Selasa, 6 Mac 2012

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


MANUSIA BERHATI HAIWAN <b>DI</b> JALAN <b>SUNGAI BULOH</b>!

Posted: 19 Feb 2012 07:27 PM PST

Setiap hari kami lalu depan bengkel ini untuk sampai ke rumah. Dah banyak kali Kjee nampak seekor monyet ni dirantai pada sebatang pokok di antara dua bengkel. Rantai tu tak panjang so monyet tu kerja dia berlari2 sekeliling pokok. Kalau penat dia duduk balik atas pokok yang dah tak ada daun.

Semalam, ketika kami hendak pulang ke rumah, Nadia nampak lagi monyet tu. Mulut dia mula membebel marahkan orang yang rantai monyet tu. Dalam hati Kjee, kalau malam harap2 dia bawak monyet tu masuk ke dalam bengkel sebab sekarang ni kan musim hujan.
Tadi dalam perjalanan kami pulang ke rumah selepas pergi sarapan di Kampung Melayu Sungai Buloh, Kjee nampak monyet itu berpeluk tubuh atas pokok itu kesejukan sebab sepanjang malam hujan! Siapalah manusia berhati binatang ni!!!
Bengkel ini betul2 seberang jalan dari Yew Gardens Nurseri, dekat traffik lights. Sebelah Yew Garden Nursery tu, Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh. Kjee tak pasti monyet ini dirantai oleh bengkel yang mana satu kerana pokok itu ditengah2 antara dua bengkel. Bengkel yang pertama namanya tidak begitu ketara. Tetapi bengkel kedua namanya Lebat Enterprise. Betul2 dekat Trafik Lights. Kalau pusing ke kiri boleh pergi ke Kampung Kubu Gajah.
Kjee sampai jer rumah, terus call Perhilitan Selangor di nombor ini 03 90866800 tetapi tiada jawapan. 
Tolonglah sesiapa yang tahu cara nak selamatkan monyet ini, segera bertindak sebelum monyet ini berterusan dianiaya dan mati kesejukan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads