12 di sekinchan - Google Blog Search |
JemariSuri: pekena ikan bakar <b>di Sekinchan</b> Bangi Posted: 28 Jan 2012 04:00 PM PST Menu diet JS sekeluarga telah ditetapkan setiap minggu akan ada menu untuk IKAN BAKAR. Jadi JS kena la bergilir-gilir untuk mencukupkan menu diet kami bagi mengurangkan masakan berminyak. hehe. Sebelum ni kami selalu jugak singgah di Restoran Ikan Bakar Sg Merab tapi lupa pulak nak ambil gambar nanti la kalau next time JS ke sini JS sharing gambar ikan bakar kat sini pulak ye. Restoran kat sini pun selalu ramai orang dan pencicah ikan bakar di restoran ini memang sedap buat kami sekeluarga. Tapi kali ini kami berubah arah untuk mencuba di Restoran Ikan Bakar Sekinchan Bangi. Kiranya ini kali kedua kami mencuba masakan di sini. Tapi bagi kami ikan bakar di Sg Merab lagi best dari Sekinchan maybe dia puya kuah yang diletak di atas ikan tu memang mabelos di Sg Merab.hehe. kat sini kalau nak pesan seafood kena ke kaunter dan yang pasti kena timbang dulu tapi bayar selepas selesai makan ye. hehe tengok lampu gasolin ni teringat zaman kecik dulu-dulu. unik kan.. udang celup tepung yang ini pun sedap jugak sebenarnya. harganya RM8 sahaja. ikan kerapu bakar RM18..harga kat sini murah je tapi yang paling best kuahnya di Sg Merab. hihi. kerang bakar pulak RM 9 tapi yang best di Food Court Presint 9 ..haha..banyak pulak komen kan..hehe sotong celup tepung yang ni pun best harganya RM 18.. Sebenarnya kalau tanya JS pasal makan memang best semuanya selagi boleh makan. hehe. yang penting dapat mengenyangkan kami sekeluarga. tak gitu ke kawan-kawan maya JS. hihi Full content generated by Get Full RSS. |
Mesyuarat Agung Pertama Geng Talibarut <b>Di Sekinchan</b> Ikan Bakar <b>...</b> Posted: 30 Nov 2011 04:40 PM PST Salam semua, Setelah beberapa bulan bersembang di alam maya akhirnya malam tadi Sekinchan Ikan Bakar di Setiawangsa menjadi saksi perjumpaan kami.. Walaupun tak semuanya hadir atas faktor kesihatan dan kekangan masa tapi alhamdulillah nak dikatakan lebih dari separuh Geng Talibarut ni datang. Sebenarnya nilah kali pertama aku dengan cik malarang menjejakkan kaki ke kedai Sekinchan Ikan Bakar ni.. walaupun nak dikatakan setiap hari aku lalu kedai Sekinchan area umah aku dekat Segambut. Cerita lanjut Pasal Sekinchan Ikan Bakar ni, nanti aku akan buatkan review khas untuk korang semua.. tunggu tau entri tu.. :-) Kalau ikutkan perjanjian semua Geng Talibarut kena ada dekat sekinchan ni.. jam 8.30 tapi atas faktor masalah cuaca hujan.. ramai juga yang sampai lewat. Macam aku pulak terlewat dek kerana aku tersilap jalan masuk dekat KL.. emmm hampeh betul.. hampir satu jam aku redah jam nak buat u-turn.. selamat cik malarang tak naik angin… hehehe.. maklum jelah orang berbadan 2 ni.. ada angis kus-kus.. hehehe. Sebelum sampai dekat kedai Sekinchan tu singgah solat magrib sat dekat Petronas area setiawangsa tu.. habis solat je.. tetiba phone aku berbunyi pulak… tengok-tengok Jejai call aku.. dalam hati pasal apa pulak ni.. dia dah sampai ke dekat Sekinchan tu? Jejai : "Asalamualaikum Datuk" (dalam hati bila masa aku jadi Datuk ni… hahaha) Myvitrd : "Waalaikumsalam Bos" (aku pulak panggil dia bos.. memang kenalah tu.. hehehe) Jejai : "Ko datang ke dekat Sekinchan tu" Myvitrd : "Insyaallah tengah ontheway, singgah solat sat" Jejai : "Aku nak bagi sikit barang dekat wife kau" (la… bukan nak bagi barang dekat aku rupanya.. wife aku yang dia nak bagi.. huhu) Myvitrd : "ok, terima kasih… terima kasih.. " Jejai : "nanti ko sampai call aku" Myvitrd : "ok.. ok.. no problem" Jejai : "Aku tak join korang, aku datang kejab je bagi barang" Myvitrd : "apasal hang tak join?" Jejai : "sebenarnya aku nak keluar dari Geng Talibarut ni" (dalam hati pasal apa jejai cakap macam tu) Myvitrd : "hang biar betul bro?" Jejai : "Aku dapat info sapa yang rapat dengan Geng Talibarut ni.. low class & susah nak masyuk" (dalam hati mata duitan juga ko jejai..) Myvitrd : "Sapa pulak cakap dengan ko macam tu bro.. Mat tiger dah tahu ke?" Jejai : "Mat tiger tak tahu lagi… sebab dialah punca segalanya" (dalam hati.. ko ni nak main tikam belakang ke Jejai.. sampai nak buruk2kan mat tiger pulak) Myvitrd : "pulak dah… gosip panas ni.." Jejai : " kalau ko nak tahu sebenarnya Mat Tiger tu…. tut..tut.. tut… tuuu…tuuuuuuuu" Myvitrd : "hello.. bro… hello… hello…, alamak putus pulak line telefon ni." Tulah antara perbualan aku dengan Jejai malam tadi sebelum aku sambung gerak gi Sekinchan ikan bakar.. korang nak tahu apa yang Jejai bagi dekat cik malarang… korang tunggu nanti entri dari cik malarang pulak ye.. hehehe. Sampai-sampai je dekat depan restoran Sekinchan tu.. parking kereta dulu dan lepak dalam kereta sambil cik malarang layan FB… tiba-tiba cik malarang perasan Pengerusi Geng Talibarut lalu sebelah kereta bersama koncu-koncunya.. yang diiringin bersama Firdaus (bodyguard kak Ina). Aku tak keluar kereta lagi.. tak lama lepas tu.. JMR lalu dengan pasangannya… wah bawa teman seh.. Lepas JMR lalu je terus aku keluar dari kereta menuju dekat meja dia orang.. tengok-tengok dah ramai yang sampai rupanya.. muka first yang aku tengok Bean Moreno dengan pasangannya.. dah tu aku tengok pulak mamat yang sedang online sapa pulak ni ye.. mcm aku kenal je.. oh… HazmanFadzil rupanya.. Sebelah dia ada sorang lagi pakai baju oren-oren kuning.. sekali dia toleh kebelakang.. lah nilah rupanya KID @ Shakkido.. first time jumpa ni.. hehehe. Tak lama lepas aku duduk tu.. tiba-tiba ada sorang mamat pakai seluar pendek pulak datang.. sapa pulak ni.. oh.. Daydeck dengan pasangannya.. tapi pasangan daydeck bukan pompuan.. dia bawa lelakilah.. hehehe. "BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH" Macam panjang je entri ni.. aku stop sekejab boleh.. ambil nafas sat.. sat lagi nanti aku sambung part 2 ye… sebab banyak benda nak cerita ni.. Sabar ye.. banyak gosip panas yang kami sembangkan… hehehe. |
You are subscribed to email updates from di sekinchan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan