Jumaat, 30 September 2011

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Tambang teksi <b>di</b> UKM <b>Bangi</b> mahal | Aduan Rakyat Online

Posted: 23 Sep 2011 10:43 AM PDT

Saya adalah seorang penguna kemudahan awam di Bangi ingin membuat aduan tentang masalah sikap pemandu teksi di ktm ukm yang mengenakan caj tambang yang terlalu mahal dan melampaui batas.

Pemandu-pemandu teksi di sana dengan beraninya tidak mematuhi peraturan etika sebagai pemandu teksi dengan tidak mengunakan meter perjalanan yang telah di pasang di dalam setiap kenderaan teksi masing-masing.

Sebaliknya mengenakan caj tambang mengikut kehendak masing-masing.Ramai yang sudah menjadi mangsa kepada sikap pemandu teksi yang tidak beretika ini terutama pelajar-pelajar yang sedang belajar di universiti atau kolej berdekatan bangi.

Alasan yang selalu di kemukakan oleh pemandu teksi ialah mereka hanya hendak tumpang mencari makan..sedangkan pelajar-pelajar yang tidak bekerja serta terpaksa belajar dengan duit pinjaman kerajaan tidak pula mereka ambil peduli..

Jika pihak tuan tidak mempercayai kata-kata saya cuba lah bertanya kepada orang ramai yang selalu mengunakan kemudahan awam di bangi terutama di stesen ktm ukm.

Saya berharap pihak tuan dapat menyiasat dan membawa masalah ini ke muka pengadilan.

Pengguna yang bijak tahu apa hak nya untuk di bela.

By: edy

Aduan yang berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads