Jumaat, 26 Ogos 2011

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


CoreTaN hiDUpKu © » Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2011 07:12 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

untuk makluman ko orang semua, baru2 ni Kerajaan Negeri Selangor baru sahaja membuka permohonan pinjaman pelajaran bagi sesi kedua tahun 2011..Permohonan ni, khas untuk pelajar2 yang bakal memasuki IPTA/IPTS di Malaysia..Permohonan ni, dibuka dari 8hb Ogos 2011 sehingga 8hb Oktober 2011 (2 Bulan)..

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1.Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(iii) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung. 

2.Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

(i)Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:

  •  Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) / Institusi Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti ( tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

(ii)Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir Fast Track Negeri Selangor

  • Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

3.Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akedemik seperti berikut :

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama
  •  Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) GRED C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyiddalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
Diploma
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di pringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; 

4.Pemohon juga dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

(i) Telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);

(ii)  Tidak menerima mana-mana tajaan sahaja yang layak memohon;

(iii)  Memperolehi pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;

(iv)  Bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberi tempoh pelanjutan pengajian;

(v) Menghadiri dan berjaya dalam sesi temuduga yang diadakan.

5.Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Peringkat Pengajian

Kadar Pinjaman (Setahun)

Ijazah (Perubatan)

RM7,000.00

Ijazah (Lain-lain)

RM6,500.00

Diploma

RM4,900.00

Sijil

RM4,000.00

Cara Memohon

Semua permohonan hedaklah dilakukan secara atas talian di laman web http://tkwbns.selangor.gov.my/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads