Jumaat, 30 September 2011

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


CHE MID: Diraikan <b>di Jeram</b> Ikan Bakar

Posted: 22 Jul 2011 02:08 AM PDT

Che Mid telah diraikan di satu majlis makan malam anjuran Persatuan Penduduk rumah Che Mid di Klang. Hadiah penghargaan Che Mid terima kerana pernah memegang jawatan Ketua Jiranita taman perumahan tu. Tapi, sedihnya, gambar tak 'clear' pulak. Puas dah senyum sumbing, che abang tangkap tak kena gaya... apa pun kita layan gambar lain la ya..
 Hampir 300 orang dari kalangan penduduk dan keluarga. Pihak persatuan turut menyediakan bas untuk ke Jeram Ikan Bakar; kira-kira 40 minit dari taman kami. Farah turut menerima sumbangan pelajar cemerlang PMR 2010. Boleh shoping ye ye!Bersama Ustazah Salmah, pengajar Fardhu Ain. Termimpi-mimpi Che Mid rindukan dia, eh dia kata dia pun mimpikan Che Mid juga.

Gang lama dan selamanya - dari kiri Ruziah, Kak Eda dan mak nenek mendokong Deeja. Deeja ok tak nangis cuma excited ke sana ke mari..
Seorang lagi orang Helwa - Zainon, pembaca setia blog Che Mid..
Tok Ketua Kampung juga mengumumkan bahawa taman kami, selain dari mempunyai anak-anak cemerlang dalam akademik, juga telah melahirkan seorang HAFIZ. Alhamdulillah..Semoga taman ini terus maju ke hadapan ditunjangi oleh para ajk yang begitu bersemangat, sabar dan tabah mengharungi cabaran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads