12 di sungai tenggi - Google Blog Search |
Tidak mengalah biar pun cacat - Utusan Malaysia Online - Keluarga Posted: 12 Sep 2011 01:41 AM PDT Tidak mengalah biar pun cacatTeks dan foto mohd. NAIM aziz .
TATKALA pelupuk matanya terbuka, jauh di sudut hati anak muda ini menggambarkan bagaimana dia bakal menempuh 'alam baru' selepas tragedi menimpa hidupnya. Kesempurnaan yang dimiliki selama ini berubah tiba-tiba setelah menjadi mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi dalam kejadian 26 November tahun lalu. Ketika itu dia mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor. Siapa sangka rutin hariannya bertukar menjadi mala petaka. Walaupun kejadian itu banyak meninggalkan kesan kekal tetapi Muhammad Hairuman Misnun, 22, yang lebih selesa disapa paman (pakcik dalam bahasa Jawa) menetapkan dalam kamus hidupnya bahawa itu adalah takdir yang diterimanya tanpa menoleh ke belakang. "Mula-mula saya malu dan asyik memikirkan persepsi orang ramai dengan keadaan saya ini. Sampai bila saya harus pandang ke belakang. " Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lagipun di sini ramai juga kawan yang boleh menerima saya seadanya" jelas Hairuman dalam nada gembira ketika penulis sengaja memutarkan semula 'peristiwa' yang mengubah kehidupannya. Kesempatan penulis bersama beliau di ambang Syawal di kediaman kakaknya di Kg. Kelan Slim River, Perak baru-baru ini bertujuan melihat dengan lebih dekat rutin sebagai insan 'istimewa' menjalani kehidupan baru. Bertemankan kerusi roda, pergerakan Hairuman agak sedikit terbatas berbanding nikmat asal yang dikurniakan Allah. Perit hanya Tuhan sahaja yang tahu. Disapa wajah yang penuh lirikan senyuman tatkala penulis muncul di pintu rumah kediaman beliau sambil 'lengan'nya memberi isyarat menjemput penulis masuk. Saat memulakan penggambaran, kebetulan Hairuman ingin menunaikan solat Jumaat. Tentunya ia menjadi momen istimewa kamera penulis merakamkan kegiatan harian penuh beliau. Dibantu oleh abang ipar yang juga merupakan OKU penglihatan sedikit pun tidak menjejaskan penglihatannya untuk memandu ke masjid berhampiran. "Saya sering membawa Hairuman setiap kali menunaikan solat Jumaat dan solat tarawih di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan. Di sana ramai kenalan di antara jemaah yang hadir,'' bicara Muhammad Muzammier Taib sambil mengangkat kerusi roda pertama untuk dimasukan ke dalam bonet kereta. Kecacatan Beliau mengalami kecacatan penglihatan sebelah mata kanan akibat kemalangan motosikal enam tahun dahulu. Beliau jugalah antara teman setia Hairuman. Kebanyakan kerja membantu memudahkan pergerakan Hairuman, beliau jugalah yang meringankannya. Difahamkan kerusi roda Hairuman untuk kegunaan solat siap dilabel agar ketidakcampuran kotoran terpalit di dewan sembahyang. Mengungkap kisah sebelumnya, kakak Hairuman, Maryuni Misnun yang banyak memberi motivasi perjalanan seterusnya termasuklah sokongan suami. "Saya selalu menekankan kepada beliau bahawa usianya masih muda dan perjalanan di hadapan masih lagi jauh. "Sampai bila harus malu." jelasnya. Turut menemani anak lelaki Maryuni yang berusia sembilan tahun. Pada mulanya dia agak terkejut ketika diberitakan kejadian yang menimpa pakciknya itu. "Saya menangis semasa melihat gambar dan laporan yang disiarkan. Ketika itu saya di asrama. Tidak sangka sebegini sekali," bicara Muhammad Hasif Hafizuddin, 9. Pelajar tahfiz ini tidak sekali jemu sewaktu menemani saudara darah dagingnya ketika cuti persekolahan. Malah seiring saf menunaikan solat tarawih selepas majlis berbuka puasa anjuran pihak masjid sempena malam sepuluh terakhir Ramadan baru-baru ini. Aktiviti harian Hairuman tidak terbatas dengan adanya sokongan dari pihak keluarganya sendiri. Walaupun sudah 'berpindah' dari penempatan sebenar tetapi semangat anak muda ini tentang erti ketabahan tidak sekali luntur. |
You are subscribed to email updates from di sungai tenggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan