12 di batu caves - Google Blog Search |
Hindraf nak sabotaj kehadiran Najib <b>di Batu Caves</b> ? | GENERASI <b>...</b> Posted: 06 Feb 2012 01:57 AM PST Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu. Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu. Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN. "Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan. "Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan. Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk "menamatkan perkauman" dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf. Full content generated by Get Full RSS. |
Amin Iskandar: Belum Taipusam Najib dah beraya <b>di Batu Caves</b> Posted: 01 Feb 2012 07:39 AM PST Seingat saya, sepanjang melalui jalan Batu Caves sebelum-sebelum ini di zaman perdana menteri terdahulu, belum pernah lagi melihat keadaan sebegini. Sebelum-sebelum ini, tidak pernah replika Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Badawi dipasang di Batu Caves. Hari ini, replika gergasi perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dinaikkan di Batu Caves. Apakah Najib begitu terdesak mahukan undi dari orang India sehinggakan replika gergasinya dinaikkan di rumah ibadat penganut agama Hindu? Berpolitik janganlah sampai mahu "hijack" perayaan agama lain. Nampak sangat terdesak dan tindakan ini amat memalukan. Tidak hairanlah jika sudah ada laporan polis dibuat terhadap Najib agar tidak memperalatkan perayaan agama Hindu. Klik disini. P/S: Gambar diambil dari Facebook. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di batu caves - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan