Selasa, 7 Februari 2012

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


PuLut DuYe berada <b>di Sungai Buloh</b>. - malaysia news gosip

Posted: 26 Jan 2012 06:56 PM PST

CLiCk to LIKE and SHARE »»»Google +

Jumpa Mayat Berulat <b>Di Sungai Buloh</b> | 2DayBlogger.Com

Posted: 25 Jan 2012 07:30 PM PST

SUNGAI BULOH – Mayat seorang lelaki tidak berbaju dan sudah berulat ditemui orang awam terperosok di dalam semak berhampiran landasan kereta api Rawang-Kuala Lumpur di kawasan Perindustrian SB Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 7 malam semalam dalam keadaan terlentang.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis mendapati, mayat tanpa dokumen itu berketurunan India dikenali sebagai Devadas berusia lingkungan 40-an dan menetap di kuil berhampiran.

"Mangsa tercampak dan meninggal dunia selepas bergesel dengan kereta api sewaktu melalui landasan ini, ia berdasarkan kecederaan pada bahagian kepalanya," katanya.

Setakat ini waris mangsa sudah dipanggil untuk melakukan pengecaman di Hospital Sungai Buloh.

Abdul Rahim berkata, siasatan polis juga, mendapati mangsa dilihat merayau di sekitar kawasan itu mencari besi buruk untuk dijual.

"Dia juga pernah dilihat mengemis di kawasan kilang berhampiran," katanya.

Tambahnya, setakat ini, polis sudah merakam keterangan saksi yang pernah melihat mangsa di kawasan itu untuk tujuan pengecaman.

Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut, mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads