Jumaat, 5 Ogos 2011

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Golongan Pendidik dirai Pusat Khidmat DUN <b>Sungai Burong</b> « PKM <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2011 03:50 AM PDT

Tanjong Karang, 29 Jun    :     Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong telah menganjurkan program Sambutan Hari Guru Peringkat DUN Sungai Burong di Dewan Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang.

Program yang julung-julung kalinya diadakan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan guru-guru terutamanya yang telah bersara.

Di dalam majlis tersebut seramai empat belas orang bekas pendidik telah diberikan anugerah bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka sepanjang berkhidmat sebagai seorang pendidik.

Antara yang menerima anugerah tersebt ialah Bekas Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Haji Musa Mohamad, Bekas Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Mohd Saad Ibrahim, Bekas Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan, Ustaz Haji Khairullah Junid, Bekas Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim dan Bekas Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat.

Turut diberikan anugerah ialah Bekas-bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Ustazah Hajjah Asmah Ahmat, Haji Rosman Saiman, Haji Harith Fadzillah Mohd Khalip dan AJK DMP Kawasan, Hajjah Sapiah Abdullah serta beberapa orang lagi.

Sementara itu, Ustaz Khairullah Junid yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan dan Ustazah Siti Sabraiah Hashim, yang juga Timbalan Ketua DMP Kawasan, telah dipilih untuk menerima anugerah khas Tokoh Guru 2011.

Program turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar Maahad Thahfiz Al-Hira' Jeram dan tazkirah khas daripada Pensyarah Universiti Malaya, Prof. Dr Fauzi Abd Rahman, yang bertajuk "Guru  sebagai Murabbi".

PKM DUN Sungai Burong juga turut memberikan cek kepada beberapa buah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Tanjong Karang antaranya SRA Kampong Tok Adam, SRA Kunci Air Buang dan beberapa buah sekolah lagi. Manakala beberpa buah sekolah yang lain pula menerima sumbangan berupa set komputer bagi kemudahan pihak sekolah.

Sumbangan dan hadiah tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK), Esa Ramli, Mustapa Abd Karim, Ustaz Khairon Dahlan, Haji Roslan Basri dan Abd Basid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads