Selasa, 7 Februari 2012

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


PROGRAM“1 HIJAU 1 KOMUNITI” <b>DI SEKINCHAN</b> | Blog Peter Chin <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2011 11:58 PM PST

Sabtu lalu, saya telah hadir ke Majlis Pelancaran Karnival Komuniti Hijau Peringkat Negeri Selangor di Dewan Seri Sekinchan yang dianjurkan oleh YB Dato' Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab dalam membangunkan teknologi hijau negara, KeTTHA sentiasa berusaha keras untuk mempromosi dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengadaptasi amalan dan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan kita seharian.

Penganjuran Karnival Komuniti Hijau ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi penerangan kepada masyarakat berhubung peri pentingnya untuk kita bersama-sama menjaga, memelihara dan menghargai alam sekitar  demi kesejahteraan kita semua.

Dengan bertemakan "1 Hijau 1 Komuniti", seluruh lapisan masyarakat sama ada di peringkat Kerajaan Negeri, agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, ahli akademik, media dan individu dapat bersama-sama menggembeleng tenaga dan usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan teknologi hijau.

Penganjuran karnival ini juga dapat memberi peluang kepada Kementerian saya dan agensi-agensi untuk menjelaskan tentang peranan dan fungsi mereka serta syarikat-syarikat memperkenalkan produk-produk, proses dan perkhidmatan mereka yang berasaskan teknologi hijau.

Saya juga ingin melihat lebih banyak pihak berkepentingan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi-institusi kerajaan dan swasta, sekolah serta kawasan-kawasan kejiranan dan penduduk untuk mengambil inisiatif menganjurkan program karnival seperti ini dalam usaha menggalakkan dan menyebar luas  pengunaan dan aplikasi teknologi hijau.

Adalah diharapkan menerusi karnival ini, segala harapan, hasrat serta dan misi yang ingin kita sematkan di dalam hati seluruh masyarakat tentang kepentingan teknologi hijau akan dapat menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads