Ahad, 17 Julai 2011

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal (kanan sekali) bergambar dengan pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa.

Dari kiri: Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Negeri Sembilan merangkap Bendahari Biro Masyarakat Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat bergambar bersama-sama Pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa. Peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang juga pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa telah memohon agar kolam-kolam ikan mereka diberikan tol. Permohonan mereka telah ditolak semasa pentadbiran Kerajaan UMNO/BN Selangor dahulu walaupun mereka telah mengerjakan kawasan kolam itu sejak hampir 30 tahun yang lampau, dan permohonan mereka dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat masih juga tidak memperolehi kelulusan. Task Force Felda Selangor telah membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya tanah-tanah kolam ikan itu diberikan kelulusan tol, dan perakuan ini telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar Selangor, dan Task Force Felda Negeri Selangor serta Biro Masyarakat Felda PKR mengesyorkan supaya permohonan daripada pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa ini diberikan kelulusan segera dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor.

Bergambar bersama-sama pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa.

Dialog bersama-sama peneroka-peneroka Felda Suharto. Antara isu yang diketengahkan adalah mengenai geran tanah peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto dan peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan. Peneroka-peneroka ini telah pun menjelaskan BK mereka kepada Felda, mereka juga telah menjelaskan cac melalui Felda; tetapi hingga kini Felda masih enggan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya geran bagi ladang-ladang mereka dikeluarkan. Kuasa sebenar bagi mengeluarkan geran terletak kepada Kerajaan Negeri dan Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri Selangor telah memanjangkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar geran tanah peneroka-peneroka berkenaan dikeluarkan samada Felda membuat pengesyoran atau sebaliknya.

Tekun menghayati dialog yang diadakan. Didalam dialog di Felda Suharto itu, masalah perumahan bagi anak-anak peneroka dari generasi kedua dan ketiga ditimbulkan untuk golongan itu yang tinggal di Felda Gedangsa, Suharto, Sg Tengi, Sg Tengi Selatan dan Sungai Buaya. Terdapat seluas 32.6 ekar tanah kerajaan di Felda Suharto yang sudah dikenalpasti boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan bagi generasi kedua dan ketiga; dan pihak Kerajaan Negeri Selangor dicadang melaksanakan projek perumahan untuk rumah-rumah mampu-milik oleh generasi kedua dan ketiga di kawasan tersebut melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Suhaimi Said memberikan pandangannya didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut. Sdr Rebin Birham sedang serius berbincang dengan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. Dibelakang kiri, Sdr Abu Nasir, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor dan dibelah kanan, Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Sembilan.

Sdr Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR merangkap Pengerusi Task Force Felda Negeri Selangor mewakili YB Elizabeth Wong didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut.

Sdr Nasar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor memberikan pandangan beliau.


Sdr Samsul Iskandar berucap di Majlis Dialog bersama-sama Anggota JKK Felda Sg Tengi.

Sdr Rebin membentangkan tugas yang telah dan akan dimainkan oleh Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri ASelangor kepada Anggota JKK Felda Sg Tengi.

Dari kiri: Sdr Shamsul Iskandar, Sdr Suhaimi Said dan Sdr Karip.

Sdr Rebin memberikan pandangannya mewakili Biro Masyarakat Felda.

Suhaimi Said memulakan ucapannya dengan gurauannya bertanya mengenai harga gula di Felda Sg Tengi. Apabila dijawab harga gula berharga RM2.30untuk 1 kilo beliau menyampuk bahawa harga itu mahal sedangkan di kawasannya di Temerloh harganya murah kalau dibeli 2, gula-gula, boleh dibeli dengan harga 10 atau 20 sen.

Inilah Kak Yah, tuan punya Restoran tempat kami berdialog. Dia cukup gembira bertemu Suhaimi Said dan Kak Hendon. Kami menghabiskan masa 3 minggu di kawasan Felda di Hulu Selangor semasa PRK Hulu Selangor dahulu, dan di kedai Kak Yah inilah kami menjamu selera setiap hari.

Minum dulu!

Sebelah kiri: Wak, Ketua Kampong Sg Tengi, dan kanan Hj Shukur, Pengarah/Penhyelaras DUN Ulu Bernam.

Kak Hendon juga terlibat didalam kursus pendek yang dibentangkan oleh Tuan Haji Nordin, seorang pakar motivasi yang dibawakan khas dari Melaka.

Masing-masing kena membuat kira-kira didalam kertas yang dikemukakan oleh Haji Nordin.

Masih belum siap?

M Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads