12 di kuala kubu - Google Blog Search |
Melihat Merakam: Bermula <b>di</b> Pusat Latihan Belia Negara Peretak <b>...</b> Posted: 28 Feb 2011 11:59 PM PST [*Catatan ini terdapat beberapa istilah bahasa pasar dan daerah. Justeru diakhir catatan saya akan membuat terjemahannya.] Pada tahun 1977 saya dipanggil oleh Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan daerah Sik untuk ditemuduga. Temuduga ini diadakan di Pusat Latihan Pertanian Carok Padang, Sik, Kedah. Saya tidak ingat berapa orang yang hadir ke sesi temuduga kemasukkan ke Pusat Latihan Belia Negara Peretak untuk mengikuti kursus seni foto selama enam bulan. Saya hanya ingat nama Rosli Jusoh dan Nasir Daud. Ketika temuduga saya mampu menjawab soalan penel kerana sebelum itu saya pernah mengikuti kursus gaya pos dari seorang pengamal seni foto dari Teluk Intan. Kursus ini tidak lebih sebuah nota yang memberi sedikit kefahaman apa itu seni foto. Ketika itu mana ada majalah seni foto seperti sekarang. Kalau ada pun nun jauh di Kuala Lumpur. Itu pun buku yang diimport dari luar negara. Saya bertuah kerana dapat memberi jawapan setiap soalan yang diajukan. Saya tidak fasih dalam bahasa English ketika itu, namun saya boleh jawap apa itu Enposes, Exposer, Aperture, Shutter Speed dan lain-lain istilah senifoto. Kawan saya Nasir Daud yang datang dari aliran English dapat menjawab dalam bahasa tersebut tetapi jauh tersasar dari istilah seni foto. Mana tidaknya istilah Expose dia jawab Burn. Aperture dia jawab Tingkap. Manakala Shutter Speed dijawabnya Laju. Semua jawapan itu agak tersasar dari istilah seni foto yang diterjemahkan oleh Dewan Bahasa. Saya boleh menjawab bukan apa, ia kerana saya sudah membaca nota seni foto. Maaf saya bukan memperkecilkan Nasir. Tetapi hakikatnya dalam seni foto istilah itu dalam makna yang berbeza. Julai 1977 saya menjejakkan kaki ke Kuala Kubu Bahru. Ah...fikir saya pekannya sunyi macam pekan Sik. Tapi kerana ia berhampiran dengan Kuala Lumpur maka pekan itu lebih tersohor. Tambahan Kuala Kubu Bahru sebuah pekan yang perlu dilalui jikalau hendak ke Bukit Freaser. Lagi pula, waktu itu Kuala Kubu Bahru masih dilalui oleh sesiapa saja yang hendak ke utara atau sebaliknya (ke Kuala Lumpur). Saya ditempatkan di suatu tempat yang bernama Peretak. Jauhnya kira-kira 10 kilometer dari pekan Kuala Kubu Bahru. Di mana Peretak? Tempatnya ialah dalam Empangan Hulu Selangor berhampiran jalan ke Bukit Freaser. Itulah Peretak. Kini tinggal empangan dan Kampung Peretak yang merupakan perkampungan Orang Asli. Tempatnya menarik. Sunyi dan dingin. Akhirnya baru saya ketahui bahawa jalan di depan pusat latihan itu merupakan jalan ke Bukit Freaser tempat peranginan tanah tinggi yang terkenal itu. Adnan orang Negeri Sembilan pesaing saya. Orangnya pandai dan ramah dan segak. Dia menjadi seorang anak bujang yang suka didekati oleh pelatih perempaun.(Maaf Nan, kalau kau baca tulis ini).Samad orang Negeri Sembilan kini telah arwah kerana dipanah petir tidak lama selepas kami tamat kursus. Tidak mengapa, rakan-rakan lain biarlah dengan rahsia mereka. Tak perlu dicatat banyak sangat di dalam blog ini kerana kuatir anak cucu dia orang marah pula. Akhirnya baru kami tahu lelaki yang berwajah bengis itu ialah En Omar merupakan Pengetua PLBN. Orang Kelantan. Dia baru balik dari Sabah dan kebetulan semasa hari ketibaan pelatih dia tiada di IKBN. Di situlah bermulanya orientasi. Saya mula faham untuk membentuk peribadi kampung yang ada pada setiap orang akan dilakukan. Kalau kami masih tidur lagi seperti di kampung maka kami tidak boleh berjaya. Saya beranggapan apa yang kami lalui tidak ubah seperti pelatih PLKN sekarang. Bezanya, kami selama enam bulan. Sedangkan latihan PLKN hanya tiga bulan. Episod sebagai pelatih seni foto bermula. Guru kami ada dua orang. Cikgu Majid dan Cikgu Haidar. Cikgu Haidar buat pungutan 6 ringgit seorang nak beli kamera. Dia keluar ke Kuala Lumpur membeli 15 biji kamera berjenama Diana F. Kamera ini menggunakan filem 120mm. Perghhh......bila balik atau pergi kelas, kami galas dengan macam -macam gaya. Paling menarik nak balik atau datang kelas kena melalui bilik-bilik anak-anak dara dalam kelas jahitan dan masak memasak. Apa lagi setiap jejaka segak akan menjadi tumpuan. Tugasan pertama. Cikgu Majid dan Cikgu Haidar memberikan setiap seorang segulong filem hitam putih 120mm. Arahannya, ambillah apa saja gambar yang terdapat disekitar pusat latihan. Apa lagi masing-masing macam tak pernah jumpa kamera. Berbagai gaya dirakamkan. Paling menarik, pelatih perempuan akan dilibatkan sama. Sebelah petang masing-masing sudah habis kelas akan membuat tempahan mana-mana gadis yang cantik dan mahu memberikan sokongan. Mereka suka sebab menjadi model percuma dan akan memperolehi gambar hitam putih percuma. Kalau tidak mana ada peluang macam tu. 1977 sebenarnya fotografi masih menggunakan filem. Kami pada waktu itu tidak pernah termimpi menggunakan fotografi digital seperti sekarang. Walaupun sebenarnya teknologi digital telah dicipta pada tahun 1969 namun ianya belum tiba didunia fotografi. Justeru, kisah peminat fotografi bermain dengan bahan kimia ada perkara yang lumrah. |
You are subscribed to email updates from di kuala kubu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan