12 di hulu selangor - Google Blog Search |
Gambar Kemalangan Proton Inspira <b>di Hulu Selangor</b> Posted: 22 Jul 2011 10:41 PM PDT Sedang aku santai-santai di rumah sambil tengok TV tempatan, ada satu kes kemalangan dipaparkan yang melibatkan Proton Inspira. Dikatakan kereta Proton Inspira itu mengalami pecah tayar kiri lalu berpusing sebelum merempuh penghadang jalan sebelah kiri. Seorang penumpang mati akibat tercampak keluar dari kereta Proton Inspira itu, manakala pemandunya hanya cedera ringan. Aku pun lantas, selepas berita kemalangan tersebut, terus mencari maklumat kemalangan yang berlaku di Hulu Selangor/Ulu Bernam ini di Internet, dan ketemu dengan maklumat yang dicari di ondscene.my. Dibawah merupakan gambar kemalangan Proton Inspira di KM 401.8 di Ulu Bernam pukul 1 pagi. Seorang yang mati tercampak itu merupakan pekerja Eksekutif Pemasaran akhbar Kosmo. Berdasarkan pengalamanku selama 4 tahun berkecimpung dalam dunia penyiasatan kes kemalangan, Kebanyakkan kes pemandu atau penumpang tercampak keluar akibat kemalangan adalah disebabkan oleh tidak memakai tali pinggang keselamatan. Jadi, berhati-hatilah di jalan raya, jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan kenderaan. That's the least you could do to save your life. Satu lagi, bagaimana tayar kereta Proton Inspira itu boleh pecah? Nak ikutkan, kereta Proton Inspira ni keluaran baru, kurang dari 2 tahun pun. Bagaimana boleh pecah tayar tu? Nak kata panas, kejadian berlaku waktu malam. Hmmm anyway, Al-fatihah dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. P/S: Tidak semua orang bernasib baik untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. Mari kita sama-sama berdoa supaya dipanjangkan umur supaya dapat ketemu dengan bulan penuh berkat, bulan Ramadhan. Amin.
|
You are subscribed to email updates from di hulu selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan