Jumaat, 3 Februari 2012

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Eksklusif: Peneroka Felda <b>Di</b> Selangor, &#39;Tan Sri&#39; Dan ANAK

Posted: 30 Jan 2012 07:08 PM PST

Sungai Tengi – Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Sungai Tengi, Mohammad Stap Othman menegaskan bahawa seluruh warga Felda Sungai Tengi tidak memerlukan campur tangan mana-mana pihak luar untuk menjaga kepentingan para peneroka.

Beliau berkata, tidak mengira sama ada pihak Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan oleh seorang bergelar 'Tan Sri' atau Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman tidak sepatutnya wujud dari awal lagi.

Menurutnya, mereka-mereka itu sebenarnya adalah terdiri dari golongan anak-anak peneroka Felda yang hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri dan tidak pernah pun memikirkan tentang kepentingan para peneroka sebenar di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

"Mereka kata mereka memperjuangkan kepentingan peneroka? Di mana mereka ketika peneroka hidup susah? Mereka ni semua hanyalah pengacau-pengacau di Felda.

"Tanah dan masa depan kami pernah hampir tergadai, kami hidup di dalam 'kegelapan' selama 11 tahun..susah..merempat cari makan sampai ke Terengganu, Kelantan..," katanya sambil menyingkap sejarah silam Felda Sungai Tengi.

Beliau berkata, Felda Gugusan Sg Dusun yang merangkumi Felda Sungai Tengi, Soeharto, Sungai Tengi Selatan dan Gedangsa pernah keluar dari pentadbiran Felda ekoran janji manis sebuah syarikat korporat yang diketuai seorang yang kini bergelar 'Tan Sri' itu.

Para peneroka ketika itu 'kelam mata' dengan igauan menjadi 'jutawan segera' apabila ditawarkan sebanyak RM1.2 juta seorang bagi menyerahkan tanah masing-masing untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian oleh syarikat berkenaan.

Seramai 1929 orang peneroka yang teruja menjadi jutawan itu mula memasang angan-angan dan membeli kereta-kereta mewah meskipun belum menerima sebarang bayaran berhubung projek "mega" tersebut.

"Meriah..orang datang jual kereta mewah..ada yang beli mercedes tanpa penjamin pun..maklumlah..lepas ni kami dapat RM1.2 juta," katanya menceritakan "mimpi indah" itu.

Malangnya, projek yang dirancang sejak 1994 itu tidak dapat dilaksanakan akibat krisis ekonomi dunia yang melanda dan menyebabkan ia tidak dapat dijadikan kenyataan.

Namun, apa yang dikesali oleh para peneroka itu ialah mengenai 'Tan Sri' itu yang hanya 'mencuci tangan' tidak menghiraukan nasib mereka yang kian dihimpit kemiskinan tanpa pembelaan yang sewajarnya.

"Dia tak pernah jenguk muka..cuci tangan tak ambil tahu langsung! Datang pun tidak..kami masa tu susah sungguh..pendapatan kami hanya sekitar RM18 hingga RM150 sebulan," ceritanya lagi.

Kemuncak keperitan hidup para peneroka itu adalah pada tahun 1997 apabila sebilangan dari mereka terpaksa memajak tanah masing-masing secara 'haram' kepada "tauke-tauke" berbangsa Cina dengan harga yang sangat murah dan merugikan mereka demi meneruskan kehidupan.

"Ketika itu, kami hanya 'meleleh air liur' bila dapat tahu kawan-kawan kami dapat bonus, duit raya dan peruntukan lain…apa boleh buat…dah itu rezeki mereka," katanya mengimbau luka lama warga-warga Felda itu.

Menurutnya lagi, kesemua Felda yang terbabit menjadi huru-hara di mana pelajaran anak-anak mereka terabai ekoran ibubapa yang sibuk bekerja di luar, gejala kurang sihat semakin berleluasa di kalangan remaja, rumahtangga musnah dan perkampungan mereka semakin tidak terurus.

"Ketika itu, mana perginya 'Tan Sri' tu? Mana perginya Mazlan? Kenapa tak datang bela kami ketika kami susah ketika itu?," persoalnya, kesal dengan 'keprihatinan palsu' dari dua individu tersebut.

Tidak sanggup melihat derita warga Felda berterusan, Mohammad Stap bersama dua rakannya Razuwan Nordin dan Mustapha Kamal Omar, bertindak membelah "onak dan duri" memohon agar kampung-kampung mereka diambil kembali bernaung di bawah pentadbiran Felda.

"Semuanya bermula selepas 30 Mac 2005 setelah Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan bernaung semula di bawah Felda.

"Kami bertigalah yang bertanggungjawab berusaha memohon dari Felda dan Kerajaan Negeri Selangor untuk masuk balik dalam Felda..bukan mudah semua tu..macam-macam yang perlu kami tempuh," katanya menceritakan pengalaman tiga sahabat Felda itu.

Menurut Razuwan, mereka pernah diancam oleh samseng-samseng yang diupah oleh pemajak tanah peneroka dan beberapa kali 'diangkut' polis ke balai untuk memberi keterangan.

"Kami berdepan dengan samseng-samseng yang diupah..mujurlah kami ketika itu ada duit sikit untuk 'beli balik' samseng-samseng tu..alaaa..samseng-samseng tu pun anak-anak peneroka jugak.

"Stap pernah diangkut polis sehari sebelum kenduri kahwin anaknya, geng pemajak yang diupah ni menakut-nakutkan orang kampung kononnya Stap akan dipenjara sebab lawan pemajak," ujar Razuwan.

"Saya pernah menerima surat ugutan dan peluru kosong..hanya disebabkan perjuangan saya untuk mengembalikan pentadbiran Felda di sini," sampuk Mohammad Stap sambil memberitahu bahawa Mustapha tidak dapat menyertai wawancara bersama Mynewshub.my kerana berada di Kuala Lumpur.

Setelah keempat-empat Felda berkenaan bernaung kembali pada tarikh berkenaan, kehidupan para peneroka kembali 'bernyawa' selepas sengsara selama 11 tahun.

"Pada Oktober 2005′, peneroka seramai 1929 tu sudah di bawah Felda sepenuhnya..kami diberi bayaran pendahuluan hasil sebanyak RM750 sebulan selama dua tahun meskipun tidak memberikan sebarang hasil pulangan kepada Felda.

"Kami diberi pula bonus Hari Raya sebanyak RM300 seorang…Felda pula beri lagi peruntukan sebanyak RM25 kepada Felda Gugusan Sungai Dusun..ramai peneroka yang melelehkan air mata tanda kesyukuran kerana terlepas dari belenggu kesengsaraan dan kemiskinan," katanya yang puas hasil usaha ketiga pengasas baru tanah rancangan Felda berkenaan.

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa para peneroka sudah serik dengan campur tangan pihak luar, khususnya oleh tangan-tangan yang pernah menyebabkan tanah dan kehidupan mereka tergadai.

"Kami tahu mereka banyak duit dan berpengaruh, tapi tolonglah..kami dah phobia dengan mereka..pada kami, mereka bukan membantu..tapi mengacau saja.

"Kalau betul mereka nak tolong, mengapa tak bangunkan Felda ni dengan prasarana dan keperluan asas masyarakat Felda? Ini..Felda jugak yang dahulukan duit sampai RM4.5 juta untuk buat jalan kebun..diorang banyak duit, kenapa tak tolong pun?

"Dia (Tan Sri) ada bantu..tapi setakat buat jamuan moreh masa bulan puasa saja la..kami hargai…tapi benda macam tu orang lain pun boleh buat..dia takde pun bina surau ke..masjid ke..buat jalan ke..balai raya ke..semua ni Felda yang buat," jelasnya panjang lebar.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan pengalaman hidup diri dan rakan-rakannya yang lain, tiada pihak pun yang dapat membantu dan menjaga kepentingan para peneroka serta keluarga mereka selain Felda.

"Saya nak tegaskan di sini bahawa hanya Felda saja yang faham dan mampu jaga kepentingan Felda ni seluruh negara.

"Orang lain tu cakap saja banyak..buat program cakap-cakap..bawa budak-budak Felda duduk di hotel kat KL..balik Felda habuk pun takde," kata mereka yang merupakan rakan baik 'Tan Sri' tersebut sejak dibangku sekolah lagi.

Menurut dua sahabat itu lagi, sebenarnya seluruh peneroka yang berhak ke atas kepentingan Felda semua menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Hanya segelintir saja yang tak setuju..yang tak setuju tu bukan peneroka pun..diorang anak-anak peneroka saja..," kata mereka sebelum mengakhiri perbualan kami.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:23 AM PST

JEMPUTAN MALAM INI

tempat: dataran felda sungai tengi
isian: seni melawan
anjuran: seniman paksi
jamm : 8.00 - 12.00 malam

SENI MELAWAN DAN BERGUMPAL

KOMIDI TANPA HALANGAN

KOMIDI BERDIRI

12 januari 2012 khamis
black box- publica
solaris hartamas

ini komidi antarabangsa tanpa halangan:
joe christin
patrik teoh
jit murad
phoon chi ho
alfred lo
steve northcott
tukar tiub

tuan rumah: tan sri matthew sally
kerjasama dengan majalah times out

tiket boleh dibeli dipintu
atau sila hubungi majalah time out

www.timeoutkl.com
atau
www.eshop.mongooseasia.com

INI UNTUK YANG BELAJAR MATHS DAN SAINS DALAM BI

You've seen Time Out Comedy Thursday, now it's time to see the unacceptable underbelly of comedy in Kuala Lumpur. These are the acts that Time Out KL can't show at Comedy Thursday, the men who say what shouldn't be said. They are sick, they are twisted, and they are out for a night of laughs that will offend: social commentator and local icon Patrick Teoh, the outspoken Hishamuddin Rais, and the artist-cum-satirist Jit Murad.

If that's not enough, we've also got our Comedy Thursday favourites as you've never seen them before: Phoon Chi Ho, Alfred Loh, Joe Christin and Steve Northcott. Hosting the night is YBG Tan Sri Matthew Sally, who promises an evening that is not for the weak-willed or simple-minded. We are sick. We are twisted. But we're also mighty funny.

For tickets RSVP or purchase your ticket online.

Address: Black Box, MAP@Publika, Block A5 Solaris Dutamas 1, Jalan Dutamas 1, KL.
Website:http://eshop.mongooseasia.com
From: Jan 12, 2012 To: Jan 12, 2012
Time: 8pm
Price: RM25, RM15 with Comedy365 pass until Jan 5.
Advance booking: No

NOTA:
mari sama sama ketawa
kerana ketawa masih lagi percuma
dan belum dicukai oleh rosmah mansor!

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads