12 di batu caves - Google Blog Search |
Orang Minyak <b>Di Batu Cave</b> | Pena Digital Posted: 17 Sep 2011 09:49 PM PDT Dah baca Kosmo hari ni? Kalau tak sempat, baca saja di sini. Ini kisah ala-ala orang minyak yang ditangkap di Batu Caves, Selayang. Dalam dunia yang serba moden ni macam-macam benda pelik boleh kita lihat. Walau pun orang lain sibuk mengejar kemajuan dan berlumba-lumba megejar ilmu yang bermanafaat untuk diri dan masyarakat, masih ada lagi golongan yang kolot dan ketinggalan kebelakang dengan mempelajari dan mengamalkan ilmu yang bukan-bukan dan mengganggu orang lain. KUALA LUMPUR – Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam. Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan. Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya. Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu. "Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik. "Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak. "Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya. Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu. Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri. "Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian. Setiap hari ada saja kisah pelik yang kita dengar dan lihat di media. Manusia di akhir zaman ni memang dah jadi semakin pelik. Perasaan dan sifat malu dah hilang ditelan oleh kejahilan pada ilmu agama. Semua mahu ikut rasa, semua mahu ikut hati dan nafsu. Akhirnya menusnahkan diri sendiri. Nasib baiklah tak mencederakan orang lain. Apa pendapat anda? |
You are subscribed to email updates from di batu caves - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan