahad- 1) 9 malam: Pongga Lembah Pantai

2) 11 malam: Ceramah di Bukit Lanjan

24.1: Khamis- Sambutan Maulidur Rasul di kediaman Anwar

25.1: Jumaat- Johor

27.1: Ahad- Negeri Sembilan

29.1: Selasa- Tapah dan Perak

Februari:

1.2: Jumaat- Makan malam bersama DAP Pulau Pinang dan di Pokok Sena, Kedah

2.2: Sabtu- Terengganu

3.2: Ahad- Melaka

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42718

SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): MAJLIS <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 06:20 PM PDT

Pada 27 April yang lalu, satu Majlis Perpisahan sempena pertukaran guru besar Pn. Hajah Nur Ma binti Baharom dan Penolong Kanan HEM Pn. Rosnani binti Mohamed Arus telah diadakan di Dewan Mini SK Bukit Lanjan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua PIBG En. Norazman Jamalim dan juga barisan AJK PIBG SK Bukit Lanjan. Pn. Hajah Nur Ma telah bertukar ke SK Bandar Sri Damansara 3 dengan menjawat jawatan guru besar juga manakala Pn. Rosnani bertukar ke SK Damansara Damai 1 dengan memegang jawatan PK HEM. Majlis diselubungi dengan rasa sayu memandangkan Pn. Nur Ma telah berkhidmat di SKBL dengan gigih selama hampir 5 tahun. Pn. Rosnani pula tidak jemu-jemu menabur bakti kepada masyarakat beliau iaitu Orang Asli Bukit Lanjan selama hampir 23 tahun lamanya. Mereka berdua telah menaikkan nama SK Bukit Lanjan sehingga dikenali ramai melalui pencapaian akademik dan kemenjadian muirid. Seluruh warga SKBL akan merasa kehilangan mereka berdua dan berharap mereka akan lebih berjaya meneruskan kecemerlangan di tempat baru. Budi dan jasa mereka akan senantiasa dikenang.

Dari Daik pulang ke Daik,
Pagi-pagi menebang pisang.
Budi baik dibalas baik,
Akan sentiasa dikenang orang.

ads