Ahad, 17 Julai 2011

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Pakatan Rakyat Berleluasa Bikin Fitnah <b>Di Ampang</b> | Selangor Daily

Posted: 15 Jul 2011 06:00 PM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan Mak Lampir Ampang. Kebelakangan ini, Mak Lampir sangat aktif berkempen di kawasan Ampang. Dan memandangkan Mak Lampir merupakan spesies langsuyar meroyan, maka Mak Lampir kerap terbabas dan gemar pula membuat cerita-cerita bohong untuk para pengikutnya serta pemercaya Pakatan Rakyat.

Terbaru adalah kempen memburuk-burukkan usaha kerajaan membuat pemutihan ke atas pendatang asing di seluruh Malaysia. Mak Lampir terkenal dengan cerita bohongnya tentang pendatang asing di Hulu Selangor yang kononnya diberikan status Penduduk Tetap bagi membolehkan mereka mengundi. Bagaimanapun, Mak Lampir telah melakukan kesilapan besar apabila Penduduk Tetap sememangnya tidak boleh sama sekali mengundi kerana hak mengundi hanyalah untuk warganegara.

Walaupun Mak Lampir berusaha untuk membetulkan ceritanya semula, namun sekali lagi Mak Lampir tersilap membuat agakan. Tidak semua orang yang bodoh seperti para pencacai Pakatan Rakyat. Tempoh bagi seseorang pendatang mendapat status Penduduk Tetap adalah sekurang-kurangnya 5 tahun tinggal dan tidak meninggalkan negara ini. Status kelayakan warganegara hanya akan diberikan selepas tempoh berkenaan.

Sedangkan 'bukti' yang ditunjukkan oleh Mak Lampir ialah tempoh yang tidak sampai setahun. Menariknya, Mak Lampir menggunakan nama Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor untuk membuat fitnah. Dan apabila fitnahnya dijawab, Mak Lampir terdiam dan terpaksa mengakui yang fitnahnya tidak berjaya.

Pakatan Rakyat sememangnya cukup terkenal dengan cerita putar belit dan fitnah. Isu-isu yang dibangkitkan dan dikempenkan, selalunya adalah isu-isu fitnah dan cerita-cerita yang tidak berasas sama sekali. Di Ampang yang sangat terkenal dengan kehadiran pendatang-pendatang tanpa izin, Pakatan Rakyat membuat fitnah terbaru. Menurut tukang kempen Pakatan Rakyat, pemutihan yang dijalankan oleh kerajaan sekarang bermaksud, pendatang-pendatang tanpa izin akan diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU13. Dan sebab itulah, kata mereka, kerajaan membuat proses pemutihan ketika hampir benar dengan pilihanraya umum yang dipercayai akan diadakan pada hujung tahun ini.

Agak aneh, kebanyakan pengikut Pakatan Rakyat percaya bulat-bulat dengan kenyataan tersebut. Sedangkan pemutihan bukannya bermaksud memberikan kad pengenalan, sebaliknya program yang dikenali sebagai '6P' itu membabitkan pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil tempoh masa tiga minggu untuk dilaksanakan.

Ia merupakan program paling komprehensif yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin yang sekarang ini sudah mencecah lebih 2 juta orang. Operasi terdahulu tertumpu kepada usaha penghantaran balik pendatang-pendatang tanpa izin itu ke negara asal masing-masing.

Dalam program pengampunan yang dijadualkan akan dilaksanakan secara menyeluruh pada 1 Ogos nanti, pendatang asing diberikan tempoh tiga minggu untuk menerima tawaran tersebut atau bakal berhadapan dengan undang-undang sekiranya mereka ditahan tanpa dokumen perjalanan yang sah atau permit kerja. Cap jari mereka akan diambil dan disimpan pada pangkalan data Jabatan Imigresen untuk rujukan masa hadapan. Sekaligus ia akan memastikan pendatang-pendatang tanpa izin tersebut tidak masuk kembali atau tinggalkan negara ini dengan nama atau pasport yang berbeza.

Di bawah Program 6P, pendatang tanpa izin yang ingin meninggalkan negara ini dibenarkan berbuat demikian tanpa bimbang mereka akan ditahan. Kerajaan akan mengenakan caj sebanyak RM400 bagi setiap imigran. Daripada jumlah tersebut, RM300 adalah kompaun kerana tinggal terlalu lama sementara RM100 ialah pas khas untuk membolehkan mereka menetap di negara ini.

Bagaimanapun, mereka perlu membayar antara RM2000 hingga RM3500 untuk perbelanjaan seperti levi, pemeriksaan perubatan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA), pengenalan diri dengan data biometrik, visa JP dan bayaran kepada syarikat yang dilantik untuk menjalankan program berkenaan. Mereka hanya dibenarkan untuk mendapatkan permit kerja dengan visa rujukan.

Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak mempunyai sebarang kerja selain daripada mencari isu yang dapat menaikkan nama puak mereka, melihat program pemutihan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sebagai peluang baik untuk menipu. Anehnya, ramai yang terpedaya dan ramai yang percaya bulat-bulat dengan kempen serta tohmahan yang dilemparkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Walhal sesuatu yang sangat jelas ialah, pengenalan diri pendatang asing tersebut, akan berbeza sama sekali dengan kad pengenalan warganegara, sekaligus tidak memungkinkan mereka untuk mengundi.

Pakatan Rakyat boleh mencipta seribu satu macam cerita, tetapi yang sahihnya, Ampang merupakan lubuk serta daerah yang sangat makmur dengan pendatang asing. Dan menurut sumber, tindakan tidak boleh dibuat kerana terdapat halangan daripada kaum politik yang berkuasa di daerah ini!

Siapa agaknya kaum politik yang berkuasa di daerah Ampang dan apa tujuan sebenarnya halangan tersebut dibuat?

Sama-samalah kita fikirkan!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads