Jumaat, 3 Februari 2012

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


HEBAHAN MAKLUMAT KENDERAAN PENJENAYAH <b>DI BERANANG</b>

Posted: 01 Feb 2012 06:24 PM PST

Number of View: 219

HEBAHAN MAKLUMAT KENDERAAN PENJENAYAH DI BERANANG

HEBAHAN MAKLUMAT KENDERAAN PENJENAYAH DI BERANANG

(klik untuk tumbesaran yang sihat)

Tak terlambat kot fyna nak sebarkan benda nih. Sebenarnya benda nih da lama ada dekat dalam facebook fyna. Tapi bukan facebook yang fyna selalu buka. tapi facebook personal fyna. Mana tahu dapat membantu orang yang tinggal dai kawasan Beranang dan sekitarnya kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags:

This entry was posted on Thursday, February 2nd, 2012 at 10:24 and is filed under Info. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Full content generated by Get Full RSS.

Welcome to Amin Mursyidi&#39;s Planet: Kenduri Mak Teh <b>di Beranang</b>

Posted: 26 Jan 2012 05:09 PM PST

Entry ibu kali ni pasal kenduri Mak teh di Beranang, Selangor pada 22 Oktober 2011... Rombongan kita ramai gak arr... sebiji van dan 5 biji kereta.. Betulka kereta penambah bilangan dia kita panggil biji.. Salah kot.. Sebuah van dan 5 buah kereta.. Ha, baru betul... Ish2.. teruk sungguh ibu ni kan?.. Grammar kelam kelibut.. Rombongan kita dok kat homestay area bangi tu.. Lupa dah ibu nama dia.. Lepas tu dalam pukul 12 tengahari, kita pun bertolak ke Beranang.. Perjalanan mengambil masa setengah jam... Jom kita layan gambaq2 pengantin yang x berapa baru ni.. haha.. Pasaipa ibu kata x berapa baru?.. Pasal kenduri kat rumah kita 10 September 2011.. Dah sebulan lebih dah pengantinnya pon.. Tapi serinya still bergemerlapan.. alhamdulillah... Jom kita layan gambaq2 kita kat sana....

Masa ni kita semua baru park kereta... Kiranya baru nak berarak ke rumah pengantin la... Kenduri ni berlangsung di rumah tok n tok wan pak teh.. memang tradisional sungguh rumah depa tapi besaq giler...Nampak x dalam gambaq tu mak teh buat tanda suh diam?.. Nape ye?... amin bising sangat ke?.. hehe

Ni la pengantin yang kelam kabut tu... haha.. cuba amin tengok kasut dia.. dia pakai kasut yang pakai berjalan biasa je coz kasut pengantin terlupa nak bawak.. haha.. nasib baik baju pengantin x tinggal.. kalau x , ada jugak orang pakai baju biasa je jadi pengantin.. haha.. tapi x pa.. tetap maintain cun..


Chumim, abang aiman, kakak hannan n amin bergambaq dengan mempelai yang diraikan hari tu.. Sama cantik sama padan la depa nih.. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat...

Pak chaq n amin.. Amin ni pasaipa x tau.. cukup tak mau kat pak chaq.. kalau pak chaq dukung tu, meronta2 je nak turun.. Ish2.. len kali bodek2 la sket pak chaq tu... Baru leh dapat macam2.. Pak chaq kan kaya.. haha

Ni plak chuyan n tabriz... Tima kasih chuyan pasai bersusah payah mai jugak ikut rombongan kita.. Chuyan baru lepas pantang je masa nih... Tabriz pon kecik sgt g.. Cian tabriz terpaksa ikut ibu dia dok dalam panas ni..

Ni plak amin yang happy sangat coz boleh dok atas mak teh.. Masa ni amin sgt manja ngan mak teh coz dah dekat nak setahun la mak teh jaga amin kat rumah sebelum mak teh further study kat UKM. Sebelum tu ibu x bagi la amin nak p kat mak teh coz mak teh kan pengantin, mana boleh dukung2 amin ngan baju cantik2 tuh.. Kang terpelanting plak tiara n veil yang mak teh pakai tu...

Amin buat muka x puas hati coz x leh nak berkepit2 makan dengan mak teh kat meja utama.. haha... Mak teh hari ni x mo suap2 amin, dia nak suap pak teh je.. hehe

ibu, baby tabriz n mak teh...
chumim, amin, mak teh n abang aiman bergambaq kenang2an.. Amin macam biasa la.. x lepas la mak teh dia.. asyik nak berdukung je.... nanti orang ingat mak teh ibu tunggal beranak satu plak.. haha.. mak teh plak, sayang sgt kat amin, ikut la amin kata apa.. amin suh dukung, mak teh pon dukungla ngan baju pengantin tu.. payahla camni..

Mak teh n pak teh bersama parents masing2...

Bergambaq kenangan atas buaian antik sebelum kita balik.. "Kita tinggai mak teh tang ni na amin".. Bila ibu kata camtu, amin pon nangis.. tak mau tinggai mak teh.. sayang sangatla mak teh dia tu.. hehe.. Mak teh bukan amin punya dah la nih, mak teh dah jadi pak teh punya.. Yang lawaknya, amin sampai la ni x suka pak teh coz maybe amin ingat pak teh dah rampas mak teh dari amin.. haha.. cute sgt.. Ibu doakan rumahtangga mak teh n pak teh bahagia dan sentiasa di bawah berkat Ilahi selamanya... Amin.. Ibu sayang amin sgt2... ummuuuaahhhhh
Full content generated by Get Full RSS.

3 maut kereta bertembung <b>di</b> Jalan Mantin-<b>Beranang</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 05:02 AM PST

NILAI: 24 Jan. – Tiga individu termasuk sepasang suami isteri, terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Mantin-Beranang dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Toyota Vios yang dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang maut ialah penumpang belakang Toyota Vios iaitu Lim Fong Len, 74, dan isterinya, Chong Yoon Ying, 57, yang berasal dari Mantin, serta pemandu Proton Saga, Tee Chan Hen, 23, yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang, berkata Chong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mantin manakala Lim maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.

Katanya, pasangan suami isteri itu dan pemandu Proton Saga meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata, tiga lagi mangsa dalam Toyota Vios itu, iaitu pemandu berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 40-an serta anak saudara perempuan mereka berusia tiga tahun dilaporkan parah dan dirawat di HTJ.

"Ketika kejadian, lima beranak yang menaiki Toyota Vios itu dalam perjalanan menghala ke Beranang manakala Proton Saga itu menghala ke Mantin," katanya.

Mohd Yusoff berkata, pemandu Proton Saga terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kemalangan masih disiasat.

"Semua mayat dibawa ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga masing-masing," katanya.

Seorang saksi, Zakaria Mohd Kadir, 23, yang berada berhampiran tempat kejadian sewaktu kemalangan itu, berkata dia bersama tiga lagi rakannya sedang membaiki paip bocor di tepi jalan itu sebelum terdengar dentuman kuat.

Katanya, mereka terkejut apabila mendapati dua kereta remuk teruk selepas bertembung kira-kira 20 meter dari tempat mereka berada.

"Saya bersama rakan yang lain terus berkejar ke arah kereta terbabit dan cuba membantu mengeluarkan penumpang dari Toyota Vios yang mengerang kesakitan.

"Pemandu Proton Saga itu pula saya lihat sudah tidak bernyawa dan tersepit dalam kenderaannya yang remuk," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads