12 di kapar - Google Blog Search |
Gelora PKR Kapar: Jonah AMK Bakal Bertanding <b>Di Kapar</b> <b>...</b> Posted: 05 Mar 2012 04:00 PM PST Ke mana hilangnya Jonah @ Khairul Anuar Ahmad Zainuddin? Setelah pendedahan oleh beberapa blogger tentang habuan jutaan ringgit yang diterimanya melalui tender-tender projek PBT, khususnya dari MBSA, Jonah dilihat cuba menyepikan diri dari sebarang kontroversi. Habuan ini diterima setelah bersetuju untuk bersekongkol meminggirkan pengandang Ketua AMK Selangor ketika itu, Halimi Abu Bakar demi memberi undi kepada Samsul Iskandar yang ingin memegang jawatan Ketua AMK Pusat ketika itu. Berikutan dari "rampasan kuasa" itu, Jonah mengidamkan jawatan ahli majlis MBSA, namun kecewa setelah Khalid Ibrahim melantik Jonah sebagai ahli majlis Kuala Langat. Jonah, selaku ketua AMK Selangor merasa terhina kerana diletakkan di kawasan luar bandar, lantas memaklumkan Khalid akan perkara itu. Sejak dari kemelut itu, Jonah mengambil sikap mendiamkan diri. Apa yang berlaku jelas membuatkan Jonah memendam rasa marah terhadap Khalid. Dan Jonah, kini difahamkan menyertai kem Azmin Ali, yang giat menyusun strategi untuk PRU akan datang dan bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Seperti artikel terdahulu, terdapat gerakan untuk menyingkirkan Azizi Ayob, anak tempatan merangkap Ketua Cabang PKR Kapar dari kebarangkalian untuk menjadi calon. Azizi sedang diserang dari dua penjuru, dan penafian bahawa Azizi akan dapat bertanding dibuat oleh seorang MP PKR dan ADUN DAP Selangor. Cubaan untuk Jonah bertanding di kerusi Pelabuhan Klang, dengan berdemo bak anjing gila dan menyerahkan memorandum kepada Speaker, Teng Chang Kim sebagai cara untuk menyahkan Badrul Hisham, ADUN Pelabuhan Kelang yang bertindak keluar parti dan berpendirian bebas, telah gagal. Cubaan itu menunjukkan cita-citanya untuk terus berada di dalam lanskap politik negara. Bersikap low profile dari sebarang kontroversi, adalah pendekatan terbaik bagi menyiapkan diri menghadapi PRU yang akan datang. Apatah lagi mempunyai sokongan yang tidak berbelah bahagi dari "tangan ghaib" PKR, Jonah sedang bersiap sedia membentuk jentera sendiri di Kapar. Lebih memeranjatkan, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Jonah telah memberi sebuah rumah di kawasan Sg. Serdang. Ini adalah indikasi paling penting untuk menyokong cerita-cerita politik bahawa Jonah akan bertanding di Kapar. Parlimen Kapar terdiri dari 4 DUN, iaitu DUN Sementa, DUN Selat Klang, DUN Meru dan DUN Sg Pinang. Andai benar Jonah telah memberi rumah di kawasan Sg. Serdang, ini bermakna kemungkinan dia bertanding di DUN Sementa, yang ketika ini disandang oleh YB Dato' Hj Rahman Palil (BN). Azizi Ayob terus dihimpit. Peluangnya untuk bertanding atas kapasiti anak tempatan semakin tipis. Apakan daya, lihat sahaja struktur parti itu sendiri, dengan anak beranak menguasainya. Mana mungkin Azizi, yang tiada kena mengena dengan keluarga puaka itu bakal diberikan peluang bertanding! Ini soal kroni. |
KERENGGA: Ceramah Anwar <b>di Kapar</b> kecoh Posted: 22 Jan 2012 07:18 PM PST KAPAR: Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar. Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini. Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang. Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan. Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk. Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula. Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan. Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong. Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut. Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan. |
You are subscribed to email updates from di kapar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan